Isnin, 2 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Terima kasih Pakistan

Posted: 02 May 2011 11:00 AM PDT

Amerika: Osama meninggal, terima kasih Pakistan

Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dibunuh pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat, kata Presiden Barack Obama.

"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.

Menurut Obama, perisikan Amerika tahun lalu mendapat tahu bahawa Osama, yang merancang serangan pada 11 September 2011 berada di Pakistan.

"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.

Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".

"Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.

Bekas Presiden Amerika Syarikat George W Bush meminta Rumah Putih mengucapkan tahuan atas kematian itu, lapor CNN.

Bekas Presiden Bill Clinton pula menggelarkan perkara itu sebagai "sangat penting, bukan untuk keluarga mangsa serangan 11 September dan serangan lain al_qaeda, tetapi untuk seluruh dunia yang mahu bersama-sama membina masa depan yang aman, bebas dan sesuai untuk anak-anak."

Rakyat Amerika kini mula berkumpul depan Rumah Putih sambil mengebarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

Senat negara itu sebelum ini menawarkan hadiah RM50 juta untuk nyawa Osama. Ia direstui oleh Bush sebagai presiden pada masa itu.

- dpa

Anwar tak perlu sumpah... noktah

Posted: 02 May 2011 09:00 AM PDT

Woii Soi Lek, hang tau ka apa yang hang cakap tu... kahkahkah...

Posted: 02 May 2011 08:26 AM PDT

Woii... KDN dok lena ka hapa?

Posted: 02 May 2011 05:00 AM PDT

Gambar Lucah Di Media; Mana Peranan KDN
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Gambar kematian Osama Laden telah di "photoshop"kan?

Posted: 02 May 2011 03:17 AM PDT

Sumber: tranungkite

Akhirnya Hata Wahari di pecat... demokrasi cara Umno...

Posted: 02 May 2011 02:47 AM PDT

Utusan Melayu akhirnya pecat Hata Wahari

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.

Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.

Walaupun dipecat, menurut undang-undang tubuh NUJ, Hata masih kekal merupakan presiden NUJ sehinggalah pemilihan baru yang akan datang.

Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalamMalaysiakini, akhbarThe Sun dan dua lagi portal berita.

Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbarUtusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Negara Islam ka lagu ni...

Posted: 02 May 2011 02:37 AM PDT

Rakyat kebanyakannya kini bingung, mereka dibingungkan dengan secara sengaja oleh kerajaan yang kononnya memerintah sebuah negara Islam... Malaysia the bolehland.

Apa yang berlaku di sekeliling mereka semuanya berpaksi pada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mainan hebat ini di bantu kuat oleh media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebagai hero baru mereka. Pengapit kanannya ialah Datuk Sri Rahim Thamby Chik... kahkahkah... dengar nama ja dah nak termuntah....

Si Eskay diangkat tinggi, dijulang berapi api kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu. Mana ada dalam sejarah, orang bersumpah dengan menuduh. Menuduh sepatutnya bawak 4 saksi matang bukannya pi masjid bersumpah kata Anwar main pompuan.... Dah tu lagi peliknya, bekas Ketua Menteri Melaka tu pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sumpah boleh main wakil wakil dan disokong ulama Umno... kahkahkah...

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

"Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata beliau sebelum ini.

Ke mana hala tuju negara? Jika ini bukan "politik longkang" yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Mampuih Eskay nak berani... kahkahkah...

Posted: 02 May 2011 01:04 AM PDT

Husam Cabar Datuk T Jalani Ujian Poligraf

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio 'Datuk T' menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.

"Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong (mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini.

Selain itu Husam turut mempersoalkan tindakan Datuk Shazrul Eskay Abdullah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung.

"Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu," katanya.

Bagaimanapun katanya, isu video seks berkenaan tidak akan menggugat kedudukan dan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mampu untuk mengubah pendirian rakyat terhadap kredibiliti kepimpinan mereka.

"Cabaran boleh ditukar menjadi peluang jika dihadapi dengan tenang dan masalah ini (isu video seks) boleh digunakan untuk bangkitkan sentimen orang Melayu. Tidak mustahil isu ini juga akan tikam UMNO semula," katanya.

Beliau turut menyifatkan pendedahan video aksi seks itu sebagai politik lucah yang diamalkan parti tertentu untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kejadian yang dirakam dalam video itu berlaku pada malam 21 Februari tetapi pagi keesokannya (22 Februari) Anwar dilihat menghadiri perbicaraan di mahkamah.

"Kemudian rambut individu dalam video itu jauh lebih pendek berbanding rambut Anwar pada 22 Februari. Jika Anwar adalah individu itu, tidak mungkin rambutnya boleh tumbuh panjang dengan begitu pantas dalam masa beberapa jam sahaja.

"Jadi besar kemungkinan bahawa pelakunya merupakan orang berbeza dan ini perlu disiasat dengan lebih terperinci," katanya. -SH

Gambar Osama: Al-Fatihah...

Posted: 02 May 2011 12:51 AM PDT

Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin. Beliau yang juga perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 dilaporkan terbunuh dalam satu serangan yang diketuai AS. Foto AP

Rumah Osama tak da telefon, tak da internet... Amerika pun heran... kahkahkah...

Posted: 02 May 2011 12:00 AM PDT

Rumah Osama temboknya 6m, tiada telefon dan Internet
May 02, 2011

Anggota polis dan tentera Pakistan memeriksa kenderaan di sekatan jalan di Abbottabad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa hari ini susulan operasi AS yang meragut nyawa Osama. — Foto Reuters

ISLAMABAD, 2 Mei — Kawasan rumah besar atau agam di Islamabad, Pakistan iaitu lokasi di mana Osama bin Laden terbunuh mengejutkan pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Laporan BBC menyebut pegawai-pegawai AS terkejut dengan struktur rumah dan begitu kompleks, yang terletak di ibu negara Pakistan.

Rumah yang terletak di Islamabad itu mempunyai tembok setinggi empat hingga enam meter — lapan kali lebih besar berbanding rumah-rumah lain di kawasan Abbottabad.

Nilai rumah itu dianggarkan mencecah "beberapa juta ringgit", tetapi tiada hubungan atau kemudahan telefon dan Internet.

Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan "utusan yang sangat dipercayai" Obama sejak beberapa tahun lalu.

Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.- TMI

Panass... !!! Sumpah laknat lagi...

Posted: 01 May 2011 11:48 PM PDT

TER NOW !!!

LEBAI OBAMA BERSUMPAH LAKNAT


DARI FACEBOOK ZUNAR

TERKINI: Presiden Obama dijangka akan lakukan 'Sumpah Laknat' di sebuah masjid di Washington bagi bukti dakwaan tentang kematian Osama Ben Laden!
Obama akan diiringi Ketua Pengarah Jawi, FRU, Perkasa dan Jaket Kalis Peluru

Bro TT

Umno ni memang perangai lagu tu kat memana pun... bukan takat Kedah jaa...

Posted: 01 May 2011 10:00 PM PDT

PAS akan kekal memerintah Kedah
Oleh Mummy Rokiah

MR berpeluang mengikuti Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan di Alor Setar pada 30 April 2011 yang dihadiri Che Det.

Walaupun terpaksa berjalan kaki kerana sukar mendapat ruang parking kereta tetapi kerana teruja untuk mendapat bahan berita dari ucaptama Che Det kejauhan berjalan kaki terasa begitu dekat.

Tersempil dicelah-celah pengunjung MR dapat rasa kehangatan Melayu Kedah dan keseluruhan "feel" di bawah bahawa PAS akan terus memerintah Kedah kerana Melayu Kedah masih tidak bersatu.

Dasar UMNO Kedah yang tidak pernah mengenang jasa bekas pemimpin anak Kedah sendiri jelas terbukti apabila tidak ada langsung kepimpinan tertinggi UMNO Kedah yang hadir dalam majlis Che Det pada hari itu.

Hari ini kita marah pada pengundi Cina yang tidak kenang jasa kerana tidak mengundi BN dalam PRU yang lepas dan pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebaliknya kita sendiri yang tidak mengenang budi pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa pada negara ini.

Mungkin di kalangan pemimpin tertinggi Melayu UMNO Kedah merasa bimbang jika mereka hadir dalam majlis ini kelak mereka tidak akan mendapat undi kaum Cina kerana Perkasa dilabel sebagai rasis.

Inilah UMNO Kedah, di dalam keadaan kapal hendak karam pun masih angkuh, sombong dan berpecah belah sesama sendiri.

http://mummyrokiah.blogspot.com

Dah berapa kali Osama Laden ni mati? Kahkahkah...

Posted: 01 May 2011 09:34 PM PDT

Osama Laden meninggal dunia..!!

Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.

Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

Jangan dok layan la Anwar oiii...

Posted: 01 May 2011 09:03 PM PDT

ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU BERSUMPAH BALAS !!

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut "sumpah balas" dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.

Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.

فخرج صلى الله عليه و سلم حتى أتى منزل أبي بكر فدخل عليها فقال : يا عائشة ان كنت فعلت هذا الامر فقولي لي حتى أستغفر الله لك فقالت : والله لا أستغفر الله منه أبدا، ان كنت قد فعلته فلا غفر الله لي وما أجد مثلي ومثلكم إلا مثل أبي يوسف (يوسف الآية 86 )

Bermaksud :

"Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)"

Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.

Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian
Wallahu 'Alam

Dr. Asri pun dah nampak macam pening laa...

Posted: 01 May 2011 07:07 PM PDT

Apa ni Dr. Asri...
Nak sumpah ka tak payah bersumpah...
Bersumpah memang tiada paksaan, semua orang dah tau...
Tapi pendirian kita sekarang ni camana... nak sumpah ka tak payah bersumpah...
Hang sendiri yang kata tak setuju sangat dengan sumpah jahil dari trio Umno tuh...
Tapi hang juga yang cadangkan Anwar bersumpah ikut si jahil tu ka...

Perlukah kita merendah diri sebegitu rupa menyelongosri dan bergelumang sama dalam politik kotor dan jijik permainan mereka. Tujuan mereka mereka ini hanya lah untuk melambatkan larian kita ke Putra Jaya saja. Mereka akan sedaya upaya menarik diri kita yang dilihat laju ini supaya terhenti henti dengan pelbagai perkara karut marut ini...

Percayalah, sumpah dari Anwar gagal menutup fitnah mereka tapi kita telah menapak kebelakang terikut ikut permainan fitnah mereka....


*********************************



Lagi ahli agama mahu Anwar bersumpah

Seorang lagi tokoh agama Dr Mohd Azri Zainul Abidin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

"Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mndedahkan keaiban orang lain.

"Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut kenyataan penuh bekas mufti Perlis itu:

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

Jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.- Malaysiakini

Apahal pak cik ni berang sangat nih...

Posted: 01 May 2011 04:00 PM PDT

Bapa berang dengan 'keangkuhan' polis


Hafiz Yatim
Keluarga remaja Muhamad Arif Abu Semah yang ditahan bawah Ordinan Darurat sejak Mac 2008 berang tengan layanan polis yang hanya memberikan masa berjumpa hanya tiga minit kepada mereka.

Bukan itu sahaja, polis berpakaian biasa didakwa dengan kasar menarik rakan Arif, Fuqran, 17, daripada bilik apabila bertanyakan tahanan lain tentang keadaan rakannya, tempat ditahan dan sama ada akan dibawa ke mahmamah.

Bapa Arif, Abu Semah Ab Rahim kemudian bertanya kepada polis tentang insiden pada jam 11 pagi di balai polis Rawang.

"Mereka tidak menjawab, sebaliknya menarik kami selepas berjumapa Arif baru tiga minit. Perkara ini amat dikesali sedangkan biasanya saya boleh melawat selamat sejam setengah. Apa salahnya kawan anak saya bertanyakan soalan itu?"

"Adakah kita tidak mempunyai hak untuk tahu ke mana dibawa, dan bila dia akan dibawa ke mahakamah," katanya dalam linangan air mata apabila dihubungi Malaysiakini.

Abu Semah semalam ditemani peguam Edward Saw. Remaja itu didakwa didera menggunakan kayu, wayar dan batang besi yang disebat di kaki.

Arif juga mahukan rawatan perubatan tetapi mendakwa dinafikan pihak berkuasa.

Keluh-kesah Arif itu diketengahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty pada Khamis berkaitan remaja dan pemuda yang ditahan bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969.

4 ahli keluarga Gaddafi terkorban

Posted: 01 May 2011 03:00 PM PDT

RAKAMAN daripada siaran televisyen Libya menunjukkan jenazah mangsa serangan peluru berpandu yang diselimuti dengan bendera negara itu di sebuah hospital di Tripoli semalam.

TRIPOLI – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu jet pejuang tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kelmarin, namun anak bongsu, Saif Al-Arab serta tiga cucunya terkorban selain beberapa orang lagi cedera.

Gaddafi dan isterinya berada di rumah Saif, 29, ketika bangunan tiga tingkat itu menjadi sasaran peluru dari pesawat NATO, demikian menurut jurucakap Libya, Moussa Ibrahim.

Serangan itu dilakukan beberapa jam selepas Gaddafi meminta gencatan senjata dan rundingan diadakan selepas para pemberontak melancarkan penentangan terhadap kepimpinannya sejak 15 Februari lalu.

Bagaimanapun, para pemimpin NATO menolak tawaran itu dengan menyata- kan ia kekurangan kredibi- liti.

Serangan NATO itu dibuat selepas ia mengambil alih penguatkuasaan zon larangan terbang di Libya daripada tentera Barat diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 31 Mac lalu, selepas dipersetujui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada 19 Mac lalu bagi melindungi rakyat negara itu daripada diserang tentera Gaddafi.

Moussa mendakwa yang Gaddafi dan isterinya berada di dalam rumah ketika serangan itu berlaku.

Tiada ulasan: