shalehudin |
- Video Superman Pakatan Rakyat... kahkahkah...
- Mai baca tazkirah dari Tian Chua... kahkahkah...
- Nak menipu pun nak kena ajar ka? Kahkahkah...
- Perlukan Anwar bersumpah...
- Jib oiii, jangan dok ajar Pas laa...
- Malunya jadi ahli UMNO...
- Tangkap, jangan tak tangkap... kahkahkah...
- Seronok la depa boleh kenen Bob Lokman... haha...
- Utusan cakap 1 Melayu, NST kata 1 Malaysia... kahkahkah...
- Inikah yang dunia cari?
- MCA, run for your life now...
- Gila talak? Kahkahkah...
- Pertama di dunia
Video Superman Pakatan Rakyat... kahkahkah... Posted: 01 May 2011 10:59 AM PDT Bahagian 1: Bahagian 2: Bahagian 3: Bahagian 4: |
Mai baca tazkirah dari Tian Chua... kahkahkah... Posted: 01 May 2011 06:00 AM PDT "Mereka mengadakan sumpah laknat dengan menpermainkan agama. Negara sekarang di bawah Umno mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara 'sumpah-sumpah'. "Walaupun saya bukan Islam, saya tahu itu semua salah. Datuk T sebenarnya tidak tahu agama.Saya tidak tahu agama apa yang dianutinya atau dia bawa agama baru' "Jika semua perkara yang dilakukan boleh diselesai dengan cara bersumpah, bermakna negara kita tiak perlu peguam, hakim kerana dengan bersumpah kita sudah bebas, jimat masa pula," Tian Chua |
Nak menipu pun nak kena ajar ka? Kahkahkah... Posted: 01 May 2011 05:00 AM PDT "Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya," Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
Posted: 01 May 2011 02:00 AM PDT Ceewaahhh... macam best jaa tengok... haha... (photo dari biaqpila) Perlukah Anwar bersumpah? Kita perlu ingat, Anwar bukan dituduh kerana tiada bukti nyata termasuk empat saksi yang dibawa si penuduh tapi Anwar kini sebenarnya telah difitnah. Ini jelas dengan bahan yang dipertontonkan pada rakyat amat jelas kecacatannya. Takkan Anwar sebodoh itu nak buat projek pi ajak dan bawak malaon siam tuh... Takkan rakyat yang majoriti cerdik dan berakal nak percaya kot, memang bangang punya jalan cerita tuh... Lihat saja komplot yang dimainkan dengan jelas depan mata kita, si penayang video seks boleh pulak dikawal ketat oleh pihak polis Malaysia untuk buat sumpah. Tak cukup dengan kawalan saja, malah diberi pulak jaket kalis peluru lagi mungkin takut disambar petir. Tapi kalau ceramah Anwar, polis telah dikerah untuk menghalangnya... siap ngan terlupa nak sembahyang asar dan maghrib punya buat roadblock. Kononnya Anwar menggugat ketenteraman awam. Tapi trio Umno ni dilayan dengan kawalan rapi padahal mereka mereka ini adalah penayang video lucah dan masih dalam siasatan polis Malaysia. Mahkamah mana pulak yang beri perintah untuk mangkuk mangkuk ini buat sumpah? Rasanya, biarkan saja si trio Umno tu yang jahil dan tak ikut syariat Islam, tak payah la kita mendesak Anwar pun sama sama melayan jahil dan bangang mereka dengan bersumpah yang entah apa apa. Bangang tak bangangnya si trio Umno ni ialah, sekiranya mereka benar benar jujur untuk membenteras maksiat terutama sekali yang berkait rapat dengan Anwar... kenapa tidak dipanggil saja pegawai jabatan agama dan cekup Anwar masa tengah dok projek tuh... tak perlu susah susah cari jam ngan warranty cardnya sekali kan? Tok sah dok layan puak puak bangang ni sangat... |
Jib oiii, jangan dok ajar Pas laa... Posted: 01 May 2011 12:38 AM PDT Padan ngan muka Najib, tak pepasal kena debik ngan orang orang Pas... kahkahkah... .hang tu sapa Najib oii, yang nak mengajar Pas cara berpolitik dalam Islam.... Najib oiii... Bukan nak bangga diri la, tapi hang cermin diri hang tu dulu.... kahkahkah... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi Melayu Islam Kelantan pun tak terbela... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi slogan ketuanan Melayu yang hangpa junjung... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi 1Melayu dan 1Bumi yang hangpa agung agungkan... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi hang tak boleh buat apa tentang fitnah yang berleluasa... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi rakyat tak terbela dengan keadilan Islam... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi tangan hang kotor dengan rasuah... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi tangan hang kotor membela orang orang fasiq... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi tangan hang dayus menegakkan kebenaran... Jangan mengajar Pas politik Islam selagi tangan hang dayus menegakkan keadilan... Lebih baik hang tu yang ramai ramai tinggalkan Umno menyertai PAS... kahkahkah... |
Posted: 30 Apr 2011 09:12 PM PDT Naik termuntah aku bila politik Malaysia dicemari oleh puak yang jahil agama tapi dalam masa yang sama mengaku memperjuangkan Islam. Tu pun jangan, lambat siang mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam tapi perangai macam haram.... Aku pun tak tau dan masih tak faham dimana letaknya Islam di Malaysia the bolehland nih... Islam telah dicemari dan dihina sewenang wenangnya oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab serta jahil pengetahuan Islam mereka malah ada yang faham Islam tapi bersekongkol dengan mereka yang tak pernah nak tahu pun sebelum ini tentang Islam. Saiful Bukhari yang mendakwa dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dulu berlagak bagai Ustaz terbaik Umno lalu melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dia bercakap benar. Memohon laknat Allah sekiranya dia berbohong bahawa Anwar telah meliwatnya. Tanpa segan silu, tanpa didahului oleh ulama ulama agama, ustaz Umno ini telah meletakkan sumpah sebagai bahan gurauan. Bukan itu saja malah pada 29 April 2011 lalu, negara dikejutkan lagi dengan sumpah laknat dari Trio Umno terdiri daripada Rahim Tamby Chik, Eskay dan Shuib Lazim yang mendakwa Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur cina walaupun selepas itu Polis mengatakan sebagai pelajar kolej berbangsa cina. Mereka telah kantoi dengan kelakuan bodoh mereka dengan menyangkan video lucah pada para wartawan dan mendakwa Anwar sebagai si pelakunya. Untuk membuktikan rakaman video tersebut sahih dan benar maka Trio Umno itu mengadakan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul. Apa perlunya ada sumpah laknat? Walhal semua sedia maklum dalam Islam untuk mendakwa seseorang berzina perlu ada 4 saksi sekiranya tidak ada saksi maka pendakwaan tidak boleh dijalankan. Kita sebagai umat Islam berdoa setiap masa memohon dari Allah supaya dielakkan dari bala bencana, tapi apa yang berlaku sekarang ini si Saiful dan Trio Umno pulak yang memohon bala dari Allah.... banyak sangat yang tak kenanya. Dah habiskah alim ulama dalam Umno sampaikan tak sepatah pun nasihat yang boleh diberi pada mangkuk mangkuk hayun tersebut? Kalau tak faham agama cubalah tanya atau rujuk pada pakar agama sebelum nak buat sesuatu perkara. Barulah nampak kita ni berilmu dan berakal, bukan main hentam jaa. Adakah menteri menteri yang ada di negara ini tidak faham Islam? Membazir la undi undi orang Islam yang bagi undi kat calon yang tak faham Islam memerintah negara. Kerana aku percaya bukan aku saja yang bingung dan marah malahan jutaan rakyat Malaysia ketika ini sedang kecewa dan merana dengan apa yang berlaku sekarang ini. Malu yang teramat sangat kita pada bangsa dan agama agama lain yang gelak guling guling melihat telatah bodoh dan bangang Umno. Lebih lebih memalukan lagi sekiranya kita sebagai ahli dan pendokong tegar parti Umno yang disokong kuat oleh APCO ini... |
Tangkap, jangan tak tangkap... kahkahkah... Posted: 30 Apr 2011 08:44 PM PDT Demo hari buruh, tangkapan bermula Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini. Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.- Malaysiakini TERKINI TERNOW !!! 500 HADIR para penyonkong kaumn buruh kini telah sampai ke maju junction dalam perjalan mereka ke dataran merdeka mereka sedang di gempur oleh gerombolan polis! TANGKAPAN DI CHOW KIT berita baru masuk 12 anak muda yantg datang untuk merayakan hari buruh telah di tahan di sekitar jalan chow kit. hingga ini belum di ketahui apa kesalahan mereka |
Seronok la depa boleh kenen Bob Lokman... haha... Posted: 30 Apr 2011 07:30 PM PDT 'Bob usah hipokrit, riak' Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad KUALA LUMPUR: "Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik. Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini. "Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini. "Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri. "Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.- HM |
Utusan cakap 1 Melayu, NST kata 1 Malaysia... kahkahkah... Posted: 30 Apr 2011 07:20 PM PDT Anwar mungkin ada perkiraannya sendiri dan bukan semata mata berdasarkan pada air dalam mangkuk pabila menyatakan ramalannya bahawa pilihanraya umum bakal diadakan oleh kerajaan Najib dalam waktu terdekat. Ini tentu sekali berpaksi pada pendirian Melayu ultra Melayu yang makin ketara diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini iaitu sebelum puasa dan jika tidak, sejurus selepas bulan puasa. Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September. Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013. Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh "Datuk T" yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri. Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh. |
Posted: 30 Apr 2011 06:18 PM PDT Krisis Libya: Anak sulung Gaddafi, tiga cucu maut diserang NATO Kerosakan rumah anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Arab, yang menurut kerajaan Libya disebabkan oleh serangan NATO semalam. — Foto Reuters TRIPOLI, 1 Mei — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO, tetapi serangan dilancarkan semalam itu telah meragut nyawa anak sulung dan tiga cucunya selain turut mencederakan sejumlah rakan dan saudara-maranya. Muammar dan isterinya berada di rumah anak mereka Saif al-Arab Gaddafi, 29, ketika premis itu menjadi sasaran satu peluru berpandu NATO, demikian menurut jurucakap Libya Moussa Ibrahim. Saif al-Arab, anak keenam Muammar pernah belajar di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya, kata Moussa. Pegawai-pegawai Libya membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit. Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah. Moussa berkata vila itu diserang dengan hentaman yang kuat, dirujuk kepada peluru berpandu. "Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini," kata jurucakap itu. "Pemimpin kami (Muammar) berada dalam keadaan sihat," kata Moussa. "Beliau tidak cedera. Isterinya juga berada dalam keadaan sihat," katanya dipetik laporan media asing. Dalam laporan disiarkan msnbc hari ini, Moussa berkata, Saif al-Arab "sedang bermain dan bercakap dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila dia diserang bagi kesalahan yang dia tidak lakukan. Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Robert Gates memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat NATO tidak menyasarkan Muammar secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan. Muammar ada tujuh anak lelaki dan seorang perempuan. Pemimpin juga mempunyai seorang anak angkat yang terbunuh dalam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas kawasan kediamaannya di Bab al-Aziziya pada 1986. Ibu Saif al-Arab adalah Safiya Farkash iaitu isteri kedua Muammar dan seorang bekas jururawat. Serangan semalam muncul beberapa jam selepas Muammar meminta agar diadakan perundingan dengan kuasa-kuasa NATO bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan. TMI |
Posted: 30 Apr 2011 06:13 PM PDT MCA janji tinggalkan kabinet jika gagal lagi Sekiranya MCA terus hilang sokongan seperti dalam pilihan raya umum 2008, parti itu dengan rela hati akan keluar daripada kabinet dan pemimpinya tidak akan memegang sebarang jawatan di negeri mahupun pusat. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Ayer Keroh, Melaka semalam, lapor MCA Online. Chua menegaskan, sekiranya masih gagal mendapatkan sokongan pengundi, terutamanya daripada msyarakat Cina, atas semangat demokrasi, MCA tidak akan lagi menjadi rakan dalam kerajaan. Menurut Chua, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keputusan pilihan raya 2008 sebagai penanda atas yang memberikan 15 kerusi parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada mereka. "Kita tidak mahu salah faham bahawa kita cuma berjuang untuk mempunyai wakil dalam kerajaan, tetapi sebaliknya mahu jujur berkhidmat kepada rakyat. "Bagaimanapun, kita mesti sedar, kadangkala kita tidak dapat memuatkan kehendak masyarakat Cina 100 peratus," katanya.- Malaysiakini |
Posted: 30 Apr 2011 04:00 PM PDT PAS tak sudi tapi Umno 'gila talak' – Azmin KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kesungguhan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tetapi sentiasa ditolak PAS, umpama 'orang gila talak'. "Umno tak tahu malu, orang tak sudi bernikah, tiap-tiap hari mahu menikah," kata Azmin disambut ketawa dari kira-kira 3,000 orang yang hadir ceramah di Dewan Perdana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Beliau juga menyindir Umno begitu terdesak untuk mengekalkan hingga menggunakan institusi Raja untuk memujuk PAS membentuk kerajaan perpaduan. "Sampaikan, Umno terpaksa menggunakan Yang DiPertuan Agong untuk pujuk PAS," katanya. Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Istana Negara, baru-baru ini. Azmin berkata, Umno kini kehabisan modal untuk menyerang Pakatan Rakyat. "Apabila kita sentuh Felda, Umno kata kita pengkhianat. Apabila kita tolak Khusrin, mereka tuduh kita derhaka," katanya yang yakin institusi istana lebih maklum siapa penderhaka sebenarnya.- KD |
Posted: 30 Apr 2011 03:00 PM PDT AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat. Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga. Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun. "Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun," ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi. Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba'kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa. Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan. Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik. "Tak ada fitnah melampau seperti ini. "Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan," ujar beliau. Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar. Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.- KD |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan