Muslimeen United |
- Golongan Muda Tertipu Dengan Skim Rumah Pertamaku Yang Dijaja Najib
- 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan
- Lim Guan Eng: Hapuskan candu besar dahulu
- Kelantan akan bina stadium berkapasiti 40,000 penonton dilengkapi masjid
- Kalau benar BN kuat; segerakan pilihan raya !
- Pakatan rampas 6,532 VCD lucah
- Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya
- Bagai kucing larang kawan jangan makan ikan
- Penghuni Flat Singapura Minum Air Mayat
- Kurangkan subsidi untuk tindas rakyat ??
- Pakatan: Kami tak perlu pilihan raya olok-olok, tapi sudah hidu PRU
- Membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS - TGHH
Golongan Muda Tertipu Dengan Skim Rumah Pertamaku Yang Dijaja Najib Posted: 18 May 2011 07:04 AM PDT Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar). "Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya. Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak. "Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka. Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus. Sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu "tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya" oleh kebanyakan golongan muda. Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik 'dinilai' institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan. Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu. Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga. "Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu," akhbar itu memetik beliau berkata. Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu. Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. "Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong. "Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota," katanya kepada akhbar itu.
|
400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan Posted: 18 May 2011 07:02 AM PDT Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan. Ramai tak puas hati |
Lim Guan Eng: Hapuskan candu besar dahulu Posted: 18 May 2011 06:58 AM PDT
Kerajaan BN seharusnya menghapuskan terlebih dahulu "candu besar" iaitu pemberian RM19 bilion setahun bagi subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial sebelum menghapuskan "candu kecil" iaitu subsidi gula, petrol dan diesel untuk rakyat. DAP menentang sekeras- kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna. Pemerintahan Najib menjangkakan penjimatan sebanyak RM659.3 juta tahun ini dengan menghapuskan subsidi diesel tetapi masih perlu membayar RM116 juta untuk membiayai subsidi sektor pengangkutan awam. Mereka yang terlibat tidak dapat lagi membeli diesel dengan harga RM1.48 per liter tetapi perlu membayar RM1.80 untuk harga pam. Kesemua pembawa kargo, van, lori- lori yang membawa minuman, kapal- kapal yang membawa muatan tepung, barang sejuk beku, tangki air, teksi limousine, van Luton dan kapal laut dalam untuk memancing kategori C-2 akan terpengaruhi oleh kenaikan harga diesel tersebut. Mengapa rakyat dan 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa di dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut? Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambahkan derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat kerana mereka menikmati subsidi gas RM19 juta setahun tersebut. Laporan menunjukkan bahawa 40% isi rumah di Malaysia memperolehi pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dengan beberapa laporan menyatakan bahawa 34 % daripada pekerja di Malaysia memperolehi gaji bulanan di bawah garis kemiskinan iaitu sebanyak RM700. Antara tahun 2008 dan 2010, bayaran upah hanya meningkat sebanyak 2.6%; bermaksud pada 10 tahun terakhir, trend penerimaan upah dan gaji tidak langsung berpadanan dengan peningkatan kos sara hidup. Ini diikuti dengan hutang isi rumah kepada KDNK iaitu sebanyak 78% dan dijangka akan meningkat hingga 80% dalam tempoh dua tahun akan datang. Seharusnya ada dua cabang pendekatan dalam menangani penghapusan subsidi yang dianggap sebagai candu oleh Perdana Menteri. Gelaran yang diberikan dilihat seperti tidak sensitif dan tidak adil kepada golongan miskin yang memerlukan beberapa keperluan subsidi untuk mengatasi kenaikan harga barang. Pertama berkaitan dengan candu rasuah yang lebih besar yang telah menyebabkan kerugian tahunan minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah US $100 bilion sejak tahun 1980-an. Kedua ialah memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh diselamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit. *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan. |
Kelantan akan bina stadium berkapasiti 40,000 penonton dilengkapi masjid Posted: 18 May 2011 01:23 AM PDT
Hari ini, kerajaan Kelantan yang diperintah PAS-PR semakin kedepan dalam memberi kepuasan kepada peminat sukan di negeri itu apabila Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan satu projek membina sebuah kompleks sukan disamping pembinaan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri itu. Menurut Harakahdaily, pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini. "Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. "Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata TG Nik Aziz. Apa yang membezakan projek PAS-PR dengan projek Umno-BN ialah pembangunan yang dilakukan kerajaan PAS-PR tidak dipisahkan dengan roh Islam. Ia seiring dengan dasar pentadbiran kerajaan iaitu 'Membangun Bersama Islam'. Menurut Menteri Besar, stadium di kompleks sukan yang akan dibina itu bakal dilengkapi dengan masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Berkaitan rekabentuk dan tender projek kompleks sukan berkenaan, ianya terpulang kepada arkitek yang diberi tanggungjawab dan tender akan dilakukan secara terbuka kepada mana-mana pemaju yang menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. Tambah Menteri Besar lagi, projek itu nanti diharap dapat memberi kebaikan kepada masyarakat di negeri itu dan aktiviti sukan di negeri itu akan lebih berdaya saing. "Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," kata TG Nik Aziz. |
Kalau benar BN kuat; segerakan pilihan raya ! Posted: 18 May 2011 01:17 AM PDT KUALA TERENGGANU – PAS cabar kerajaan supaya menyegerakan pilihan raya sekiranya benar Barisan Nasional (BN) mampu merampas empat negeri pembangkang pada pilihan raya akan datang. |
Pakatan rampas 6,532 VCD lucah Posted: 18 May 2011 01:11 AM PDT
(Zaidi [tengah] menunjukkan bukti bahan rampasan dalam sidang media bersama rakan-rakannya) SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini. (Gambar: Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan...Gambar Farhan) Beliau juga kesal dengan tindakan Umno menyedarkan media yang seumpama media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, iaitu Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri Selangor. "Dalam majlis tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" yang di letakkan di dalam sebuah beg kertas terpapar muka Najib seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa beliau mendalangi taktik keji ini.(gambar)"Sehubungan itu, kami telah membuat satu laporan polis pada pukul 1.30 pagi di IPD Gombak berkenaan dengan pekara tersebut dan saya sekali lagi mahu menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak dilihat sebagai "dauble Standard" dalam hal ini," jelas beliau dengan tegas. -Hrkh |
Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya Posted: 18 May 2011 01:11 AM PDT Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks. Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik. Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang. Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu. Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda. |
Bagai kucing larang kawan jangan makan ikan Posted: 17 May 2011 05:22 PM PDT
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat desakan Pemuda Umno Malaysia agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan. Begitupun, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) menyambut baik desakan Pemuda Umno itu. Katanya, SAMM cuba menilai dari sisi positif desakan ini, yang nampaknya serius kerana ketuanya juga melalui akaun laman sosialnya turut menyatakan "telah mengarahkan mana-mana Pemuda Umno Bahagian yang belum bermesyuarat untuk membawa usul jangan naik harga petrol ini". Ini, ujarnya menggambarkan seriusnya mereka dalam tindakan itu. "SAMM meyakini usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agung Pemuda Umno Malaysia kali ini kerana arahan telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan. Ini, tambahnya kerana cuba memahami tradisi dalam Umno yang tanpa arahan mereka akan diam walaupun kenaikan harga minyak tetapi apabila arahan itu berlaku pasti mereka akan bawa usul itu kerana arahan. Menurutnya, memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan itu ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal rejim. Namun, katanya itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat. "Namun dalam sisi yang lain ia seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan makan ikan," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Beliau berkata, rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia awal penggal ini yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara. Menurutnya lagi, masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat. Masalah utamanya, kata beliau ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan rejim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar. "SAMM memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka. "SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno, maka harga minyak kekal," ujarnya. Tambahnya, lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula. -Hrkh |
Penghuni Flat Singapura Minum Air Mayat Posted: 17 May 2011 05:18 PM PDT
Singapura - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam. Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih. Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut. Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun. Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut. "Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi. Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya. Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda. Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi
|
Kurangkan subsidi untuk tindas rakyat ?? Posted: 17 May 2011 05:17 PM PDT Parti Islam Semalaysia (PAS) mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yasin merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu. Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun.Kemana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain. Ini tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya. Persoalannya kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu? Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat. |
Pakatan: Kami tak perlu pilihan raya olok-olok, tapi sudah hidu PRU Posted: 17 May 2011 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) "tidak bimbang" untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun BN khususnya parti terasnya Umno dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya olok-olok Julai ini, atas alasan perikatan tiga komponen itu telah pun membuat persediaan rapi. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok sepertimana hendak dilakukan Umno dalam dua bulan lagi. "Kita telah persiapkan jentera kita untuk menghadapi pilihan raya umum di semua peringkat, semua parti telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi BN. "Dari segi PAS, kita akan membentuk satu pelan bertindak yang lebih serius selepas pemilihan parti nanti. Kita telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ditambah pula dengan pengalaman beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Katanya, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok seperti mana yang akan dilakukan BN itu. "Saya rasa kita ada cara lain yang kita rasa boleh (dilakukan), kita tidak perlu mengadakan pilihan raya olok-olok kerana kita ada mekanisma tersendiri untuk melihat tahap sokongan rakyat. "BN terpaksa mengadakan pilihan raya olok-olok sebab mereka harapkan sokongan 1 Malaysia dikembalikan yang mana BN kehilangan sokongan orang bukan Melayu terutamanya di Sabah dan Sarawak," kata beliau lagi. "BN adakan pilihan raya olok-olok sebab nak lihat tahap sokongan orang bukan Melayu, kalau tidak berjaya (dapat sokongan) kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan tahun depan...kalau dapat sokongan mungkin ia akan diadakan penghujung tahun ini," katanya. Laporan awal hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pilihan raya "olok-olok" bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan menjadi topik utama dalam mesyuarat pengurusan Umno esok. Baru-baru ini, beliau berkata, Umno selaku parti teras BN akan mengadakan pilihan raya persediaan itu Julai ini. BN juga sepatutnya membincangkan jentera pilihan raya olok-olok Jumaat lalu tetapi ditangguhkan sehingga Datuk Seri Najib Razak kembali dari lawatan ke luar negara. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, mesyuarat esok akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhydidin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya. "Kita akan bawa perkara yang dibincangkan esok itu kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 23 Mei untuk diputuskan tarikh mengadakan pilihan raya olok-olok di semua bahagian di seluruh negara," katanya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PR sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menggerakkan jentera di seluruh negara. "Kita sudah membuat persiapan rapi, kita juga telah arahkan jentera-jentera kita untuk turun ke bawah untuk menemui pengundi. "Semua ini telah kita lakukan, kita sudah gerakkan jentera di seluruh negara dan kita tidak memerlukan pilihan raya olok-olok," katanya. Jelas beliau, hasil keputusan pilihan raya olok-olok BN itu akan menjadi penentu tarikh sebenar pilihan raya umum ke-13. "Kita sudah dapat hidu bila pilihan raya umum akan diadakan, semua bergantung kepada pilihan raya olok-olok ini. "Mungkin ia akan diadakan hujung tahun ini atau tahun depan, kita perlu bersedia dari sekarang," katanya. The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen. Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej PR sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini. Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata, pilihan raya olok-olok BN itu tidak akan menutup hakikat pilihan raya adil akan dilaksanakan. Justeru, beliau menjemput BN untuk mengadakan satu pilihan raya yang adil dan telus pada pilihan raya umum ke-13. "Demi menghormati proses demokrasi PKR dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan sebarang persediaan sebaik mungkin. "Pun begitu pilihan raya olok-olok BN tidak dapat menutup hakikat pilihan raya umum yang tidak telus dan tidak adil, justeru saya menjemput BN secara serius dan bukan olok-olok untuk bersama Pakatan Rakyat menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. "Barulah pilihan raya olok-olok itu dapat dijadikan suatu latihan yang berguna," katanya. Kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, pilihan raya yang telus dan adil boleh dilaksanakan sekiranya BN menghentikan segala bentuk politik yang bersifat fitnah, lucah dan ugutan. "Kenyataan bahawa medan pilihan raya tidak adil sepenuhnya datang daripada hakikat penggunaan politik lucah, fitnah dan ugutan yang dilakukan BN menerusi media yang dimilikinya serta kuasa eksekutif yang ada. "Hakikat ini menyebabkan saya mempersoalkan keyakinan dan keberanian BN untuk menang secara adil dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya umum ke-13," katanya. |
Membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS - TGHH Posted: 17 May 2011 06:10 AM PDT Dikatakan, TG Hj Hadi mula belajar IT semenjak tahun 1984. Komputer pertama beliau ialah IBM. Selepas itu rakan-rakan beliau menghadiahkannya Macintosh versi Arab. Laptop pertama yang digunakan ialah pada tahun 1986. Khabarnya TG juga jarang lekang dengan komputer. Beliau juga pengguna Maktabah Syamilah, sebuah perisian yang menyediakan ribuan kitab untuk rujukan melalui komputer. Program ini boleh diinstall terus ke dalam laptop, boleh dirujuk pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Beliau turut menasihatkan ahli PAS supaya membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS. Jika mereka lambat, tentu akan ketinggalan. TG Hj Hadi adalah orang PAS paling sibuk, tetapi beliau punya masa untuk menulis dan membaca termasuk membuka beberapa laman web kesukaannya seperti al-Jazeerah dan sebagainya. Mengapa saya timbulkan perkara ini? Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Seseorang takkan terpilih sebagai tentera sehingga dia pandai menunggang kuda dan memanah. Jika dia tidak pandai dia perlu berlatih sehingga pandai. Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Semua itu berada di layar komputer. Jika seseorang itu tidak pandai komputer, bagaimana dia ingin menyertai peperangan zaman ini. Sekarang, orang meletupkan bom pun menggunakan komputer. Belajar komputer bukan sukar, anak-anak Pasti pun sudah boleh menguasainya. Jika Najib ada laman facebook, twitter dan blog, bolehkah pemimpin PAS, termasuk pemimpin kanan, ada yang masih 'belum' tahu untuk membuka kotak SMS? Ada pemimpin yang beralasan begini, "Ini bukan dunia saya! Cukuplah orang-orang muda yang menguasainya, saya sudah tua!" Atau ada pula yang berkata, "Tak sempatlah nak belajar…!" Kepada pemimpin yang beralasan begitu, kita tanyakan soalan ini, "Adakah TG Hj Hadi masih muda? Mengapa TG Hj Hadi masih sempat belajar?" Tidak perlu semua pemimpin PAS menjadi seperti Ust Abdul Ghani Shamsuddin, tetapi memadailah dengan ada email dan tahu membuka laman-laman web utama untuk mendapat maklumat segera. Kalau ada FB, twit dan blog, tentu itu lebih bagus. Pemimpin PAS memang pandai berceramah dan berkuliah. Cuma, pendengar ceramah dan kuliah adalah orang yang sama dan kuat PAS pula. Bahkan, semenjak akhir-akhir ini, ceramah PAS semakin kurang, kalau ada ceramah pun pendengarnya tidak seramai dahulu. Mengapa? Tentu kerana maklumat di layar komputer lebih pantas daripada maklumat penceramah. Kadang-kadang analisis sesuatu isu di laman sesawang lebih menarik, pedas dan terkini daripada analisis yang dibuat oleh penceramah. Justeru, apa perlunya dengar ceramah. Situasi sebegitu menjadi hujah kuat supaya pemimpin PAS menguasai ICT. Bukan bermakna kalau pemimpin PAS tidak tahu ICT tidak boleh menjadi pemimpin. Boleh, tiada masalah. Cuma, dia tidak boleh memimpin PAS pada zaman ini. Dia boleh menjadi pemimpin PAS tahun 70 an. Kalau dia mahu menjadi pemimpin zaman ini, dia wajib menguasai ilmu ICT. Ini adalah 'Wajibul Waqti' – kewajipan semasa. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan