shalehudin |
- Kantoi terkantoi... kahkahkah...
- Polis minta tolong nih... tolong jangan desak... haha...
- Ni la game Umno disokong oleh pihak berkuasa lain...
- Jangan sampai rakyat naik minyak
- Berlakon la tuh...
- Malaysia pasti aman tanpa Umno
- Tak bangang punya syarat ka nih...
Kantoi terkantoi... kahkahkah... Posted: 18 May 2011 08:25 AM PDT |
Polis minta tolong nih... tolong jangan desak... haha... Posted: 18 May 2011 06:00 AM PDT Dipetik Bernama Online, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (gambar), berkata tiada keperluan daripada segi undang undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku seks dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang. Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah saja bukan kerja mereka untuk mendedah pelakunya. Wallawoiii... baik betoi bunyinya. Siasat pengedar dan orang yang pamer saja, pelakunya dibiar tergantung. Masaalahnya Datuk oii, kes ni membabitkan maruah seorang poltikus yang berjuang untuk keadilan dirinya. Bila dah benda ni dibiarkan tergantung tanpa mengetahui siapa sebenarnya, rakyat akan tetap menuding jari mengatakan si polan dari parti pembangkang tu lah yang ghairah beraksi. Tidakkah Polis jugak yang akan dikatakan terbabit secara langsung menjadi penyebab pada tersebarnya budaya fitnah dikalangan masyarakat. Memang mungkin tiada keperluan dari segi undang undang, tapi bukankah pengumuman Polis dapat meredakan sedikit penyebaran fitnah yang kian tidak terkawal ini? Bagi lah ruang sedikit kat si Polan dari parti pembangkang tu untuk bertindak demi keadilan dirinya... |
Ni la game Umno disokong oleh pihak berkuasa lain... Posted: 18 May 2011 03:52 AM PDT |
Jangan sampai rakyat naik minyak Posted: 18 May 2011 03:00 AM PDT Politik membodohkan rakyat oleh KERAjaan Umno Barisan Nasional telah diulang lagi. Malah ini dilihat usaha terbaru KERAjaan mahu meletakkan minda rakyat negara ini dibawah tapak kaki mereka. Kajian rasionalisasi subsidi minyak yang dijalankan dan berkemungkinan menaikan harga petrol RON95 dianggap agak melampau. KERAjaan Umno dilihat mahu mencabar rakyat dan menguji kesabaran rakyat dengan mahu menaikkan harga minyak sekali lagi. Selepas menaikkan harga gula dan minyak petrol RON97 sekian lama, tidak sampai sebulan pun masih lagi mahu menaikan harga minyak petrol RON95 pula. Pekara ini dilihat menyeksakan rakyat dan terus membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana, tambahan lagi kita kini semakin hampir mendekati bulan Ramadan seterusnya menyambut Syawal tiba. Hairan bagaimana kita adalah antara negara pengeluar minyak terbesar dunia, mana mungkin harga minyak boleh dinaikan dengan sewenang-wenangnya. Kerajaan jelas membohongi rakyat dengan membandingkan harga minyak negara dengan harga minyak negara serantau seperti Thailand, Singapura dan Filipina. Sedangkan negara-negara tersebut bukanlah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, kerajaan dilihat sengaja membutakan mata rakyat untuk kita tidak membandingkan harga minyak dengan negara pengeluar minyak terbesar dunia yang lain. Negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Arab Saudi dan Venezuela yang mencatatkan harga minyak paling rendah berbanding Malaysia. Malah contoh yang paling dekat yang dapat dilihat ialah negara Brunei yang jauh lebih rendah harga minyak berbanding negara kita tapi tidak dibandingkan oleh kerajaan, atau sengaja dibutakan mata dipekakkan telinga oleh mereka. Jangan sampai rakyat kebanyakan naik minyak dik kerana merasa terlalu diperbodohkan oleh KERAjaan Umno dan Barisan Nasional nanti. |
Posted: 17 May 2011 09:00 PM PDT Hek ellehhh... berlakon la tuh... kahkahkah... Puak Umno Barisan Nasional ni dok ingat rakyat bangang macam ngan bangsa Umno kot... Bangsa Umno boleh la korang bangangkan sampai camtu. Mulut bangsa Umno disuapkan pisang diwaktu yang sama juboq bangsa Umno dikaitkan duri... kahkahkah... Rakyat dah sedar banyak dah. Bukan macam zaman dulu nih, korang jual Singapura kat orang pun rakyat buat bodo jaa... sekarang zaman dah berubah, rakyat lebih perihatin tentang tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan mereka... Zahid Hamidi dalam laporan Bernama telah meminta kerajaan menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95. Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu. "Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut. Woii Zahid... jangan bercakap macam kau tu bukan sebahagian dari KERAjaan Najib laa... bukan kah korang jugak yang sibuk angkat tangan menyokong usul bagi harga barangan naik? Korang ada kuasa, tapi menyalah gunakan kuasa. Korang memperbodohkan bangsa sendiri dengan berpakat sesama hangpa. Sorang angkat bola tanggung, dan sorang lagi smash. Sorang kata tak akan naik, tetiba tak dan kering lagi dakwat dah kata subsidi la ni tinggi sangat. Takut Rosmah marah tak cukup duit beli kasut.... Sorang lagi kata akan realisasikan harga, sorang lagi pulak timbul mintak di kaji takut rakyat sakit hati... piiirrraahhhhh... ni semua otak KIMMA la nih... Anyway... tahniah la KIMMA oiii... kerana diiktiraf Umno sebagai Melayu... kahkahkah... |
Malaysia pasti aman tanpa Umno Posted: 17 May 2011 07:00 PM PDT Malang sungguh rakyat Malaysia mutakhir ni yang mahu tidak mahu terpaksa menonton politik negara yang paling jijik dalam sejarah. Belum pernah kita melihat tingkah politik yang sebegini jijik dan cukup terdesak dari Umno dan Barisan Nasional terhadap musuh no 1 mereka iaitu Anwar Ibrahim. Rakyat semakin tidak keruan dengan paparan media yang setiap hari mempersembahkan laporan yang cukup mengaibkan dam tidak berintegriti ini. Isu fitnah video seks kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, telah dijadikan 'alat' untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan memalukan keluarga Anwar semahu mereka. Rakyat yang sedar melihat personaliti Anwar amat penting dalam memperkukuhkan gagasan besar Pakatan Rakyat. Jadi dengan menggunakan budaya fitnah jijik menyerang peribadi Anwar, Umno dan Barisan Nasional berharap Anwar akan dilihat kotor dan tidak dihormati kawan lagi. Serangan ini adalah untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat bukannya sangat untuk memberi impak kepada rakyat, kerana rakyat tidak percaya dan cara lebih dahsyat ini tak mampu beli pemikiran rakyat. Bayangkanlah bagaimana besar perancangan mereka ini dengan didukung penuh oleh agensi kerajaan, media-media arus perdana dan pihak polis yang semua ke arah membantu memperkuatkan dakwaan, tetapi gagal beri kesan menyeluruh kepada rakyat. Ada la jugak dua tiga kerat yang percaya membuta tuli, itu pun dah tau ahli ahli bangsa Umno... kahkahkah... |
Tak bangang punya syarat ka nih... Posted: 17 May 2011 05:00 PM PDT Parlimen pun hangpa gantung... Ceramah pun hangpa sekat... Nak jumpak rakyat pun tak dapat permit... Demokrasi taik kucing hangpa lagu ni... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan