Rabu, 4 Mei 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


sahabat gua (akhir)

Posted: 03 May 2011 04:05 PM PDT

tidak ada apa kesan tentang kewujudan ketujuh-tujuh mereka apabila aku terjaga pagi itu. semuanya sudah ghaib. aku hanya melihat diriku terbaring di atas tanah yang bertingkat-tingkat seperti tangga. aku mengira yang aku terbaring di tangga keenam dari tujuh tingkat. tingkat satu dari bawah hingga tingkat enam ada sesuatu bersamanya manakala tingkat ketujuh hanya kosong dan tiada apa-apa.
aku tidak mahu naik meninjau tingkat tujuh, tingkat teratas kerana ia kosong dan tiada apa-apa. di tingkat keenam ada lopak berair jernih. aku meninjau permukaan lopak untuk melihat bayang wajahku. masih sama wajahku seperti sebelum ini. aku meneguk air darinya. segar. aku membersihkan mukaku.
Tanpa banyak melengahkan masa aku menuruni tingkat-tingkat tersebut. dalam kepalaku hanya ada satu saja, "aku mahu pulang."
Tidak peduli apa yang aku dapat dan berapa banyak hasil yang aku perolehi. Ia tidak penting lagi. Aku hanya mahu pulang dengan sejahtera.

Tiada ulasan: