Cerita Di Meja 210Ismail Nuh Tidak Makan Duit BrahimSEMASA majlis santapan malam bersama Sultan Mohamad Ke V sempena perlacaran Yayasan Sultan Kelantan malam minggu lalu saya ditempatkan di meja nombor 210. Meja yang berada di barisan akhir di sebelah kiri. Bersama saya ialah Apandi Mohamad yang ikut menderma untuk Yayasan Sultan Kelantan sebanyak RM10,000. Nilai derma Apandi sama dengan nilai derma menteri yang juga menjadi lawan Apandi di Jeli, Setopa anak Setawa, iaitu sebanyak RM10,000 juga.
Berpandukan nilai derma ini bermakna kedua mereka sama-sama ada duit RM10,000 untuk membantu Yayasan berkenaan dalam menyediakan dana untuk membantu rakyat Kelantan. Saya tidak mahu mengatakan Setopa kedut dalam hal ini berdasarkan kepada kekayaan yang dimiliknya berpandukan kepada kedudukan dan statusnya. Setopa adalah menteri MITI yang berkuasa mengeluarkan AP. Boleh dikatakan sebahagian besar ketua bahagian di Kelantan mendapat AP kereta mengikut kouta masing-masing.
RM10,000 adalah sesuku daripada harga sebutir AP yang nilainya mencecah RM100,000 untuk sebuah.
Katanya Setopa telah menjadi AP sebagai kekuatan baru baginya. AP adalah modal dan juga pawai besar untuknya agar ketua bahagian atau tokoh tertentu taat setia kepadanya. Dalam kata lain Setopa telah menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mengejapkan pegangan politik. Satu senerai orang-orang besar Umno Jeli yang mendapat permit atau AP kereta import katanya telah siap sediakan untuk disebarkan. Seorang yang selama ini bermusuh dengan Setopa telah berpaling tadah menjadi rakan dan pendokong Setopa setelah mendapat AP. Berapa?
Saya dah kata saya tidak nak kata, Setopa kedekut kerana mengulurkan derma hanya RM10, 000 sama mahal dengan Apandi dan sama mahal dengan penderma yang hanya menamakan dirinya sebagai anak Kelantan. Kalau ikut logiknya Setopa sebagai menteri jumlah yang perlu dihulurkan setidak-tidaknya RM500,000.
Ini tidak perlu berbangkit sebenarnya kerana soal nilai derma adalah personal dan ia tidak wajar kalau digahkan. Yang penting ikhlas, kalau pun RM100,000 tidak ikhlas tidak ada guna satu setengah dinar emas Kelantan pun, pun begitu juga kalau RM10,000 tidak ikhlas tidak ada guna setengah dinar emas Kelantan juga di sisi Tuhan.
Habis cerita itu timbul cerita lain pulak. Bersama di meja saya ialah beberapa orang pegawai kerajaan Kelantan. Mereka ini kenal pada saya, mereka juga mengaku membaca blog saya. Peluang duduk sekali memberikan ruang untuk saya dan mereka bertukar-tukar maklumat dan pandangan. Jadi samentera tudung dulang makanan di buka kami isi dengan ruang dengan perbualan macam-macam topik.
Bual punya bual timbullah soal Ibrahim Ali. Seorang pegawai yang berkelulusan undang-undang bertanya kepada saya sungguhkah Ustas Ismail Nuh mendapat duit dari Ibrahim Ali kerana kesediaanya menyerahkan kerusi Pasir Mas. Begitu mendengar pertanyaan itu saya sungguh terkejut.
"Siapa yang cerita, tidak betul... itu fitnah?" kata dan jelas saya. (Waktu ini Ismail Nuh terbaring dihospital besar Kota Bharu kerana diserang seterok kecil didoakan semoga disejahtrakan Allah).
"Ada oeang cerita?" katanya. Saya soal siapa lalu dia menunjukkan kepada seorang pegawai yang duduk di sebelah saya yang ketika itu keluar sekejap untuk kencing. Dia ini kebetulan bapa saudara kepada bakal calon Pas dalam pilihan raya lalu. Apabila pegawai itu masuk semula saya bertanya sambil menjelas kepada pegawai berkenaan.
"Tidak benar kalau Ismail Nuh terima duit dari Ibrahim Ali. Setahu saya Ibrahim tidak bagi satu sen pun kepada Ismail Nuh. Janji untuk bantu sekolah Ismail Nuh juga entah hilang ke mana?" kata saya. Pegawai itu terkejut besar dan mukanya berubah.
"Siapa yang terima?" ta nya pergawai berkenaan seolah sudah tahu bahawa ada orang Pas yang terima duit dari Ibrahim. Saya rasa tercabar dengan pertanyaan itu. Untuk membela kebenaran dan menafikan tuduhan Ustaz Ismail Nuh terima duit saya membilang satu-satu mereka yang terima duit dari Ibrahim.
Pegawai berkenaan terdiam. Temannya yang berada di sebelahnya juga jadi termangu. Begitu juga rakannya yang menjadi bapak saudara kepada bakal calon tadi. "Kalau nak tahu orang yang hendak jadi calon itu juga sapu duit Brahim?" kata saya. "Ada saksinya, saksi itu ada di majlis malam ni, kalau nak kita panggil dia," kata saya.
Perbualan itu terhenti di situ saja dengan penuh tanda tanya dan merujakan mereka yang mendengar. Selepas penjelasan itu tidak ada sesipa lagi yang ingin mengungkitkan atau prejudis kepada Ismail Nuh. Saya sangat berharap dengan penjelasan saya yang tahu dari awal hingga akhir perkara itu tidak akan menuduh Ismail Nuh sebagai peminta sedekah dari Ibrahim Ali. Sebenarnya yang meminta sedekah ialah Ibrahim Ali.... sampai berpelukan dengan ismail Nuh kerana inginkan kerusi Parlimen Pasir Mas.
[wm.kl.11:45 pm 09/05/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan