AdukaTaruna |
- Hotel dan rumah tumpangan Kuala Lumpur habis ditempah.
- Tahniah Pemuda PAS Wialayah Persekutuan.
- Mari bersama doakan hujan lebat pada 9 Julai 2011.
- Mari lihat wajah pejuang Islam PERKASA berjihad melawan rakyat BERSIH.
| Hotel dan rumah tumpangan Kuala Lumpur habis ditempah. Posted: 22 Jun 2011 09:29 AM PDT Kuala Lumpur, 23 Jun : Pusat bandar Kuala Lumpur mula menjadi tumpuan pelbagai pihak mulai awal Julai, dengan lebih 80 peratus hotel dan rumah tumpangan di sini habis ditempah menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, "Walk for democracy" pada 9 Julai ini. Kebanyakan penyokong parti politik dan media membuat tempahan sejak minggu lalu bagi mengelak kenaikan harga selain bimbang kekurangan tempat. Beberapa pengusaha hotel termasuk hotel bajet dan rumah tumpangan yang dihubungi turut mengesahkan harga bilik dinaikkan berbanding harga biasa berikutan tempahan yang semakin meningkat. Seorang pegawai kanan Hotel Seri Intan berkata, tempahan bilik hotel itu yang terletak di pusat bandar dibuat sejak Isnin lalu. Beliau berkata, ada pihak termasuk petugas media antarabangsa dan beberapa ahli politik yang sudah membuat bayaran pendahuluan serta memaklumkan sanggup membayar lebih tinggi bagi memastikan mendapat bilik. Difahamkan petugas media antarabangsa itu gagal mendapat tempat di hotel bertaraf 5 bintang kerana sudah penuh. Katanya lagi, kebanyakan pelanggan memaklumkan mahu daftar masuk seawal 1 Julai sehingga 10 Julai. "Tempoh tempahan antara seminggu hingga 12 hari dan banyak tempahan yang kami terima namun tidak dapat memenuhinya kerana hotel ini hanya mempunyai 50 bilik," katanya, semalam. Jurucakap Hotel Jean And C++ pula berkata, kira-kira 25 daripada 49 bilik di hotel itu sudah ditempah penyokong dan ahli sebuah parti politik dengan bayaran pendahuluan sudah dijelaskan serta tarikh mendaftar masuk bermula Khamis depan. "Bagi tempahan awal, kami masih mengenakan harga bilik pada kadar biasa iaitu di antara RM78 hingga RM118, namun tidak menolak kemungkinan menaikkan harga bilik apabila tarikh pilihan raya kecil semakin dekat," katanya. Sementara itu, jurucakap Hotel Sea Moon, berkata semua 10 bilik di hotel bajet berkenaan sudah ditempah sebuah stesen televisyen tempatan bagi menempatkan petugas mereka. - ABF |
| Tahniah Pemuda PAS Wialayah Persekutuan. Posted: 21 Jun 2011 08:40 PM PDT HAYATI SEBELUM KE JALAN RAYA PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO BERSIH 2.0 - harakah daily Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah : Tempat Pertama - RM 500 Tempat Kedua - RM 200 Tempat Ketiga - RM 100 Kriteria Video Yang Dikehendaki : 1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit 2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor 3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih 4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011 5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu: -Bersihkan senarai undi -Mereformasikan undi pos -Gunakan dakwat kekal -Akses media bebas & adil -Masa berkempen minima 21 hari -Kukuhkan institusi awam -Hentikan rasuah -Hentikan politik kotor Maklumat lain: 1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki. 2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial. 3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi. Penghantaran dan Tarikh Tutup: 1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta. 2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut - hermansamsudeen@gmail. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai 2011 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada hermansamsudeen@gmail.com atau hubungi 019-216 8557 (Herman) / 012-698 4302 (Nurul Islam). Herman Samsudeen Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
| Mari bersama doakan hujan lebat pada 9 Julai 2011. Posted: 21 Jun 2011 08:30 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Teringat gua ketika menghadiri BERSIH 2007. Dengan uma dan rakan2 rumahnya. Air kimia dan gas pemedih mata larut dalam air hujan yang lebat. Time tu macam rahmat. Berpesta masing2 macam dapat ilmu kebal. Sebelah mata pun tak pandang dengan tembakan2 dari FRU. Tapi bila hujan berhenti, masing2 kembali penakut seperti biasa la. Haha. Nak cerita tentang tembakan air kimia dari lori FRU, selalunya sebelum tembak, pengarah projek tembak akan sound dari atas lori tu. Guna pembesar suara. Pastu kalau degil macam Abu Nawas, lori tu akan keluarkan siren. Tu detik2 tembakan la tu. Pepandaila lu bukak langkah. Kalau kena pedih bang. Tapi 2-3 minit jer la untuk kulit jenis gua. Kalau kulit jenis Nora Danish, mau terkopek tuh agaknya. So, penutup N3 ni, harap, marilah sama2 doakan hujan lebat gile pada 9 Julai. Kalau boleh hujan lebat berpetir bermula pada malam 9 Julai. Supaya roadblock kensel. Pastu reda sekejap. Pastu hujan lebat lagi lepas Zuhur pada 9 Julai. Pergh... biasalah.. makhluk lemah macam gua, dia punya doa spesifik suruh Allah buat macam2. Haha.. |
| Mari lihat wajah pejuang Islam PERKASA berjihad melawan rakyat BERSIH. Posted: 21 Jun 2011 08:08 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan