Anak Sungai Derhaka |
- UMNO pastikan Anwar kembali ke tembok batu
- Parpukari Pengkhianat UMNO.. The Video...
- PAS terlibat edar video lucah ‘Anwar’?
- Bawa lelaki mirip Anwar, dapat Rolls Royce
- Harapkan pagar.. Pagar makan padi..
- Katanya mengutamakan Rakyat... tapi...
- Pelakon Video Lucah telah dipanggil Polis..
- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dituntut mohon maaf..
- Percayakah anda.. Kekal harga barang tiada kaitan dengan Pilihanraya?
| UMNO pastikan Anwar kembali ke tembok batu Posted: 27 May 2011 09:07 AM PDT Berdasar kepada percikan reformasi fasa pertama, orang Melayu beramai-ramai meninggalkan Umno. Ternyata strategik Dr Mahahir silap apabila 'membunuh' karektor utama dengan cara yang sukar diterima resam Melayu. M Faqih, Harakahdaily "APA yang pasti Anwar Ibrahim tidak lagi dibenarkan bebas seperti sekarang. Kes liwat kedua hanya sebagai penyebab semata-mata," ujar satu sumber Umno di Kuala Lumpur.Sebelum ini ramai berhujah Anwar tidak mungkin bebas kalau Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di kerusi lamanya. Buktinya tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, Anwar dibebaskan. Anwar dibebaskan pada September 2004. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada Oktober 2003. Sekarang Pak Lah sudah disingkirkan dan kuasa politik Dr Mahathir mulai mencengkam kembali. Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tidak lama kemudian dihumbang ke penjara atas alasan mengugut penjawat awam. "Alasan yang dimasyhur ketika itu bukannya kesalahan liwat versi pertama seperti diuar-uarkan, sebaliknya mengugut penjawat awam," kata puteri sulung Anwar, Nurul Izzah. Nurul Izzah muncul ikon baru politik di Tanah Malaya. Baru-baru ini ceramahnya di Machang dan Kuala Krai menarik ribuan pendengar. Sebaliknya versi liwat kedua memperlihatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal-awal lagi menyimpulkan Anwar ada prima facie. Mengejutkan apabila Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat rumusan Mohd Saiful Bukhari seorang yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai. Saiful ada hubungan Sedangkan ramai tidak lupa seorang peguam daripada pasukan pendakwa yang mengendali kes liwat II digugurkan kerana dakwaan mempunyai hubungan dengan Saiful. Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan ada hubungan dengan saksi utama pihak pendakwa. Hubungan romantik mereka dibongkarkan blogger, Raja Petra Kamarudin. Ramai juga masih belum lupa adik ipar kepada Saiful menafikan dia melarikan adik saksi utama pendakwa itu ke selatan Thailand. Sebaliknya Faez Khairi, 28 mendakwa adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk berkahwin. Sebelum itu Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah, Faez dan Saidati melarikan diri. Pendedahan mengenai keluarga saksi utama terbabit terbongkar ketika beliau menjawab soalan peguam Karpal Singh. Pada keterangan tersebut Saiful memberitahu ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun. Oleh itu rumusan awal dibuat hakim seperti menyimpang daripada senario yang berlaku. "Biar apa pun saya sering mendengar pemimpin Umno bercakap mengenai Anwar. Setiap kali ada mesyuarat Majlis Tertinggi isu Anwar menjadi fokus," ujar sumber Umno tadi. Maka berdasar kepada fenomena yang berlaku sekarang ledakan reformasi 1998 sekali lagi bakal menarik simpati pengundi Melayu. Fakta Anwar dan kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika itu menyebabkan orang Melayu beralih daripada Umno kepada Barisan Alternatif (BA). Inilah yang dikatakan ramai sarjana budaya baru politik di Malaysia. Prof Dr Loh Kok Wah dari USM mentafsirkan perubahan tersebut sebagai gambaran politik baru mulai dicetus di negara ini. Keberanian orang Melayu turun ke jalan-jalan raya menuntut keadilan untuk Anwar mencetus ledakan perubahan pada pola pengundian pilihanraya umum 1999. Kesannya BA berjaya menawan negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS. Selain itu berjaya menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu di Selangor, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang. Perkembangan reformasi memberi saham berganda buat PAS sehingga berjaya menduduki kerusi di Dun Selangor, Perak dan Pahang. PAS juga mengukuhkan kedudukan di Kedah. PAS ketua pembangkang Tuahnya buat PAS apabila berjaya menghantar seramai 27 wakil rakyat ke Parlimen ketika itu. Walhasilnya bekas Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor buat pertama kali dalam sejarah parti Islam dilantik sebagai ketua pembangkang. Berdasar kepada percikan reformasi fasa pertama, orang Melayu beramai-ramai meninggalkan Umno. Ternyata strategik Dr Mahahir silap apabila 'membunuh' karektor utama dengan cara yang sukar diterima resam Melayu. Dan hari ini situasi itu seperti berulang kembali. Orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama tidak boleh menerima fitnah dicetus secara mudah. Liwat versi kedua dan adegan video seks yang cuba dipalitkan terhadap Anwar menyebabkan pengundi Melayu menjadi mual. Mereka tidak mampu menerima cerita lama mengulangi apa yang pernah terjadi kepada Nabi Yusof. Baginda dianiayai adik beradik sendiri sehingga dibuang ke dalam perigi. Kemudian dicetus fitnah Zulaikha mahu mengoda baginda. Namun kemaraan Nabi Yusof tidak mampu disekat. Baginda akhirnya bangkit memimpin umat Islam ketika itu. Sudah lama cerita itu difahami orang Melayu beragama Islam. Orang Melayu Islam yang sering bertandang ke masjid setiap bulan Rejab juga pastinya pernah mendengar kisah di sebalik peristiwa Israk Mikraj. Ustaz dan ulama sering memberitahu baginda Rasulullah SAW menghadapi cabaran paling hebat dalam sejarah dakwah baginda. Semasa baginda menyampaikan dakwah di Taif, baginda SAW dilemparkan dengan batu dan diejek-ejek pemuda nakal. Baginda dilempar batu sehingga berdarah kaki. Selepas itu baginda meninggalkan Taif sambil berehat membalut lukanya di sebuah kebun kepunyaan adik beradik iaitu Utbah dan Syaibah bin Rabiah. Di saat itulah baginda SAW merintih kepada Allah SWT dengan doanya; "Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku mengadu segala kelemahanku, sempitnya daya usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku. "Kepada mereka yang jauh dan menghadapi aku dengan muka masam, atau kepada musuh, atau kepada musuh yang menguasaiku? Kalau Engkau tidak murkaiku, tidaklah aku pedulikan. "Tetapi kemaafahan Engkaulah yang sangat aku harapkan dan memberi kelapangan kepadaku. Aku mohon berlindung di bawah cahayaMu yang menerangi semua kegelapan dan di atasNyalah semua urusan dunia dan akhirat menjadi baik. "Agar janganlah kiranya Engkau turunkan murkaMu dan kebencianMu kepadaku. Kepada Engkaulah aku merayu sehingga Engkau meredhainya. Tidak ada daya usahaku dengan kekuatanMu." (Lihat Abu Fathan dalam Peranan Islam Dalam Masyarakat Melayu, 1996). Kisah sentimental itu tidak mampu dijarakkan daripada jiwa orang Melayu yang masih kuat berpaut kepada Islam. Setiap kali bulan Rejab kisah tersebut diulang-ulang semula sebagai pengajaran buat orang beriman. Namun malangnya, masih ramai orang Melayu hanya Islam pada nama dan tidak amalnya. Bagi golongan tersebut tiada pengajaran mampu diambil daripada kisah Israk Mikraj. Maka tidak hairanlah diuar-uarkan kisah lucah dan hantu bagi menghalang kebenaran Islam bertapak subur dalam jiwa orang Melayu. Maka ramai berhujah situasi politik hari ini mengundang fenomena 1999 berulang kembali. Ia sudah dibuktikan di Singapura baru-baru ini apabila pengundi Melayu beralih kepada Parti Buruh. |
| Parpukari Pengkhianat UMNO.. The Video... Posted: 27 May 2011 05:27 AM PDT Seorang pembaca telah meninggalkan link sebuah video di laman YouTube didalam ruangan komen aku hari ini..Dengan berfikiran positif aku anggap beliau meminta bantuan aku untuk menghebahkan.. Bila melihat Video Parpukari itu.. tertanya-tanya juga aku.. adakah kumpulan ini mempunyai kaitan dengan Video Lucah yang dikatakan Anwar itu? "Al- kisah blogger terlampau, Parpu Kari aka House PK aka Salim kaki tongang Stout. Inilah dia blogger yang konon elite hari hari menghentam pemimpin UMNO/BN kalau tidak beri bayaran. Inilah blogger duri dalam daging, pengkhianat yang sebenarnya! Bila aku klik link yang terdapat dibawah video tersebut ianya membawa aku ke sebuah Blog milik penyokong UMNO.. Sila layari http://politikharian.com/ |
| PAS terlibat edar video lucah ‘Anwar’? Posted: 27 May 2011 03:46 AM PDT Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata "Sekarang orang heboh bercakap mengenai pemilihan Pas, mereka kata ada ada pertembungan antara kumpulan pro Anwar dengan pro ulama. dan tidak mustahil perkara ini (edar video) dilakukan oleh pihak tertantu yang menyokong salah satu kumpulan terbabit.Kata Musa lagi.."UMNO tidak akan melakukan kerja seperti ini, banyak perkara yang lebih berfaedah perlu dilakukan UMNO, bukannya perkara yang tidak berfaedah itu," katanya. Antara kerja berfaedah yang dilakukan oleh mengutip kembali wang ehsan yang telah diberikan kepada warga emas.... PAS terlibat edar video 'Anwar'? Pengedaran video seks yang didakwa membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang secara berleluasa seperti dilaporkan berkemungkinan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan. Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata tuduhan pihak tertentu yang mengatakan UMNO melakukan perkara itu sebagai suatu yang tidak berasas. "Apa sahaja yang berlaku membabitkan Anwar Ibrahim, semua pihak akan menuding jari kepada UMNO, mereka kata semua itu adalah perancangan UMNO, konspirasi UMNO untuk jatuhkan Anwar. "Sehingga kini, semua pihak masih tidak tahu siapa yang lakukannya termasuk pihak polis, mungkin juga mereka yang melakukan perkara ini mempunyai kepentingan tertentu untuk memburuk-burukkan Anwar. "UMNO tidak akan melakukan kerja seperti ini, banyak perkara yang lebih berfaedah perlu dilakukan UMNO, bukannya perkara yang tidak berfaedah itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung pengedaran video seks itu secara berleluasa dan UMNO dituduh menjadi dalang kepada pengedaran video berkenaan oleh pembangkang. Musa berkata, kemungkinan juga mereka yang mengedar video berkenaan mempunyai hubung kait dengan pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan yang dikatakan pertembungan antara kumpulan pro Anwar (Endorgan) dengan pro ulama. "Sekarang orang heboh bercakap mengenai pemilihan Pas, mereka kata ada ada pertembungan antara kumpulan pro Anwar dengan pro ulama. dan tidak mustahil perkara ini dilakukan oleh pihak tertantu yang menyokong salah satu kumpulan terbabit. "Mereka ini lakukan untuk memalukan pihak tertentu, dalam hal ini mereka yang mempunyai kepentingan akan sanggup melakukan apa sahaja, lepas itu tuduh pihak lain yang lakukan," katanya. Menurutnya, beliau merasa sedih dengan apa yang berlaku itu kerana membabitkan aib seseorang, sepatutnya perkara itu biarlah pihak berkuasa menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan kemelut dan bukannya kita sendiri yang membuat keputusan. "Dalam kita ingin mencapai sesuatu, tidak perlu kita melakukan sesuatu sehingga boleh memberi keaiban kepada orang lain, dalam perkara ini UMNO tidak terbabit lansung," katanya. Musa berkata, sudah menjadi lumrah politik negara ini apa sahaja yang membabitkan Anwar dan pihak pembangkang, UMNO yang menjadi mangsa dengan tujuan supaya rakyat bendi kepada UMNO dan Barisan Nasional. KL Today |
| Bawa lelaki mirip Anwar, dapat Rolls Royce Posted: 27 May 2011 02:55 AM PDT Dulu semasa mamat ni bersama PKR.. dia pakai Satria saja.. tetapi setelah dia keluar PKR kaya raya... PETALING JAYA: Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai pelaku klip video seks.Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan. Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu. Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor. Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar. "Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya. "Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu. Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai 'siapa' pelaku dalam video seks tersebut. Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu. "Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini. "Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar. "Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya," katanya kepada FMT. Free Malaysia Today |
| Harapkan pagar.. Pagar makan padi.. Posted: 27 May 2011 01:19 AM PDT Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.Lim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian. "Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan," katanya. Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa. Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran. Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu. Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak. Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu. Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang. Malaysiakini |
| Katanya mengutamakan Rakyat... tapi... Posted: 27 May 2011 12:08 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini. Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut. The Malaysian Insider |
| Pelakon Video Lucah telah dipanggil Polis.. Posted: 26 May 2011 08:50 PM PDT Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.Jika Anwar Ibrahim tidak dipanggil ianya menjelaskan kepada kita bahawa selama ini demi untuk memusnahkan kredibiliti Anwar Ibrahim.. pencacai dan juga blogger pro UMNO rela dijilat api neraka dengan menyebarkan fitnah!! Pelaku video seks disiasat KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu. "Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam. Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula. Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. - Kosmo Online Dan lidah Rasmi UMNO juga telah melaporkan... Pelaku video seks sudah dipanggil KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut. "Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan," katanya. Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini. "Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu," jelasnya. |
| Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dituntut mohon maaf.. Posted: 26 May 2011 08:41 PM PDT Dengar cerita beliau juga bakal bertanding di DUN N10 (Seberang Jaya) bagi menggantikan calon dan ADUN yang sedia ada iaitu Ariff Shah. Baguslah kalau macam tu... KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan Kakitangan Kumpulan UDA Holdings Bhd (BKKU) semalam menuntut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) memohon maaf kepada kakitangan syarikat itu kerana menggesa kerajaan menutupnya.Selain itu, BKKU yang mewakili 800 kakitangan UDA turut meminta Musa menghentikan segala kenyataan berkaitan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) melalui media sehingga pengumuman rasmi dibuat kerajaan. Yang Dipertua BKKU, Shytul Shahryn Mohamad Shaari, berkata pihaknya kesal dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan dilemparkan Musa terhadap Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd berhubung isu projek pembinaan BBCC di tapak bekas Penjara Pudu itu. "BKKU berpendapat kenyataan beliau (Musa) supaya UDA Holdings Bhd (UDA) ditutup seperti dipaparkan dalam media cetak dan elektronik, Selasa lalu, adalah amat tidak wajar dan mengelirukan rakyat khususnya masyarakat Bumiputera. "BKKU tidak berhasrat campur tangan dalam segala keputusan Lembaga Pengarah UDA dalam pelaksanaan BBCC tetapi memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA untuk membuat keputusan secara kolektif," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Beliau berkata, BKKU percaya Lembaga Pengarah membuat keputusan tepat dan telus dalam memastikan projek BBCC berjaya dilaksanakan bukan saja demi kepentingan lebih 1,400 kakitangan syarikat tetapi masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya. Malah, sejak 40 tahun lalu sehingga kini, UDA tidak pernah lari daripada matlamat memperjuangkan agenda Bumiputera sebagai fokus utama dalam pelaksanaan projek BBCC. "BBKKU berasakan lebih baik beliau mendapatkan penjelasan sebenar daripada Datuk Nur Jazlan seperti ditawarkan Pengerusi UDA dan kerajaan daripada membuat sebarang kenyataan yang memberikan imej negatif bukan saja kepada UDA tetapi juga kerajaan," katanya. Berita Harian |
| Percayakah anda.. Kekal harga barang tiada kaitan dengan Pilihanraya? Posted: 26 May 2011 08:05 PM PDT Percayakah anda?? Kata Najib "Keputusan tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dalam waktu terdekat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa ditanggung rakyat walaupun akan terpaksa menanggung subsidi hampir RM20 bilion dan tiada kaitan dengan pilihan raya....Subsidi: Kekal harga tiada kaitan PRU-13, kata Najib KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keputusan tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dalam waktu terdekat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa ditanggung rakyat walaupun akan terpaksa menanggung subsidi hampir RM20 bilion dan tiada kaitan dengan pilihan raya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan menanggung beban yang berat itu terpaksa dibuat semata-mata untuk kebajikan rakyat kerana kerajaan hanya mempunyai bajet subsidi minyak sebanyak RM11 bilion tahun ini. "Ini bererti langkah-langkah susulan atau alternatif perlu diambil kalau harga minyak masih tidak dinaikkan," katanya di Tokyo semalam selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-17 semalam. Sambil menafikan ia mempunyai kaitan dengan pilihan raya, bagaimanapun, Najib (gambar) dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, kerajaan hanya berharap rakyat menunjukkan penghargaan mereka ke atas keputusan itu. "Dari segi pengurusan kewangan makro juga, jumlah subsidi yang begitu besar sebenarnya tidak selari dengan prinsip pentadbiran yang baik tetapi rakyat biasa sukar memahami perkara tersebut," kata beliau dalam laporan itu. Berhubung pertanyaan sampai bila harga minyak akan kekal, Perdana Menteri berkata, perkara itu sukar diramalkan kerana tiada siapa yang tahu mengenai perubahan harga minyak tetapi kerajaan akan berusaha lakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global. Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika. Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 (RM303) setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008. AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan