Ahad, 19 Jun 2011

Addin

Addin


Jamil Khir Sangkal Laporan Biadap Utusan

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

YAN, 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan akhbar sambil menegaskan tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini secara langsung merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI). Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini. "Kita pasti dari maklumat yang diterima aktiviti ini berlaku bukan atas nama sekolah atau maahad tetapi memang wujud orang atau kumpulan yang berusaha meresap masuk mempengaruhi pelajar," kata beliau dipetik Bernama Online. 
 

"Kumpulan ini sering menggunakan agama bagi merealisasikan matlamat mereka dan sebab itu Islam dikaitkan dengan keganasan," katanya. Jamil Khir  mengulas laporan Mingguan Malaysia bahawa sebuah maahad swasta di Malaysia yang dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri sentiasa memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke maahad di negara ini.

Pihak-pihak ini sentiasa bertukar maklumat dan sebarang perkembangan aktiviti mereka sentiasa diketahui untuk diambil tindakan membanterasnya, katanya.

Jamil Khir berkata modus operandi kumpulan ini tidak banyak beza kerana menggunakan agama dengan menumpu kepada sekolah agama bagi menarik golongan muda.

"Yang menjadi masalahnya Barat menyalahtafsir terhadap Islam kerana pembawaan kumpulan-kumpulan ekstremis bersifat keganasan dan menghalalkan pembunuhan yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W," katanya./TMI

Warga Indonesia Di Hukum Pancung Di Arab Saudi

Posted: 19 Jun 2011 03:25 AM PDT

RIYADH - Tenaga kerja wanita asal Indonesia dilaporkan telah dieksekusi pancung di Arab Saudi pada Sabtu, 18 Juni 2011. Laman alriyadh.com menulis, Ruyati binti Satubi Saruna dipancung di Mekah lantaranterbukti bersalah membunuh wanita Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid. "Wanita Indonesia itu telah mengakui kejahatannya," begitu pernyataan resmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Hukuman tersebut sebagai tindak lanjut keputusan Mahkamah Agung Arab Saudi. Belum diketahui motif pembunuhan yang dilakukan Ruyati. Beberapa media resmi Arab hanya melaporkan wanita asal Indonesia bersalah membunuh dengan menyerang korbannya berulang kali pada kepala dan menikam bagian leher menggunakan pisau dapur.

Hukum pancung sejatinya ditentang dunia. Misalnya, Amnesty Internasional telah lama mengutuk penggunaan hukuman pancung di Arab Saudi. Namun, eksekusi serupa terus berlangsung. Selama 2011 ada 27 orang yang terkena pancung yang mayoritas warga negara asing./Tempo


Kanak - Kanak Ini Ambil Viagra Untuk Terus Hidup

Posted: 19 Jun 2011 12:53 AM PDT

Biasanya Viagra dikaitkan untuk mengatasi disfungsi seksual. Namun, seorang kanak-kanak, Calvin Muteesa, mesti minum Viagra setiap hari demi bertahan hidup. Viagra diambil Calvin empat kali sehari. Kebiasaan ini dilakukan Calvin sejak umur tiga bulan. Saat ini, Calvin adalah orang England termuda yang secara rutin menggunakan Viagra. Apa yang membuat bocah malang ini harus minum obat 'perkasa' setiap hari?

Penyebab Calvin mengambil ubat ini kerana penyakit pulmonary arterial hypertension yang dialaminya. Penyakit tergolong aneh ini mampu membuat tekanan darah Calvin menjadi sangat tinggi, sehingga boleh menyebabkan paru-parunya kekurangan darah yang mengandung oksigen.

Akibat penyakit ini, Calvin juga harus berjuang untuk bernafas. Organ hatinya juga harus bekerja dua kali lebih keras demi memaksa darah mengalir ke paru-parunya. Viagra yang dikonsumsinya berfungsi menguatkan arteri paru-paru, yang membawa darah ke paru-paru serta memungkinkan lebih banyak darah dan oksigen yang melaluinya.

Ketika Calvin lahir, dia didiagnosis mengalami masalah pada bahagian usus dan ginjal.

"Pada suatu pagi, ketika ingin memberikan susu untuk Calvin, aku menemukan matanya tidak bergerak dan dia berhenti bernafas. Setelah diperiksa di Royal London Hospital menunjukan level oksigen dalam tubuhnya sangat rendah," ujarnya menambahkan.

Akhirnya, doktor meminta Calvin mengambil Viagra, kerana menurut pengamatan medical tidak ada ubat lain yang sesuai untuk keadaannya. Awalnya Maureen tidak mengetahui jenis ubat tersebut, setelah tahu dia pun terkejut. Tetapi keadaan Calvin membaik setelah mengambil Viagra.

Calvin ketika ini mengambil Viagra dalam bentuk cecair dengan dos tertentu. Maureen juga harus hati-hati dan tidak terlambat memberikan ubat. Sebab, kanak-kanak ini pernah dibawa ke hospital, kerana pengasuhnya lambat memberi ubat. Maka itu, stok Viagra harus selalu tersedia di rumah untuk Calvin.

Menurut Maureen, setakat ini doktor masih menyarankan pengubatan ini untuk Calvin. Namun, jika Calvin sudah cukup umur, ibu ini berharap anaknya boleh menjalani transplantas paru-paru dan jantung, agar boleh lepas dari Viagra./BK


Panas!! Ku Li Suruh Kurangkan Kuasa PM

Posted: 18 Jun 2011 11:24 PM PDT

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang "imbang dan periksa" demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen. 
 

"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri. 

"Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan," kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.

"Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata)," kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.

"Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

"Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang," kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.

Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.

"Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri," kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.

Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.

"Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran," katanya.

Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.

"Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu," kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik "talam dua muka" dan "cakap angin" — seolah-olah mempamerkan kepimpinan 'cakap tak serupa bikin'.

Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.

"Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

"Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum," kata beliau./KLT

Addin :
Kita tunggu pulak reaksi dari Najib dan pencacai - pencacainya..


Najib@1malaysia.com.my.. Berapa Pulak Hang Sebat Ni?

Posted: 18 Jun 2011 09:53 PM PDT


Tadi aku ada terima mesej dari Celcom.. aku ingat siapala mesej aku pagi-pagi tadi.. rupa-rupanya Najib Tuntuya@1malaysia. Bagusnye.. pagi-pagi dah hantar ucapan hari bapa.. aku sendiri pun tak pernah ingat hari bapa, yang aku ingat hari raya je.. 


Aku rase ko orang semua pun ade terima mesej seperti ini.. mungkin jutaan rakyat Malaysia yang terima.. Tapi pernah ke kita terfikir, sapa yang biayai mesej dan emel seperti ini?? Bukan service provider seperti Celcom yang hantar ni, aku percaya Maxis, Digi dsbnya pun ade hantar mesej ni..

Berapa juta ringgit pulak disebat dalam projek ni? Berapa banyak duit rakyat lagi kroni-kroni ko mengkendarah pulak ni?? Ataupun ko nak selamatkan syarikat kroni yang dah nazak seperti projek emel 1malaysia?? Tolong jawab sikit Najib?



Ketua Audit Negara Perlu Siasat Laman Facebook RM 1.8Juta

Posted: 18 Jun 2011 08:29 PM PDT

KUALA LUMPUR - Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong menggesa Ketua Audit Negara menyiasat kontrak luar biasa RM1.8 juta untuk laman Facebook Kementerian Pelancongan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat, Impact Creation Sdn Bhd. Tender untuk kontrak selama tiga tahun itu diberikan kepada syarikat tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan rakan Ng Yen Yen, Juni Ewe.


Juni Ewe, Pengarah Urusan Impact Chalengger Sdn Bhd, dikatakan perunding untuk Impact Creations Sdn Bhd yang turut memenangi tawaran untuk kontrak pengiklanan dan promosi di kementerian pelancongan bagi 2011 hingga 2013. 
Menurut Elizabeth, kontrak laman Facebook itu melibatkan kos yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan perhidmatan strategi media sosial yang diberikan. Justeru, katanya, satu siasatan atau audit bebas perlu dijalankan untuk menyiasat kewajaran perbelanjaan sebesar itu.

"Perlu ada mana-mana pihak, samada jawatankuasa dalaman kementerian itu sendiri atau pun lebih baik jika Ketua Audit Negara menyiasat perbelanjaan yang terlalu besar itu.

"Strategi berkaitan media sosial ini bukanlah satu perkara yang terlalu asing atau pun sukar. Kos yang dikeluarkan kementerian itu terlalu tinggi," kata Elizabeth.

Menurutnya lagi, siasatan itu perlu untuk melihat samada perbelanjaan itu wajar atau tidak kerana tindakan itu dilihat membazirkan wang rakyat dan meragukan. Jumlah yang sebegitu besar juga dibelanjakan kerajaan di kala rakyat sendiri dipesan agar berjimat-cermat.

"Rakyat marah kerana kerajaan naikkan harga barang-barang keperluan harian dan pada masa yang sama meminta rakyat mengubah cara hidup (untuk berjimat-cermat)," kata Elizabeth.

Sebuah syarikat Integrated Strategic Communicatios Sdn Bhd, pada Januari lalu mengumumkan keputusan menarik balik tendernya terhadap satu kontrak selama tiga tahun selepas mendakwa proses pemberian tender meragukan dilakukan kementerian berkenaan.

Tender tersebut yang ditawarkan di bawah kempen 'Malaysia, Truly Asia' bernilai RM381 juta, turut ditawarkan kepada Impact Creation dan beberapa syarikat lain.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ISC, Austen Zecha, sebelum ini dilapor berkata, syarikat itu menarik diri kerana merasakan integritinya dikompromi apabila diminta memberikan 'rebat' sebanyak 50 peratus daripada kontrak yang dimenanginya kepada Kementerian Pelancongan.

Impact Creation dan Kementerian Pelancongan kemudian disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) pada Mac lalu berhubung penganugerahan kontrak itu./KD


AJK PAS Melaka 2011-2013 Di Persetujui

Posted: 18 Jun 2011 07:00 PM PDT

MELAKA - Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata perlantikan semua jawatan dalam PAS negeri sesi 2011-2013 dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat PAS negeri pada mesyuarat pertama petang tadi (18 Jun). Adly dilantik pesuruhjaya yang baru selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Bekas Ketua Penerangan negeri sesi lalu yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3. Asri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai bendahari. Tiga penolong setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said. Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Ketua Dewan, Ulamak, Pemuda dan Muslimat neger telah dipilih pada muktamar masing-masing iaitu Ustaz Zulkifli Ismail, Yuhaizad Abdullah dan Kintan Man./ Hrkh


Tiada ulasan: