Isnin, 23 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


PAS BO LAYAN,UMNO GODA DAP PULAK?

Posted: 23 May 2011 08:00 AM PDT

UMNO pujuk DAP sertai Barisan Nasional - Utusan Malaysia

SEBELUM ini Najib Tun Razak secara terang terangan mengajak Parti Islam se-Malaysia, PAS untuk menyertai Barisan Nasional di dalam situasi Barisan Nasional semakin ditolak oleh rakyat. Tujuannya jelas untuk mengukuhkan Barisan Nasional sekaligus mengukuhkan kuasanya sebagai Perdana menteri.

Apabila usaha mengajak PAS menyertai Barisan Nasional dilihat gagal, kini UMNO cuba pula mengajak DAP yang kononnya dikatakan parti chauvinis, kominis, rasis dan sebagainya. Akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia secara jelas cuba memujuk DAP menyertai Barisan Nasional melalui sebuah artikel bertajuk "Mustahil DAP menjadi Barisan Nasional?".



Sekarang para pembaca boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ahli politik Barisan Nasional terutama UMNO sebenarnya hanya mempolitikkan isu untuk terus kekal memerintah negara ini. Di dalam media-media arus perdana, mereka kata macam-macam kepada PAS dan DAP. Tapi tiba-tiba boleh pula mengajak PAS dan DAP untuk menyertai Barisan Nasional.

Anda lihat sendiri, betapa sebenarnya dakwaan mereka yang mengatakan bahawa DAP komunis, rasis, meminggirkan Melayu jelas sekali hanya mainan politik. Jika benar DAP rasis, komunis, dan meminggirkan Melayu, buat apa BN terhegeh-hegeh mengajak DAP masuk Barisan Nasional?

Barisan Nasional tidak pernah peduli semua itu, apa yang mereka tahu ialah, bagaimana untuk mengekalkan kuasa? Bagaimana cara untuk Najib terus kekal menjadi Perdana Menteri? Tidak lama lagi, jangan pelik bila Barisan Nasional mengajak Anwar Ibrahim pula menyertai UMNO kah kah kah.

ReJaM© "Inilah wajah UMNO dan Barisan Nasional, kalau korang tak sedar lagi tak taulah..."
-milosuam

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video seks: Tiada laluan mudah untuk Najib, kata Anwar

Posted: 23 May 2011 05:00 AM PDT

Oleh Salhan K Ahmad

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu.

Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.



Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.

Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.

Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu.

Anwar juga berkata, teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya, namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya.

Anwar sekadar berkata, polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan beliau sebagai individu berkenaan.

Selain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.

Eskay disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan, pada 1998, telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan.

Ikuti petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar:

BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan.

Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan.

Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan.

Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat.

Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya?

Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya.

(Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata 'pandi kutty', yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk.

Saya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya 'kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,' itu ofensif.

Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas... Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah.

Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini.

Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri?

Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan?

Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu).

Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan 'saya akan tayang satu filem' tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini.

Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri?

Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu.

Apa risikonya?

Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya.

Sumber:Malaysiakini



DD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DILEMA PEMANDU BAS EKSPRESS DI MALAYSIA

Posted: 23 May 2011 03:00 AM PDT





by Imran Hilmy on 23 May, 2011


10.10.10 tarikh tragedi yang meningatkan kita tentang kemalangan ngeri yg berlaku di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Empat, Melaka. Dalam kejadian yang membabitkan dua bas ekspress,sebuah van dan tiga buah kereta itu, telah mengakibatkan 12 nyawa terkorban dan 40 orang yang lain cedera dan dimasukkan ke hospital.


Tragedi berdarah ini telah meninggalkan satu titik hitam kepada sejarah negara dan dari situ kita dapat lihat dan dengar dari banyak pihak, menuding jari sesama sendiri ,bertegang leher dan bertekak lidah siapa yang harus dipersalahkan. Antara pihak yang selalu menjadi mangsa keadaan adalah pemandu bas ekspress itu sendiri. Sejak dari dulu lagi jika ada kemalangan-kemalangan ngeri yang melibatkan bas ekspress pihak yang pasti antara yang terawal dikambing hitamkan adalah pemandu bas.


Tidak dapat dinafikan faktor manusia adalah antara sebab utama kemalangan kemalangan ngeri yang melibatkan bas-bas ekspress di negara kita ini.Tetapi sedarkah kita bukan golongan pemandu sahaja yang harus dipersalahkan dalam hal ini.


Baru-baru ini Komunitikini berkesempatan menemubual seorang pemandu bas ekspress di Pulau Pinang. Beliau yang tidak ingin diketahui identitinya itu berkata manipulasi majikan terhadap pemandu-pemandu bas ekspress di negara ini amat berleluasa sehinggakan ia menjadi umpama wabak yang tidak dapat dibendung lagi.Beliau yang juga pernah mengalami sendiri ketidakadilan itu meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan nada kesal terhadap layanan yang diterima oleh pemandu-pemandu bas ekspress.



Antara dilema yang dihadapi oleh pemandu-pemandu bas ekspress di Malaysia ini menurut beliau adalah isu kebajikan mereka yang tidak terbela. Hampir keseluruhan pemandu bas ekspress yang memandu di lebuhraya –lebuhraya negara kita pada hari ini tidak mempunyai caruman KWSP ataupun Perkeso.


Pemandu- pemandu bas ini juga tidak mempunyai gaji tetap dan kebanyakan mereka ini mendapat bayaran gaji mengikut jumlah kilometer yang mereka pandu. Bagi setiap 350 hingga 370km pemandu akan dibayar sebanyak RM150 dan jumlah itu harus dikongsi bersama pemandu kedua. Ini menyebabkan ramai pemandu bas ekspress hari ini lebih gemar memandu seorang diri bagi mengelakkan upah mereka dibahagi dua. Bak kata pepatah mereka ini umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ,begitulah dilema yang dihadapi oleh pemandu bas ekpress di negara kita hari ini.


Perjalanan yang tidak menentu juga adalah salah satu punca mengapa pemandu bas ekspress cepat keletihan dan ini boleh menjurus kepada kecelakaan.


Kebajikan pemandu bukan sahaja berkisar kepada gaji yang tidak setimpal dengan pengorbanan mereka malahan ia telah menjangkau dan melibatkan kehidupan sosial mereka baik dari sudut keluarga mahupun masyarakat. Dengan pembahagian cuti yang tidak menentu di antara pemandu- pemandu tidak hairanlah apa yg dialami mereka ini wajar diberi perhatian oleh majikan mereka.



Di samping itu juga hampir keseluruhan pengusaha bas ekspress tidak memperuntukkan insuran berkelompok dan insuran kesihatan kepada pemandu- pemandu mereka. Tidak dapat dinafikan ada juga pengusaha-pengusaha bas ekspress hari ini mempunyai system pengurusan yang bagus dan menitik beratkan kebajikan pekerja-pekerja mereka tetapi apa yang umum tidak ketahui masih ada pengusaha bas ekspress seakan sengaja memanipulasi sistem yang ada bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda.


Dengan ini tidaklah keterlaluan jika kita katakan antara penyumbang kemalangan-kemalangan ngeri yang berlaku di negara ini adalah kerana pincangnya pengurusan syarikat- syarikat bas- bas ekspress yang hanya rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan pekerja-pekerja mereka.


Penyelarasan antara pihak-pihak berkuasa negara juga amatlah penting untuk memastikan system yang ada tidak diperkosa oleh mereka yang hanya mementingkan kuantiti dari kualiti. Keadilan untuk mereka yang bersengkang mata dan bersabung nyawa di lebuhraya adalah amat penting untuk menurukan kadar kemalangan ngeri yang melibatkan bas di negara kita ini.


Kita tidak mahu bila hanya berlaku kemalangan ngeri di lebuhraya barulah kita mahu terngadah mencari resolusi, tetapi resolusi yang kita cari hanya menjadi lauk yang basi tanpa ada apa penyelesaian. Dan bila sekali lagi terjadi tragedi 10.10.10, kita hanya seakan melakonkan semula sandiwara bagi menutup kepincangan sistem yang kita ada.



komunitikini

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Lucah - Hishamuddin "Ambilalih" Kuasa Peguam Negara?

Posted: 23 May 2011 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 22 MEI : Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein dilihat melangkaui bidang kuasanya apabila mendakwa pelaku dalam video lucah Datuk T akan didedahkan di mahkamah.

Pejabat Peguam Negara yang bertanggungjawab ke atas sebarang pendakwaan jenayah, setakat ini belum mengumumkan sama ada kes itu akan dibawa ke mahkamah.

Namun Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno memberitahu Mingguan Malaysia bahawa proses mahkamah akan mendedahkan pelaku dalam video berkenaan.

Malah beliau dilihat cuba "mengarahkan" Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimana untuk memastikan pelaku dalam video itu didedahkan di mahkamah.

Hishamuddin berkata "butir-butir rakaman itu masih tetap perlu dibangkitkan dalam keterangan yang dikemukakan di mahkamah," lapor Mingguan Malaysia.

"Tidak perlu bimbang kerana orang ramai akhirnya akan tahu segala-galanya termasuk siapa pelakunya," kata beliau dipetik lapor akhbar tempatan hari ini.

Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti tersebut atas alasan tiada keperluan berbuat demikian.

Namun juak-juak Umno menabur fitnah kononnya pelaku video itu adalah Anwar. Rakaman itu disebarkan di masjid, pasar malam dan kawasan perumahan selain dimuatnaik di Internet.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkali-kali menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti si pelaku dalam rakaman itu.

Kata Hishammuddin, selain siasatan terhadap pihak yang mendedahkan rakaman itu, siasatan juga dibuat terhadap laporan polis oleh pihak yang mendakwa lelaki dalam video itu bukan dirinya.

"Berbohong dalam laporan polis juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang," ujarnya.

Anwar dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau.

Selain itu Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis TerTinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay. -TVS



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO yang lemah matematik

Posted: 22 May 2011 09:00 PM PDT

Oleh: Sakmongkol AK47

Saya sangat “lemah” dalam matematik bila saya katakan daripada 10 orang, 11 orang tak akan percaya. Saya sendiri hampir percaya tentang kelemahan saya dalam matematik sehinggalah akhbar arus perdana melalak mengenai DAP mahukan Perdana Menteri beragama Kristian dan Kristian patut dijadikan agama rasmi Malaysia.

Saya sedar, lingkaran kuasa boleh menjadikan sesetengah orang lembik. Apa yang sepatutnya saya sedar lebih awal tapi tidak pula tersedar ialah lingkaran kuasa itu juga telah melembikkan otak sesetengah orang.

Kita mempunyai 222 kerusi Parlimen untuk direbut. DAP bertanding 40 kerusi. Kalau mereka menang semua 40 kerusi itu pun, mungkin ahli matematik UMNO boleh jelaskan kepada saya, bagaimana dengan 40 kerusi, DAP atau mana-mana parti mampu membentuk kerajaan? Anda ada 82 kerusi dan itu pun tak cukup untuk bentuk kerajaan.

Bilangan orang Melayu lebih kurang 17-18 juta. Mereka membentuk 60 peratus penduduk negara. Kalau pun DAP dapat sokongan kesemua orang Cina, mampukah 20 peratus mereka mengatasi kumpulan yang jumlahnya melebihi 60 peratus? Mungkin ahli matematik UMNO boleh mencerahkan saya tentang ini.

Kemudian kita ada pelaung hidup Melayu. Kami tak akan benarkan DAP mengambil alih negara. Kalau suka, launglah lagi. Memang tak boleh kita nak hujah emosi dan hal tak logik sebegini.

Tetapi, PAS juga Melayu. Jadi, hidup Melayu boleh juga membawa makna hidup PAS seperti juga ia boleh beri maksud yang sama kepada UMNO. Orang UMNO telah tipu diri sendiri dengan keangkuhan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Helo kawan, kamu tak boleh dapat 1.5 juta ahli UMNO untuk sokong kamu dan calon-calon UMNO pula hanya dapat sekitar 2 juta undi dari jumlah 5.7 juta pengundi pada pilihan raya 2008 lalu.

Jadi Melayu terus hidup, tetapi mereka hidup tanpa perlukan UMNO. Saya harap ramai akan sedar yang setiap Melayu mahu kekal hidup dengan slogan hidup Melayu tetapi Melayu sekarang boleh buat begitu dengan banyak lagi pilihan. Itulah perihalnya demokrasi.


Tolong jelaskan, macam manalah sebuah parti yang bertanding 40 kerusi dan belum tentu menang kesemuanya boleh membentuk kerajaan? Apa lagi untuk memerintah Malaysia seperti PAP memerintah Singapura?

Kristian dan isu-isu lain

Seorang menteri kerajaan bertanya, apa salahnya dengan Perdana Menteri Kristian? Soalan beliau tidak ada salahnya. Tidak ada salahnya jika ada Perdana Menteri Kristian dalam negara majoriti Kristian. Juga tiada salahnya jika Perdana Menteri Kristian diterima walau pun dalam sebuah negara Islam.

Dalam konteks Malaysia, mungkin menteri itu berkata demikian kerana dia beragama Kristian dan jika dia menjadi Perdana Menteri, dia rasa mampu menjaga semua rakyat. Jadi apa salahnya seorang Kristian berfikiran begitu bagi dirinya dan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri?

Yang kedua, dia mungkin berfikir begitu kerana dia tahu cadangan sedemikian tak akan diterima di Malaysia. Melayu-Islam menguasai kerusi parlimen dan jumlah mereka memang banyak di parlimen.

Kecualilah kalau semua ahli parlimen Melayu boleh dibeli dengan harta dan wanita. Atau semua orang Melayu boleh menerima penganut Kristian sebagai Perdana Menteri.

Katakanlah ramai Melayu selesa dengan idea di mana seorang penganut Kristian menjadi Perdana Menteri. Jadi, apa maksudnya ini? Ia menunjukkan bahawa orang Melayu kecewa dengan seorang Melayu yang juga seorang Islam yang menjadi Perdana Menteri. Cuba fikir tentang perkara itu.

Yang ketiga, majoriti penduduk adalah Melayu beragama Islam yang berkemungkinan besar TIDAK akan menyokong cadangan sebegitu.

Jadi apa yang menteri Kristian itu katakan tidak salah kerana dia tahu perkara itu adalah satu angan-angan Mat Jenin.

Tetapi, ada baiknya juga menteri itu berkata demikian kerana ia akan menjadikan orang UMNO haru-biru dan penuh kegilaan.

Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam?

Islam adalah agama rasmi, atau jika tak rasmi pun, ia memang dianggap rasmi. Lagipun, ianya agama rasmi sebab majoriti rakyat Malaysia adalah orang Islam.

Orang Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia. Jumlahnya saja akan menghalang golongan minoriti untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Tetapi mari kita teliti cadangan itu. Tentang agama rasmi, apa maksud mereka? Adakah mereka mahukan Kristian diterima sebagai agama yang dijamin dalam perlembagaan supaya boleh diamalkan oleh sekelompok rakyat Malaysia? Kerana mereka juga tahu, dengan membuat demikian, agama yang dijamin perlembagaan berhak untuk mendapat pembiayaan, sumbangan dan sebagainya.

Malah jika itulah yang mereka maksudkan, ia adalah satu cadangan sah bagi Kristian mengamalkan agama mereka secara sahih di Malaysia. Penganut Kristian mempunyai hak untuk takut bahawa agama mereka itu akan dihapuskan. Mereka mahukan pengiktirafan dan saya rasa itu adalah tuntutan yang tidak ada salahnya. Dalam hal pembiayaan atau sumbangan, saya tak rasa mereka mahukan apa-apa dari kerajaan.

Saya rasa tak masuk akal bahawa majoriti yang tak boleh dijatuhkan dari tampuk kuasa akan menjadi tak keruan tentang laporan tak berasas mengenai jihad salib Kristian ini.

kedahla


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dunia akan terkejut jika pelakon video itu bukan Anwar

Posted: 22 May 2011 06:00 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Tiada apa lagi yang mengejutkan dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Polis atau mungkin pendakwa hanya menunggu masa saja untuk mengumumkan bahawa pelakon video lucah sensasi itu ialah Anwar. Tiada ‘nilai berita’ langsung jika pelakunya Anwar tetapi dunia jadi hairan kalau mereka umumkan pelakonnya bukan Anwar.

Dalam tahun 70an dahulu, pengumuman hari raya puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sangat dinantikan kerana pada malam melihat anak bulan, kebarangkalian untuk raya atau tidak adalah 50-50 kerana ia benar-benar bergantung sama ada anak bulan kelihatan atau tidak. Hari ini, orang tidak peduli lagi pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kerana tarikh berdasarkan hisab yang tercetak ditaqwim tidak pernah silap.

Begitulah tamsilnya, pengumuman bahawa Anwar adalah pelakon video lucah oleh pihak polis atau pendakwa sudah diketahui pada hari Datuk Eskay mendedahkan video tersebut lagi. Adakah dengan membuat pengumuman serupa itu oleh pihak berkuasa maka peratus sokongan terhadap Anwar atau Pakatan Rakyat akan turun mendadak?

Sehingga ke hari ini, selepas 13 tahun Anwar dijatuhkan dari kerajaan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada ia benar-benar berlaku atau konspirasi, maka ia tidak banyak mengubah persepsi rakyat. Jika Anwar boleh dijatuhkan dengan isu moral, maka karier politik Anwar sudah berkubur 13 tahun lalu atau selepas Saiful Bukhari membuat sumpah laknat. Tapi sumpah laknat rupanya meningkat kan jumlah undi KeADILan di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil 2008.

Saya sering diajukan soalan oleh rakan-rakan, “Betulkah orang dalam video itu Anwar?” Bila soalan itu diajukan, ia menggambarkan orang yang bertanya sedang berperang dengan diri sendiri sama ada untuk mengiyakan atau menafikan bahawa orang itu Anwar.

“Kalau betul orang itu Anwar pun tiada apa yang pelik,” saya menjawab.
“Mengapa?” mereka menduga lagi.
“Mengikut rekod dia pernah memasuki UMNO, kemungkaran yang besar bagi orang PAS ialah sertai UMNO, jika masuk UMNO pun dia sanggup takkanlah nak…,” jawapan diberi tidak ikhlas, sekadar untuk melepas geram akibat terklalu kerap diajukan soalan yang sama.

Jawapannya yang sebenarnya ialah; apa juga kekukusan yang berlaku di dalam masyarakat Islam maka Islam mengemukakan penyelesaian terhadapnya. Tuduhan berzina tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa empat saksi yang adil yang menyaksikan secara zahir. Sesiapa yang gatal mulut untuk menuduh juga maka dia boleh dikaitkan dengan perbuatan qazaf iaitu menuduh seseorang berzina melalui lisan atau tulisan tanpa membawa saksi yang disyaratkan mengikut syarie.

Qazaf adalah dosa besar yang jika tidak diampunkan Allah maka pelaku akan dihumban ke neraka. Harus difahami bahawa qazaf beraku kerana kegagalan penuduh membawa saksi, bukan kerana peristiwa zina tidak berlaku.

Andaikata, orang dituduh benar-benar berzina maka orang itu bakal menerima padah yang berat di akhirat, tapi sekurang-kurangnya di atas dunia sempat jugak penzina itu menyedap. Malang bagi pihak yang melakukan qazaf kerana mereka bukan merasa nikmat apa pun di atas dunia hasil menuduh orang berzina tanpa saksi tetapi di akhirat bala sedang menunggu.

“Sebab itulah saya memilih sikap kepimpinan PAS yang mempertahankan bahawa Anwar tidak berzina selagi pihak penuduh tidak mampu membawa 4 saksi yang adil, mengikut apa yang Allah syaratkan dalam Al-Quran,” itu penjelasan saya di mana-mana.

Itulah juga menjadi pandangan segolongan rakyat Malaysia yang faham ajaran Islam berhubung isu Anwar. Mereka tidak sibuk memikirkan jam omega, raut wajah, ujian poligraf dan sumpah laknat yang bukan dari ajaran Islam itu. Ramai ahli dan penyokong PAS berada dalam golongan ini.

Golongan yang kedua ialah golongan yang benar-benar yakin bahawa Anwarlah orangnya pelakon video lucah itu. Justeru Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Maka beliau diserang setiap detik. Golongan kedua ini merasakan mereka adalah pihak yang prihatin dengan dosa pahala, membenci penzinaan serta mempercayai apa juga perbuatan yang dikaitkan dengan nama Allah (sumpah) adalah dari ajaran Islam. Hakikatnya mereka adalah golongan yang ghurur, tertipu kerana kejahilan diri sendiri dalam memahami ajaran Islam. Mereka merasa diri alim, walhal mereka adalah jahil. Ramai yang berada dalam golongan kedua ini, datangnya dari ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Golongan ketiga adalah pihak yang mempercayai Anwar melakukannya atau mungkin juga menganggap tidak penting untuk mengesahkan Anwar melakukannya atau tidak; tetapi menganggap ianya isu peribadi dan tidak perlu dikaitkan dengan soal kepimpinan atau politik. Ramai yang berada dalam golongan ketiga ini adalah terdiri dari masyarakat bukan Islam. “Kami tak marah Anwar mau main sama sapa pun, tapi kami marah minyak naik, gula naik..” itu suara yang mewakili golongan ketiga ini.

Dalam menilai isu Anwar ketiga-tiga kumpulan itu adalah yang terbesar di negara ini. Selain dari gabungan ketiga-tiga kumpulan itu, terdapat segolongan lagi rakyat Malaysia yang sudah terlalu muak dengan isu Anwar. Siang, malam, pagi, petang; buka akhbar tengok tv asyik-asyik isu tersebut yang disuap. Mereka bosan untuk turut memikirkan perkara yang dirasakan tiada kaitan dengan kepentingan hidup mereka. Mereka tidak menyukai tindakan penyokong atau penentang Anwar.

Isu Anwar sudah tidak sekuat tahun 1999 dalam menentukan pola sokongan rakyat. Maka golongan keempatlah sebenarnya yang sepatutnya menjadi kumpulan sasaran untuk dialihkan kecenderungan mereka. Jangan terlalu menumpu isu Anwar. Hidangkan gula, minyak, tol, peningkatan kos hidup, rasuah, penyelewengan, pengkhianatan UMNO terhadap Islam/Melayu dan sebagainya.

Percayalah golongan keempat ini boleh menjadi penentu kuasa politik negara. Bergantung kepada ikhtiar kita untuk mengolahnya.

kedahla

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: