shalehudin |
- PKR yang kaku...
- 22 Mei 2011... kahkahkah...
- Umno buruk kepala... kahkahkah...
- Orang nak kalah memang akan merapu...
- PKR makin bercelaru...
| Posted: 07 May 2011 09:00 AM PDT Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar 1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR. 2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. 3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggalkan rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program. 4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan. 5. Di kesan antara puncanya ialah berita di The Malaysian Insider (TMI) yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti. Link berita seperti dibawah : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/chegubard-to-leave-pkr-for-pakatan-party/ http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chegubard-keluar-pkr-sertai-komponen-pakatan/ 6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisan Aspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya. 7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR. 8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ? 9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa. 10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang Bn dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan. 11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (klik). Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti. 12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah. 13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Mereka sanggup bercakap dengan kertas tandas (meminjam cara Azmin Ali merujuk Utusan Malaysia). Klik sini saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung disebalik kertas tandas dan menyamar dengan nama 'sumber'. 14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak. 15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang. Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya sila klik sini. 16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu. Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu. |
| Posted: 07 May 2011 07:53 AM PDT Sidang Media Chegu Bard keluar PKR. May 6, 2011 Tempat: Ibupejabat PKR Tropicana Masa: 9.00 malam Tarikh: 22 Mei 2011 Mesyuarat Biro Politik baru saja selesai. Wartawan berpusu-pusu masuk ketingkat satu Ibupejabat PKR untuk menghadiri sidang media berikutan pengumuman Chegu Bard meninggalkan PKR. Saifuddin Nasution membaca teks yang telah disediakan. Ditengah-tengah ialah Ketua Umum PKR dan disebelah kanan ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Aku tak tau Presiden pi mana. Mungkin tengah bancuh kopi sebab la ni dah tak ada orang nak bancuh kopi kat Anwar. "Parti Keadilan Rakyat hari ini menerima satu surat dari Chegu Bard mengatakan beliau telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti. Parti menerima keputusan Chegu Bard ini dengan sikap terbuka. Pemimpin datang, pemimpin pergi tetapi ini tidak akan melemahkan parti. Parti tetap diterima oleh rakyat dan kami yakin, dalam pilihanraya akan datang…kita bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah kita sudah bersiap sedia untuk ke Putrajaya. Kami faham, kami tidak akan mampu untuk memenuhi kehendak semua ahli, tetapi ahli-ahli patut faham tentang perjuangan. Ahli-ahli patut faham tentang semangat berpasukan sekiranya mahu menumbangkan Barisan Nasional. Walaupun kami menerima keputusan Chegu Bard ini dengan terbuka, tetapi kami faham, Chegu Bard mengambil keputusan ini kerana kecewa kerana gagal dalam Pemilihan yang lalu." Ada soalan? Zainulfaqar: "Saya difahamkan bahawa Mustafa Kamil Ayub juga akan mengambil jalan yang sama. Apa komen YB?" Anwar menyampuk:" Kita perlu berjiwa besar. Kita perlu beristiqamah dan perlu memahami dasar perjuangan parti. Saya duduk dalam penjara enam tahun, tapi masih kekal dengan prinsip dan perjuangan saya. Saya kena tendang dari Umno, tapi saya masih kental dengan perjuangan saya. Takkan la tak dapat jadi Timbalan dah nak keluar macam Zaid." Wartawan Malaysiakini: " Apakah alasan-alasan Chegu Bard keluar PKR?" Anwar: " Chegu bard memberikan alasan bahawa Pemilihan PKR yang lalu penuh dengan penipuan. Saya menyangkal tuduhan ini kerana Pemilihan tersebut diadakan dengan telus. biasa la…bila kalah, Jawatankuasa Pemilihan yang dipersalahkan." Wartawan Utusan:" Tapi Dato Seri…bila PKR tewas di Sarawak dalam Pilihanray yang lalu, Dato Seri menyalahkan SPR. Bukankah alasan yang sama diberikan oleh Chegu Bard? " Anwar:" Awak dari mana?" Wartawan Utusan: "Utusan Malaysia." Anwar: "Biasala. Utusan memang akhbar yang tak boleh harap. Sentiasa memutarbelit kenyataan saya. Saya ingin tegaskan lagi disini, bahawa SPR memang melakukan penipuan di Sarawak. Dan kita akan mengambil tindakan mahkamah tak lama lagi." Wartawan entah dari mana: "Dato Seri. Benarkah Dato Seri sudah menyerahkan jam Omega kepada polis?" Anwar: " Awak dari TV3?" Wartawan: "Ya." Anwar berpaling kepada Saifudin. " Macam mana you boleh lepaskan wartawan ni masuk? Any other question?" Wartawan Harakah: " Dato Seri. Dalam kenyataan Chegu Bard semalam, dia sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan PKR yang ada hari ini. Dalam PKR sudah tidak ada lagi ketelusan. Apa komen Dato Seri?" Anwar: " Itu cakap orang Umno. Dan kalau Chegu Bard cakap macam tu, suruh dia masuk Umno lah." Wartawan Malaysian Insider: " Chegu Bard mendakwa, terdapat penyelewengan semasa Pemilihan PKR yang lalu. Terdapat politik wang semasa pemilihan." Saifuddin pulak menyampuk. "Kita mempunyai bukti bahawa Chegu Bard didalangai oleh orang luar PKR. saya minta kepada SPRM untuk melawat Chegu Bard. Semua orang tahu, Chegu Bard bukan ada kerja. Tapi dari mana dia dapat duit beli KIA Citra? Dari mana dia dapat duit untuk menanggung kos kempen. Kita juga ada bukti, dua resit cek yang ditandatangani oleh Chegu Bard. Dari mana datang duit ini? Saya bukan tuduh…saya cuma minta SPRM melawat Chegu Bard." Wartawan: "Chegu Bard juga mendakwa dia dihalang daripada menyertai program-program PKR." Azmin: "Itu semua fitnah. Chegu Bard bebas berceramah kat mana saja. Malam ni di Kulim, Kedah. Esok di Batu Gajah, Perak. So, sapa kata kami menyekat kebebasan beliau? ini yang Dato Sri Ketua Umum jelaskan tadi, kita perlu berjiwa besar. Kalau seseorang itu nak buat fitnah…masuk Umno saja la." Wartawan: " Tapi…Chegu Bard bukan nak masuk Umno. Dia nak masuk DAP." Saifudin:" Mungkin dia nak jadi Menteri Besar Perak kot. Kat Penang dah tak ada peluang." Azmin: "Tak..tak…tak. Saya rasa Chegu Bard buat U-turn sebab dah kena beli.' Anwar: "OK..we stop here. Thank you everybody. " (Semua yang ditulis diatas hanyalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan mereka yang sudah mati. MSK) |
| Umno buruk kepala... kahkahkah... Posted: 07 May 2011 07:38 AM PDT |
| Orang nak kalah memang akan merapu... Posted: 07 May 2011 05:28 AM PDT |
| Posted: 07 May 2011 05:16 AM PDT Makin bercelaru PKR ni rupanya. Lagi lama hidup sepatutnya lebih berpengalaman dan tahu menilai tapi PKR tidak, seperti selalunya... PKR lebih suka menyombong diri dan angkuh tanpa mahu belajar dari sejarah lalu. Parti yang gagah dan kuat mana sekalipun akan goyah jika seorang demi seorang pimpinan parti meninggalkan organisasi kerana tidak puas hati misalnya. Memang susah nak puaskan hati semua orang, tapi salah kah kita turun mendengar rintihan hati ahli ahli bawahan. Kuatnya parti sedikit sebanyak adalah kerana sokongan dan dokongan susuk susuk ini. Terbaru kita dikejutkan lagi dengan berita Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard yang berura ura nak tinggalkan PKR. Dia yang kini panas punggung kerana menjadi tumpuan dalam PKR menegaskan masih ahli parti dan menjadi ketua PKR cabang Rembau. Memang la setakat ini dia masih lagi ahli, tapi kita tak pasti apa yang berlegar dibenaknya. Che'gu Bard punya ramai peminat. Pengikut pengikutnya bukan bersandarkan pada jawatan yang dipegangnya tapi berdasarkan pada kerja kerasnya untuk melihat parti diangkat tinggi. Tapi kenyataan bekas calon AMK itu yang tidak menafikan kini beliau tidak lagi disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam PKR amat menyedihkan. Beliau turut dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Aku rasa, kak Wan dan Anwar perlu melakukan sesuatu bagi mengekang isu ini dari menjadi lebih parah. Mengkritik parti bukan bermakna bertujuan nak rosakkan masa depan parti. Mendesak kearah keadilan bukan bermakna mengkhianati perjuangan parti. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan