Addin |
- Ini Dia Bakal Pengganti Osama Bin Laden..
- 'Jenazah' Osama Disemadikan Di Laut
- Kayu Api Ganti Petrol, Yang Ni Najib Mahukan..
- (Video) Komen Ulama UMNO Berkenaan Video Seks
- Perbezaan Antara Mubahalah Dan Sumpah Biasa
- UMNOngok Makin Terdesak, Semua Ceramah Anwar Di Halang
- Betul Ke, Osama Laden Meninggal Dunia?
- Be End Kekurangan Dana, PRU 13 Mungkin Lewat
- Sembang Je Negara Islam...
Ini Dia Bakal Pengganti Osama Bin Laden.. Posted: 02 May 2011 05:00 PM PDT ISLAMABAD - Doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya dalam serangan pasukan Amerika Syarikat di Islamabad, Pakistan. Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej- mesej video. Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan. Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI. Kedua- dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September. Bagaimanapun Osama terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan tentera Amerika Syarikat semalam dan jenazahnya telah diperoleh, kata Presiden Barack Obama. Bagaimanapun tiada sebarang butiran mengenai kedudukan Ayman. Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai "house Negro", istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih. Kemudian dalam kenyataan video pada September 2009, Ayman kembali menyerang Obama dengan menyifatkan kepimpinannya tidak jauh berbeza daripada George W. Bush. Seperti Osama, Ayman dipercayai berlindung di kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan. Rakaman video kedua-dua mereka bersama disiarkan oleh stesen TV Al-Jazeera pada 10 September 2003. Ia menunjukkan kedua-dua mereka berjalan di kawasan pergunungan dan melaungkan jihad dan memuji mereka yang melakukan serangan 11 September. Penganalisis menggambarkan Ayman sebagai ketua pengurusan Al-Qaeda dan mentor rapat Osama. "Ayman seperti otak dan badan bagi Osama," kata peguam Montasser al-Zayat dari Kaherah yang pernah mewakili Ayman. |
'Jenazah' Osama Disemadikan Di Laut Posted: 02 May 2011 07:14 AM PDT Amerika Syarikat (AS) berkata jenazah Osama bin Laden telah disemadikan di laut selepas pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu disahkan terbunuh dalam serangan negara itu di timur laut Pakistan awal pagi ini. Laporan awal menyebut jenazah Osama akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam. Pegawai AS yang enggan namanya didedahkan berkata, amalan itu memerlukan mayat umat Islam dikebumikan dalam 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima jenazahnya adalah sukar. Oleh itu kata pegawai berkenaan, AS membuat keputusan untuk menyemadikannya di laut. Bagaimanapun, pegawai itu enggan menyebut lokasi Osama, 54, disemadikan. Osama disahkan terbunuh bersama empat yang lain termasuk anak lelakinya kira-kira 1.30 pagi tadi (waktu Malaysia).AS mengadakan ujian DNA dan menggunakan teknik pengiktirafan wajah bagi mengenal pasti dirnya secara forml, lapor Reuters. Keputusan ujian DNA dijangka akan diketahui dalam beberapa hari lagi. Menjelang tengah hari tadi (waktu Malaysia) Presiden Barack Obama mengesahkan Obama terbunuh dalam serangan pasukan elit negaranya. Rumah didiami Osama, dipercayai dia tinggal sejak lima hingga enam tahun lalu di Abbottabad, timur laut Pakistan, hanya terletak kira-kira 800 ela (266 meter) dari Akademi Tentera Pakistan. Akademi itu merupakan pusat latihan ketenteraan elit Pakistan, yang menurut laporan bersamaan dengan akademi latihan tentera Britain, Sandhurst. Selain Osama empat orang termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita terbunuh. Siaran TV Al Arabiya melaporkan bahawa isteri Osama dan empat anaknya turut ditahan ketika operasi itu. Operasi mengepung Osama ini berlarutan kira-kira 40 minit. Saksi juga berkata ia menyebabkan suasana panik di kalangan penduduk tempatan. Sasaran operasi itu ialah pekarangan kediaman itu yang di tengah-tengahnya terletak rumah tiga tingkat./Agensi |
Kayu Api Ganti Petrol, Yang Ni Najib Mahukan.. Posted: 02 May 2011 06:00 AM PDT Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api. Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut. Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer. Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland. Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel./MSN |
(Video) Komen Ulama UMNO Berkenaan Video Seks Posted: 02 May 2011 04:19 AM PDT |
Perbezaan Antara Mubahalah Dan Sumpah Biasa Posted: 02 May 2011 02:00 AM PDT PETALING JAYA - Sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bagi membuktikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam klip video seks bukanlah sumpah laknat (mubahalah) kerana ia tidak menepati hukum syarak. Menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mubahalah membawa pengertian berikut: "Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Allah swt melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama." Peristiwa mubahalah disebut dalam Al Quran, ayat 61 Surah Ali Imran, yang bermaksud, "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu. "Kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta." Seorang pakar akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Ilmu Hadis, Abu Syafiq Al-Asy'ary yang menulis di dalam blognya, berkata bahawa sumpah dan mubahalah mempunyai pengertian berbeza. Kebenaran dalam agama Pengertian mubahalah adalah seperti yang disebutkan di atas dan dilakukan pada perselisihan tegar antara pandangan kedua-belah pihak pada perkara berkaitan kebenaran dalam agama. Dalam Surah Al Imran ayat 59 hingga 61, Allah swt berfirman bermaksud: "Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. "Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. "Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu. Kemudian kita memohon kepada Allah serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta." Sumpah disebut sebagai halaf caranya seperti dimulakan kenyataan seseorang itu dengan dia menyebut perkataan Wallahi atau Billahi atau Tallahi (bersumpah dengan nama Allah) dengan maksud apa yang dinyatakan adalah benar (tanpa ada melaknat pihak yang lain). Surah An-Nur ayat 4, sepertimana yang tertera di dalam laman sesawang Jabatan Perdana Menteri menyatakan seperti berikut: Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. Dalam tafsir Ar Rahman, cetakan 1980, menafsirkan ayat yang sama seperti berikut: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka delapan puluh sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. Berdasarkan perlakuan Shazryl yang melafazkan sumpah laknat tanpa membawa empat orang saksi di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu maka beliau boleh dijatuhkan hukuman 'Qazaf' iaitu dengan 80 kali sebatan Sumpah laknat yang dilafazkan oleh Shazyrl bukanlah sumpah mubahalah dan tidak menepati hukum syarak, sebaliknya bersumpah biasa sahaja bagi membuktikan dirinya benar. Jumaat lalu, di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan bahawa Anwar adalah pelaku dalam klip video seks yang ditayangkan kepada pihak media di Carcosa 21 Februari lalu./FMT |
UMNOngok Makin Terdesak, Semua Ceramah Anwar Di Halang Posted: 01 May 2011 10:10 PM PDT JOHOR BAHRU - Polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Kempas malam tadi apabila mengarahkannya memendekkan ucapan. Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter. Anwar sepatutnya berceramah di program terakhir dalam siri lawatannya ke Johor di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, namun akibat halangan polis menyebabkan pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi ke Taman Dahlia. Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk. Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara. "Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap. "Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat). Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa. "Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun. "Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya.Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa. "Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah? "Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar. Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda./KD |
Betul Ke, Osama Laden Meninggal Dunia? Posted: 01 May 2011 08:58 PM PDT (Kemaskini) Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan. Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu./Mk Addin: Bagi pandangan Addin, kita jangan terlalu percaya dengan khbar berita daripada orang-orang kafir, munafik dan fasiq. Tambahan pula, Amerika Syarikat adalah musuh nombor wahid umat Islam. Kemungkinan berita ini dikeluarkan bagi menutup malu setelah sekian lama mencari Osama sampai tidak ketemu hingga ke hari ini. Dulu pun Amerika Syarikat ada buat pengumuman seperti ini. |
Be End Kekurangan Dana, PRU 13 Mungkin Lewat Posted: 01 May 2011 08:00 PM PDT Datuk Seri Najib Razak dijangka melewatkan pilihan raya umum ke-13 sehingga akhir tahun ini atau awal 2012 memandangkan partinya masih "bekerja keras" mencari dana membiayai kempen bagi memikat sokongan Bumiputera dan kaum India dalam usaha memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen. Adalah difahamkan perbendaharaan Umno merosot selepas Barisan Nasional (BN) menghabiskan sekitar RM500 juta ketika menghadapi pilihan raya negeri Sarawak, 16 April lalu. Difahamkan tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah antara beberapa orang yang menyumbang, dengan ada yang mendakwa ia berkaitan dengan usaha konglomerat miliknya menguasai beberapa projek baru. "Umno sedang mencari sumbangan (yang mencukupi) untuk (memastikan) kempen pilihan raya yang berkesan. Sehingga itu, tidak akan ada pilihan raya umum," kata sumber BN. Katanya, aliran tunai yang terlalu kecil ketika pilihan raya umum 2008, dipercayai menyebabkan pekerja-pekerja 'bersikap dingin', menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan empat negeri tambahan dikuasai Pakatan Rakyat (PR). Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pagi tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan video seks yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat. Ketua Pembangkang itu percaya Perdana Menteri akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini. Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri pada awal September. Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin BN berkata, Najib sungguh berhati-hati dalam memanggil pilihan raya dalam waktu terdekat memandangkan beliau mahu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen, yang kini kelihatan mustahil selepas pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan masyarakat Cina masih menjauhi perikatan itu. Semalam, Najib berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri. Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut. "Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata beliau. Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. "BN sedang memberi tumpuan ke atas pengundi Bumiputera dan India sekarang. Pengundi Cina akan menjadi bonus selepas kenyataan beliau semalam," kata seorang lagi sumber BN itu lagi. Sumber BN juga berkata, perikatan itu juga tidak mendapat sokongan memberangsangkan daripada tokoh dan ahli perniagaan Cina, yang biasanya memberi sumbangan dana ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi. "Mereka tidak memberikan (dana) sebagaimana disumbangkan ketika Dr Mahathir memegang kuasa," katanya lagi. Katanya, projek yang dikurniakan oleh kerajaan adalah kecil dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu Perkasa menekan pentadbiran Najib agar lebih banyak memihak kepada ahli-ahli perniagaan Melayu dan Bumiputera. Antara ahli perniagaan yang menjadi tumpuan ialah Syed Mokhtar, yang menguasai projek-projek besar MRT yang bakal dibina, Pos Malaysia Berhad dan lanjutan tempoh kontrak Bernas selama 10 tahun lagi. Bisnes Melayu yang lain termasuklah kumpulan Naza, Westar dan beberapa konglomerat dikaitkan dengan Umno. Sumber BN juga berkata, Najib juga akan menuggu kerana Bajet 2011, yang diumumkan tahun lalu, tidak begitu mesra 1.2 juta tenaga kerja awam. Kakitangan peringkat bawahan hanya menerima bayaran khas RM500 sedangkan mereka mengharapkan bonus satu bulan. "Beliau akan membentangkan bajet (Belanjawan 2012) pilihan raya yang (akan kelihatan) menark bagi kakitangan awam dan orang ramai," kata sumber lagi. Pemimpin-pemimpin Umno juga berkata sikap pengundi Cina juga dijangka akan melewatkan keputusan Najib mendapatkan mandat baru. "Beliau mahukan mandat sendiri tetapi beliau juga mahu memastikan dua pertiga. Sebarang keputusan kurang daripada apa yang ada sekarang adalah satu kegagalan," kata seorang pemimpin. Beliau menekankan prestasi BN memperoleh 55 daripada 71 kerusi di Sarawak manakala undi popular yang menurun daripada 62.93 peratus pada 2006 sehingga 55.24 peratus. "Undi popular juga satu faktor. Kita perlu bekerja keras untuk mendampingi (pengundi) khususnya kaum Cina," katanya lagi./TMI |
Posted: 01 May 2011 06:00 PM PDT KEPALA BATAS - Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah. "Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut. "Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi. Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar. Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun. "Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat. "Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi./Hrkh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan