Selasa, 10 Mei 2011

SharpShooter

SharpShooter


Rais dan Hishammuddin perlu mohon maaf secara terbuka

Posted: 10 May 2011 12:38 AM PDT

PAS menuntut dua anggota Kabinet pentadbiran Najib memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan didakwa cuba menimbulkan ketegangan antara agama.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap diambil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

"Dua menteri ini kena memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesengajaan mereka memberikan respons yang tidak sewajarnya dengan niat menjadikan keadaan ini semakin gawat.

"Sepatutnya Hishammuddin menggantung Utusan Malaysia sebagai tanda kita serius kepada perkara-perkara yang mengundang kepada keadaan yang tidak harmoni ini, Utusan Malaysia harus diberikan pengajaran kerana perbuatan Utusan Malaysia ini sudah melampau dan kalau dibiarkan akan berlaku huru-hara dalam negara," kata Mahfuz pada sidang media di sini.

Tambah beliau, Hishamuddin juga harus menggantung permit Utusan Malaysia bagi "melegakan" rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara.

"Saya minta Hishamuddin hentikan provokasi perkauman, tunjukkan sifat sayangi Malaysia dan bukan sifat sayangi kerusi empuk singgahsana mereka

"Kalau Hishammuddin enggan hentikan saya bersedia untuk berdebat dengan beliau supaya masing-masing boleh bentangkan sama ada betul atau tidak Melayu diancam, biar rakyat adili dan kita akan buktikan Umno adalah pengkhianat yang sebenar," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, laporan Utusan Malaysia itu telah menimbulkan keadaan tidak kondusif dalam negara selain berniat membangkitkan lagi api perkauman dan keagamaan.

"Laporan Utusan Malaysia telah menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dalam negara dan jadikan rakyat tidak tenang kerana dirasuk oleh berita yang bersifat jahat, saya kira laporan itu menambahkan api perkauman dan keagamaan sempit yang sering dimainkan media Umno-BN.

"Kita tidak boleh biarkan perkara sebegini dibiarkan, tindakan harus diambil segera," katanya.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Tegas Mahfuz, laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia itu memperlihatkan Umno kini berada dalam keadaan semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Laporan seperti ini memperlihatkan politik Umno kini berdepan dengan keadaan sesak nafas yang menyebabkan saluran pernafasan politik Umno semakin sempit sehingga terpaksa gunakan pendekatan yang tidak bermoral, saya anggap apa yang dilaporkan itu menggambarkan Umno-BN sudah menyimpang dari landasan... iaitu sudah bawa negara keluar dari landasan demokrasi yang kita amalkan.

"Oleh itu saya nasihatkan Umno-BN jangan sampai menagih simpati pengundi Melayu dengan merosakkan seluruh struktur negara yang telah kita bina, pemimpin Umno tidak harus ambil pendekatan seperti penagih dadah yang tegar yang sanggup buat apa sahaja termasuk sanggup bunuh ibu sendiri untuk dapatkan dadah," katanya.'

Malah kata Mahfuz, "jangan sebab nak dapatkan sokongan sanggup rosakkan negara, tidak wajar Utusan Malaysia mengeluarkan laporan yang tidak tepat, laporan itu sangat serius dan Hishammuddin dan Rais perlu ambil tindakan," katanya.

Sharpshooter - umno sudah terdesak, peristiwa 13 Mei mahu diulang, mereka mahu buat huru hara demi untuk mengekalkan kuasa. Jangan terperangkap dengan paluan gendang sumbang umno sebagai helah mereka untuk terus kekal berkuasa.

Mungkinkah akan ada pemimpin Pakatan Rakyat akan ditahan dibawah ISA selepas ini?

Kenyataan bersama antara Paderi- paderi Kristian Pulau Pinang dan
Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 9 Mei 2011 di
Komtar, Penang.

1. DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah
meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur
tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian
ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.

2. Paderi Kristian dan pihak Gereja selalunya berdoa agar diberi
keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik,
penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang
jujur dan adil.

3. Pihak paderi dan gereja dibelenggu kekecewaan berikutan dakwaan
penipuan tersebut yang dilaporkan di media massa. Kami dengan tulus
mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil
tindakan terhadap Utusan Malaysia yang mencetak dan menyebarkan
pembohongan berbahaya seperti yang telah menganggu keharmonian
kepelbagaian agama daripada pelbagai masyarakat, mencetuskan rasa
takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan
penganut Kristian.

4. Kami melahirkan keprihatinan bahawa Utusan Malaysia menyebarkan
pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan kebencian
diwujudkan terhadap penganut agama Kristian dan juga membolehkan
perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang
boleh menyebabkan implikasi- implikasi yang tidak diingini.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang akan terus mengadakan perjumpaan dengan
pemimpin Kristian, Ketua Paderi ataupun Paderi seperti mana perjumpaan
yang dilakukan terhadap ulama- ulama Islam, sami- sami Buddha atau
Hindu selaras dengan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Pulau
Pinang.

6. Kenyataan bersama ini dibuat bersama Christian Federation of
Malaysia (CFM) yang dianggotai oleh:

a) Roman Catholic Church
b) Council of Churches of Malaysia (CCM)
c) National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng

Video di bawah adalah penjelasan YB Khalil Samad tentang isu kristian.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Berdoalah untuk sahabat kita...Hijat....

Posted: 09 May 2011 06:00 PM PDT

Ini gambar Hijat sebelum sakit

Ini gambar profile Hijat dalam FB memang ceria..

Inilah gambar kali pertama sharpshooter ziarah Hijat semasa di wad CCU Hospital Pantai. Di sini hanya seorang sahaja dibenarkan melawatnya pada suatu masa. Ketika itu Hijat sedang tidur...

Melihat kepada keadaannya sahaja sudah tidak dapat digambarkan bagaimana sakitnya derita Hijat...Tiba-tiba Hijat terjaga... "Hijat..Hijat..tak apalah...tidurlah..berehatlah..." namun Hijat tak mahu endahkan...dengan suara perlahan dia dan terketar-ketar dia berkata..."Din dah mai lama dah ka..."

"tak..baru saja..tak apalah Hijat..tidurlah..berehatlah..." tiba-tiba air mata Hijat berlenang...memang sebak bila melihat Hijat dalam keadaan seperti ini..Sukar digambarkan dengan kata-kata bila melihat keadaan Hijat...kepada yang belum ziarah...ziarahlah Hijat..

Beliau dahulunya adalah Exco AMK P.Pinang semasa sharpshooter menjadi Ketua AMK P.Pinang tahun 2004..Hijat adalah di antara AMK Bayan Baru yang cukup aktif bersama Zul Mamak dan Azrizal pada tahun selepas PKR hampir terkubur selepas pilihanraya 2004, hanya kerusi Permatang Pauh sahaja berjaya dipertahankan...


Ini pula adalah gambar kali kedua semasa sharpshooter bersama isteri dan Zulkifli Ibrahim menziarahinya..terpaksa tunggu giliran..hanya seorang saja dibenarkan...

Zul masuk dulu..lama juga kami tunggu di luar....akhirnya Zul keluar dengan linangan air mata....sambil mengusap air mata zul berkata..."...sian Hijat..saya sedih sangat tengok Hijat....tak sangka sampai begitu keadaan Hijat...." Begitulah kasihnya seorang sahabat seperjuangan...tercubit paha kiri paha kanan terasa sakitnya....

Siapa pun tidak mahu sakit seperti ini...deritanya hanya Hijat yang tahu...


Chegubard juga sempat meluangkan masa untuk menziarahi Hijat ketika Hijat dipindahkan dari Hospital Pantai Bayan Baru ke Hospital Island kerana di sini ada Pakar sakit kulit...


Chegubard juga sebak bila pertama kali melihat keadaan Hijat..

Lihatlah dibelakang Hijat..yang merah itu isinya..kulitnya sudah tiada...menunggu kulitnya untuk sembuh dan menutupi semula isinya memang memakan masa yang agak lama...

Doktor mengesahkan Hijat terkena sejenis penyakit kulit yang dipanggil Pemphigus Vulgaris. Penyakit ini memang jarang ditemui...Hijat adalah pesakit keempat yang pernah doktor temui di hospital ini...jika anda ingin tahu butiran lanjut tentang penyakit ini...anda boleh layari di sini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya..

Kepada sesiapa yang ingin membantunya bolehlah menghulurkan bantuan di akaun Maybank Noor Izzar bin Jamaludin 157296024802.

"Ya Allah..Engkau sembuhkanlah segera penyakit yang dihidapi oleh sahabatku ini...aku tak sanggup lagi melihat penderitaannya...pulihkan ia seperti sediakala.....amin..."

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umno baling batu sembunyi tangan

Posted: 09 May 2011 05:03 PM PDT



Semasa Majlis Perasmian Projek Bagan 29-Jalan Siram, satu bantahan telah diadakan oleh beberapa individu. Empat dari ahli kumpulan bantahan itu telah ditahan polis.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang turut hadir dan membawa dua isu kepada perhatian Ketua Menteri Lim Guan Eng, i.e. bantahan jalan baru itu dan juga isu Utusan Malaysia.

Sekumpulan pemberita yang tidak ada di majlis perasmian pada pagi itu telah meminta KM Lim berulas tentang peristiwa pada sebelah petang semasa mereka berjumpa dengan beliau di Sudut Pidato.

UMNO Pulau Pinang Mengelupur lagi..


Ustaz Salleh Man turut bersama Ketua Menteri Pulau Pinang.


Semalam ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir di majlis perasmian projek pembinaan jalan penghubung di Jalan Bagan 29-Jalan Siram di Taman Bagan beliau telah diserbu oleh sekumpulan Pemuda UMNO yang lagaknya seperti samseng.

Mereka menyerbu tanpa mempedulikan apa itu protocol hanya untuk bersemuka dan bertanya kepada Ketua Menteri kenapa hendak ditukarkan agama rasmi Negara ini dari agama Islam kepada Kristian?




Banner Provokasi Anak Melayu Pulau Pinang yang dipimpin oleh seorang Mamak. kalau korang klik kat gambar untuk imej yang lebih jelas, korang akan nampak mereka inilah pengkhianat kepada UMNO kerana mereka Ahli UMNO yang mengundi PR.. kliklah..


Guan Eng diserbu oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin


Sedangkan isu ini adalah fitnah yang dibawa oleh beberapa blog pro UMNO dan dipanjangkan pula sebarannya oleh Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan.

Jawab Guan Eng kepada mereka.. "itu Utusan yang kata, tanyalah utusan kenapa tanya beliau."

Adakah benar mereka itu masih memperjuangkan Bangsa dan Agama? Sedangkan Tun Mahathir sendiri telah berkata "Orang Melayu sekarang nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara," sepenuhnya di SINI



Jelas Pemuda UMNO Pulau Pinang kini kekurangan anak Melayu yang layak sebagai pemimpin hingga terpaksa melantik Anak Mamak..


Bukan kerana Bangsa dan Agama sebenarnya Guan Eng diserbu disitu tapi kerana Guan Eng hadir bagi merasmikan projek jalan pintas yang membolehkan pengguna-pengguna lebuhraya terutama penduduk sekitar Butterworth mengelak membayar 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai.

Ini adalah jalan alternative yang menyebabkan UMNO Pulau Pinang dan sekutunya kehilangan satu lagi isu untuk dimainkan..

Kerana sebelum PRU12 yang lalu, DAP dan PR pernah menjanjikan tol di Sungai Nyior akan dimansuhkan jika PR berjaya menguasai Pulau Pinang.

Bagimanapun tindakan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Lebuh Raya Butterworth – Kulim itu terletak dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat oleh kerana itu kerajaan PR Pulau Pinang sering dikatakan cakap tak serupa bikin oleh pencacai UMNO..

Sekarang pencacai-pencacai UMNO itu telah kehilangan satu lagi isu… maka mengelupurlah lagi mereka kali ini..



Hero hero Pemuda UMNO


Shaik Hussein Mydin dengan sidang akhbarnya..


Salah seorang dari AJK Pemuda UMNO Bahagian Bagan yang ditahan untuk soal siasat..

Sumber - Anak sungai derhaka

Berita berkaitan..

'Jalan rakyat' tak payah bayar tol
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalam Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin.

Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalanraya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1 pergi balik.

Pembinaan jalan rakyat itu juga, sambungnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintahan yang zalim supaya membuang jauh tindakan menindas rakyat dengan bebanan kewangan.

Bahkan, katanya pembinaan tersebut juga merupakan satu contoh kebajikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat berikan terhadap sokongan mereka pada pilihanraya umum lepas.

"Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira. Melalui tender terbuka itu sebuah kontaraktor melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya.

Dulu ujarnya, penduduk Taman Bagan tidak boleh keluar sebab jalanya adalah jalan mati melainkan menghala semula ke Butterworth tetapi setelah mendapati pembangunan pesat berlaku di situ, maka jalan rakyat dilaksanakan.

Kata Lim lagi, kerajaan negeri yang berjiwa rakyat bukan sahaja memberikan kesenangan dan kemudahan pada rakyat keseluruhanya malahan boleh menghidupkan semula jalan yang sudah mati.

"Untuk memberikan kesenangan kepada semua Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menghidupkan jalan yang dah mati. Mana ada kerajaan yang sanggup buat macam tu," katanya.


Harakahdaily


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mampukah Mat Sabu menjadi orang no 2 PAS

Posted: 09 May 2011 03:27 AM PDT

Penyokong bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa sekurang-kurang lima negeri memberi sokongan dengan mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden Jun ini.

Lebih separuh kawasan di semua negeri tersebut - Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan - mencalonkan Mohamad bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bulan depan.

NONESumber mendakwa kawasan PAS di Johor paling banyak menyokongnya dengan 15 daripada 26 kawasan mencalonkan beliau bertanding jawatan tersebut.

Ia diikuti Perak (13 daripada 24 kawasan), Kedah (8 daripada 15), Sabah (5 daripada 8) dan Negeri Sembilan (4 daripada 8) mencalonkan 'Abang Mat'.

"Keputusan (jumlah pencalonan) itu diperolehi selepas membuat semakan beberapa kali (di semua kawasan)," kata sumber yang rapat dengan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu.

Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini kawasan di negeri lain yang turut mencalonkan Mohamad adalah Wilayah Persekutuan dengan (2 kawasan), Pulau Pinang (5), Selangor (4), Perlis (2), Melaka (2), Kelantan (6), Pahang (3) dan Sarawak (1).

Pencalonan Azizan bertambah

Bagaimanapun, sumber turut mendakwa Mohamad tidak mendapat sebarang pencalonan di Terengganu.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

azlanSehubungan itu, sumber itu, berkata Mohamad menambah 10 lagi pencalonan setakat Sabtu lalu (7 Mei), menjadikan jumlah pencalonannya kepada 70 pencalonan.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Mat Sabu memperolehi 60 pencalonan sehingga minggu lalu.

Sumber itu juga berkata penyandang jawatan berkenaan Nasharudin Mat Isa memperolehi 39 pencalonan- bertambah enam pencalonan berbanding 33 pencalonan sehingga minggu lalu.

Di tempat ketiga ialah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menambah empat pencalonanan, menjadi 17 setakat ini.

Sementara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mendapat lima pencalonan, bertambah dua pencalonan.

Salahudin, Nizar belum layak

Seorang lagi naib presiden Salahudin Ayub masih kekal dengan satu pencalonan manakala bekas menteri Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin turut mendapat satu pencalonan.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk merebut jawatan timbalan presiden.

NONEDalam pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.

Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad meraih 261 undi.

Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan masing-masing dua hari sebelum itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: