Addin |
- Panas!! SKMM Bagi Warning Kat Blog Sabahkini
- Kenapa Orang Pahang Ramai Masuk Komunis?
- PERKASA Tukar Nama PERKASI !!
- Ulama Indonesia, Abu Bakar Basyir Di Jatuhi Hukuman 15 Tahun Penjara
- Catatan Pentagon Tentang Perang Vietnam Di Bongkar Setelah 40 Tahun
- Pelancaran BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka Malam Ini
- FELDA Akan Berdepan 100 Saman Peneroka
- Dakwa Kartunis Utusan Hina Islam
- Khir Toyo Arah Pengarah Ditamas Berbohong Kepada SPRM
Panas!! SKMM Bagi Warning Kat Blog Sabahkini Posted: 16 Jun 2011 07:00 AM PDT Saudara Pengarang, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan kandungan dan komen-komen yang terdapat didalam blog tuan yang mana ada mempunyai unsur penghinaan terhadap inidvidu tertentu dan tidak sensitif terhadap isu-isu agama atau kaum. Maklumbalas yang diterima juga mengulas bahawasanya pihak tuan tidak bertanggungjawab dalam mengawal atau mewujudkan artikel-artikel yang sihat menjadikan laman blog ini sebagai landasan bagi menjatuhkan dan memalukan orang lain. Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) "sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain". Oleh yang demikian, pihak tuan juga diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan topik-topik dan intipati perbincangan yang dibuat di dalam laman forum ini tidak bercanggah sama sekali di bawah AKM serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia. Sekian, terima kasih. Bagi Pihak Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Kandungan Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya, Malaysia Tel: +603 8688 8000 Fax: +603 8688 1003 Emel: crd@cmc.gov.my Addin : Nampak ketakutan UMNO terhadap suara kebangkitan rakyat terutamanya di media baru. Blog-blog pro PR sentiasa di pantau dan diberi tekanan tetapi blog pro kerajaan Umno BN terus di beri kebebasan sesuka hati untuk mengeluarkan artikel fitnah dan video seks. Blog papagomo dan bigdog sampai sekarang bebas berkeliaran dan tiada tindakan di ambil terhadap mereka... inilah 1Malaysia Double Standard.. | ||
Kenapa Orang Pahang Ramai Masuk Komunis? Posted: 16 Jun 2011 04:58 AM PDT
Bila berbicara soal komunis ia agak sensetif sedikit di negara ini. Golongan komunis yang diketuai oleh Chin Peng dilabelkan sebagai pengganas oleh kerajaan British suatu ketika dulu. Biarpun hanya sempat 'menjajah' negara ini lebih kurang 14 hari tetapi kekejaman mereka kerap diceritakan orang. Tahun 2006 sewaktu saya (admin malaysiasensasi.net), dalam perjalanan ke Lumut bersama boss yang juga bekas Leftenan Kol. Bersara dia ada menceritakan tentang kisah 13 Mei yang mana beliau turut sama terlibat, dan cerita terus merebak ke perjuangannya menentang komunis. Satu perkataan yang masih saya ingat ialah 'ramai orang Pahang masuk komunis'. Pada ketika itu saya memang tidak ambil peduli pasal cerita-cerita lama. Tetapi kini saya agak terbuka untuk memicarakan soal perang masa silam. Benarkah ramai orang Pahang masuk komunis? Menurut sejarah, komunis melayu yang juga digelar rejimen ke-10 ditubuhkan di Temerloh Pahang. Anggotanya terdiri dari bekas-bekas PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan kesatuan buruh. Menurut seorang penulis blog yang juga bekas komunis bernama Mat Amin, lahirnya komunis di Temerloh adalah atas inisiatif Abdullah CD dan orang-orang Temerloh dikatakan masih mempunyai semangat perjuangan Datuk Bahaman pada ketika itu, dan ramai dikalangan orang-orang lama yang pernah berjuang bersama pendekar tersohor Pahang itu menceritakan perjuangan mereka sewaktu menentang British. Malah salah seorang waris Bahaman iaitu Abu Samah juga adalah seorang komunis dan banyak mendengar kisah-kisah perjuangan dari pahlawan Mat Lela iaitu anak Datuk Bahaman. Selain itu seorang lagi waris pahlawan silam Pahang ialah Ibu Zaleha, iaitu dari cucu kepada pahlawan Mat Ali seorang dari angkatan perang Bahaman yang juga sahabat Mat Kilau. Jadi jika dikatakan ramai orang Pahang masuk komunis itu betul atau tidak, jawapannya ada betulnya.Secara peribadi saya pernah bersembang dengan seorang tua di Temerloh mengenai komunis. Menurut orang tua yang saya gelar Aki itu, di Temerloh dulu memang ramai komunis, dan mereka adalah dikalangan orang-orang melayu Pahang juga./MalaysiaSensasi Koi pun orang Pahang juge.. | ||
Posted: 16 Jun 2011 03:28 AM PDT Dewan Pemuda PAS melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) walaupun presidennya juga adalah seorang ahli parlimen. PERKASA yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu/Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini, dimanakah Perkasa di dalam memperkatakan isu murtad ini? Apakah pendirian PERKASA di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun baru-baru ini. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut? Kami curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh PERKASA jika isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan PERKASA yang wujud selama ini? Hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, PERKASA sesuai menukar namanya kepada PERKASI.Bagi kami, perjuangan PERKASA hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. PERKAAS langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini. PERKASA akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno/BN sahaja. Jelas rakyat perlu menolak perjuangan PeERKASA yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanahair. Dalam masa yang sama, PERKASA dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan agama selama ini. Dr. Raja Ahmad Al-Hiss Naib Ketua Dewan Pemuda PAS | ||
Ulama Indonesia, Abu Bakar Basyir Di Jatuhi Hukuman 15 Tahun Penjara Posted: 16 Jun 2011 02:53 AM PDT JAKARTA: Tokoh ulama Indonesia Abu Bakar Ba'asyir hari ini dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan selepas didapati bersalah terbabit dalam latihan ketenteraan kumpulan pengganas di Aceh. Pemimpin pergerakan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) itu disabit dengan kesalahan merancang dan menggerakkan latihan ketenteraan bersama Dulmatin alias Joko Pitono yang ditembak mati oleh polis tahun lalu. Beliau juga didapati bersalah mengumpul dana untuk membiayai latihan itu dan menghasut peserta supaya melakukan tindakan keganasan. Hukuman ke atas beliau dibacakan ketua majlis hakim Herry Swantoro pada jam 1.40 petang, selepas empat anggota hakim lain membacakan keputusan masing-masing secara berganti-ganti dalam masa hampir lima jam sejak 9 pagi ini. Hukuman itu lebih ringan berbanding tuntutan pihak pendakwa raya yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Ba'asyir. Ketika diberi peluang untuk memberi pandangan terhadap keputusan itu, ulama berkenaan dengan tegas dan lantang menyatakan beliau menolak keputusan tersebut. "Saya menolak kerana keputusan ini zalim, menyalahi syariat Islam. Haram bagi saya menerima hukuman ini," katanya. Terdahulu, pasukan peguambela beliau memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Persidangan hari ini adalah yang ke-21 sejak beliau dihadapkan ke mahkamah pada pertengahan Februari lalu, selepas ditangkap di sebuah kawasan di Ciamis, Jawa Barat pada 9 Ogos tahun lalu. Beliau dituduh terbabit dalam penubuhan kem latihan ketenteraan jaringan pengganas Aceh di Pergunungan Jalin, Jantho, Aceh Besar serta merancang, menggerakkan, terbabit dalam pemuafakatan dan membiayai pelbagai kegiatan keganasan. Beberapa tahun sebelum ini, Ba'asyir pernah dituduh terbabit dalam kejadian serangan bom di Bali dan kejadian serangan bom di hotel JW Marriott, Jakarta, tetapi tidak dapat dibuktikan bahawa beliau terbabit dalam kedua-dua kejadian itu. Pada persidangan keputusan hari ini, pihak polis mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar bangunan mahkamah di Jalan Ampera Raya, Jakarta Selatan dengan menempatkan lebih 3,000 petugas termasuk anggota tentera yang diminta membantu mengawal perhimpunan penyokong Ba'asyir yang berjumlah ratusan orang. Hampir semua kedai di sekitar bangunan mahkamah itu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin ditimbulkan penyokong ulama itu./Bernama | ||
Catatan Pentagon Tentang Perang Vietnam Di Bongkar Setelah 40 Tahun Posted: 16 Jun 2011 02:26 AM PDT WASHINGTON – Empat dekade setelah Pentagon Papers mulai muncul di New York Times, yang memicu krisis konstitusional atas kebebasan pers, satu lagi studi mengenai Perang Vietnam dirilis ke hapadan publik, lansir AP pada Senin (13/6/2011). Perpustakaan Lyndon B. Johnson di Universitas Texas di Austin akan mengungkap laporan Pentagon setebal 7.000 halaman pada Senin (13/6), dengan hanya terdiri dari 11 kata-kata rahasia yang tersisa. Publikasi ini dijadwalkan akan dirilis di sejumlah tempat secara bersamaan, yakni di Perpustakaan John F. Kennedy di Boston, Perpustakaan Richard Nixon di Yorba Linda, California dan Arsip Nasional di College Park. New York Times mulai menerbitkan dokumen ini 13 Juni 1971, tetapi seorang hakim federal segera menghentikan publikasi mereka. karena dikhawatirkan akan mengancam eksistensi Pentagon dan berbagai macam agendanya. Namun hal tersebut tak menyurutkan usaha surat kabar lain yang kemudian mulai menerbitkan dokumen tersebut. Hingga kemudian, Mahkamah Agung memberikan putusan yang dinilai sejumlah kalangan memihak pada kebebasan pers./arrahmah.com | ||
Pelancaran BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka Malam Ini Posted: 15 Jun 2011 11:00 PM PDT Ceramah pelancaran BERSIH 2.0 peringkat negeri Melaka akan diadakan pada malam ini di Hamas, Jasin. Penceramah yang bakal hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mat Sabu, Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR serta pimpinan peringkat negeri. Pelancaran majlis itu bakal diadakan pada jam 9 malam, kepada warga Melaka dan yang berhampiran di jemput hadir beramai-ramai. | ||
FELDA Akan Berdepan 100 Saman Peneroka Posted: 15 Jun 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, Felda akan berdepan lebih banyak saman dari peneroka sekiranya agensi itu masih enggan berunding dan memberikan hak kepada mereka. Menurutnya, Felda kini berdepan dua isu besar iaitu berhubung bayaran dana tanam semula dan isu penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang rendah. Isu bayaran dana tanam semula, kata Suhaimi, dihadapi sebahagian kira-kira 25,000 peneroka Felda di seluruh negara yang tidak lagi menyertai Felda dan mengusahakan tanaman mereka sendiri. Sebahagian mereka masih tidak menerima bayaran tersebut yang berjumlah RM17,000 dan disimpan peneroka kira-kira 20 tahun selama menduduki tanah rancangan. "Kita masih ajak Felda berunding dengan peneroka, supaya Felda membayar duit caruman peneroka kepada Felda untuk dana tanam semula. Duit tanam semula hendaklah dikembalikan kepada peneroka seramai 25,000 peneroka yang tanam sendiri. Tetapi Felda payah sangat untuk diajak berunding. "Kita bukan sengaja nak saman, tapi bila diajak berunding, Felda tak mahu berunding. Apabila peneroka saman, Felda menyatakan peneroka tidak mengenang budi," katanya yang juga anak jati Felda, peguam dan aktivis yang memperjuangkah hak peneroka sejak 1970 an. Beliau mengulas Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam yang mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2. Kes tersebut difailkan 131 peneroka Felda menerusi peguam Wan Rohaimi Wan Daud yang sebelum ini gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda. Menurut Suhaimi, selain isu wang caruman tersebut, Felda turut berdepan tindakan saman dari peneroka Felda dalam isu KPG sekiranya pengurusan Felda masih tidak membayar nilai yang diselewengkan mereka. Terbaru, katanya kira-kira 700 peneroka dari kawasan Jengka, Pahang akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, pada 17 Jun ini berhubung isu tersebut. Menurut Suhaimi, sekiranya dua isu iaitu bayaran dana tanam semula dan KPG digabungkan, Felda akan berdepan saman peneroka di ratusan tanah rancangan seluruh negara. "Beratus rancangan Felda di negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Perak yang terlibat dalam isu ini dan kita anggar lebih seratus telah menyenaraikan untuk tindakan saman," ujarnya. Dalam pada itu, dalam usaha memberi maklumat dan mengumpul aduan dari peneroka, Biro Felda Kebangsaan KEADILAN akan mengadakan siri jelajah ke Selangor, Kedah, Perlis, Sabah dan Terengganu. "Di samping memberi maklumat kita juga mahu mengumpul aduan peneroka di negeri-negeri ini," ujar beliau. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung KPG. Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama. Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta./KD | ||
Dakwa Kartunis Utusan Hina Islam Posted: 15 Jun 2011 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memandang serius penyiaran kartun di dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam. "Perkara ini tidak harus dibiarkan," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Beliau berkata, sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat. PUM juga, katanya meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara itu. Tambahnya, kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. "Perkara sebegini sepatutnya mereka mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan. "Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya lagi. Beliau menambah, PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama./Hrkh | ||
Khir Toyo Arah Pengarah Ditamas Berbohong Kepada SPRM Posted: 15 Jun 2011 06:20 PM PDT SHAH ALAM - Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni mengaku berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) atas arahan Dr Mohd Khir Toyo bersabit penjualan dua lot tanah di bawah harga pasaran kepada bekas menteri besar selangor. Shamsuddin memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata beliau hanya menukar keterangannya kepada SPRM 7 Jun lalu kerana ingin menceritakan perkara yang benar. Keterangan terbaru Shamsuddin kepada SPRM dibuat selepas badan itu menggugurkan tuduhan beliau bersubahat dengan Khir Toyo dalam melakukan jenayah itu. Shamsudin ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwaraya, menyatakan dia menyedari terdapat beberapa keterangan diberikan pada 2009 lalu yang tidak benar dan perlu dibetulkan. Antara keterangan berbeza adalah Shamsuddin melantik kontraktor, Nasir Ismail bagi kerja pengubahsuaian banglo mewah itu (2009). Samsuddin berkata sebenarnya Khir Toyo yang melantik Nasir bagi kerja berkenaan. Beliau juga menjelaskan Khir meminta beliau memberitahu SPRM bahawa beliau menjual lot banglo itu di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah kewangan dan bukan atas tuntutan bekas menteri besar selangor itu. Shamsuddin memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau menunaikan permintaan Khir mmbeli dua lot itu kerana bimbang projek-projeknya di Selangor akan terjejas jika beliau engkar. Justeru Shamsuddin tidak ada pilihan selain menjual dua lot itu untuk RM3.5juta sungguhpun harga pasaran adalah lebih RM6juta. Shamsudin menolak andaian peguambela, Kamarul Hisham Kamaruddin kononnya pembelian rumah banglo itu diarahkan Dr Mohd Khir adalah rekaannya setelah tuduhan terhadapnya digugurkan. Ketika Hakim Datuk Mokhtarudin Baki mengulangi pertanyaan, Shamsuddin berkata dia memahami maksud arahan Dr Mohd Khir itu bahawa dia diarahkan membeli rumah banglo itu menerusi cara percakapan dan bahasa tubuh ditunjukkan Bekas Menteri Besar itu. Beliau ketika ditanya mengaku membuat bayaran tunai RM1.5 juta sebanyak tiga kali iaitu RM500,000 kepada jurulandskap Nasir Ismail tanpa dibekalkan resit. Shamsuddin juga mengaku tidak meminta resit bagi tujuan pembayaran itu tetapi bila ditanya berulang kali, mengakui ia penting sebagai bukti. Shamsuddin juga berkata, dia memulakan kerjaya sebagai Kontraktor sebelum 1995 dan sebagai Pemaju pada 1995 atau selepas itu serta mengakui pernah berurusan dengan Kerajaan Negeri ketika Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau mendapat beberapa projek pembangunan perumahan dari anak syarikat Kerajaan Negeri, PKNS dan PNSB seperti di Bandar Baru Bangi dan Sungai Long Cheras menerusi dua syarikatnya, RongNiaga dan Bidalan Lumayan. Mengulas berhubung dakwaan Kamarul Hisham bahawa dia adalah Pemaju pengalaman dan berjaya, dia hanya menjawab – Alhamdullillah tetapi ditegur oleh Mokhtarudin dan bersetuju dengan apa dikatakan peguambela itu. Kes perbicaraan rasuah Dr Khir Toyo masuk hari ke enam hari ini dengan Shamsuddin tampil memberi keterangan. Dr Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat kepunyaan Shamsuddin, Ditamas. Sebagai balasan, Dr Khir Toyo dituduh menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk memperolehi pelbagai projek bagi Ditamas dan Shamsudin. Khir Toyo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan./Tvs |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan