Aku Budak Balun |
Khairy Nak Jadi 'Beruk'? Terbaekk! Posted: 16 Jun 2011 07:05 AM PDT Wakakaka!! Dulu dia anggap peserta BERSIH tu beruk.. "Saya bagi amaran pada beruk-beruk" katanya.. Ni dah nak jadi 'beruk' pulak? OK! proceed! kamu diterima nak jadi 'beruk'! woi! lupa ka Pak Mentua lu kata dulu.. 'demo bukan budaya kita" takkan lupa kot?? opss! lupa pak mentua lu dah jadi macam kapal selam scorpene.. Takda makna!! Komisen sudah dapat suddaaa! Wakakakaka! budakbalun 16062011 Pemuda Umno juga mahu berhimpun pada 9 Julai Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan. "Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. "Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri). Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama. Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.-malaysiakini |
Ahli-ahli UMNO memenuhi Stesen Minyak Malam Tadi? Posted: 15 Jun 2011 09:00 PM PDT Bukit Beruntung, 15 Jun 2011- Stesen-stesen minyak di Bandar Bukit Sentosa dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO yang berbaris panjang bersama kenderaan masing-masing menunggu giliran untuk mengisi minyak malam ini. Suasana ini agak 'ganjil' kerana biasanya kejadian sebegini berlaku apabila harga minyak diumumkan naik tetapi kini ianya berlaku apabila pengumuman harga minyak turun?. Wartawan kami sempat bertanya kepada salah seorang ahli UMNO yang turut sama berbaris bersama kenderaannya dan ini ialah jawapan beliau, "Kami rasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak RON97 daripada RM2.90 ke RM2.80, penurunan 10 sen ini walaupun sedikit tetapi cukup menyeksakan kami yang berpendapatan rendah! Kami berharap agar pihak Kerajaan Malaysia pimpinan parti kesayangan kami iaitu UMNO dapat menaikkan semula harga miyak RON97 ini kembali dalam masa terdekat! ini juga bagi membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah Malaysia! Hidup Melayu!" Sekian laporan daripada wartawan kami di Hulu Selangor. - sumber pening lalat! budakbalun 16062011 KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini. Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter. Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter. "Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu," kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider. Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini. Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia. Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter. Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia. Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.-Malaysianinsider |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan