Rabu, 4 Mei 2011

SharpShooter

SharpShooter


umno parti curi-curi

Posted: 04 May 2011 02:21 AM PDT



Video penjelasan tentang isu duit warga emas tahun lalu yang umno dakwa wang judi.

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

NONEKetua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini.

Sharpshooter - Hairan juga bagaimana umno boleh beritahu wang tersebut telah dipulangkan, semasa mesyuarat pada 18 April bersama YB Phee tentang warga emas di KOMTAR, sharpshooter bertanya adakah wang warga emas yang telah dikutip oleh umno tahun lalu telah dipulangkan kepada kerajaan negeri? YB Phee jawab tidak ada kerana sewaktu mereka mahu serahkan wang tersebut, kita minta senarai warga emas tersebut kerana kita mahu memotong nama mereka tetapi umno gagal senaraikan warga emas tersebut hingga hari ini.

Tahun ini yang berdaftar warga emas meningkat hampir 115 ribu orang berbanding tahun lalu hanya sekitar 85 ribu orang.

Mulai dari 23 April 2011 hingga 20 Mei 2011, warga emas yang telah mendapat surat, bolehlah mengambil RM100 di Maybank yang tertera pada surat tersebut. Bagi warga emas yang telah meninggal dunia atau sakit, maka bolehlah waris mendapatkan borang di Pusat Khidmat Adun DAP, Keadilan atau PAS sahaja.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nizar selar Mufti Perlis

Posted: 04 May 2011 12:27 AM PDT

Beliau menyelar Mufti Perlis itu yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan pengikut Khawarij.

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.

"Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma' ulama' disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?

"Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?," soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.

Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.

Nizar menegaskan, "Perkembar adalah parti perkauman!"

Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

"Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno," ujar beliau.

Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai."

Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.

"Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu," kata Juanda.

Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini - FMT

Sharpshooter - siannyer umno....mengapa orang bandar tolak umno...umno juara kampong sajakah...mengapa umno nafikan hak royalti minyak di Kelantan? PAS itu bukan Melayu kah...bukankah umno satu-satunya parti di dunia yang memperjuangkan melayu? Mengapa nafikan hak Melayu PAS di Kelantan?

Siannya umno..kini terhegeh-hegeh melutut kepada PAS...bila kuat gagah..sombong...kini dah nak tenggelam...baru nampak PAS?

Sudah sampainya masanya PAS ganti tempat umno yang telah bertukar menjadi umporno....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Eloklah berambus....

Posted: 03 May 2011 10:55 PM PDT

Sudah sampai masanya katak zahrain melepaskan jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) setelah 16 perlawanan, pasukan Pulau Pinang hanya mampu seri dalam satu perlawanan dan tewas dalam 15 perlawanan.

Pulau Pinang kini menduduki tempat tercorot. Jika beliau ada maruah dan tanggungjawab, beliau sepatutnya berundur dan melepaskan jawatan selaku Presiden FAP.

Tetapi kita juga sedia maklum, zahrain memang tidak ada maruah sebab itu beliau juga tidak mahu lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru yang dimenanginya atas tiket Keadilan. Rakyat Bayan Baru mengundinya bukan kerana namanya zahrain tetapi mengundinya kerana menyokong Pakatan Rakyat atas tiket Keadilan.

Jagdeep Singh ketika berucap di dalam Dewan Undangan Negeri P.Pinang berkata zahrain adalah punca Pasukan Bolasepak P.Pinang menduduki tempat tercorot.

Katanya lagi "Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini," dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pengkhianat Islam

Posted: 03 May 2011 04:50 PM PDT

Pengkhianat Islam - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

"Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud "Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah".

"Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,'' katanya lagi.

Sharpshooter - Mengapa kes liwat 1 dan 2 Anwar dibawa ke mahkamah sivil, sepatutnya kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah, bukankah ini bukti umno pengkianat Islam sebenarnya....

Mengapa bila hero porno Chua Soi Lek secara terang menghina Islam semasa kempen di Tenang, mengapa umno masih menyokong kenyataan Chua Soi Lek, bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....

Mengapa Ustaz Ibrahim Libya dituduh komunis dan pengganas lalu mereka dibunuh beramai-ramai di Memali, bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa bila Obama umumkan Osama mati dibunuh, pemimpin umno menyokong Obama dan menuduh Osama pengganas, apakah tentera Israel dan Amerika yang membunuh jutaan umat Islam dengan begitu kejam dianggap sebagai pengaman dunia? Mengapa pemimpin umno menyokong tindakan tentera Israel dan Amerika? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa umno sanggup habiskan RM70 juta wang rakyat untuk melantik penasihat APCO? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa umno sanggup memecat mufti Selangar Allahyarham Ustaz Ishak Baharom kerana beliau mengambil tindakan ke atas tiga orang ratu cantik yang beragama Islam? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa ada pemimpin umno yang sanggup menghina dan memperlekeh Hukum Hudud dengan mengatakan kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....

Mengapa peruntukan untuk sekolah agama Islam ditarik balik oleh umno? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....

Ini adalah sebahagian dari bukti-bukti yang jelas bahawa umno adalah pengkhianat Islam sebenarnya, banyak lagi bukti-bukti lain.. Mungkinkah masih ada lagi pimpinan Pas yang berminat dengan "Kerajaan Perpaduan" untuk bergabung dengan umno atas dasar Melayu Islam?

Mengapa mufti hanya berani bersuara tentang sesetengah isu yang menyebelahi umno tetapi diam membisu bila isu Islam dihina?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

"Najib Porno"

Posted: 03 May 2011 04:36 PM PDT

Keluaran Suara Keadilan, edisi 14 tampil dengan paparan yang lebih panas dan menarik pada isu kali ini.

Muka depan akhbar Parti Rasmi Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, memaparkan tajuk 'Najib Porno', memetik kenyataan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengamalkan budaya lucah dalam politik Malaysia untuk kekal berkuasa.

Dalam paparan kali ini, Isu video fitnah dikupas sebanyak enam halaman, yang menyorot dari perspektif ulama Islam sehingga kepada pemimpin agama Kristian yang kesemuanya menolak manipulasi video fitnah untuk menjatuhkan Anwar.

Ia turut memuatkan berita mengenai isu sumpah yang dilakukan trio Datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang dianggap mencemarkan imej dan kesucian Islam.

Selain itu, lebih menarik, Suara Keadilan turut memuatkan berita mengenai kemungkinan Najib dan sahabatnya, Razak Baginda bakal dipenjarakan di mahkamah Perancis, sekiranya disabitkan kesalahan skandal rasuah kapal selam Scorpene membabitkan 114 juta Euro.

Ia berikutan emel balasan kepada Suara Keadilan oleh peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia( Suaram), Joseph Breham. Joseph antara lain berkata, dalam isu skandal pemberian komisyen kapal selam tersebut, mahkamah Perancis boleh memanggil mana-mana kenamaan termasuk pemimpin dunia untuk dibicarakan di negara itu .

Selain itu, antara isu lain yang turut dipaparkan kali ini adalah konspirasi polis melindungi pembunuh adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis setahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu berjanji menegakkan keadilan terhadap kematian Aminulrasyid namun sehingga kini gagal melakukan sebarang tindakan.

Turut dipaparkan satu temuramah esklusif bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenai projek nadir bumi oleh Lynas di Gebeng.

Dalam temubual tersebut, Fuziah turut menceritakan latar belakang dan mengapa projek berkenaan, yang mengancam keselamatan penduduk perlu dihentikan segera. Selain berita, Suara Keadilan, seperti kebiasaan turut menyiarkan pelbagai rencana menarik. Antara yang sering ditunggu-tunggu pembaca adalah tulisan dari kolumnis Hishamuddin Rais yang kali ini mengupas isu fitnah secara sinikal dan satira.

Dapatkan Suara Keadilan 14 di pasaran sekarang.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: