Sabtu, 28 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sensasi: Terbukti, Kenyataan Dahulukan Rakyat Dalam Isu Minyak Hanyalah 'Trick' Semata-Mata Bila Kerajaan Umum Tarif Elektrik Naik Semalam

Posted: 27 May 2011 01:53 PM PDT

SHAH ALAM 28 Mei - Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat semalam meluluskan kenaikkan tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan. NEC yang bermesyuarat di Putrajaya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (foto) dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi. Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara. Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

[Nampaknya Kerajaan UMNO BN sengaja mahu mempermain-mainkan rakyat Malaysia sebenarnya. Mereka menangguhkan kenaikkan harga bahan api, tetapi sebaliknya mereka naikkan harga api letrik. Bukankah ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap rakyat sebenarnya. Kenyataan mendahulukan rakyat ternyata gagal dizahirkan apabila dengan mudah mereka mahu menaikkan harga tarif letrik tersebut. Antara minyak petrol RON95 dengan api letrik, yang manakah paling banyak penggunaannya?. Bukankah ia jelas membuktikan rakyat sengaja dipermainkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, rakyat perlu lakukan sesuatu untuk menjatuhkan kerajaan seperti ini. Jika tidak nasib mereka akan terus begini buat selamanya. Lakukan perubahan demi kehidupan generasi akan datang].

Posted: 23 May 2011 11:52 AM PDT



Tiada ulasan: