Jumaat, 27 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Kemalangan 4 Bas Ekspress di Ipoh

Posted: 27 May 2011 01:41 AM PDT

 Gambar hiasan
 
IPOH - Lima penumpang bas ekspres cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah lagi bas ekspres dan sebuah kereta di Km 282.5 Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini hari ini.

Ketua Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata kelima-lima penumpang bas berkenaan yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang hanya cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 1.45 pagi tadi apabila bas ekspres terbabit merempuh belakang sebuah bas ekspres di hadapan yang berhenti di lorong kecemasan, katanya.

Polis Terlibat Curi Kereta?

Posted: 26 May 2011 11:40 PM PDT

NONE 
Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.

Lim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian.

"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan," katanya.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.

Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.

Mati Melambung

Posted: 26 May 2011 08:15 PM PDT

Gambar hiasan

JITRA: "Arwah beria-ia mahu makan lempeng ubi kayu yang dicabut di tepi rumah, kelmarin (semalam) sehingga dia sanggup menyagat sendiri dan menikmatinya, tetapi terkejut apabila dimaklumkan dia maut dalam kemalangan," kata Hendon Wahab, 62, isteri kepada Abu Seman Ibrahim, 71, yang maut dalam kemalangan di Pekan Changlun, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta BMW dari arah bertentangan menyebabkannya tercampak sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Hendon dari Kampung Ladang Rakyat, Mukim Laka Temin, di sini, berkata, arwah memberitahu mahu menjelaskan bayaran bil air, tetapi tertinggal bil di rumah menyebabkan dia tidak sedap hati sebelum dimaklumkan berita suaminya maut dalam kemalangan itu.

Menurutnya, sebelum keluar rumah, suaminya sempat memakan lempeng ubi kayu dengan begitu berselera selepas mencabut tanaman itu, kelmarin.

"Saya tak sangka dia (suami) akan pergi dulu kerana malam tadi (kelmarin), arwah sempat bergurau mengatakan selepas ini dia akan tinggal berasingan dan makan pun berasingan dengan keluarga.

"Tak sangka pula dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga, namun saya lega kerana sempat menjamunya makan lempeng ubi kayu kerana dia teringin sangat dan tidak sangka ia petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Hospital Jitra, di sini.

Hendon berkata, banyak perubahan sikap berlaku terhadap arwah sejak beberapa hari lalu tetapi dia menganggap mungkin secara kebetulan, namun tidak menyangka ia membawa petanda ajalnya sudah sampai.

Bagaimanapun, katanya, dia dan anak-anak reda dengan apa yang berlaku kerana Allah SWT lebih menyayangi suaminya.

Arwah yang hanya menjalankan kerja kampung termasuk membela ayam dan menanam sayuran itu meninggalkan isteri dan tiga anak berusia antara 26 hingga 39 tahun.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kayu Hitam selepas solat Asar, petang semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang lelaki berusia 40-an dari arah Bukit Kayu Hitam manakala mangsa dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di Pekan Changlun, mangsa dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan. "Akibatnya, kereta BMW itu terus merempuh motosikal itu menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di but kereta menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu kereta itu kemudian membuat laporan polis," katanya.

Indra Putra Cerai Guna SMS, Tidak Jenguk Anak Di Hospital

Posted: 26 May 2011 07:05 PM PDT


IPOH: "Saya sedih kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan ketika anak bongsu kami dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini kerana paru-parunya dijangkiti kuman," kata Norliaton Murni Zainal Abidin, 31, janda kepada bekas penyerang skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.

Norliaton berkata demikian selepas memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Selain tuntutan nafkah mutaah dan edah, Norliaton turut memfailkan hak penjagaan tiga anak berusia antara lapan tahun dan dua bulan kerana mendakwa Indra Putra, 30, yang kini menjadi penyerang utama pasukan T Team, gagal memberikan nafkah serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Norliaton memfailkan sendiri permohonan itu tanpa diwakili peguam dan hadir ke mahkamah, semalam ditemani bapanya. Sebelum ini, mahkamah sama turut mengesahkan pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2003, sudah bercerai talak satu pada 18 Mei lalu.

Indra Putra didakwa melafazkan cerai menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) ketika Norliaton dalam tempoh berpantang anak ketiga, Alya Nur Zalia yang baru berusia dua bulan pada 27 April lalu.

Norliaton yang juga seorang suri rumah berkata, kali terakhir Indra Putra pulang menjenguk mereka Aidilfitri.

"Sejak itu dia sukar dihubungi sehinggalah saya menerima SMS dia 'melepaskan' saya pada penghujung bulan lalu.

"Saya berharap kami dapat menyelesaikan perkara ini secara baik. Jadi saya minta dia jangan abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan hormatilah kami yang menjadi sebahagian daripada hidupnya," katanya.

Bagaimanapun Indra Putra yang muncul wira T Team dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Kelantan 2-1 sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super malam kelmarin, tidak kelihatan sepanjang prosiding terbabit.

Norliaton berkata biarpun sedih terutama dengan tindakan Indra Putra tidak menjenguk anak-anaknya, dia reda menerima perpisahan itu.

Selain Alya Nur Zalia, Indra Putra turut mempunyai dua anak lelaki, Airul Putra, 8, dan Ady Ilhan Putra, 5, hasil perkongsian hidup mereka selama lapan tahun.

Tiada ulasan: