Ajijoi |
| Posted: 17 Jun 2011 03:12 AM PDT Terdapat tiga variasi yang diperkenalkan. Standard, Premium dan Elegance. Dibilik pameran, terdapat ketiga-tiga variasi tersebut yang diklasifikasikan mengikut warna. Warna putih untuk Standard, Silver untuk Premium dan Hitam bagi Elegance. Juga terdapat warna Ungu yang canggih (hanya mula dipasarkan pada bulan August nanti). Variasi Standard dijual dengan harga dari RM43,900, Premium RM50,000 dan Elegance RM57,400. Myvi Premium Kesemua variasi kini mempunyai airbag untuk pemandu dan juga penumpang. Kemasan dalamannya juga menampakkan keluasan yang bertambah daripada versi Myvi yang lama. Lampu hadapan diubah bentuknya dan digantikan dengan lampu projektor. Grill hadapan juga direka serupa dengan Alza. Myvi Elegance Ahmad Fairouz - DMM Sales (019-5644104) atau Mohd Shahir - Duga Saga (017-5662163) |
| Utusan Malaysia biadap siarkan kartun menghina Islam - Pesuruhjaya Pas Perak Posted: 17 Jun 2011 02:48 AM PDT IPOH, 17 Jun: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam. Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol. Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti. Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam. Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan." Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam." Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap PERKASA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia dengan mendakwa ia hanyalah sindiran terhadap golongan yang tidak memahami undang-undang Islam dan masalah persepsi individu. Tindakan Utusan Malaysia ini turut dikecam oleh Persatuan Ulama Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Selain itu, Mursyidul Am PAS Datuk Bentara Setia Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam. Sehubungan dengan itu, PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam. |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan