Blog-list Malaysia |
- Bersama Singkirkan Nasha, Angkat Mat Sabu Sebagai Timbalan Presiden PAS
- Pemuda Umno Pulau Pinang Belagak Samseng
- Istana Menteri Umno Terbakar
- Hanya Manusia Bodoh Sahaja Yang Percayakan Laporan Utusan
- Taktik Umno Takut- Takutkan Melayu Untuk Terus Berkuasa
Bersama Singkirkan Nasha, Angkat Mat Sabu Sebagai Timbalan Presiden PAS Posted: 08 May 2011 09:48 PM PDT No 2 PAS: Mat Sabu atasi senarai pencalonan, tapi 'belum selesa' KUALA LUMPUR, 9 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden mengatasi jumlah yang diterima penyandangnya Nasharudin Mat Isa, setakat hujung minggu lalu. The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu" sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat. PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara. Setakat hujung minggu lalu, hampir 75 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing. Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun. Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah 15 Mei ini. Pemerhati-pemerhati politik PAS juga berpandangan bahawa jumlah pencalonan tidak semestinya akan mencerminkan arah aliran sokongan dan undi pada hari pemilihan kelak. "Jumlah pencalonan diterima Mat Sabu (gambar) agak menarik tetapi seperti tahun-tahun lalu dan di parti-parti lain, pencalonan tidak semestinya boleh diterjemahkan dalam bentuk undi dan sokongan muktamad... atau kemenangan seseorang calon," kata seorang penganalis ketika dihubungi. Bagaimanapun penganalisis itu tidak menafikan pencalonan diterima oleh Mohamad, bekas naib presiden dan bekas ahli Parlimen, menggambarkan perkembangan semasa dalam parti Islam itu. Mohamad, yang minggu lalu mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, enggan mengulas perkembangan semasa ini. Pada pemilihan 2009, Mohamad hanya menerima sekitar 30 pencalonan. "Akhirnya, para perwakilan akan meletakkan pertimbangan antara latar belakang ulama dan profesional dalam menentukan sokongan mereka," kata sumber itu yang tidak menafikan populariti Mohamad sebagai penceramah paling popular di kalangan pemimpin kanan PAS buat masa sekarang. Rata-rata, Mohamad memperoleh pencalonan dari semua negeri - Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka Sabah, Kelantan, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun setakat ini Mohamad masih belum menerima sebarang pencalonan daripada Terengganu. Dari segi pecahan kasar, Mohamad menerima pencalonan paling banyak dari Johor dengan 15 pencalonan, diikuti Perak (13), Kedah (lapan), Kelantan (enam), Pulau Pinang dan Sabah (lima), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), Pahang (tiga) manakala Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang dua pencalonan dan satu dari Sarawak Tambah sumber itu, keputusan itu diperoleh dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah selesai mengadakan mesyuarat bagi menamakan bakal calon yang akan ditentukan nasib pada pemilihan bulan depan. Selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu. Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan. Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut. Dalam laporan Harakah awal minggu lalu, akhbar parti PAS edisi terbaru, Nasharudin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga. Nasharudin berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini. "Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan. "Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding," katanya. Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Datuk Husam Musa yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi. Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi. Husam, kini ahli jawatankuasa PAS pusat telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan itu kali ini. |
Pemuda Umno Pulau Pinang Belagak Samseng Posted: 08 May 2011 09:32 PM PDT Serbu KM: Umno bertindak ala samseng BUTTERWORTH, 9 Mei: Tindakan ala samseng yang dipamerkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang sepertimana yang dizahirkan selepas majlis perasmian Projek Pembinaan Jalan Penghubung di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperlihatkan wajah sebenar pimpinan mereka yang ingin wujudkan. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar), ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu, menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri. Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng (gambar bawah) ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno. "Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah. "Jika tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas dipertontonkan di khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat membela nasib rakyat dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada," kata Salleh yang juga Adun Permatang Pasir. Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka. Soalnya, bagaimana pula sekiranya kejadian ini dilakukan oleh kumpulan lain terhadap pimpinan mereka pula. "Apakah mereka rela ianya berlaku sedemikian. Begitu jugalah dengan tindakan mereka pada hari ini. Sepatutnya gunakan saluran yang betul. Jangan tunjukkan betapa rendahnya akhlak yang ada pada pimpinan mereka apabila bertindak demikian, " ujarnya lagi. Dalam insiden tersebut juga juak-juak Umno telah membentangkan kain rentang, namun dengan kepantasan pihak polis, insiden yang memalukan itu dapat dihalang daripada terus menjadi satu provokasi yang memalukan. Selain dari Mohd Salleh turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan kepimpinan PAS dan PKR. |
Posted: 08 May 2011 06:43 PM PDT Takziah Ku Nan, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api. Kebakaran itu hendak menunjukkan kepada kita betapa besarnya 'istana raja-raja Umno'. Ini salah seorang kalangan 'raja-raja Umno yang memiliki 'istana', begitu juga dengan 'raja-raja' yang lain. Ini banglo empat tingkat yang jarang-jarang dimiliki 'rakyat biasa'. Tahniah kerana kesungguhan dan kerajinan mereka mampu memiliki 'istana', tak gitu!! Sabar Ku Nan, apalah sangat...banglo lain kan masih ada!! Ekelee |
Hanya Manusia Bodoh Sahaja Yang Percayakan Laporan Utusan Posted: 08 May 2011 06:36 PM PDT Takkanlah saya mahu percaya Utusan' Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini. Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS (gambar) itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya. "Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara. "Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?" katanya dalam entri di laman Facebook. Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri. The Malaysian Insider |
Taktik Umno Takut- Takutkan Melayu Untuk Terus Berkuasa Posted: 08 May 2011 08:59 AM PDT Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan. Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri ! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Dalam pilihanraya- pilihanraya kecil seluruh Negara selepas Mac 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar. Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadusiber direkrut dengan upah yang tinggi. Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar). Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis. Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhanliwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka. Malangnya, ini tidak berlaku. Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat. Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu. Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat ! Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat ! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat. Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu. Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS. Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas. Jikaada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974. Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978. PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno. Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut- nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan danrasuah. Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadusiber yang berlebih- lebihan memakihamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini. -tvs |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan