shalehudin |
- TERKINI Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 12 Terkorban; 4 Tertimbus
- Anwar bakal dijerat lagi... dan lagi...
- Tanah Runtuh : Foto terkini
- Umno dah jammed
- Mat Sabu sah tanding No 2
- KERAjaan mendera rakyat
- Tanah Runtuh : Semoga Allah Menyelamatkan mereka
- Jalanraya sebelum pilihanraya
- 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus
- Ahli niaga Malaysia berharga RM558,000 ja?
TERKINI Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 12 Terkorban; 4 Tertimbus Posted: 21 May 2011 09:14 AM PDT - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI KAJANG: Lapan mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak tujuh mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bagi meninjau tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. "Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang. Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini. - Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu. Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini. Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. |
Anwar bakal dijerat lagi... dan lagi... Posted: 21 May 2011 08:27 AM PDT Mahkamah Akan Dedah Kebenaran Isu Video Seks - Hishammuddin SEREMBAN: Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan. "Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal. "Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi, Sabtu. Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara. - BERNAMA |
Posted: 21 May 2011 07:16 AM PDT |
Posted: 21 May 2011 07:03 AM PDT Subsidi : Jangan Anggap Rakyat Penagih Candu, Kata Anwar Oleh Tv Selangor CHERAS 21 MEI : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan. Menurut Anwar, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat. Candu apa ? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu ? Yang diberi kepada tauke tak apa ? Subsidi rakyat RM4 Billion. Subsidi IPP RM19 Billion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani ?," kata Anwar. "Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbillion ringgit, boleh ! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," tegas Anwar. Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini. Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat "candu" yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet. Justeru, harga Petrol RON95 dan Diesel turut dijangka meningkat dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa Menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harganya. Anwar menyatakan UMNO cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia. Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik. "Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan Tinggi," kata Anwar. "Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti Pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar |
Posted: 21 May 2011 06:00 AM PDT Mat Sabu sahkan tanding kerusi No 2 PAS Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan. Mohamad (gambar) atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat. Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini. "Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS. "Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa," katanya pada sidang media di sini. Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, "ia memberangsangkan." "Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan. "Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding," katanya. Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu. Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang. Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas. Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak. "Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu. "Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding," katanya. Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu. Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu. Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain. |
Posted: 21 May 2011 05:00 AM PDT |
Tanah Runtuh : Semoga Allah Menyelamatkan mereka Posted: 21 May 2011 04:50 AM PDT 20 Anak Yatim Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di Hulu Langat Setakat pukul 5.30 petang, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Bernama difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu. -- BERNAMA |
Posted: 21 May 2011 04:28 AM PDT Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur. Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini. "Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya. Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini. Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang. Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat. "Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya. Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad. Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih. Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya. Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan. PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan. "Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi bairlah adil dan saksama. "Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi. Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan. Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan. Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti. "Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya. |
20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus Posted: 21 May 2011 04:07 AM PDT Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu Langat KUALA LUMPUR, 21 Mei – Antara 20 hingga 30 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis dekat Kajang dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh petang ini Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2.20 petang tadi. Laporan Berita Harian Online memetik jurucakap ibu pejabat polis daerah Kajang berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. Dalam pada itu, dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa sudah dibawa keluar dari tempat kejadian. Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Laporan itu juga berkata mereka yang cedera dibawa ke Hospital Kajang.- TMI |
Ahli niaga Malaysia berharga RM558,000 ja? Posted: 20 May 2011 11:33 PM PDT Abu Sayyaf tuntut RM558,000 bebas ahli niaga Malaysia Anggota-anggota bersenjata Abu Sayyaf dilihat di sebuah pulau di Filipina, 6 Februari, 2009. — Foto Reuters ZAMBOANGA , 21 Mei — Anggota militan selatan Filipina yang menculik seorang ahli perniagaan Malaysia, Mohammad Nazaruddin Saidin, dilapor menuntut wang tebusan lapan juta peso (RM558,000). Nazarudin, 38, bapa kepada enam anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina, 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut. Tambah beliau, nasib rakyat Malaysia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu juga masih belum diketahui. Laporan media sebelum ini menyebut kumpulan penculik meminta wang tebusan pendahuluan lima juta Peso (RM348,317). Ketua polis wilayah, Felicisimo Khu dipetik AFP berkata, kumpulan Abu Sayyaf meminta wang tebusan daripada seorang pegawai konsul Malaysia di Filipina. Ahli perniagaan cicak tokek itu diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata berhampiran bandar Indanan di Pulau Jolo. Khu berkata, perkara itu dimaklumkan pegawai konsul Malaysia tersebut kepada polis Indanan semalam. Tebusan itu kini ditempatkan di sebuah kampung berhampiran yang tidak dinyatakan lokasinya, lapor Utusan Malaysia hari ini. Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang sebelum ini berkata, Mohammad Nazaruddin diculik selepas berada di pulau itu selama sebulan. Ditubuhkan pada 1990-an dengan wang pembiayaan dari jaringan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab di atas serangan-serangan keganasan Filipina termasuk pengeboman feri 2004 yang mengorbankan lebih 100 nyawa. Kumpulan militan itu juga dipertanggungjawabkan ke atas beberapa kes penculikan melibatkan rakyat asing, ahli perniagaan tempatan dan mubaligh bagi mendapatkan wang tebusan. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan