Sabtu, 21 Mei 2011

Addin

Addin


Kerajaan Selangor Umum Bantuan Segera Kepada Mangsa Tanah Runtuh

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

SHAH ALAM -  Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan segera kepada mangsa tanah runtuh Madrasah Al Taqwa Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat hari ini. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menghantar misi bantuan kemanusiaan Selangor dan Yayasan Amal ke tempat kejadian bagi membantu mangsa dan anggota keluarga mereka.

"Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini," kata dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar malam ini.

Selain itu, Menteri Besar Selangor Permerbadanan akan membiayai kos keperluan kepada mangsa dan petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi menyelamat. Kerajaan Selangor juga mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor bagi memastikan urusan kebajikan.

Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat sehingga misi menyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan. Dalam pada itu, Khalid berharap keluarga mangsa bersabar dengan kejadian itu.

"Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah. "Menteri Besar serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat," katanya.

Sehingga kini, enam mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuhan yang berlaku pada pukul 2.30 petang. Dilaporkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Seramai sembilan mangsa dilapor masih tertimbus dalam runtuhan itu./KD


Bongkar!! Gambar Wanita Misteri Hitler..

Posted: 21 May 2011 09:37 AM PDT

Adolf Hitler adalah salah satu figure penuh misteri dari abad ke-20. Tak banyak yang diketahui mengenai kehidupannya. Sebab itulah beredarnya foto perempuan yang diduga kekasih Hitler, menghebohkan internet.

Foto Eva Braun, kekasih yang akhirnya menjadi isteri Hitler, baru-baru ini beredar di internet oleh Life Magazine. Gambar perempuan yang kewujudannya dia sembunyikan dari Nazi itu dimiliki oleh seorang kolektor dan kurator, Reinhard Schulz.

Foto dari album peribadi model tersebut ditemukan pada 1945 oleh tentera Amerika.Ketika foto ini dikeluarkan, pencarian di internet untuk kata Eva Braun telah dilayari lebih 300% dalam waktu satu hari.

Eva mula pertama bertemu Hitler pada 1929, ketika menjadi seorang bintang muda di Parti Nazi. Eva yang masih berusia 17 tahun, dikenalkan kepada Hitler yang masih bernama Herr Wolff, ketika perempuan itu menjadi model untuk fotografer rasmi Nazi.

Keduanya menjadi akrab dan sengaja tidak mengekspos hubungan mereka ke publik. Eva seorang yang depresi, pernah mencoba dua kali bunuh diri. Namun ia setia pada Hitler hingga akhir hayatnya. Setelah mengetahui plot untuk membunuh Hitler gagal, Eva menulis surat.

Sejak pertama bertemu, saya telah bersumpah untuk mengikutimu kemana saja. Bahkan menuju kematian. Saya hanya hidup untuk cintamu, tulis Eva. Di hari terakhir perang, mereka akhirnya menikah. Dimaklumkan  keduanya bunuh diri tak lama kemudian ketika Eva berusia 33 tahun./BK

(Kemaskini) Tragedi Tanah Runtuh : 5 Meninggal Dunia, 7 Selamat

Posted: 21 May 2011 06:15 AM PDT

KAJANG 21 Mei - Mayat seorang lagi mangsa dibawa keluar dari timbunan tanah runtuh rumah kebajikan Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, menjadikan angka terkorban setakat ini lima orang anak yatim.  Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba Putrajaya Morni Mamat berkata 12 orang masih dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu. Mayat terbaru dibawa keluar sebentar tadi manakala tujuh mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota keselamatan masih giat diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat. Tragedi tanah runtuh itu berlaku pada kira- kira jam 2.30. Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh yang menimbus rumah kebajikan itu terletak di lereng bukti Hulu Langat.

24 orang dilaporkan tertimbus dalam kejadian itu. 20 daripadanya adalah kanak- kanak yang menghuni di rumah manakala empat lagi adalah penjaga. Lebih 200 anggota pasukan keselamatan merangkumi ahli bomba dan Jabatan Pertahanan Awam serta sukarelawan menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata operasi menyelamat akan diteruskan selagi keadaan cuaca membenarkan. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera. Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.

Ahli Exco Kerajaan Negeri Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu TVSelangor bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan./Tvs


KAJANG - Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkaat sementara itu 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian./BH

KUALA LUMPUR - Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu. Setakat pukul 7 malam, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. 

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini. 

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang. 

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. "Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian. 

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang. Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat./Bernama





Panas!! Setelah Hutan Sarawak Gondol, Kini Taib Mahmud Rakus Membalak Di Tasmania

Posted: 21 May 2011 04:53 AM PDT

Taib Menyerlah Di Tasmania

Laporan-laporan terkini menunjukkan Australia sekarang sudah mulai memperolehi gambaran sebenar mengenai sikap Taib Mahmud di Sarawak. Laporan dan juga beberapa klip video menerusi TV yang menunjukkan sikap kasar para pembalak yang mengganggu dan menyuraikan suatu mesyuarat yang telah diadakan di sebuah dewan orang awam di pekan Huonville, Tasmania adalah sebahagian dari bukti-bukti yang tidak menyenangkan. 


Mesyuarat berkenaan telah dipanggil oleh sekumpulan orang tempatan yang cintakan alam sekitar, yang telah merasa kurang senang dengan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, yang sedang dijalankan oleh syarikat Ta Ann milik keluarga Taib Mahmud. Para pembalak dikatakan telah bertindak kasar dan menggunakan kata-kata kesat terhadap para hadirin mesyuarat, malah salah seorang dari speaker wanita telah dihamburkan dengan ancaman rogol oleh para pembalak. Klik sini untuk lihat video.

Hutan Tasmania Yang Di Gondol Oleh Tan Ann Company
Sikap-sikap klasik bagi kaum wanita yang tinggal di pedalaman Sarawak, mereka tentunya dapat memberikan kesaksian mengenai betapa seriusnya suatu ancaman rogol itu. Banyak laporan dan aduan kepada pihak polis mengenai rogol dan serangan seksual terhadap kaum wanita dan anak-anak gadis yang dilakukan oleh para pembalak, tetapi kebanyakan rintihan itu telah diambil perhatian oleh golongan NGO. 

Namun Abdul Taib Mahmud telah menghalang semua cubaan siasatan dijalankan. Sememangnya, seperti yang diketahui oleh orang-orang Sarawak, ancaman adalah merupakan suatu kaedah yang sering digunakan oleh para pembalak, yang mendapat lesen dan konsesi daripada Taib, ke atas orang-orang asal dan juga masyarakat yang telah dirampas tanah NCR. 

Rasa takut akan gerombolan samseng yang diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan telah dilakukan dengan meluas di seluruh Sarawak. Kami telah membuat banyak liputan yang menunjukkan bagaimana gerombolan samseng telah diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan untuk masuk dan melakukan kerja-kerja kotor mereka, menyerang orang-orang kampung dengan kayu, parang, letupan dan juga senapang. 

Aduan-aduan kerapkali tidak dambil peduli oleh pihak polis, kerana mereka dihalang untuk bertindak atas arahan Abdul Taib Mahmud. Ketua Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Menteri Perancangan dan Sumber dan juga selaku Ketua Perbadanan Kemajuan Industri Pembalakan Sarawak, telah mendapat habuan yang amat lumayan hasil dari mencukai secara peribadi ke atas kegiatan pembalakan di Sarawak sejak lebih 30 tahun yang lalu. 

Jangkauan global Taib 

Syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan dan menjadi kaya di Sarawak telah mengembangkan kegiatan pembalakan mereka ke luar negara. Mereka telah bersungguh-sungguh memasuki kawasan-kawasan hutan hujan di Indonesia, Papua, Kepuluauan Solomon, Congo, Amazon dan kini, Tasmania. Malah para pembayar cukai Australia telah mengagihkan peruntukan sebanyak $10,000 untuk membiayai pembinaan kilang kayu bergergaji di pulau itu. Cetusan idea siapakah itu?

Hamid Sepawi

Syarikat gergasi perkayuan Ta Ann dikendalikan oleh multi-jutawan Hamid Sepawi, sepupu dan proksi perniagaan kepada Taib Mahmud sendiri, yang telah disenaraikan sebagai orang yang terkaya di Malaysia. Kenapa pula para pembayar cukai di Tasmania perlu membiayai kemasukannya ke negara itu dan menebang hutan mereka hanya kerana hutan-hutan di negeri Sarawak kini semakin pupus? 

Apabila pihak jabatan hutan Tasmania membuat penilaian ke atas keberterusan (sustainability) dan rekod-rekod pembalakan yang dilakukan oleh keluarga Taib, pernahkah pihak berkenaan meneliti kesan-kesan pembalakan terhadap alam sekitar di Sarawak? Kami menumpukan pandangan kami ke arah seorang yang telah selama 30 tahun memusnahkan dan meranapkan kawasan hutan hujan tertua (sebuah kawasan hutan yang diandaikan berusia tidak kurang dari 130 juta tahun) di Sarawak. 

Tujuan sebenar Abdul Taib Mahmud menghantar syarikat-syarikat pembalakannya ke Tasmania adalah kerana, dalam masa sesingkat 30 tahun, dia telah berjaya meranapkan hutan hujan tropika ketiga terbesar di planet ini. Sebab utamanya, Sarawak kini telah ketandusan kayu untuk ditebang. Jangan petik kenyataan ini dari Sarawak Report, tetapi petiklah dari suatu petisyen tahun 2006 untuk memohon lesen menghutankan semula yang ditulis oleh Hamid Sepawi sendiri, bagi pihak Ta Ann! Pada petisyen tersebut Hamid telah menyatakan "kebanyakan kawasan hutan di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya lebih dari sekali" [Hamid Sepawi, 2006] 

Orang-orang Tasmania berhak untuk menentang 

Adalah sesuatu yang mengejutkan bahawa berkembangnya dan bangkitnya gerakan menentang pembalakan yang rakus oleh orang-orang Tasmania yang berlaku ke atas hutan mereka. Kerisauan di kalangan masyarakat antarabangsa kian bertambah mengenai kepupusan hutan hujan kayu keras, malah syarikat-syarikat keluarga Taib sendiri yang merupakan peraih kontrak-kontrak menjalankan kerja-kerja menebang itu. 

 Para penunjuk perasaan di Tasmania yang mengambil bahagian dalam peristiwa itu telah dinafikan oleh pihak-pihak berwibawa Tasmania sendiri. Mereka telah ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan terhadap Ta Ann, walaupun para penunjuk perasaan lain di seluruh dunia dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa mendapat sebarang ancaman dari mana-mana pihak. 

Adakah kebebasan bersuara dan hak untuk menentang memang dinafikan di Tasmania berbanding dengan tempat-tempat lain di negara-negara lain yang telah membenarkannya. Orang-orang di Tasmania adalah lebih berhak mempertahankan hutan mereka dari diranapkan. Hanya beberapa pihak sahaja yang melihat perlunya hutan-hutan di Tasmania dimusnahkan untuk mengaut keuntungan. 

 
Maka, bagaimana mereka beroleh keuntungan dalam masa beberapa tahun sahaja apabila hutan-hutan telah habis ditebang? Bagaimana kawasan-kawasan lain di Australia dan masyarakat berindustri memperoleh keuntungan dengan tiada lagi hutan untuk ditebang? Semua pihak berwibawa tahu bahawa kita perlu mengamalkan keberterusan dalam menguruskan sumber jika ingin mempastikan manusia akan dapat terus hidup di planet ini. 

 
 
Hanya mereka yang ingin cepat kaya dan tidak mempedulikan orang lain sahaja atau generasi yang akan datang sahaja yang menolak pendapat sedemikian. Oleh yang demikian, para pejuang alam sekitar dan kumpulan rapat-rapat umum perlu dibenarkan menunjukkan perasaan secara aman, tanpa mendapat sebarang penentangan. 

Mereka juga harus dibenarkan membuat kritikan terhadap pihak-pihak yang memerintah di Tasmania, yang telah membenarkan tanpa segan-silu kemasukan Sultan Kayu Balak dari Sarawak ke dalam kawasan-kawasan hutan mereka./SR

5 Nama Calon AJK PAS Pusat Tercicir

Posted: 20 May 2011 10:49 PM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjelaskan lima nama calon untuk pemilihan ahli jawatankuasa kerja telah tercicir dari senarai media. "Bukan nama Dr Dzulkefly Ahmad (ahli parlimen Kuala Selangor) sahaja yang tercicir. Kesilapan ini adalah kelemahan manusia," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS. Selain Dr Dzulkefly (foto), nama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS bahagian Keningau Hishammuddin Sulaiman, Exco Pemuda Pusat Kamal Ashaari dan ahli parlimen Pasir Puteh Mohamad Husin. 

Isu keciciran hangat diperkatakan apabila nama Dr Dzulkefly tidak tersenarai di dalam senarai yang diberikan kepada media Selasa minggu lalu. "Sebanyak 146 kawasan layak hantar calon kali 18 bersamaan dengan 2682 calon." "Ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan," kata Abdul Halim dalam satu sidang media yang diadakan pada pagi ini di ibu pejabat PAS pusat. 

Kesilapan teknikal Abdul Halim, ahli parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan turut menjelaskan bahawa surat pencalonan sudahpun dihantar kepada calon-calon tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa senarai calon telahpun dikemaskini. "Calon untuk jawatankuasa kerja Dewan Pemuda pada asalnya ada 68 tetapi sekarang 63 kerana umur calon mesti bawah 40 tahun," katanya. 

Calon yang digugurkan adalah Kamal Shaari, Nik Abduh Nik Aziz, Taufiq Ghani, Dr Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah./FMT


Patutlah Lynas Tak Dirikan Kilang Di Australia..

Posted: 20 May 2011 10:18 PM PDT

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan. Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia, petang tadi. Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya. 


"Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar. "Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA). "Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif.

Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri," tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN. Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar. 

"Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia," jelasnya.Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana. 

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif. "Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar," katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.

Penduduk bukan 'Tikus Makmal'

Petang tadi, meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.

Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Perarakan itu anjuran People's Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Bantah Lynas' dan 'Kami bukan tikus makmal' manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.

Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.

Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.

Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.

"Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.

"Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk 'bereksperimen' dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia," jelas memorandum tersebut./KD



Mahkamah Bebaskan Ketua Cabang KEADILAN

Posted: 20 May 2011 07:00 PM PDT

SHAH ALAM -  Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri dari dakwaan menipu tiga tahun lalu. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati hujah pembelaan yang dikemukakan oleh Mohd Yahya, 45, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. Peguam bela, Ahmad Nizam Hamid berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan anak guamnya adalah seorang yang berintegriti, amanah dan tidak pernah menyalahgunakan kedudukan beliau. 


"Kes ini bermula dari program sambutan 100 hari Pakatan rakyat berikutan ada individu tertentu dari Umno yang membuat tuduhan kononnya defenden telah menyalahgunakan kepala surat dari menteri Besar untuk mengutip wang dari pengusaha pasir," "Berikutan keputusan hari ini adalah jelas tuduhan Umno dan Gagasan Anti penyelewengan Selangor (Gaps) bahawa defenden menyalahgunakan kepala surat tersebut adalah fitnah dan tidak benar," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang dan Ketua Cabang KEADILAN Temerloh. 

Bagi tuduhan tersebut, defendan sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu atas kapasitinya sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mohd Yahya selaku pengarah program acara sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat dituduh dengan mendorong Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Abdul Karim Munisar untuk menyerahkan RM50,000 sebagai sumbangan. Mohd Yahya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality Shah Alam antara jam 1 tengahari dan 3 petang, 4 Jun 2008. 

Mohd Yahya yang diwakili oleh peguam-peguam Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh mengemukakan lapan saksi termasuk Ahli Parlimen Seri Setia, Nik Nazmi Nik Mat. Ini merupakan pembebasan kali kedua Mohd Yahya di mana pada 1 Disember 2010, mahkamah yang sama membebaskannya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh./KD

Tiada ulasan: