Isnin, 9 Mei 2011

SharpShooter

SharpShooter


umno tak pernah martabat Islam agama rasmi

Posted: 09 May 2011 02:57 AM PDT

Kerajaan Umno tidak pernah memartabat Islam sebagai agama rasmi dalam setiap tindak tanduk mereka, malah pengkhinatan parti itu selama berpuluh tahun terhadap Islam disifatkan lebih teruk dari penjajah, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.

"Namakan apa sahaja yang tidak dilakukan, dan kita tidak akan lupa. Kekangan terhadap guru-guru agama sehingga ada yang jauh dipindahkan. Masjid-masjid 'dikurung' sehingga ilmu agama tidak dapat diajarkan.

"Sekolah Agama Rakyat (SAR) 'dibunuh'. Pandangan para mufti dan ulama diperlekeh.

"Mahkamah syariah dijadikan sebagai mahkamah kelas kedua dan banyak lagi tragedi terhadap umat Islam adalah hasil dari kepincangan dan kerja tangan pemimpin Umno itu sendiri.

"Dalam masa yang sama, kita tidak pernah lihat mereka berusaha untuk memperkembangkan fahaman dan syiar Islam.

"Jika ada pun, ia hanyalah bersifat kosmetik, bahkan mereka memperkudakan institusi dan agensi agama Islam semata-mata kepentingan politik mereka," kata Cikgu Azmi dengan nada tegas.

Beliau memberikan reaksi demikian ekoran laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 2011 di muka depannya dengan tajuk 'Kristian agama rasmi?'

Tulisan tersebut menerima kecaman dan kritikan keras pelbagai pihak.

Azmi menyelar Utusan kerana secara tidak beretika, menyiarkan laporan yang berupaya mencetuskan pertelagahan antara kaum dan agama di negara ini.

Umno pula katanya, sengaja memperkuda media seperti Utusan bagi membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu- Islam terhadap penganut agama lain.

"Dalam hal ini, jelas mereka memperalat media secara rakus. Apakah mereka tidak sedar implikasi terhadap keharmonian perhubungan kaum di negara ini?

"Tidak lain, tindakan ini adalah percubaan Umno untuk meleraikan hubungan yang terjalin antara komponen parti Pakatan Rakyat, terutamanya antara DAP dengan parti Pas.

"Mereka cuba membolot sokongan orang Melayu dan Islam dengan cara melempar fitnah, gara-gara keretakan dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri.

"Apakah dengan cara begini, mereka layak untuk memimpin umat Islam? soalnya lagi.

Azmi menjelaskan, sebarang permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam perlu diperbincangkan secara tuntas bersama institusi dan sarjana Islam.

"Tidak boleh sama sekali melempar tuduhan yang belum tentu membawa penyelesaian," ujarnya.

Sharpshooter - umno memang sengaja mahu cetuskan rusuhan agama untuk terus kekal berkuasa..usah terpedaya dengan taktik licik umno...

Bukankah Pakatan Rakyat telah menandatangani persetujuan bersama di antara PAS, Keadilan dan DAP tentang agama Islam agama rasmi Malaysia? Cuba lihat penjelasan video di bawah.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

video ceramah Anwar dihalang polis di Pelabuhan Klang

Posted: 08 May 2011 05:43 PM PDT



Lagi dihalang lagi lawan...lawan tetap lawan...lawan sampai menang...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saya puji Rais jika beliau sanggup melakukan ‘Sumpah Laknat’ bahawa beliau tidak merogol amahnya, Robengah - Mutalib

Posted: 08 May 2011 05:06 PM PDT

Oleh: MUTALIB M.D

DAKWAAN Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat 'substitute servis' kerana gagal menemui saya untuk menyerahkan saman peribadi adalah satu 'pembohongan' di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah dan sekaligus menghina mahkamah.

Rais sedia maklum bahawa saya akan menghadiri Persidangan Blogger Malaysia-Asean di Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 April 2011 di Kuala Lumpur, namun beliau mencari publisiti murahan dan enggan menghadiri Persidangan berkenaan sekalipun beliau adalah menteri yang bertanggung jawab terhadap warga 'blogger'; sedangkan majlis berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Berita kehadiran saya telah dimuatkan dalam blog Rocky Bru dan juga Sabahkini.net yang sering dipantau 24 jam oleh Rais dan kuncu-kuncunya, tetapi Rais mengelak untuk berhadapan dengan saya dan musuh ketatnya, Rocky Bru @ Datuk Ahiruddin Atan (Penasihat Blog House Malaysia selaku penganjur persidangan berkenaan).

HADIR...Saya berdiri di belakang Perdana Menteri, mustahil Peguam atau Rais tidak nampak saya untuk menyampaikan saman berkenaan?

Blogger seluruh dunia mengutuk Rais kerana enggan menghadiri Persidangan Blogger Malaysia-Asean yang julung kalinya diadakan di Malaysia sedangkan 300 blogger menghadiri persidangan berkenaan menunggu kehadiran beliau kerana kes saya mendapat liputan meluas media.

Memandangkan saya tidak menerima saman secara peribadi dan 'substitute service' tidak dimaklumkan kepada saya; sedangkan sebelum ini peguamnya telah menghantar salinan saman melalui email, maka saya tidak menghadiri perbicaraan berkenaan kelmarin.

Sebaliknya Rais telah menggunakan media dengan mengumpan 'envelop journalist' untuk menyiarkan berita tersebut dengan menggembar gemburkan akan memasuki penghakiman terhadap saya jika saya tidak hadir, tetapi Pesuruhjaya Kehakiman, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei 2011 untuk pengurusan kes tersebut.

Setelah berbincang dengan Peguam, saya berpendirian tidak akan melayan saman Rais kerana pihaknya telah dibuat melalui 'subtitute service' secara salah sedangkan mereka boleh menemui saya di mana-mana dan pada bila-bila masa untuk menyampaikan saman berkenaan; termasuk pada hari Persidangan Blogger Malaysia-Asean di Kuala Lumpur.

Jika perlu, peguam saya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman pemula yang difailkan Rais melalui peguamnya, Norhani Nordin kerana kesnya masih dalam siasatan polis dan tindakan Rais menyaman saya dibimbangi subjudis kepada siasatan polis.

Memandangkan kes yang dihadapi Rais adalah kes jenayah iaitu Seksyen 376, Kanun Keseksaan, maka saya hanya akan melayan saman Rais jika Peguam Negara mengatakan hasil daripada siasatan polis, ekoran laporan yang dibuat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai 'No Case To Answer' atau 'No Further Action'; barulah akan berhadapan dengan Rais di mahkamah.

Tindakan Rais meremehkan proses mahkamah dan mengganggu siasatan polis menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian dunia terhadapnya dengan menuding jari terhadap saya kononnya memfitnah beliau secara 'solo' dan bukannya Migrant Care, Tenaganita atau Rocky Bru.

Bagi saya, sama ada Rais berjaya dalam permohonannya untuk memasuki kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 23 Mei kelak, tidak penting kerana bagi saya nilai Menteri ini hanya 1 Sen dan nilai itulah yang akan saya bayar kepada beliau jika beliau berjaya dalam permohonan liciknya kelak.

Walaupun syiling 1 sen tidak lagi laku di pasaran selepas 1 April 2008, namun nilainya masih diperakui Bank Negara kerana masih terdapat lebih 4.5 bilion keping wang syiling satu sen di pasaran.

Saya tertarik dengan kenyataan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd. Nor Mashor yang berkata, pemansuhan penggunaan wang syiling 1 sen dapat menjimatkan wang kerajaan sehingga RM14 juta setahun kerana kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak 4.2 sen bagi mengeluarkan sekeping syiling satu sen.

Oleh itu amat wajar bagi Rais menerima wang hadiah 1 Sen daripada saya jika beliau berjaya memasuki kehakiman kerana itulah taraf beliau sebagai 'Menteri Kabinet' yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri dan menjadikan Mahkamah sebagai alat untuk melampiaskan 'nafsu kabasi' demi menyelamatkan kedudukannya sebagai menteri yang dituduh melakukan jenayah merogol amahnya empat tahun lalu.

Namun saya memuji tindakan Rais jika beliau sanggup melakukan 'Sumpah Laknat' bahawa beliau tidak merogol amahnya, Robengah; kerana trend berkenaan telah diterima secara meluas masyarakat Jahiliyah di Malaysia!

Sumber - Sabahkini.net

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: