Selasa, 31 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Terima kasih Hata, anda pembuka minda warga...

Posted: 31 May 2011 09:00 AM PDT

Aku suka mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada sdr Hata Wahari, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia kerana sumbangannya mencelikkan mata warga dan membuka minda jelata terhadap penyalahgunaan media oleh sang penguasa yang rakus.

Beliau telah dilaporkan melepaskan jawatan presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalams satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu kata Anbalagan, Majlis Eksekutif telah melantik Naib Presiden NUJ Chin Sung Chew untuk jawatan nombor satu itu.

Tak kira apa jua alasan, baik peribadi atau tekanan... anda telah berjaya menjadi ikon baru tentang kebebasan hakiki rakyat jelata.

Hata (gambar) telah dipecat dari Kumpulan Utusan kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu.

Syarikat itu memaklumkan keputusannya dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman. Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan.

Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan. Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan.

Terima kasih BN

Posted: 31 May 2011 07:12 AM PDT

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis," kata Rafizi kepada wartawan hari ini.- M'kini

Kita bersyukur

Posted: 31 May 2011 06:05 AM PDT

BERJUDILAH DI TEMPAT YANG HALAL


nota:
alhamdulilah
kita bersyukur
dapat berjudi
di tempat yang halal
kah kah kah

POLIS LUMPUH KEGIATAN JUDI NOMBOR EKOR HARAM DI KULUANG DAN BATU PAHAT – tiewnama

Polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang membabitkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis di sekitar bandar ini dan Batu Pahat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Amer Awal berkata, serbuan di 14 premis di sekitar bandar ini dan tujuh premis di sekitar Batu Pahat itu dilakukan pada jam 3 petang sehingga jam 8 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

"Dalam serbuan itu, seramai 11 lelaki dan empat wanita ditahan di Kluang manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan di Batu Pahat. Seorang daripada lelaki yang ditahan di Kluang itu, merupakan pembeli nombor ekor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, malam tadi.

Amer berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan.

Katanya, kesemua rakyat tempatan berumur 20 hingga 40an itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala lelaki yang membeli nombor ekor haram itu akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama.

"Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terbabit kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…PELIK… HAIRAN… TAKJUB…. kah kah kah..

kah kah kah…TAK SANGKA DI MALAYSIA INI ADA DUA JENIS JUDI….. kah kah kah..

kah kah kah… SATU JUDI HARAM…. kah kah kah

kah kah kah….KEDAI KENA SITA… TOWKAY KENA TANGKAP….. kah kah kah..

kah kah kah…SATU LAGI KEDAI JUDI LEBAI VICENT TAN… INI JUDI HALAL…. kah kah kah

woit… PASAL APA TAK TUTUP KEDAI LEBAI VINCENT… kah kah kah..

kah kah kah…BILA DAPAT SIJIL HAHAL?..... kah kah kah

nota:
kalau nak buka kedai judi
dan nak dapat logo halal
sila berurus dengan gerombolan
terutama sekarang ini
masa ini duit amat amat
diperlukan untuk pru13
kah kah kah

Bro: TT

Kesian kat Umno... kahkahkah...

Posted: 30 May 2011 09:00 PM PDT

UMNO TAKUT MAT SABU MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain.

Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin.

Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno.

Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden./wfauzdin.blogspot.com

Sejuta belia akan lawan Peranchis... kahkahkah...

Posted: 30 May 2011 07:00 PM PDT

NAJIB AKAN DI PANGGILAN OLEH MAHKAMAH PERANCHIS - keadilan daily

Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.

"Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.

"Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, hakim dan pendakwaraya akan dilantik oleh Mahkamah Kebangsaan Perancis, manakala siasatan akan lebih terbuka dengan bukti didedahkan di mahkamah.

Menurut Cynthia, memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata.

"Kes ini menjadi lewat kerana karenah birokrasi. Perbicaraan ini cuba membongkar pihak mana yang memberi komisen, sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,"ujarnya yang menambah, kes ini menjadi isu penting menjelang pilihan raya di Perancis.

Dalam pada itu, Suaram mengalu-alukan tawaran Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu tampil ke mahkamah untuk membantu siasatan.

"Beliau mengatakan bahawa Kementeriannya menghargai inisiatif yang kami lakukan. Walaupun bukan dia yang menjadi Menteri pada waktu urusniaga itu dilakukan, tetapi bagi mewakili kerajaan Malaysia ia cukup membantu.

"Kita berpegang kepada kata-katanya. Kita akan pastikan dia tunaikannya," ujarnya.

Dalam pada itu Cythia memaklumkan, sehingga kini, peguam yang mewakili Suaram memberi khidmat guaman secara sukarela, atau 'pro-bono'.

Justeru, bagi menampung kos guaman dua program bagi mengumpul dana iaitu majlis minum petang pada 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam pada 23 Julai di Kuala Lumpur menjangkakan kutipan sehingga RM 100,000.

Peguam yang mewakili mereka, William Bourdon akan hadir ke majlis tersebut bagi memberikan taklimat berhubung perjalanan kes dan sistem perjalanan perundangan di Perancis.

Suaram turut mengalu-alukan sebarang tajaan dana melalui bank Hong Leong di akaun bernombor 0300-0065-200. Manakala, perkembangan mengenai program ini boleh diperolehi melalui maklumat di laman web rasmi www.suaram.net

Sorang dua... lama lama tak sejuta? Kahkahkah...

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Tiada ulasan: