shalehudin |
- Gerakan buat buat kacau daun... kahkahkah...
- Umno dan seks dah bagai aur dengan tebing... kahkahkah...
- ABIM - 14hb May 2011
- Depa ugut salah orang nih... haha...
- Penoreh upahan... kahkahkah...
- Jihad PERKASA
- Muhyiddin bohong?
- Benci UMNO tapi tak undi PAS... haru nih...
- Umno dah jammed
Gerakan buat buat kacau daun... kahkahkah... Posted: 15 May 2011 08:04 AM PDT Gerakan desak amaran perang jihad Presiden Perkasa disiasat KUALA LUMPUR, 15 Mei — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan. "Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain. "(Kenyataan itu) adalah sesuatu tidak wajar khususnya selepas pemimpin-pemimpin Kristian baru sahaja membuat pendirian tegas dan jelas bahawa mereka menghormati dan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan berhubung status Islam dan kebebasan beragama," kata Koh lagi. Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya. Dalam reaksinya pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Hishammudin. Dalam kenyataannya Koh menambah, pemimpin-pemimpin Kristian juga mengulangi pendirian mereka bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian sambil pada masa yang sama mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu yang timbul sekarang. "Jadi, bagaimana Ibrahim Ali boleh bercakap mengenai agenda Kristian mahu 'merampas (kedudukan) Islam'?" kata beliau. "Ibrahim juga ada mengatakan bahawa beliau mahu mempertahankan maruah Islam dan komuniti Muslim meletakkan keamanan dan keharmonian mengatasi soal-soal lain. Jika begitu, beliau tidak seharusnya menggunakan kata-kata sedemikian dan berkelakuan begini," katanya lagi. Koh menambah, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama, pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya menggalakkan kesederhanaan dan semangat perantaraan untuk menguruskan dengan baik pandangan-pandangan yang berbeza berbanding tindakan memprovokasi permusuhan. Justeru kata beliau, polis seharusnya menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sepanjang dua hari lalu berhubung elemen mencetuskan konflik dan sikap benci di kalangan rakyat. |
Umno dan seks dah bagai aur dengan tebing... kahkahkah... Posted: 15 May 2011 07:30 AM PDT |
Posted: 15 May 2011 02:00 AM PDT |
Depa ugut salah orang nih... haha... Posted: 14 May 2011 11:00 PM PDT |
Penoreh upahan... kahkahkah... Posted: 14 May 2011 09:00 PM PDT Pemimpin itu ibarat penoreh upahan Oleh Aspan Alias Keadaan berubah dengan masa. Itulah sebabnya Islam mengingatkan yang kita mesti hidup mengikut masa dan zamannya. Apa-apa agama pun menyatakan yang perubahan itu adalah satu elemen yang tidak dapat di elakkan. Sedangkan secara fisiknya dunia ini pun berubah. Jika kita tengok peta dunia sebelum dan selepas 'ice age' misalnya, perubahan dalam bentuk dunia pun berubah dengan begitu besar. Manusia sentiasa berubah dari muda sehingga tuanya usia. Semasa muda manusia mampu melakukan banyak kegiatan yang memerlukan tenaga, tetapi manusia itu berubah menjadi matang dan tua dan dituruti dengan tenaga dan kudrat yang berkurangan. Semua makhluk berubah dan tidak statik. Pemikiran kita berubah dari masa ke semasa dan dari zaman ke zaman yang lain. Persepsi terhadap sesuatu perkara berubah dan perubahan ini akan memberikan reaksi kepada pihak lain kerana memang satu principle kepada sains yang menyatakan 'in every action there will be reaction'. Hidup ini ibarat pusingan roda, kadangkala diatas, kadangkala di bawah. Tidak ada siapa yang dapat mengelak dari pusingan ini. Begitu juga kuasa; kita berkuasa di satu masa dan akan hilang kuasa itu pada suatu hari nanti. Kuasa itu akan datang atau hilang bergantung kepada perlakuan sendiri. Tidak ada kuasa yang hilang disebabkan kesalahan pihak lain. Dunia ini berubah dengan sendirinya jika kita lihat dari zahirnya. Tetapi pada hakikatnya ianya berubah dengan afa'al tuhan atau dalam erti lainnya adalah disebabkan kehendak dan gerakNya. Kadangkala kita lupa bahawa kuasa yang paling dan Maha besar adalah kuasa Tuhan, dan selalu kita merasakan kuasa kecil yang dipinjamkanNya itu adalah hak kita untuk selamanya. Ingat kata-kata ini, 'The earth is much more intelligent and putting all human minds together'. Saya menyebut isu ini kerana kita selalunya mendabik dada yang hanya kita sahaja yang mampu membawa pembangunan dan orang lain tidak berkeupayaan. Kitalah yang telah membangunkan negara, kitalah yang telah mencipta segala kejayaan, kitalah yang membawa penyatuan umat, kita adalah contoh kepada seluruh dunia dan semuanya kita. Kita telah mengambil segala keizinan Tuhan kepada kita seperti orang yang kufur nikmat. Semuanya adalah 'kerana aku..aku…dan…aku…seolah-oleh tidak ada Tuhan yang bersifat mukhalafah dan manawi di sebalik segala-galanya. Tidak ada unsur maknawi yang lain apabila mendapat kejayaan selain dari kita dan parti kita. Segala kuasa ghaib dinafikan; hanya kita..aku…kita dan aku. Tuhan telah pun menunjukan sedikit demi sedikit untuk kita mengakui bahawa kuasa yang ada kepada kita ada PEMILIK MUTLAKNYA. Kita hanyalah peminjam sementara semata-mata. Sedikit demi sedikit kuasa pinjamanNya telah diambil balik oleh pemilikNya, tetapi kita masih merasakan yang kita adalah pewaris kepada segala kuasa dariNya. Kita sedang diintai-intai oleh kelemahan dan kegagalan kita sendiri. Kita sudah tidak dapat membezakan dua bentuk kesalahan hina yang sama, sehinggakan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain itu sahaja yang hina sedangkan kesalahan yang sama atau lebih hinanya yang kita lakukan tidak diperbetulkan. Kesalahan oleh pelaku seks haram itu sahaja yang salah tetapi salah guna kuasa dan rasuah itu tidak beberapa besar kesalahannya. Kita lupa pelaku seks haram yang diintai dan dirakamkan itu merupakan dosa besar kepada Tuhan tetapi dosa rasuah itu adalah lebih besar kerana ianya melibatkan manusia lain. Lain-lain perkataan ianya adalah kesalahan sesama manusia dan isunya ialah isu 'hablum minan naas'. Ianya melibatkan harta dan wang ringgit manusia yang kita diamanahkan untuk memimpin. Setahu saya isu 'hablum minan naas' adalah lebih besar dari isu 'hablum minallah'. Allah itu Maha pengampun dan pengasih dan dosa dengan Tuhan mudah terampun dari dosa kepada manusia lain apatah lagi dosa kepada rakyat yang puluhan juta ramainya. Itulah sebabnya dosa kepada rakyat cepat mendapat balasan. Jika kita orang politik maka kita akan hilang sokongan dari mereka. Sebagai pihak yang memerintah parti kita sedang pemerhatian rakyat dan jika kita masih tidak berubah cara pendekatan kepada mereka kita tidak mustahil ditinggalkan oleh mereka kerana mereka tidak ada apa-apa 'obligation' terhadap kita. Hanya kita sahaja yang merasakan yang mereka mesti membalas budi kepada kita sedangkan hakikatnya kitalah yang sepatutnya membalas budi rakyat yang telah memberikan mandat untuk mentadbir negara yang dianugerah kekayaan yang melimpah ruah. Isu membalas budi tidak lagi menjadi bahan kempen yang sesuai kerana pemimpin dibayar gaji dan elaun yang besar untuk mentadbir mereka. Mereka yang mengupah pemimpin kita untuk mentadbir negara. Itulah sebabnya apabila mereka melihat pemimpin-pemimpin yang mereka upah itu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur mereka ada hak untuk mengganti manusia lain untuk diupah mentadbir negara. Sebenarnya pemimpin itulah hamba kepada rakyat, bukan sebaliknya. Rakyat mentertawakan pemimpin yang meminta rakyat membalas budi mereka sedangkan merekalah yang sepatutnya bersyukur kerana diberikan mandat untuk mentadbir negara. Kalau kita mengambil upah untuk menoreh getah di kebun seseorang tuan punya kebun ada hak untuk menukar penorehnya jika didapati penoreh yang diupahnya itu tidak jujur dengan menjual torehan itu tanpa pengetahuan tuannya. Jadi pemimpin-pemimpin UMNO ini merupakan mereka yang telah diupah oleh rakyat untuk menoreh getah mereka. Jadi menorehlah dengan baik. Jangan dicuri getah torehan itu dan dijual tanpa pengetahuan tuannya iaitu rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Pilihanraya yang akan datang ini ialah proses memilih siapa yang akan menjadi penoreh. Jangan pula penoreh upahan pula yang mengatur dan menggertak tuan punya kebun. Rakyat sekarang sedang mengira berapa banyak getah mereka yang dicuri oleh penoreh-penoreh si kebun getah mereka. Dengarnya berbillion telah tiris dan telah banyak kerugian yang dialami oleh tuan punya ladang getah itu, iaitu rakyat. Tuan punya ladang sekarang sudah sedar yang penoreh upahan mereka lebih kaya dari mereka. Isteri penoreh pun glamor gila! Ladang-ladang rakyat yang punya. Mana boleh jadi.... "Tunggu!!!" Kata mereka. "Nanti kami pilih penoreh-penoreh yang lain |
Posted: 14 May 2011 08:00 PM PDT Perkasa ugut jihad jika Kristian teruskan agenda rampas status Islam Oleh Clara Chooi GOMBAK, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan. "Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan. "Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh," kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu. Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian. "Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian. "Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia," katanya lagi. Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung. "Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar," katanya lagi. Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri. Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul. Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini. "Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar. "Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan," katanya. Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini. Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka. |
Posted: 14 May 2011 07:00 PM PDT |
Benci UMNO tapi tak undi PAS... haru nih... Posted: 14 May 2011 06:00 PM PDT Adakah Pengundi Terkenangkan PAS? Oleh Zolkharnain Abidin Orang memang bencikan Umno, tetapi mengapa mereka susah untuk mengundi PAS? Soalan di atas mungkin kurang disenangi oleh sebahagian orang PAS. Tambah-tambah lagi isu-isu semasa menolak Umno ke dinding. Parti itu semakin terdesak dengan beberapa taktik serangan yang kurang menjadi. Umno terdesak dengan isu Kristian dan isu video Datuk T. Walau pun terdesak begitu, belum tentu orang tidak akan mengundi Umno dalam PRU akan datang. Isu-isu sebelum PRU seperti tenggelam menjelang PRU. Tenggelam dengan sogokan, ugutan, rayuan dan kenangan bersama Umno. Kenangan? Ya, orang biasanya mengenang Umno yang berjasa kepadanya sepanjang tahun. Soal jasa itu kecil atau besar, berniat politik atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting orang mengenang jasa Umno. Kenangan menghasilkan undi. Membuatkan orang mengenang bukannya mudah. Kalau sumbangan dihulurkan semasa hampir hari mengundi, itu tidak menjadi kenangan tetapi menjadi juihan mulut. Umno bijak membuatkan orang mengenangnya. Walau orang tahu Umno jahat, tetapi undi tetap diberikan kepada Umno kerana orang mengenang jasanya. Orang terlupa kejahatannya Umno kerana terkenangkan jasanya. Cuba fikir, mengapa orang terus sanggup mempertahankan Anwar? Salah satunya kerana orang mengenang jasa Anwar semasa dia dalam Umno dulu. Orang Permatang Pauh mengundi Wan Azizah, bukan kerana susuk dirinya tetapi kerana orang terkenangkan Anwar. Orang di situ terlalu banyak kenangan dengan Anwar sehingga tidak terlupakan. PAS parti baik, tetapi orang tidak nampak kebaikan PAS. Tidak banyak yang dibuat oleh PAS supaya orang mengenangnya. Bukan PAS tidak punya jasa, tetapi PAS tidak berupaya membuat jasanya itu dikenang sepanjang masa. Mengapa orang kurang mengenang PAS? Entahlah, mungkin kerana PAS lebih meminta daripada memberi. Meminta tidak salah, tetapi orang lebih mengenang PAS kerana meminta bukan mengenang PAS kerana memberi. Bagi saya, selama mana orang tidak mempunyai kenangan dengan PAS, mereka sukar untuk mengundi PAS walau pun mereka membenci Umno. Parti itu jahat, tetapi orang ada kenangan manis dengan parti itu. Mengapa orang masih sukakan Shahidan Kassim walau pun dia bukan lagi MB? Sudah tentu kerana orang ada kenangan dengannya. Begitu juga, ada orang PAS Perlis yang boleh panggil Bang Cha saja dengan MB Mat Isa Sabu. Kenapa? Kerana orang itu ada kenangan dengan Mat Isa Sabu. Mungkin orang itu tidak mengundi Mat Isa dalam pilihanraya tetapi dia tentu tidak sanggup bercakap perkara yang kurang sedap mengenai Mat Isa dalam ceramah kerana dia punya kenangan dengan Mat Isa. Orang tidak sanggup melukakan hati Tok Guru Nik Aziz kerana orang mengenangkan jasanya dan kezuhudannya. Orang tidak sanggup bercakap perkara tidak baik mengenai Ust Fadhil Noor kerana orang mengenangkan sikap humble dan rendah dirinya. Simpulnya begini, PAS perlu buat sesuatu supaya orang boleh mengenang PAS. Kenangan menghasilkan undi. http://sauhdibongkar.blogspot.com |
Posted: 14 May 2011 05:15 PM PDT Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah, bukan Umno Hazayani Zakaria SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah' bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi. Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor. "Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir. Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – 'Antara Syariat dan Adat' yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin. Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri. Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan. Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syiria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN. Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain. "Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum? "Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula. "Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin. Kerja Umno edar VCD, tak selesai masalah rakyat Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah meluahkan kekecawaan terhadap penyebaran VCD itu. "Satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya, apabila malam ni masyarakat tak ada kerja lain, diedarkan pulak VCD yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim. "Ini saya anggap satu kerja bodoh dalam negeri yang kaya," katanya. Beliau berkata, Umno BN terlalu 'sibuk' menabur fitnah dan meracuni fikiran rakyat sehingga tidak ada masa memikirkan soal ekonomi dan pembangunan negeri itu. "Petang tadi saya pergi ke Kuala Selangor ada projek terbengkalai yang mana 6,000 mereka yang membeli rumah sudah lebih 15 tahun tak dapat dan kontraktornya lari. "Saya pergi dan selesaikan dengan pemaju dan pembeli. Ini lebih baik daripada edar VCD ini. "Umno di Selangor tak boleh selesaikan masalah penduduk, yang boleh buat hanyalah edar VCD bongok ini," katanya disambut gelak tawa hadirin. Deklarasi Anti-Fitnah turut dibacakan dengan dipimpin oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abd Hamid. Deklarasi daripada 60 NGO tersebut menurut Azmi akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan pihak-pihak tertinggi yang lain. Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.- Harakah |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan