Khamis, 9 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kejamnya mereka.....

Posted: 09 Jun 2011 09:23 AM PDT

Hancur luluh hati seorang ibu apabila membayangkan saat terakhir anaknya sedang melutut dan merayu meminta nyawa sebelum ditembak dari jarak dekat di kepala dan dada begitu sahaja.

Apatah lagi si penembak merupakan mereka yang sepatutnya menjaga keamanan, keselamatan dan keadilan rakyat dan orang awam.

Ibu Syamil, yang mengalirkan air mata ketika hadir di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini cuba ditenangkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin



Dengan esak tangis, Norhafizah Mohd Ghazali menyatakan kekesalan dan hilang keyakinan terhadap Polis Di Raja Malaysia(PDRM) yang seolah cuba menyembunyikan hal sebenar berkaitan kematian anak beliau, Muhammad Syamil Hafiz bin Shafiei yang ditembak mati oleh anggota polis seminggu hari jadi ke 16 nya November tahun lalu.

"Selama hampir 7 bulan saya menunggu apa yang saya fikirkan selama ini menjadi kenyataan. Anak saya memang dibunuh. Kenapa dia dibunuh? Anak saya bukannya pembunuh. Dia cuba berumur 15 tahun. Di mana keadilan untuk anak saya? Saya hilang kenyakinan pada pihak polis. Saya nak tegakkan keadilan untuk anak saya. Saya nak orang yang bunuh anak saya dihadapkan ke mahkamah dan terima balasan setimpal,"

Malah katanya, beliau tidak faham mengapa Polis yang lengkap bersenjata tidak menangkap dan menghadapkan anaknya ke mahkamah jika ia benar-benar melakukan kesalahan tanpa perlu bertindak sedemikian rupa.

"Kenapa tidak dia ditangkap sahaja, kenapa dia harus dibunuh. Mereka tidak merasakan apa yang saya rasa, sebagai ibu saya tak dapat membayangkan anak saya merayu agar nyawanya tidak diambil," ujarnya.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi pada 13 Disember lalu.

Pihak polis sebelum ini turut mendakwa ketiga-tiga remaja berkenaan telah menyerbu anggatonya dengan bersenjatakan parang dan bagi mempertahankan diri mereka pihaknya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan sebelum ini, ketiga-tiga remaja terbabit juga baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1, Glenmarie dan bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Bagaimanapun laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Jabatan Kimia Malaysia didapati ia bercanggah dengan kenyataan Thaiveegan itu.

Menurut laporan bedah siasat Hairul dan Syamil dan berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.

Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah dan badan mereka mengalami lebam dipercayai akibat dipukul.

Ia menunjukkan trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.

Laporan kimia pula menunjukkan ketiga-tiga mereka ditembak dari jarak dekat berdasarkan kesan serbuk pistol di badan mangsa.

Justeru bapa Hanafi, Omar Abu Bakar mempertikai kenyataan Polis yang seolah cuba menyembunyikan apa yang berlaku.

"Saya nak pertikaikan kenapa Polis tembak anak saya dari sebelah kanan. Dua butir di kepala dan dibahu. Pihak polis keluarkan laporan lain. Hospital keluarkan laporan betul. Dan kalau polis kata serang dari depan, kenapa tembakan dari kanan? soalnya.

"Saya tak puas hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor itu. Mengaburi mata rakyat untuk melindungi anggotanya. Apa standing orders untuk menenbak penjenayah bersenjata? Yang bersenjata api tembak, yang pakai parang pun tembak juga? Pistol boleh tembak dari jauh," tambahnya lagi.- TVS News


Laporan forensik dedah Syamil dibunuh dari jarak dekat

PETALING JAYA: Remaja mangsa tembakan Polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei dibunuh dari jarak dekat, kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.

Bukti itu katanya, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Menurut Surendran, berasaskan laporan itu juga, besar kemungkinan Syamil berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung, ketika remaja itu ditembak.

"Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak," kata Surendran.

"Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm.

"Terdapat lebam dan luka lelas mengelilinginya, kawasan berukuran 1×1.5 cm. Arah tembakan 45 darjah ke belakang ke kanan dan tembus.

"Manakala pada bahagian sebelah kanan dada, 2.5 cm dari puting kanan, dari tulang tengah dada 7.5 cm berdiameter 0.5 cm," kata Surendran memetik laporan itu.

Justeru KEADILAN menuntut Peguam Negara mendakwa mereka yang terlibat untuk dihadapkan ke mahkamah.

Muhammad Syamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Pihak polis sebelum ini mendakwa kesemua remaja itu sebagai 'penjenayah tegar ' yang kononnya dikenali sebagai 'geng minyak'.

Keadilandaily

Pemutihan yang mungkin menghitamkan...

Posted: 09 Jun 2011 08:06 AM PDT

Kementerian Dalam Negeri akan memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai ini.

Pemutihan ini secara kebetulan atau dirancang tiba-tiba?

Pemutihan yang jika tidak diawasi sebaiknya bakal menjadikan hitam atau gelap cita-cita Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya..

Jika dari 2Juta itu 30% diputihkan dengan diberikan IC palsu.. dan didaftarkan sebagai pengundi maka Pakatan hanya mampu berangan-angan untuk ke Putrajaya..


Mampukah kita untuk membantah jika 30% dari mereka iaitu sejumlah 600,000 didaftarkan sebagai pengundi bila setiap kali membuat satu bantahan kita perlu membayar RM30?

Dengan dihadkan seorang hanya boleh membantah 10 nama sahaja dan setiap bantahan dikenakan bayaran RM30 bagi setiap satu bantahan, sejumlah RM18Juta diperlukan untuk membantah sahaja..


Pemutihan dua juta Pati bermula Julai

KOTA BAHARU: Kementerian Dalam Negeri akan memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.

"Kita juga sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan Malaysia kepada 14 orang yang telah memohon taraf kewarganegaraan sejak setahun lalu di sini hari ini.

Lee berkata program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Enam pelan tindakan

Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Lee berkata objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Beliau berkata 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.

Lee berkata Kementerian Dalam Neneri menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

"Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta," katanya.

- Bernama

Demi Kuasa, 'Projek IC' Kini Menular Ke Pahang

Posted: 09 Jun 2011 04:35 AM PDT

Biar pun Pilihanraya Umum Ke-13 masih menjadi rahsia dan spekulasinya kini menjadi-jadi konon ia akan diadakan tahun ini, namun parti-parti yang bertanding kini sedang sibuk mencatur siapakah calon-calon yang akan mewakili mereka.

Banyak maklumat sulit yang diterima mengatakan PRU13 bakal diadakan antara bulan Julai hingga November tahun ini berdasarkan kepada senairo semasa yang berlaku.

Malah terdapat juga info mengatakan ia akan diadakan selepas sahaja Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat.


Menurut mereka Najib akan membentangkan bajet yang merangkumi tawaran "Bukit Jingga" yang dibuat oleh pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO BN.

Ramalan kedua pula mengatakan PRU13 bakal diadakan selepas sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar semula bermastautin di Penjara Sg.Buloh.

Petanda ke arah itu nampaknya semakin jelas jika dilihat kepada kes yang dihadapi oleh Anwar sekarang ini.

Apapun telahan itu, kini semua pihak harus bersedia dan berwaspada kerana PRU13 mungkin boleh diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Di Pahang, isu panas yang sedang menghantui UMNO BN sekarang ialah berkaitan dengan bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation.

Isu itu jelas akan menyebabkan majoriti undi kaum Toinghua tidak lagi akan berpihak kepada BN kali ini. Jika ia berlaku, ini bermakna harapan BN untuk merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang diwakili oleh PKR pasti tidak akan kesampaian. Begitu juga dengan DUN Beserah yang diwakili oleh PAS.

Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini.

Sama ada disedari atau tidak, begitulah hakikatnya. Malah, pembangkang meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang.

Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja.

Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini. BN pasti tidak dapat tidur lena melihat senario ini.

Namun, dalam keghairahan itu rakyat juga harus sedar UMNO BN pasti melakukan berbagai usaha untuk terus berkuasa di Pahang.

Malah, terdapat maklumat mengatakan ada pihak-pihak tertentu kini mendaftarkan warga asing sebagai pengundi di kawasan kritikal. Senario yang sama berlaku di Pekan, pasti akan melanda kawasan lain termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Operasi "Projek IC" sedang giat diadakan melibatkan warga Kemboja, Myanmar dan lain-lain lagi.

Khabarnya pusat operasi tersebut terletak di sebuah lokasi sulit di Cherating. Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang kecewa dengan senario itu.

Apapun, semua yang berlaku ini jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri Pahang kini semakin terdesak untuk mempertahankan "sisa-sisa kuasa" mereka yang semakin terancam.

Apapun, rakyat diminta bersedia untuk melakukan perubahan jika mahu terus hidup selesa dengan berbagai kebajikan seperti dinikmati oleh rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sekarang. Lakukanlah perubahan demi masa depan!.


Pahang Daily Online

Pilihanraya Masjid : Kenapa UMNO mengelupur?

Posted: 09 Jun 2011 02:10 AM PDT



Dalam satu kenyataan Media, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid.


Ini kerana menurut Ketua AMK Pulau Pinag, Saudara Amir Ghazali inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Saudara Amir lagi, tindakan UMNO yang 'menggelupur' macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka , dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan.

Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan 'klasik' selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.




Pilihanraya Masjid :
Kenapa UMNO Macam Cacing Kepanasan?
9 JUN 2011


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengadakan sidang media ini adalah untuk menyanggah tuduhan UMNO yang menuduh DAP ingin mencampuri urusan agama Islam negeri, kedua tentang sokongan penuh AMKPP terhadap pilihanraya Masjid & ketiga; cadangan penambahbaikan dari pihak kami.

Pertamanya, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid. Tegas kami nyatakan di sini, inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Justeru kami menyeru agar umat Islam di negeri ini tidak terpedaya dengan fitnah terbaru UMNO ini, kerana jelas pilihanraya Masjid yang dicadangkan hanya melibatkan entiti-entiti yang berkaitan dengan agama Islam di negeri ini sahaja, dan tidak langsung melibatkan Parti DAP, apatah lagi entiti non-muslim yang lain.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyedari tindakan UMNO yang 'menggelupur' macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka itu, dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan. Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan 'klasik' selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap inisiatif yang murni & yang pertama kali dijalankan di negara ini. Ini adalah kerana objektif pemilihan adalah untuk mengembalikan semula kuasa memilih Jawatankuasa Pentadbiran masjid, kepada anak kariah tempatan. Dan usaha ini juga bakal memastikan Masjid dibebaskan dari kongkongan UMNO yang menjadikan Masjid seperti milik mereka, walhal kebanyakan masjid di bawah kekuasaan mereka selama ini, sebenarnya lesu dan tidak aktif.

Justeru, demi memperkemaskan lagi Pemilihan Masjid yang bakal berlangsung ini, pihak AMKPP ingin mencadang agar satu 'sistem database' maklumat ahli kariah diperkenalkan untuk memberi kuasa penuh hanya kepada anak kariah yang sudah bermastautin 3 bulan ke atas di satu-satu kariah itu layak untuk mengundi.

Semoga Pilihanraya Masjid yang bakal berlangsung bermula minggu depan dapat mengembalikan Masjid-masjid di negeri kembali ke pangkuan umat untuk dijaga, diurus dan dimakmurkan oleh mereka yang beramanah & berwibawa.

Salam Reformasi

AMIR GHAZALI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

Slogan 1Malaysia hanya retorik semata-mata..

Posted: 09 Jun 2011 12:25 AM PDT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai 'Anak Malaysia' sebagai etnik rasmi, yang membuktikan konsep 1Malaysia, ini merupakan peristiwa yang amat mengecewakan.

Jelaslah BN begitu rasis kerana mengutamakan bangsa Melayu, Cina atau India daripada bangsa Malaysia.

DAP berbangga dengan kedua-dua mereka, Hannah dan Ramachandran yang mengamalkan dasar 'Malaysians' Malaysia' dan "Malaysian diutamakan" daripada DAP dalam kehidupan mereka dan semangat menjadi rakyat berbangsa Malaysia di mana kita semua terikat dengan satu tujuan bersama sebagai satu bangsa.


Dengan memaksa kita semua ke kancah kotak etnik, BN sebenarnya tidak meraikan kepelbagaian ataupun mencipta identiti rakyat Malaysia tetapi menggunakan peluang yang ada untuk bermain politik pecah dan perintah.

Kita harus melihat jauh di bawah warna kulit di mana darah yang mengalir adalah sama berwarna merah. Kita harus melihat latar belakang etnik yang lepas dan akan menjumpai keturunan warisan kita.

Kita harus melihat jauh di sebalik bangsa kita dan akan mendapati bahawa kita semua adalah daripada golongan bangsa manusia.

Sokongan penuh diberikan kepada Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai 'Anak Malaysia'.

Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai 'Anak Malaysia'.

Hannah dan Ramachandran telah berusaha keras agar rakyat Malaysia dapat melihat bahawa kita tidak boleh membiarkan BN meracuni fikiran anak muda dengan ideologi perkauman yang lapuk dan berbahaya di mana seorang anak dianggap tidak cukup baik dan harus bergantung pada tongkat atau tidak akan diberi ganjaran untuk prestasi cemerlang yang mereka capai tidak kira sehebat mana pun kerana mereka berasal daripada golongan bangsa yang tertentu.

DAP akan memberikan sokongan yang penuh kepada perjuangan Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai 'Anak Malaysia'.

Sekiranya kedua-dua mereka ingin membawa kes ini ke mahkamah, saya telah mengarahkan Pengerusi Biro Undang-Undang kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Saudara Gobind Singh untuk menguruskan kes ini.

Akhirnya, bukan siapa diri kita yang penting tetapi yang pentingnya ialah siapakah kita; bukan warna kulit yang penting tetapi nilai keperibadian; dan bukan keturunan nenek moyang kita yang penting tetapi bagaimana kita berhubung antara satu sama lain dalam menghadapi masa depan.


LIM GUAN ENG


Original Statement




Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9 June 2011.

1Malaysia Another Empty Slogan When Being A Malay First, Chinese First Or Indian First Is More Important Than Malaysian First. The sorry spectacle of the National Registration Department (NRD) refusing to allow DAP State Assemblywoman for Subang Jaya Hannah Yeoh and her husband Ramachandran Muniandy to register her new born child as 'Anak Malaysia' as an official ethnicity, shows that 1Malaysia. Clearly BN is so racist that being a Malay First, Chinese, First or Indian First is more important than being a Malaysian First.

DAP is proud of both Hannah and Ramachandran for living and practicing DAP's Malaysian Malaysia and Malaysian First spirit that we are all inextricably bound together by our common destiny as one nation. By deliberately forcing us into ethnic boxes BN is not celebrating diversity nor creating a common Malaysian identity, but opportunistically playing divide and rule politics.

We should look beneath the different colours of our skin and discover that our blood is red. We should look past one's enthnicity and discover our common Malaysian heritage. We should look beyond one's race and discover that we are all members of the human race.

Full Support For Hannah And Ramachandran's Quest For Their Child To Be Simply Known As Malaysians. Forcing Hannah and Ramachandran to choose either Indian or Chinese is repugnant when they just want their child to be known as Malaysian.


Hannah and Ramachandran has striven to let Malaysians see that we should never allow BN to corrupt young minds with obsolete and dangerous racist ideology that one's child is never good enough and must be forever dependant on the tongkat or that they will never be rewarded for their good performances no matter how deserving they are just because they come from a certain race.

DAP would give full support to Hannah and Ramachandran's quest for their child to be simply known as Malaysians. If both wants to pursue in court, I have directed DAP National Legal Advisory Committee Chair and MP for Puchong Sdr Gobind Singh to handle the case.

Ultimately, it is not who we are that is important, but what we are that is important; not the colour of our skin that is important but the content of our character; and not our past ancestry that is important but how we connect with the present and with each other to face the future.


LIM GUAN ENG

Khir Toyo bayar RM6.5 juta tunai untuk ubah suai Istana. (Updated)

Posted: 08 Jun 2011 11:59 PM PDT



SHAH ALAM: Seorang pereka laman bebas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran lebih RM6 juta daripada Dr Mohamad Khir Toyo untuk kerja pengubahsuaian banglo milik bekas Menteri Besar Selangor itu yang terletak di Seksyen 7 di sini.


Saksi ketiga pendakwaan, Nasir Ismail, 55, berkata bayaran itu diterima secara tunai memandangkan statusnya sebagai seorang muflis dan tidak mempunyai akaun bank.

"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.

"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000...setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud.

Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Nasir yang diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir oleh ADUN Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berkata Shamsuddin dilantik oleh bekas Menteri Besar itu sebagai pengurus dalam urusan kerja pengubahsuaian banglo tersebut.

Ditanya mengenai siapa pemilik sebenar banglo itu, saksi itu menjawab: "Saya keliru sebab yang beri arahan Dr Mohamad Khir tetapi bila dapat pelan ada nama Ditamas Sdn Bhd. Pelan itu telah diluluskan."

"Semasa awak terima wang, awak tiada akaun bank, jadi bagaimana awak uruskan wang?" soal Masri.

Nasir menjawab: "Saya bayar pada supplier (pembekal) dan sebahagian wang itu saya simpan untuk beri kepada pekerja yang diupah.

"Ada atau tidak pada bila-bila masa awak kemuka sebarang sebut harga pada Dr Mohamad Khir?" soal Masri.

Saksi itu menjawab: "Ya. Pada Dr Mohamad Khir sendiri dan bila dirujuk (sebut harga) Dr Mohamad Khir minta kurang sikit."

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir berhubung status muflisnya, Nasir berkata beliau muflis sejak 1998 dan kemudiannya bebas daripada status muflis pada 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki disambung petang ini.


BERNAMA

Suami, Isteri sama saja HIPOKRITnya..

Posted: 08 Jun 2011 09:46 PM PDT

Semalam di Astana, Kazakhstan dalam satu ucapan khas pada upacara perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF ) yang jelas hipokrit, Najib telah berkata negara-negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,400 tahun lepas.

Najib juga berkata, khalifah keempat, Saidina Ali bin Abi Talib yang juga menantu Nabi Muhammad S.A.W, pernah memberitahu Gabenor Mesir, Malik as-Ashtar, bahawa pentadbirannya akan hanya berjaya jika beliau mentadbir berasaskan keadilan, kesaksamaan, kejujuran dan kemakmuran untuk semua termasuk wanita.- sepenuhnya sila baca di SINI


Negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kata Najib.. Cuba lihat contoh urus tadbir yang baik sebagaimana yang di fahami oleh Najib di SINI , SINI dan juga di SINI




Hari ini pula, Isteri beliau pula menyerlahkan sikap hipokritnya dengan memberikan ucapan mengenai fesyen didalam Islam pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana sedangkan beliau pada masa yang sama mendedahkan auratnya..


Rosmah: Fesyen hari ini langkaui sempadan

Pereka fesyen Muslim yang berhasrat ke peringkat global dan mempunyai pengiktirafan untuk jenama dan produk, mestilah memenuhi permintaan pelanggannya yang kini amat mengikuti trend, kata isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pereka dan penggerak dalam perniagaan ini mestilah menganggap pelanggan sebagai komponen paling penting baginya kerana pelanggan hari ini mempunyai citarasa global, sangat pentingkan trend dan juga kualiti.

"Sentiasa ingat bahawa fesyen hari ini melangkaui sempadan malahan dalam mengekalkan rona etnik atau budaya," beliau berkata pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana, Rabu.

Untuk mampu berbuat demikian, pereka fesyen mestilah peka dengan trend fesyen terkini dari ibu negara fesyen yang terkenal di dunia.

Jika bercakap mengenai aspek perniagaan dalam industri fesyen, tanpa ragu-ragu bahawa fesyen Islam cepat berkembang sebagai perniagaan yang menguntungkan yang pasarannya kini bernilai lebih US$96 bilion setahun.

Rosmah, penaung IFF berkata dalam sebarang bentuk, fesyen adalah satu pasaran yang besar yang harus diterokai dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

"Berlainan dengan pandangan umum bahawa fesyen dan Islam adalah tidak selari, saya ingin mengulangi bahawa pakaian Islam khas untuk wanita masih boleh menjadi fesyen yang kontemporari dan bergaya dalam memenuhi ciri-ciri pakaian Islam termasuk kesederhaan," kata beliau.

Beliau berharap bahawa IFF akan melenyapkan tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh bergaya tetapi fesyen Islam mempunyai gaya tersendiri dan semakin menarik perhatian ramai.

Menegaskan bahawa fesyen Islam kini dianggap satu nafas baru dalam budaya global, katanya tidak menghairankan bahawa jenama dan pereka terkenal dan butik mewah dilaporkan bersaing untuk mereka dan mengeluarkan koleksi fesyen Islam.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa IFF akan terus menyediakan landasan untuk pereka-pereka melancarkan fesyen Islam agar mereka mampu bersaing di pasaran fesyen dengan pereka-pereka antarabangsa yang terkenal di dunia," kata beliau.

Antara yang hadir pada majlis ini adalah Ketua Pengarah Presiden Pertama Kazakhstan, Dariga Nursultanovna Nazarbayeva, Mienteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Buruh dan Perlindungan Sosial Kazakhstan Gulshara Nurshaevna Abdykalikova.

- Bernama

Jangan persoal status Tugu Negara, patung Tunku - Jamil Khir

Posted: 08 Jun 2011 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata status Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.

Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.

"Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tugu Negara.


"Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada kedua-dua tugu itu harus dikekalkan, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya mengatakan "itu cerita lain."

Kelmarin, Pemuda PAS Johor mahu Jamil Khir menyatakan pendirian mengenai status Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perdana menteri yang pertama di Parlimen, ekoran pendiriannya tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia di Perlis.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat berkata, di samping tugu 1 Malaysia, terdapat tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman.

"Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan.

"Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti (Perlis, Dr Juanda Jaya) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan," katanya.

Khamis lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan kerajaan negeri tidak membina tugu 1 Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.

Juanda berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

Jamil Khir pula berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1 Malaysia.


The Malaysian Insider

Lelongan Ibu Pejabat PKR dibatal saat akhir.. tapi..

Posted: 08 Jun 2011 11:10 AM PDT

Lelongan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana, Petaling Jaya diberitakan telah dibatalkan pada saat-saat akhir berikutan pemilik sebenar bangunan tersebut yang mendapatkan perintah Mahkamah bagi menghalang proses lelongan tersebut.

Bangunan tersebut sebelum ini dilaporkan akan dilelong pada harga yang bermula dengan RM460,000 hingga RM1 Juta bergantung kepada tingkat menurut Bendahari PKR, William Leong.

Pemilik sebenar bangunan tersebut adalah Butiran Nyata Sdn Bhd dan bukannya Ainb Tech Malaysia Sdn Bhd seperti yang dinyatakan oleh beberapa pemimpin PKR iaitu William Leong, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan juga Tian Chua..


Perjanjian sewa adalah antara Butiran Nyata dan PKR, tetapi pihak Affin Bank mengambil tindakan terhadap Ainb-Tech bukannya Butiran Nyata yang memiliki bangunan tersebut..

Kalau begitu.. Alhamdulillah…

Cuma timbul sedikit kemusykilan disini.. Bagaimana beberapa orang pemimpin yang berada ditahap pimpinan tertinggi boleh memberikan maklumat yang salah? Mereka tersilap atau mereka memang salah..

Salahnya maklumat yang diberikan oleh mereka itu sebenarnya menunjukkan kepada kita mereka memang tidak kisah atau mereka memang tidak mengambil peduli siapa sebenarnya pemilik bangunan itu..

Tidakkah mereka terfikir andaikata bangunan tersebut milik Dato Zaid Ibrahim ataupun UMNO apa akan terjadi kepada PKR?

Tidakkah mereka terfikir bahawa kegagalan untuk mengenalpasti siapa pemilik bangunan itu akan meletakkan imej PKR seperti telur dihujung tanduk? Atau dalam lain ayat boleh dicalarkan pada bila-bila masapun..


PKR HQ: 'Real' landlord stops auction

PETALING JAYA: In the latest twist to the PKR headquarters saga, the building located in Tropicana here will not go under the hammer tomorrow.

FMT learnt that on June 6, the building's "real" landlord and beneficial owner Butiran Nyata Sdn Bhd obtained an ex-parte injunction against Ainb Tech Malaysia Sdn Bhd and Affin Bank from carrying out the auction until the inter-parte hearing is disposed of on June 27.

Previously, party leaders named Ainb-Tech as the building's landlord, who they said failed to service the bank loan.

"PKR leaders, including treasurer William Leong, secretary-general Saifuddin Nasution Ismail and vice-president Tian Chua, got their facts wrong," said a source.

"The lease agreement is between Butiran Nyata and PKR. The bank is taking action against Ainb-Tech and not Butiran Nyata," he added.

Ainb Tech was the original owner of the building and sold it to Butiran Nyata in 2008.

The latest information confirmed an earlier FMT report where a party insider claimed that PKR leaders named a different landlord from the one on the lease agreement.

"They don't seem to have a clue about the lease details of the premises they are occupying. I don't think they know who they are renting the building from and even how much money they have to pay for rental," he had said.

The party's five-storey headquarters in Merchant Square was scheduled to be auctioned off at the auctioneer's office in Brickfields tomorrow afternoon.

PKR entered into a five-year lease with the landlord beginning July 2008 for RM20,000 per month. However, the party only paid rental until November 2008 resulting in arrears of RM600,000.

Party leaders laid the blame squarely on the landlord and insisted that PKR never defaulted on the rental.

However, the source questioned whether the party was honest in its claim about being prompt with regard to paying rental.

Earlier today, Leong confirmed that the auction will take place tomorrow with bids expected to start at RM460,000 to RM1 million per unit, depending on the floor.

PKR is reportedly considering purchasing the building but that decision will depend on the price. As of now, no other party is known to have expressed interest in the building.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: