Sabtu, 28 Mei 2011

SharpShooter

SharpShooter


19 lampu jalan dipohon untuk Dun Bukit Tengah

Posted: 28 May 2011 12:38 AM PDT

Pagi ini sharpshooter membawa pegawai MPSP sdr Shamsul ke Kg Tok Kangar, Kg Bukit Kechil, Kg Tok Keramat, Kg Dock, Kg Chip Joo dan Kg Tok Panjang untuk urusan permohonan lampu jalan dalam kampong.

Sebanyak 19 buah lampu jalan akan dipasang di tempat-tempat yang memang masih gelap.

InsyaAllah..Dalam masa tiga bulan semua lampu akan dipasang.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isu roboh gerai di P.Pinang belum reda

Posted: 27 May 2011 05:14 PM PDT

"Isu roboh dua gerai ini antara peniaga dan pemilik tanah persenderian, tiada kene-mengena dengan kerajaan negeri."

Kerajaan Pulau Pinang khususnya Timbalan Ketua Menteri (1) Dato' Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu robohan dua gerai milik peniaga Melayu di Batu Feringghi kelmarin, kata Jabatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringghi.

Pengerusinya Jamaluddin Hashim (gambar atas) berkata, isu tersebut sebenarnya melibatkan dua peniaga Melayu - Rahayu binti Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim - dan pemilik tanah persendirian, bukan membabitkan kerajaan Pulau Pinang.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Rahayu membuat kenyataan di media-media tertentu bagi menggambarkan kerajaan negeri tidak membela peniaga-peniaga Melayu.

"Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor bin Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri ini.

"Isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SCK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian. Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit," ujarnya selepas satu mesyuarat di Komtar, di sini.

Tambahnya lagi, mereka terbabit sepatutnya terlebih dahulu menghubungi JKKK Batu Feringghi supaya jawatankuasa boleh berbincang dengan pihak berwajib sebelum sebarang penguatkuasaan dilakukan.

"JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini," ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, JKKK akan tetap berbincang dan mencari tapak niaga alternatif baru bagi menyelesaikan masalah kedua-dua pengadu tersebut.

Penyelesaian yang dimaksudkan katanya, termasuk membina astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi sebagaimana yang dicadangkan pada pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang tadi.

Keratan akhbar Kosmo, 25 Mei 2011 (halaman 2)

Keratan akhbar Sinar Harian, 25 Mei 2011 (halaman U6)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mampukah Mat Sabu menjadi regu Presiden

Posted: 27 May 2011 04:32 PM PDT

Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan pemilihan parti Islam itu kali ini paling sengit berbanding pertandingan-pertandingan sebelum ini.

Ini kerana jelas beliau, jawatan-jawatan yang dipertandingkan termasuk barisan kepimpinan tertinggi menyaksikan persainga sengit dengan hampir kesemua jawatan disaingi.

Pada pemilihan kali ini menyaksikan saingan tiga penjuru untuk jawatan timbalan presiden dan enam penjuru bagi naib presiden.

Berikut adalah senarai calon yang disahkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013

Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden tanpa bertanding.


TIMBALAN PRESIDEN

1. Hj Mohamad Sabu
2. YB Nasharudin Mat Isa
3. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato'
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz


2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz



3. Abdul Wahid Endut, YB Hj



4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,



5. Ahmad Sabki Yusof,



6. Aiman Athirah Al-Jundi



7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.



8. Apandi Mohamad, Hj



9. Hj Asmuni Awi



10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,



11. Azman Shapawi, Ustaz



12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr



13. Halimah Ali, YB Dr.



14. Hamzah Abdullah,



15. Hamzah Jaafar, Dr.



16. Hanipa Maidin, Hj



17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.



18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)



19. Iskandar Abdul Samad, YB



20. Kamal Ashaari, Ustaz



21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'



22. Khalid Abd Samad, YB Hj.



23. Khalil Idham Lim, YB



24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.



25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.



26. Mazlan Aliman,



27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz



28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.



29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB



30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz



31. Mohd Anuar Tahir, Hj



32. Mohd Firdaus Jaafar, YB



33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.



34. Mohd Nasir Mustafa,



35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz



36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji



37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr



38. Muhammad Husin, YB



39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.



40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB



41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,



42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz



43. Norazli Musa, Ustaz Hj.



44. Normala Sudirman,



45. Nuridah Salleh, Ustazah



46. Razman Zakaria,



47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,



48. Rosidi Hussin



49. Sa'ari Sungib, YB Hj.



50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.



51. Suhaizan Kaiat,



52. Wan Hasrina Wan Hassan,



53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
Sharpshooter- Sebagai sahabat seperjuangan dalam parti Pakatan Rakyat, blog ini memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.

Keadilan perlu mencontohi adab pertandingan dalam PAS, kematangan PAS terserlah dan tercerna nampak semasa mereka berkempen.

Tidak ada serangan peribadi yang keterlaluan dan pergaduhan semasa mesyuarat. Kerana apa? kerana semuanya sedar bahawa jawatan itu bukan satu kebanggaan tetapi adalah satu amanah yang amat berat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rancang bina 'Mini Chatuchak' bela peniaga Melayu Pulau Pinang

Posted: 27 May 2011 04:16 PM PDT

"Idea 'Mini Chatuchak' wajar dikaji semasaknya sebelum dibawa pada kerajaan negeri."

GEORGETOWN | 'Pasar Mingguan Chatuchak' di Bangkok yang hari ini menjadi salah satu produk pelancongan popular Thailand wajar dibina lebih banyak di Pulau Pinang demi menjana pendapatan peniaga-peniaga Melayu.

Demikian cadangan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang (PPPMPP) Azizan bin Johari (gambar bawah) dalam satu mesyuarat ringkas semalam bersama-sama Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman.

Azizan rakam penghargaan TKM1 komited bela peniaga Melayu di Bayan Baru.

Menurut beliau, pasar minggunan tersebut hari ini turut menjadi identiti Melayu Thai kerana kebanyakkan penggiatnya terdiri oleh peniaga Melayu.

Justeru, mesyuarat yang turut dihadiri oleh Pengurus Hal Ehwal Korporat, Dewan Peniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) Mohamed Omar bin Ahmad (gambar bawah) itu antara lain merakamkan penghargaan pada pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) kerana telahpun membina prasarana ala-ala 'Mini Chaktuchak' di Bayan Baru.

Wakil DPMMPP Mohamed Omar turut menyertai mesyuarat di pejabat TKM(1)

"Kita terharu dengan usaha kerajaan negeri kerana banyak tempat-tempat baru sudah dilesankan.

"Kita (PPPMPP) juga merancang kepada Dato' (Mansor) untuk membina 'Mini Chatuchak' di sebelah Hotel Sri Malaysia, di Bayan Baru," ujar Azizan sambil mengajak semua pihak melayari sesawang rasmi pertubuhannya, http://pppmpp.blogspot.com/.

Datuk Mansor selaku Adun Penanti merangkap Naib Presiden PKR dan Ketua Perhubungan PKR Negeri dalam reaksi spontan minta suatu kajian dilakukan antara PPPMPP dan DPMMPP sebelum dibawa kepada pihaknya demi kepentingan Melayu negeri. -END

Wajah pemimpin utama Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP)


ihsan dari poskota.co.id

Menjadi produk pelancongan Bangkok

Menjadi 'syurga barang murah' bagi warga tempatan Bangkok & pelancong asing.

Antara grafik topografi Chatuchak di Bangkok


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: