Isnin, 23 Mei 2011

SETIAWANGSA@KL

SETIAWANGSA@KL


DARI LIDAH PENGARANG ROKETKINI.COM

Posted: 22 May 2011 06:31 PM PDT

Beberapa blogger rasis serta akhbar Utusan Malaysia menyebarkan fitnah kononnya DAP terlibat dengan usaha (palsu) untuk untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Ada kalangan pihak berkuasa pula tanpa sebarang siasatan menerima bulat-bulat fitnah yang zalim lagi berbahaya itu.

"Utusan mahu meletakkan 1Malaysia di atas api. Ia adalah elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang. Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia?

"Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak….mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan tuduhan liar itu sebagai satu pembohngan yang bahaya kepada negara.

Apa yang cuba dibangkitkan oleh Utusan serta para blogger terbabit dan pihak-pihak tertentu dalam UMNO adalah kemarahan orang Melayu yang mereka rasakan mudah termakan fitnah ciptaan mereka.

Utusan yang menyerang DAP setiap hari, sama ada melalui propaganda berbentuk berita atau rencana, terus mencari jalan untuk menghasut orang Melayu yang merupakan pembaca utama akhbar itu supaya membenci DAP yang berteraskan perjuangan menegakkan keadilan, demokrasi dan hak saksama.

Matlamat Utusan yang disokong oleh kumpulan-kumpulan rasis di negara ini hanya satu sahaja – untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Mereka cuba menimbulkan fitnah supaya para penyokong PAS dan PKR merasa curiga terhadap DAP yang dituduh sebagai rasis.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, DAP menang 12 kerusi bersama PKR yang mendapat tiga kerusi melalui undi popular yang mendadak naik di kalangan kaum Bumiputera Sarawak.

Selain itu, wakil-wakil rakyat DAP termasuk di Pulau Pinang semakin mesra dan diterima baik kalangan orang Melayu dan Islam yang membuat kumpulan-kumpulan rasis pro-UMNO bimbang dengan masa depan politik perkauman mereka.

Hanya dengan menuduh DAP rasis dan pro-kaum Cina menjadi senjata utama mereka kerana kebanyakan kumpukan itu masih bergantung kepada media arus perdana yang dimiliki UMNO untuk mneyebarkan fitnah sebagaimana yang biasa dilakukan pada zaman pra-internet.

Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri seolah-olah merestui fitnah demi fitnah yang dilontarkan kerana beliau sendiri sudah terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN yang semakin ditolak oleh rakyat.

Namun, walau dihambur fitnah, Pakatan Rakyat tidak mudah goyang. Para sahabat DAP tetap yakin dengan komitmen parti itu yang terang-terang menyokong penuh Perlembagaan Persekutuan 1957.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya melalui facebook menyatakan:

"Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara. Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?"

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menolak fitnah berkenaan dengan menjelaskan bahawa tuduhan (Utusan) yang bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah satu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh para pemimpin Pakatan sebelum ini, kesemua parti komponennya berpegang teguh kepada usaha mempertahankan Perlembagaan Merdeka.

Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS tetap bersama rakan-rakannya dalam Pakatan untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sentosa.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyatakan bahawa Utusan sekali lagi bertindak melampui batas kerana terus menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan.

Dalam kenyataan blognya, beliau berkata: "Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid UMNO' sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini."

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang juga Exco Kanan Selangor amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

"Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

"Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger pro-Umno yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian," katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: