Khamis, 16 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gua nyaris2 terlibat dalam pergaduhan berhampiran Balai Bomba Pengkalan Chepa.

Posted: 16 Jun 2011 07:21 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Label : Peribadi.

Ni kejadian gile. Gua letak dalam label peribadi. Gua kerja sendiri. Petang sampai 12 malam gua jadi Pak Guard. Tadi, lepas lapor diri, gua keluar kejap. G beli makan. Kat medan selera. Medan selera tu berhampiran dengan kediaman siswi Kolej Mara dan Balai Bomba Pengkalan Chepa.

Sampai medan selera tu, gua cari la kedai mana yang tertarik di hati. Tengah jalan tu, gua selisih dengan 1 group studen pompan kolej Mara nih. Time selisih tu, tiba2 diorang menjerit ramai2 sambil tunjuk gua. Tionaseng. Gua pandang bdk2 pompan ni atas bawah sambil teruskan usha menu.

Tapi, terjerit2 lagi. Ada yang tepuk2 pipi. Ni apa kes plak ni? Zup... gua dah kena keliling dengan brother2 Klate kat situ. Ah.. sudah...

"Gapo?" Brother misai tu sound gua.

"Mana gua tahu be.. gua nak beli nasi."

Gua jawab acuh tak acuh sambil blah. Tapi ditahan rakannya.

"Relek be... body contact kalau boleh, jangan. Gua tak tahu gapo pun. Mu g tanyo budok tino tu."

"Mu duduk dulu.. mu duduk dulu.. kito tanyo so, so.."


Dia suruh gua duduk pulak.. Gua tak duduk. Ni gua dah buang masa dah ni. terperangkap dengan histeria tak pasal2 group studen pompan nih.

"Mari sini... dia buak gapo ko mu?"

Brother tu tanya budak2 pompan tu sambil tunjuk gua. Ni kalau budak pompan tu tuduh gua cabul dia, memang sohih gua bertumbuk kat sini sebelum ke balai.

"Dio be.. dio..." Budak2 pompan tunjuk2 ke gua.

"Dia buak gapo."

"Dio la Seth Tan be.. Aaron Aziz tu.."

Ak'ala.... dia tuduh gua Aaron Aziz la plak...


Gua tak rasa Komik Utusan hina Islam.

Posted: 15 Jun 2011 08:42 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Ni just gua share idealogi gua jer. Ske hati la lu nak ikut tajuk mana. Adalah lebih baik lu rujuk pada yang lain juga. Ini adalah komik Utusan Malayseks.


Terdapat 2 pembolehubah di mana pelukis kartun itu tidak tahu, dan penuduh pelukis kartun itu telah menghina Islam sendiri tidak tahu.

  1. Rogol
  2. Zina
Dan ini pula adalah ayat Allah mengenai zina :

[1]

''Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka pada diri mereka sendiri. Dan (mengapa tidak) berkata:''Ini adalah satu bohong yang nyata''. Mengapa mereka yang menuduh itu tidak mendatangkan 4 orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana tidak mendatangkan saksi saksi maka mereka itulah pada Allah orang orang yang dusta''

[2]

''Dan orang orang yang menuduh wanita wanita baik, mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh) 80X sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama lamanya. Dan mereka itulah orang orang yang fasik''

Masalah sebenar ilmuan Islam.

Sebenarnya begini bro.. gua kemukakan konsep asas kepada permasalahan ini. Dalam 2 pihak yang bertembung, yang berbalah, pasti ada satu yang salah. Manakala satu lagi sama ada 100% benar atau pun separuh benar. Mutlaknya ialah Allah.


Zaman dulu, ada Nabi yang memegang result akhir. Siapa yang betul, siapa salah. So, kita ada rujukan / hakim / penentuan. Tapi masalah sekarang ialah kita tiada. Maka tergantunglah keputusan itu kepada ulama yang mempunyai pelbagai khilaf, pelbagai kemampuan berfikir, pelbagai saiz otak.


Namun, Allah tinggalkan kita satu sistem. Dimana Allah janjikan kebenaran itu tidak boleh ditumbangkan dengan hujah. Sejak Nabi sebelum Muhammad, semuanya Allah sunnahkan berdebat. Baik Ibrahim vs Namrud, Musa vs Firaun, kesemuanya mempunyai sistem berdebat / berbahas / berhujah.


Namun, sejak akhir2 ini, sejak zaman ilmuan Islam yang tidak takut berdebat hapus beberapa ratus tahun dulu, ulama akhir zaman menjumpai kaedah bidaah yang dicipta sendiri dalam menghadapi hujah. Yakni menuduh menghina.


Dalam tajuk komik Utusan Malayseks itu, Si Polan datang dengan hujah. Ulama akhir zaman yang dibentuk secara ayam daging ini akan mengamuk, berdemo, menuduh si polan menghina. Sedangkan kaedah yang ditetapkan Allah ialah berhujah. Komik Utusan Malayseks itu adalah hujah. Ulama ayam daging dari anak2 berbaka pasif yang tiada aliran dan cabaran yang lebih sesuai dengan mereka kecuali agama (selepas ini disebut UADBP = Ulama Ayam Daging Baka Pasif), telah mencipta satu kaedah bidaah yang mudah. Yakni menuduh si penghujah menghina. Jahit mulut mereka, penjarakan, keji dan hinakan mereka. Hujah harus dipadamkan dengan hukuman polis.

Apa maksud Allah dengan 4 orang saksi?

Allah mengatakan serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Kepada bidangnya. Tidak terkecuali bab saksi. Bagaimana Ulama ayam daging dari anak2 berbaka pasif yang tiada aliran dan cabaran yang lebih sesuai dengan mereka kecuali agama ini (UADBP), boleh memisahkan perintah itu suku, dan perintah saksi suku yang lain?

Apakah keahlian 4 saksi? Allah tidak mengatakan 4 saksi itu adalah saksi skodeng. Tapi UADBP ini sahaja yang memandai2, bersangka2 dengan tahap kemampuan otaknya yang berbaka pasif itu. Dakwa mereka 4 saksi yang dimaksudkan Allah ialah 4 saksi skodeng! Sedangkan Allah tidak pun menyatakan demikian. Mereka menambah2 apa yang mereka tidak tahu kerana mempunyai kekebalan 1 pahala walau ijtihad silap.

Apakah 4 saksi yang mungkin dimaksudkan Allah? 

I. Kesaksian yang mempunyai keahlian dalam cap ibu jari. Tidak fasik, yakni tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.


II. Kesaksian yang mempunyai keahlian DNA. Tidak fasik, yakni tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.

III. Kesaksian yang mempunyai keahlian rakaman / pengecaman wajah / bahasa gerak bibir / etc. Tidak fasik, yakni tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. 

Islam itu luas. Tetapi dijumudkan oleh  Ulama ayam daging dari anak2 berbaka pasif yang tiada aliran dan cabaran yang lebih sesuai dengan mereka kecuali agama (UADBP).

Allah melarang kita spesifik sampai tidak mampu.

Dari (Al Baqarah : 67 – 74), Allah memulakan arahan dengan umum. Memudahkan hambanya. Just Sapi. Smol metter. Tapi, tak puas hati juga, nak juga spesifik. Umur la, warna kuning la, bukan yang jinak la... sampai manusia itu HAMPIR2 tidak dapat cari.

Sama seperti 4 saksi. Umum. Ada macam2 keahilan dalam saksi. Pakar bedah siasat ada, pakar darah ada. Just kemukakan depan hakim minima 4 kesaksian yang tidak dicabar keraguannya (fasik). Tetapi, apa yang terjadi adalah HAMPIR2 tidak mampu melakukan. Apa kerja gila anak Hadi Awang kena rogol terpaksa melupakan keadilan baginya kerana tidak cukup 4 saksi? Tak kena anak sendiri, boleh la cakap ikut Islam tafsiran UADBP. Ini adalah hujah melalui komik. Cuma ada beza rogol dan zina. Pembolehubah.

Dan apabila hujah itu tidak boleh ditumbangkan, atau pemalas untuk ditumbangkan, maka, report polis. Suruh polis jahit mulut dia. Gari dan penjarakannya. Ini kaedah UADBP atau kaedah yang Allah tinggalkan? Kepimpinan Ulama kepala ayah dia. Islam itu menjamin semua termasuk ulama. Bukan ulama yang menjamin Islam. Makhluk tidak boleh menjaga Khuluk (Pencipta). Syirik!

UADBP dengan ayat babi.

Begitu juga ayat Allah yang just mengatakan DAGING BABI. Allah tak sebut pun BABI. Mengapa ada word daging? Sebab benda2 yang berubah dari sifat asalnya, arak yang menjadi cuka, atau daging babi yang berubah kepada gelatine atau kepada kimia lain, maka itu tidak tertakluk kepada word daging.

Bila Allah umum, ulama nak spesifik.
Bila ALlah spesifik (just daging), ulama nak umum. Haramkan keseluruhan babi.

Tapi kalau dah dasar ulama pundek macam kes Sapi tadi, maka hampir2 tidak mampu dilakukan oleh umat Islam. Serba ketakutan. Takutkan babi melebihi Allah. Sana ada DNA babi, situ ada DNA babi. Tapi air paip yang datangnya dari hutan yang mengalir sifat2 asal daging babi hutan boleh pula diorang tidak spesifikkan. Telan. Stupid!

Lepas ni kompom Herman Shamsuden KP PAS WP buat repot polis pasal gua hina Islam pula. Berdebat penakut. Berlindung belakang polis. Nasib baik tak penting macam Hadi Awang. Kalau tak lah....

Wallahualam.


Tiada ulasan: