Sabtu, 7 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sederap menyanyi dan menari ikut irama

Posted: 07 May 2011 09:34 AM PDT


Tu dia.... Gendang sudah dipalu, maka ramailah yang mulamenyanyi dan menari ikut rentak dan irama yang dimainkan oleh sang pemukul gendang.

Rentak dan iramanya sensitif sekali tapi mereka peduli apa. Yang penting.... propaganda berkesan dan jarum berjaya 'masuk'. Keharmonian kaum dan agama mampuih pi!! 1Malaysia peronjang ketepi. Janji... UMporNO@BN dapat diselamatkan dan boleh terus hidup dan tak mati.

Antara yang menyanyi dan menari ikut rentak dan irama yang dimainkan tentang isu terhot kini ialah mereka ini...

PEMBELA:

NGO Islam - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersalahkan agama Kristian sebagai faktor yang menyumbang kepada kemerosotan Islam di negara ini.

"Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.


"Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam," kata presiden PEMBELA Yusri Mohamad. [Lagi di
sini]

Hai.... bukan ke UMporNO berjuang mempertahan dan meningkatkan syariat Islam?? Yang menolak syariat Islam siapa?? Yang menentang hukum Allah SWT siapa?? Yang melekakan umat Melayu-Islam dengala segala macam dan bentuk hiburan dan budaya negatif Barat siapa? Yang memperkotak-katikkan syariat Islam siapa??

Kalau UMporNO sendiri hipokrit dan tak seruis dalam melaksanakan usaha-usaha untuk memperkukuh dan menguatkan iman serta akidah umat Islam di Malaysia, jangan salahkan orang lain. Yang ada kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu undang-undang, akta, peraturan dan juga dasar ialah UMporNO. Jangan nampak salah pihak lain jer... UMporNO perlu cermin diri sendiri!! Pembela... pi tanya sama UMporNO, apa depa dah buat?? Don't bark at the wrong tree.

PDRM:

Khalid turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang isu sensitif berkaitan agama kerana hal berkenaan boleh merosakkan keharmonian di negara ini. "Kita tidak boleh biarkan isu-isu sebegini dimainkan oleh mana-mana pihak... jadi saya nasihatkan supaya jangan cuba bermain api nanti terbakar tangan," katanya.

Khalid berkata apa jua isu berkaitan dengan agama, jika tidak ditangani dengan betul, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan polis tidak akan membiarkan perkara itu. [Baca
sini]

Mengapa polis tak ambil tindakan ke atas Utusan Meloya kerana memainkan isu sesensitif ini?? Kenapa aaa...?? Takut ka?? Atau... jadi pak turut?? Ha... ha... ha.. Pak turut kepada ehem.. ehem... ehem... Sebab, amaran yang diberi, semacam ditujukan kepada pihak yang kena fitnah jer, iaitu DAP. Pulak tu, nak bertindak hanya berdasarkan tuduhan dan fitnah Utusan Meloya?? Takut nanti.... pihak yang giat bermain dengan api tak 'kena', sebaliknya... yang difitnah pulak yang 'kena'. PDRM kini bukan ke suka bertindak 'songsang'??

HISHAMUDDIN:

Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain. [
sini]

Sibuk jer dia... Kalau tuduhan itu melibatkan pihak dari sebelah pembangkang, cepat jer dia berbunyi dan cepat jer dia nak siasat. Ceeewaaahhh.... tunjuk baik pulak konon. Bukan dia yang akan ambil tindakan tetapi polis. Pigiiraah..!! Polis tu bukan ke di bawah KDN. Eeeiii... menyampah!! Hipokritnyer politikus UMporNO yang sekor ni!!

PERKASA:

Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.

"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.

"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik. [sini]

Lapor jangan tak lapor. Lapor banyak-banyak... Kasi gempaq satu Malaysia dengan laporan polis korang. Desak polis siasat cepat. Ha...ha...ha... Bahaya!! Jangan bagi api merebak. Keselamatn negara terancam. Yuhuu... cepat bertindak.

Kah.. kah... kah....

Perkasa... Perkasa... Kristian agama rasmi Malaysia?? Takut Kristian jadi agama rasmi ke atau takut UMporNO rasmi masuk kubor??

Hello... Nak tumpang tanya. Najib ada nyanyi sama ke ikut rentak irama ini?? Ada tak sapa-sapa dengar bunyi suara Najib??

Bagi yang tajam pemerhatian dan pengamatannya... mereka akan dapat mengesan ada note-note yang dimainkan dalam irama gendang ini, bunyinya SUMBANG!! Isu ini ada undang di sebalik batu. Batu apa.... BATU API!! Siapa... UTUSAN MELOYA dan blogger upahan pencacai mereka!!

Apabila Melayu sudah tak laku...

Posted: 07 May 2011 07:19 AM PDT


Dulu... dan kini dan mungkin selamanyer, UMporNO yang dibantu oleh baruanya, Perkasa serta Utusan Melayo, akan terus memainkan sentimen Melayu untuk meraih sokongan orang-orang Melayu. Ini kerana, sentimen bangsa Melayu penting untuk kelangsungan kuasa politik mereka.

Melayu mesti bersatu!! Kalau tidak, Cina akan ambil alih kuasa pemerintahan di Malaysia. Jika ini berlaku Melayu akan terkulai layu. Melayu akan ditindas. Melayu akan merempat di bumi sendiri. Itulah yang mereka momokkan untuk menyatupadukan bangsa Melayu. Melayu hanya akan jadi kuat, jika bersatu di bawah parti keris telanjang bersilang.

Fuuhhh.... hebat sungguh propaganda mereka. Melayu yang berotak bongsai, pasti termakan dengan propaganda murahan dan lapuk mereka itu. Alhmdulillah, ramai Melayu telah bercambah minda mereka. Tak bongsai lagi, ya... Minda mereka telah bercambah dengan subur sekali. Mereka dah tak makan propaganda lapuk UMporNO serta barua dan pencacai mereka.

Melayu sebenarnya tak berpecah. Mereka meninggalkanUMporNO untuk bersatu di bawah PAS dan PKR. Melayu hanya beralih tapak jer, dan tapak itu tetap Melayu. Bersatunya Melayu di bawah PAS dan PKR mengerunkan UMporNO. Uuuuu.... kecut perut mereka!! Well.... mengapa Melayu meninggalkan UMporNO??

Semua sedia maklum yang hakikatnya UmporNO telah GAGAL mempertahankan Melayu selama hampir 54 tahun mereka memerintah. Dan... 54 tahun bukanlah masa yang singkat, tetapi satu tempoh masa yang sangat LAMA. Dalam tempoh masa itu, yang senang dan lenang ialah Melayu elit dalam kalangan UMporNO. Melayu terbanyak... apa pun tarak!!

Lebih kesiannyer, ada dalam kalangan akar umbi UmporNO yang terpaksa terhegeh-hegeh meminta belas ehsan daripada para pemimpin UMporNO untuk mendapatkan rezeki daripada pelbagai projek kecil-kecilan yang ditaburkan oleh kerajaan. Nak projek... jilat UMporNo dan para pemimpinnyer.

Tak jilat para pemimpin UmporNO, tak dapat projek. Ha... ha... ha... Ini lah jenis Melayu tempang. Terus-terusan bergantung kepada 'tongkat' UMporNo untuk mendapatkan rezeki dan habuan. Inilah Melayu hasil keluaran UMporNO dan mereka suka Melayu jenis ini....., Melayu tempang yang mengharapkan 'tongkat' daripada mereka. Melayu peminta sedekah!! Keadaan ini, membuatkan para pemimpin UMporNO rasa macam 'Tuhan'. Waaahh.... very powerful maa..

Bagi Melayu yang ada harga diri dan maruah, mereka akan kata... "Poooraahhh UMporNO!!"
Setelah 54 tahun UMporNO menerajui kuasa politik di Malaysia, mereka sudah kenal siapa UMporNO dan para pemimpinnya. Apa melayu dapat?? Melayu kena jual. Melayu kena tipu. Melayu diperbodoh. Melayu dizalimi. Melayu dikhianati. Melayu...... Hisy, macam-macam lagi ler pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu!!

Aha... Melayu yang kini menolak UMporNO ialah mereka yang sudah bercambah mindanya. Mereka lebih terbuka dan lebih menerima realiti Malaysia hari ini. Politik Malaysia bukan lagi berkisar pada bangsa Melayu semata-mata. Banyak kebinasaan yang telah UMporNO lakukan ke atas negara yang perlu kita perbaiki. Ini ialah tanggungjawab semua rakyat Malaysia, tak kira Melayu atau pun bukan-Melayu, sebab.... Malaysia bukan lagi hak mutlak Melayu semata-mata. Weh... bukan- Melayu juga mempunyai hak sebagai warganegara.

Bertitik tolak daripada hakikat inilah maka, sentimen Melayu, yang sering dimainkan oleh UMporNO dan dibantu oleh para pencacainya, sudah tidak laku lagi. Melayu terbanyak sudah lali dan tak percayakan mereka lagi. Melayu tidak boleh diperbodohkan lagi... Yaahooo!! Melayu sudah bangkit menolak UMporNO@BN!!

Lantas, puak-puak lahanat ini terpaksa mencari isu lain untuk memperdaya dan menakut-nakutkan bangsa Melayu. Oleh sebab, isu Melayu dah tak laku, kini mereka cuba pulak dengan isu yang lebih daring dan bahaya iaitu isu agama. Aha, kali ini ia dimainkan oleh Pembela dan yang seangkatan dengannyer.

Sebagai intro, Pembela mewar-warkan firasat mereka iaitu kononnya agama Islam di Malaysia mula terancam. And then, melotop pulak isu ini di dalam Utusan Meloya, kononnyer, agama Kristian akan menggantikan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Fullammakk....!! Tak ke meroyan mereka. Kononnyer... itu ialah perancangan DAP. Gilerr komer. Gilerr... Demer udah gilerrr!! Orang gilerr... bahaya!!

Itulah fitnah terbaru, sebaran Utusan Meloya. Front page beb!! Sapa percaya dan terpedaya dengan fitnah bangang ini, memang sah, mereka bangang!! Ini semua ialah helah dan fitnah untuk menakut-nakutkan bangsa Melayu-Islam. Semuanyer ini, untuk beri gambaran buruk bangsa Melayu terhadap DAP dan juga PAS serta PKR. Kononnyer, DAP jahat. Kononnyer, PAS dan DAP ini pak turut atau kuda tunggangan DAP. Kononnyer, bangsa Melayu tak boleh rely kepada PAS dan PKR untuk mempertahankan agama Islam. Adey... pirraahh!!

Masuk akai ke?? Ha.. ha... ha.... DAP sudah jadi lebih superior daripada PAS dan PKR?? Dalam Pakatan Rakyat, tak der sapa-sapa yang superior. Semua adalah sama. Kita satu pasukan yang mempunyai satu matlamat.... sungkur dan kuburkan UMporNO@BN dan selamatkan Malaysia daripada terus lingkup di tangan mereka.

Toksah percaya ler.... Itu semua propaganda dan fitnah jahat Utusan Meloya untuk menyelamatkan 'tuan' mereka yang sudah nazak daripada masuk lubang kubor. Jom kita bersatu di bawah Pakatan Rakyat dan pakat-pakat kita humbankan UMporNO@BN ke dalam kubor. Setel semua masalah...

Bare in mind, what our Tok Guru Nik Aziz said...

Malaysia akan lebih aman dan selamat, tanpa UMporNO@BN. Full stop.

[Sumber: sini, sini, sini dan sini]

Dia rimeh la..

Posted: 06 May 2011 09:00 PM PDT


Eh.. eh... Ya lah. Lebar sungguh....
Hisy.... rimeh dia kalau buat tudung!!
Kalau buat selimut ketika kesejukan, best kan??

Alahai, kesian dia..

[sumber]

Lanun sudah mengorak langkah

Posted: 06 May 2011 06:52 PM PDT


Dulu kita berjaya rampas Perak!! Sekarang kita rampas Selangor pulak!!

Fullamakk....!! Bersemangat nyer bapak gerombolan lanun ni. Siap kasik motivasi lagi pada para pemimpin UMporNO Selangor agar semangat derang 'up' semula untuk menghadapi PRU 13. Kesian... rupa-rupanyer selama ini semangat derang 'down'. Alahai... 'down' dalam diam, ekkk??? Jadi... yang nampak ranggi semacam jer tu... berlakon ler, ekkk??

Nampak gayanye, lanun-lanun ini tak der choice dah, selain terpaksa rampas semula Selangor melalui saluran demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Kita dengor apa dia kata tentang demokrasi ni.... dan bla-bla-bla...yang lain nyer.

Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.

"Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.

"Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan."

Weh... weh... weh.... Dia nak UMporNO terus hidup melalui sistem demokrasi terbuka. Eh... demokrasi di Malaysia terbuka ke?? Usah nak labun ler.... Tak mane terbuka nyer. Semua dikonkong dalam acuan. Acuan buatan UMporNO. Demokrasi derang namanyer demokrasi taik kucing!!

Semua badan yang sepatutnyer bebas dan terbuka telah dicengkam dan dicekik dengan kuku besi mereka. Demokrasi di Malaysia udah kelemasan.... duduk dalam acuan di bawah ketiak UMporNO. Busyuuukkk!! Polis disumbat bawah ketiak.... SPRM disepit bawah ketiak.... SPR terjerut dengan bulu ketiak.... JPN layu dicelah ketiak... Imigresen pun lalok di bawah ketiak... Semuanyer dah tak berfungsi seperti yang sepatutnyer macam di negara demokrasi yang terbuka dan bebas. Semuanyer layu...kaku dan lalok kena candu ketiak UMporNO.

Lepas tu, dia kata.... politik satu bentuk 'game' atau permainan. Kalau nak bermain secara adil, demokrasi must be alive. Baruler pertandingan jadi rancak dan fair. Di Malaysia... demokrasi sudah hampir mati dikerjakan UMporNO. Tinggal nyawa-nyawa ikan jer.... Pengadil dalam permainan pulak, dah kena candu ketiak UMporNo, macam mana permainan nak adil??

Sebab tu... UMporNO bermain secara robust dan banyak menipu kerana tak der siapa nak penalize mereka. Bermahrajalela ler mereka dalam padang permainan. Padang yang disediakan pulak tu, tak rata. 'Game' yang UMporNO ambil bahagian, pasti tak adil dan berat sebelah. Jadi..., poooraahh!! Jangan nak cakap pasal demokrasi terbukaler!! Hipokrit semuanyer....

And then.... siap phycho orang Melayu agar bersatu. Dia cuba mewujudkan satu persepsi kononnyer, kalau Melayu tak bersatu, maka 'habis' lah Melayu. Kalau Melayu nak terus jadi 'TUAN' maka Melayu mesti bersatu. Ha... ha.. ha... Bersatu di bawah UMporNO. Melayu mesti bersayu di bawah UMporNO supaya Melayu boleh terus tipu Melayu!! Melayu mahu kencing Melayu!!!

Baca lagi apa dia kata....

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Oooo.... apa saja senjata, ekk?? Dasar lanun!!

Ingat negeri Perak?? Suatu masa, tak lama dulu.... negeri Perak telah dirampas oleh lanun. Ingat siapa kepala lanun tu?? Ha... ha... ha... Najib Razak!! Ingat 'senjata' yang dia gunakan?? Hebat dan lahanat sungguh senjata tu, kan??

Sekarang... dia nak rampas Selangor pulak dengan menggunakan apa juga senjata. Ooo.... bahaya tu. Don't play-play with this orang gila kuasa. Dia ada banyak senjata. Parlimen, PDRM... SPRM... Jabatan Peguam Negara dan senjata paling berkesan untuk dia menang 'game' di Selangor ialah SPR dan JPN.

Strategi mereka ialah..... ubah sana ubah sini, pindah sana, pindah sini, beri IC sana beri IC sini, hantar hantu sini hantar hantu sini, tukar sana tukar sini, fitnah sana fitnah sini, tangkap sana tangkap sini, kacau sana kacau sini... dan mereka akan cari jalan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, yang menjadi 'Osama ben Laden' kepada Najib dan UMporNO.

Dengan apa cara dan senjata sekali pun mereka akan cuba merampas Selangor. Ingat tu rakyat, khususnyer rakyat Selangor. Sebab tu, rakyat kena istiqamah untuk terus menolak lanun-lanun jahat ini. Mereka hanya mahu rampas Selangor agar mereka boleh terus merompak harta dan wang rakyat. Ingat dulu-dulu... macam mana puak-puak lanun ni mengkhianati rakyat Selangor?? Mereka hidup kaya-raya tetapi rakyat dizalimi dan kebajikan mereka diabaikan. Katakan TIDAK kepada lanun-lanun ini.

Once bitten twice shy... Buktikan kepada lanun-lanun ini, bahawa 'senjata' mereka tidak lut apabila berhadapan dengan kuasa 'magic' rakyat. Kuasa rakyat ialah kuasa keramat. Oleh itu.... rakyat mesti bersatu. Ya.... rakyat Melayu... rakyat Cina... rakyat India... serta yang lainnyer, mesti bersatu di bawah Pakatan Rakyat untuk menampan dan mempertahankan Selangor daripada serangan senjata lanun UMporNO.

Ingat kata-kata Tok Guru Nik Aziz, dunia@Selangor lebih selamat tanpa UMporNO@BN!!

[sumber: sini]

Tiada ulasan: