Anak Sungai Derhaka |
- Kata ekonomi meningkat, tapi kenapa sara hidup juga meningkat?
- Bila masa pulak PAS nak sertai BN ni?
- Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?
- Terdesaknya Najib...
- Anwar dianiaya - TG Nik Aziz
- Percayakah anda Datuk T diancam bunuh??
Kata ekonomi meningkat, tapi kenapa sara hidup juga meningkat? Posted: 01 May 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR 1 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab kenapa kos sara hidup rakyat terus melonjak walaupun beliau mendakwa ringgit dikatakan semakin kukuh dan pelaburan asing meningkat enam kali ganda, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang itu mencurigai kenyataan kerajaan bahawa inflasi Malaysia stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu manakala ringgit kukuh kerana asas ekonomi negara yang kukuh. "Jika ini benar kenapa rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan. Ini tidak berlaku, "Jika ekonomi Malaysia begitu berjaya, kenapa inflasi dan kos sara hidup semakin naik. Rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan," kata Guan Eng dalam teks ucapan Sempena Hari Pekerja yang diedar kepada media hari ini. Guan Eng turut mempersoalkan ke mana kerajaan menyalurkan wang hasil daripada pelaburan asing 2010, yang menurut Najib mencecah RM9 bilion. "Ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara," tambah Guan Eng. Guan Eng menegaskan DAP turut kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa "brain drain" atau penghijrahan golongan bijak pandai ke luar negara bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara, malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009. Menurut beliau sungguhpun ketidakadilan sosial dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN. "Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan negara jiran, bila Malaysia kehilangan dua juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60 peratus adalah berpendidikan rendah," kata beliau. Guan Eng turut menyarankan Malaysia untuk belajar daripada pengalaman Korea Selatan yang Keluaran Kasar Negara (GDP) hanya satu pertiga berbanding Malaysia sebelum 1970 tetapi kini tiga kali ganda jika dibandingkan dengan negara ini, Oleh itu beliau menegaskan Malaysia tidak boleh bergantung pada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih kecil. "Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekanan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia. "Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti," tegas Guan Eng. TVS News |
Bila masa pulak PAS nak sertai BN ni? Posted: 01 May 2011 05:53 AM PDT MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN. Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP. Najib (gambar bawah) berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu. "Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau. "PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong. Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu. Bagaimanapun hari ini Dr Chua menegaskan, MCA tidak akan menghalang Umno dan PAS daripada mengadakan perbincangan antara satu sama lain. "Baik, ia adalah baik bagi perpaduan orang Melayu dan Muslim, tiada masalah jika mahu berbincang. Kita tidak boleh menghalang orang daripada berbincang. "Perdana Menteri dan Umno sangat menyedari tetapi jika mereka mahu bertemu tiada masalah untuk mengadakan pertemuan," kata Dr Chua sambil menambah, dalam negara demokratik, mana-mana pihak boleh mengadakan pertemuan dari dari semasa ke semasa mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama. Pelawaan Najib semalam muncul kira-kira seminggu selepas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melontarkan idea mengenai gerakan "1Melayu, 1Bumi" iaitu kempen untuk menyatukan orang Melayu kononnya bagi mengekang politik perkauman dibawa DAP. Pelawaan Najib itu bagaimanapun ditolak oleh pemimpin-pemimpin PAS. Membalas kenyataan Najib itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan. Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, antaranya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib. The Malaysian Insider |
Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat? Posted: 30 Apr 2011 10:02 PM PDT Sebelum itu, sedikit untuk dikongsi bersama.. Semalam ketika mempengerusikan mesyuarat Cabang DS Wan Azizah ada memaklumkan dalam mesyuarat Cabang PKR Permatang Pauh tersebut bahawa beliau telah ditanya oleh seorang wartawan ketika turut bersama dengan sidang Media yang diadakan oleh AMK Pulau Pinang di Seberang Jaya.. Soalan wartawan tersebut berbunyi " Adakah DS akan membuat Li'an setelah Datuk 'T' membuat sumpah laknat?".. Maka terpinga-pingalah Wan Azizah kerana yang bertanyakan soalan itu jelas tidak tahu apa yang disoalnya, namun begitu masih ada jawapan dari DS Wan Azizah, soalnya kepada wartawan itu kembali "Itu bukan suami saya.. jadi mengapa perlu saya membuat Li'an pula?".. Buat wartawan itu dan juga yang tak faham apa itu Li'an.. Adapun "sumpah laknat" adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li'an atau prosedur Mula'anah-Surah An-Nur 6-10). 1. Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat? Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim. Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. 'Sumpah laknat' mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar. 2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam. Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun "sumpah laknat" adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li'an atau prosedur Mula'anah-Surah An-Nur 6-10). Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya. Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults). 3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr? Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri. Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan 'character assasination' dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – 'destructive zero-sum game' yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini. Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad |
Posted: 30 Apr 2011 09:08 PM PDT Kata Najib "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," Kalau Najib menyeru PAS untuk tinggalkan Pakatan untuk bersama BN kerana DAP tidak memperjuangkan Islam, Parti manakah pula didalam BN yang memperjuangkan Islam? UMNO? MIC? MCA? Gerakan? dan apa sajalah yang ada dalam BN tu.. Biarpun UMNO yang ahlinya 100% Melayu yang berugama Islam, mereka tidak memperjuangkan Islam tetapi mereka cuma menerima apa yang terkandung di dalam ajaran Islam jika ianya memberi keuntungan kepada mereka.. Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini. Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama. "Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama," kata Nik Aziz di sini hari ini. Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN). Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP. Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu. "Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau. "PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong. Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu. |
Posted: 30 Apr 2011 08:52 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin. Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain berniat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai 'tenaga orang Melayu'. Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya, video seks disebarkan itu meragukan apabila raut wajah individu tidak difokuskan dengan jelas. "Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya," katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam. Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak mengulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl. Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku. Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara. Sinar Harian |
Percayakah anda Datuk T diancam bunuh?? Posted: 30 Apr 2011 08:23 PM PDT Ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur Trio 'Three Stooges' kelihatan seperti Chimpanzee kerana telah memakai jaket kalis peluru ini kerana menurut mereka, mereka telah diancam dengan ugutan bunuh dua minggu yang lalu.. Ugutan bunuh itu sebenarnya tidak lebih dari sebuah cerita rekaan oleh 'Three Stooges' itu untuk mensensasikan cerita rekaan mereka.. Apa yang jelas dalam kejadian sumpah laknat itu.. ialah lagi sekali kita telah diperlihatkan betapa pentingnya 'Three Stooges' ini kepada UMNO/BN sehingga mereka diberikan perlindungan oleh pihak polis sehingga memakaikan mereka dengan jaket kalis peluru untuk menjalankan sumpah laknat itu.. Datuk T diancam BANGI – Ugutan bunuh yang diterima dua minggu lalu menyebabkan trio Datuk T terpaksa memakai baju kalis peluru ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, petang kelmarin. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, ugutan itu bukan sahaja membabitkan beliau dan rakan-rakannya, malahan juga keluarga mereka. "Saya sendiri terima ugutan, (Datuk Shazryl) Eskay (Abdullah) pun terima Kami juga sudah buat laporan polis," kata Abdul Rahim. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan di mana laporan itu dibuat, atau bagaimana cara ugutan itu diterima. Namun katanya, apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan semangat mereka untuk membuktikan dakwaan dengan bersumpah laknat di masjid itu, kelmarin. "Ini soal nyawa, itulah sebabnya kami pakai baju kalis peluru," katanya. Mengenai kekecohan semasa sumpah laknat, Abdul Rahim menyifatkannya sebagai tindakan terdesak penyokong PKR untuk menghalang sumpah itu disempurnakan. "Keadaan seperti itu tidak harus berlaku jika mereka gunakan akal fikiran, bukan taksub kepada pemimpin hingga sanggup membelakangkan kebenaran," katanya. Abdul Rahim berkata, beliau dan rakan-rakannya bukan mahu melakukan sesuatu yang salah, bersumpah di dalam masjid. "Ini disebabkan sikap fanatik terhadap pemimpin mereka," katanya selepas menyampaikan ucap tama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UMNO Bahagian Serdang semalam. Beliau mewakili dua rakannya turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Masjid Amru Al As kerana memberi keizinan untuk melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat kelmarin. "Terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga keselamatan kami dan minta maaf atas kekecohan yang ternyata mengejutkan dan di luar kawalan kami," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan