Anak Sungai Derhaka |
- Transparency International sokong BERSIH.
- BN Rancang Kerugian Projek Terusan Penang ?
- Bukan Khalwat... Tapi dituduh BERSEKEDUDUKAN!
- PANAS!! Jamil Khir, Pengarah Jawi guna wang Zakat biaya kos guaman.
- Tiada Akaun dan Pelaburan di Swiss.. Tapi ada di German ?
- Saya tiada akaun bank rahsia di Switzerland - Taib
- Ibrahim Ali Kurang Ajar dan Dungu.
- BN Habiskan RM1.18 bilion untuk PRN Sarawak.
- Demi Rakyat : Kempen terbaru PKR
| Transparency International sokong BERSIH. Posted: 22 Jun 2011 08:29 AM PDT KUALA LUMPUR 22 JUN : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap agenda himpunan BERSIH 2.0 untuk mendesak pilihan raya bersih, bebas dan adil di Negara ini.Presidennya Datuk Paul Low berkata, masyarakat umum tanpa mengira ideologi politik harus menyokong apa yang diperjuangkan BERSIH 2.0 kerana apa jua keputusan pilihan raya sepatutnya menyerlahkan kehendak masyarakat. "Perjuangan menentang korupsi di mana- mana negara bermula dari atas arena politik. Bermula dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil di mana integriti proses pilihan raya dijaga rapi," tegas Paul dalam kenyataan medianya hari ini. BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan raksaksa 9 Julai depan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini gagal melakukan reformasi di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO BN. Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah, agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. BERSIH 2.0 yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menggerakan himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan rakyat besar- besaran pada kali pertama yang diadakan pada November 2007. TI-M sebagai badan yang memperjuangkan ketelusan mengulai pendirian mereka agar agensi kerajaan bertindak tegas terhadap segala dakwaan korupsi termasuk pembelian undi serta cara berkempen sewaktu pilihan raya yang dikelolai oleh SPR. Malah SPR sepatutnya menetapkan undang- undang pelaksanaan pembiayaan pilihan raya dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencegah sebarang salah laku. Paul Low juga berkata, TI-M telah mengajukan 22 cadangan untuk penambahbaikan politik termasuk pilihan raya kepada Perdana Menteri pada 5 Mei 2011 lalu. "TI-M sejak 2009 telah mengadakan kajian, khidmat konsultasi, bengkel untuk penambahbaikan pembiayaan politik negara ini. SPR dan parti-parti politik turut mengambil bahagian dalam kajian dan konsultasi," jelasnya. TVS News |
| BN Rancang Kerugian Projek Terusan Penang ? Posted: 22 Jun 2011 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR 22 JUN : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang. "Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media. Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung. Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung. "Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi. Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan. Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala. PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon. |
| Bukan Khalwat... Tapi dituduh BERSEKEDUDUKAN! Posted: 22 Jun 2011 02:41 AM PDT KUBANG PASU 20 Jun - Dua ahli perniagaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu. Jasmi Mohd. Ismail, 47, dan pasangannya, Yusmawati Yaacob, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan kepada mereka di hadapan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha. Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu. Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Setiap seorang boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Yusmawati yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun dan Jasmi, Setiausaha UMNO bahagian itu diwakili peguam syarie, Shukri Zakaria. Lidah Rasmi UMNO |
| PANAS!! Jamil Khir, Pengarah Jawi guna wang Zakat biaya kos guaman. Posted: 22 Jun 2011 12:22 AM PDT Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu. Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan. Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan. "Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ," kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini. Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat. "Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak," tegas Saifuddin. Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu. "Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat," kata Saifuddin. http://www.keadilandaily.com/?p=15688 |
| Tiada Akaun dan Pelaburan di Swiss.. Tapi ada di German ? Posted: 21 Jun 2011 10:07 PM PDT Dalam satu kenyataannya yang dikatakan oleh beliau semalam sebagai bakal mengejutkan pembangkang hari ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan Dana Bruno Manser (BMF) kononnya beliau memiliki akaun bank di Switzerland.- sepenuhnya di SINISatu kenyataan yang memang telah dijangka oleh banyak pihak.. menafikan seolah-olah seluruh rakyat Malaysia masih berada di zaman gua.. Mungkin benar juga kenyataan Taib bahawa beliau tidak memiliki akaun bank di Switzerland, bagaimanapun penafian Taib itu mungkin terlalu awal kerana ianya masih dalam siasatan kerajaan Switzerland. Siasatan berdasarkan kenyataanYayasan Bruno Manser yang menegaskan bahawa Taib Mahmud dipercayai telah melabur dengan banyaknya di dalam sistem perbankan Swiss dan salah seorang dari ahli keluarganya juga berkahwin dengan bangsa Swiss. Sejak beberapa dekad yang lalu Taib dikatakan melabur di Switzerland sehingga suatu ketika tidak lama dahulu dia telah beralih ke negara Monaco, sebuah negara yang terkenal dengan kelonggaran peraturannya dalam pekara yang berkaitan dengan penyelewengan kewangan. Malah, keluarga Taib telah secara umumnya mengeratkan hubungan mereka dengan Putera Albert dari Monaco sejak dua-tiga tahun yang lalu, termasuklah membiayai yayasan milik putera itu, yang dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar! - sepenuhnya di SINI Jika benar kata Taib beliau tidak memiliki akaun bank di Switzerland bagaimana pula dengan urus niaga yang melibatkan jutaan Dollar antara syarikat milik Taib dan Deutsche Bank ini? Deustche bank slammed as pressure mounts on Taib's Foreign Business Partners The launching of an official investigation into Taib Mahmud by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has increased the pressure on the Chief Minister's web of global investments. Anti-money laundering campaigners are now demanding action from Germany to freeze Taib's assets held by the country's largest bank Deustche Bank. This follows the Swiss Government's announcement of its own investigation into the assets owned by the billionaire Chief Minister. In a joint press release yesterday three European NGOs pointed to a mass of evidence showing extensive dealings between Taib-owned companies and Deutsche Bank worth hundreds of millions of ringgit and involving a number of off-shore operations. The Chief Minister, meanwhile, has been unable to provide any legitimate explanations for the amassing of such wealth by himself and his immediate family. SOGO Holdings Limited – exclusive evidence Now, Sarawak Report can also provide new, exclusive evidence of Deutsche Bank's further involvement in the management of the Taib family's private property assets in the US, via the off-shore company SOGO Holdings Limited, based in the island of Jersey. Our previous reports have detailed how Taib himself, along with his two sons, eldest daughter and two of his brothers were listed as the original Directors and Shareholders of Sakti International, a company which is currently managed by Taib's son in law Sean Murray and which owns properties worth in the region of a hundred million dollars in the US. We can now demonstrate that these assets were in turn placed under the control of an offshore holding company, which is managed by Deustche Bank in Jersey. Papers shown to Sarawak Report by the former Sakti manager, Ross Boyert, who died under tragic circumstances last year, revealed the structure behind the management of these assets. In a letter to The Chief Minister, whom he address as the ultimate boss of Sakti International, Ross Boyert outlined information that Sean Murray had given him about the company during his initial interview for the post. Please continue yours reading HERE |
| Saya tiada akaun bank rahsia di Switzerland - Taib Posted: 21 Jun 2011 08:56 PM PDT Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan Dana Bruno Manser (BMF) kononnya beliau memiliki akaun bank di Switzerland. Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini. "Saya secara kategori nyatakan bahawa saya tidak mempunyai akaun bank Swiss rahsia, tiada aset atau apa-apa pelaburan dan seumpamanya. Tiada apa-apa pun. "Malah, ini dijelaskan dalam surat yang dialamatkan kepada presiden Persekutuan Swiss. "Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak berkuasa Swiss menyiasat saya berhubung dakwaan BMF atau membekalkan saya sesalinan permohonan supaya saya boleh mendapat nasihat perundangan," katanya. Malaysiakini |
| Ibrahim Ali Kurang Ajar dan Dungu. Posted: 21 Jun 2011 08:31 PM PDT Kami membaca berita tentang Ibrahim Ali daripada PERKASA mendakwa kononya akan mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan pada 9 haribulan Julai dengan penuh rasa marah dan kesal.Tindakan dungu membakar dan memijak gambar Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan suatu penghinaan yang sungguh menjelikkan. Tambahan pula menggelarkan beliau dengan panggilan "wanita Hindu" adalah bersifat kurang ajar dan jelas menggambarkan sikap biadab Presiden PERKASA itu sendiri. Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik. Tuntutan telah pun disampaikan bahawa kami menuntut pilihanraya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen. Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander). Tidak lupa juga liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah. Tidak pernah ada 'lapangan permainan' politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik. Amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat. Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah BERSIH 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu. Ancaman Presiden PERKASA bahawa apa-apa pun boleh terjadi pada hari tersebut dan masyarakat Tiong Hua hendaklah membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah tidak akan melunturkan semangat kami untuk berarak demi demokrasi. Keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan. Dengan itu kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman. Hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21). Kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, kami ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha. "Sesungguhnya, Tuhan tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri" [Qur'an 13:11] Sekiranya demokrasi itu mencambahkan "semangat penentangan", maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam. Imam-imam kepada mazhab-mazhab fekah utama dalam Islam bersungguh-sungguh memprotes daripada mazhab mereka dijadikan mazhab rasmi negara pada zaman itu. Ramai telah dipenjarakan akibat kritikan terhadap pemerintah di zaman mereka. Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik. Rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini. Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi. Malaysiakini |
| BN Habiskan RM1.18 bilion untuk PRN Sarawak. Posted: 21 Jun 2011 08:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berlangsung April lalu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan, dalam tempoh itu. "Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak. "Program dan projek yang diumumkan merupakan projek yang dirancang lebih awal. Sebanyak 52 projek dilaksanakan dalam tahun 2011 dan selebihnya akan dilaksanakan pada tahun-tahun hadapan," kata Najib dalam kenyataan bertulisnya di parlimen hari ini. Beliau turut menyenaraikan antara beberapa kementerian, agensi dan jabatan yang disalurkan projek ketika kempen pilihan raya itu yang menyaksikan peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), adalah paling tinggi. "Peruntukan khas Perdana Menteri, sebanyak 34 projek dan program dengan nilai sebanyak RM22,748 juta. Manakala peruntukan tertinggi ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak 13 projek bernilai RM535 juta. "Seterusnya yang turut tinggi menerima peruntukan ialah Kementerian Kesihatan sebanyak RM212 juta. Kementerian Kerja Raya juga menerima sebanyak RM200 juta," jelas perdana menteri. Antara kementerian lain yang turut diberi peruntukan terdiri daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, Kementerian pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. http://www.keadilandaily.com/?p=15659 |
| Demi Rakyat : Kempen terbaru PKR Posted: 21 Jun 2011 08:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Jun — Kempen terbaru Demi Rakyat dilancarkan PKR meletakkan sasaran untuk memikat penduduk kawasan bandar dan separa bandar, merangkumi 60 peratus pengundi di kerusi-kerusi ditandinginya — yang mengharapkan persekitaran kuasa beli yang tinggi dan kehidupan selesa. Sementara upah sebenar tidak mengalami perubahan sejak kebelakangan ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga ada mengakui bahawa ia perlu menangani "perangkap pendapatan pertengahan" dan sedang berusaha untuk mengatasi kadar inflasi, direkodkan paling tinggi dalam dua tahun ini pada Mac lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Kedai Rakyat di Kelana Rakyat petang ini untuk menggambarkan ciri-ciri korporat Malaysia dan pentadbirannya prihatin dengan kepentingan rakyat. Bagaimanapun Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kempen Demi Rakyat akan menyasarkan golongan yang menggunakan Internet dan mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun dengan pendapatan RM3,000 sebulan ataupun kurang. "Golongan ini pesimistik mengenai ekonomi. Mereka tidak percaya bahawa akan berupaya untuk membeli sebuah rumah sebagaimana dilakukan oleh ibu bapa mereka. "Dari Perlis hingga Johor, mesej daripada golongan pekerja adalah sama, tidak kira kaum — mereka mahukan peluang-peluang ekonomi dan mobiliti sosial," kata beliau kepada The Malaysian Insider. PKR percaya bahawa usaha terbaru mereka itu boleh memikat komuniti 'online' yang semakin meningkat khususnya di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di mana hampir 79 kerusi yang ditandinginya terletak. Sementara harga komputer peribadi menurun dan keterdapatan telefon pintar pula semakin meningkat, halangan akses kepada Internet mengecil dan celik komputer mengalami peningkatan — keadaan yang dapat disaksikan dengan kewujudan 9.5 juta akaun Facebook di kalangan rakyat Malaysia. "Kami mahu berada di peringkat ada kelebihan itu. Sebab itu, sekarang Demi Rakyat menggunakan YouTube untuk menunjukkan video," kata Rafizi sambil menekankan bahawa kumpulan-kumpulan ini merupakan pembentuk fikiran. Tambah beliau, partinya perlu bergerak melangkaui imej reformasi yang dibawa sejak lebih satu dekad lalu. "Mereka tahu bahawa situasi sudah semakin buruk tetapi mereka bertanya sama ada PKR ada jawapan kepada soalan itu," kata Rafizi. Upah sebenar dilaporkan telah mengalami perubahan secara dramatik sejak krisis Asia 1997. PKR bersama DAP dan PAS telah mempamerkan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 dan kemudiannya membentuk perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan