Khamis, 26 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Pencacai Isu Air Selangor

Posted: 26 May 2011 06:23 AM PDT


Inilah pencacai yang ditemuramah oleh Rakyat Tunggu Mati (RTM) mengenai kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat mengenai isu air yang akan terputus jika terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Mamat pencacai ini kata tidak patut kerajaan Selangor memberikan air percuma RM11.40 kepada rakyat Selangor.

Bodoh punya pencacai. Patutnya engkau rasa bersyukur dan bukan komplen dengan tindakan kerajaan Selangor memberikan air. Itulah baru kerajaan rakyat yang memahami masalah rakyat. Engkau ingat RM11.40 itu sikit ke?

Jangan engkau jadi pencacai yang tidak tentu hala. Engkau patut tegur kerajaan BN yang menaikkan harga barang dan bahan bakar kerana telah mengundang kepada rakyat dan bukannya mengkritik kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Eloklah ditemuramah pencacai ini. Yang menemuramah pula sebagai balaci dan yang ditemuramah bagaikan barua. Engkau cakap pemberian percuma akan memufliskan negara tetapi engkau tidak tahu yang UMNO/BN sudah lingkupkan negara dengan RM3 trilion dan bukannya bilion.

Celiklah sikit wahai pencacai. Jangan engkau fikir terlalu jumud sehinggakan engkau sendiri pun jadi pencacai kepada UMNO/BN dan engkau sesuai dipanggil Rakyat Tunggu Mati yang sesuai dengan RTM.

Gambar: UMNO Ikut Ajaran Islam Selengkapnya. Ini Buktinya.

Posted: 26 May 2011 02:02 AM PDT

 Ala Mak Datin gitu

Pada mulanya aku ingat mereka mahu pergi tempat program dengan gaya ala-ala Mak Datin gitu. Tetapi aku fikir juga, mungkin mereka mahu pergi kenduri makan-makan dan kita sedia maklum UMNO ni suka buat makan-makan untuk menyejukkan hati orang Melayu.

Tapi sangkaanku itu jauh meleset dan sasaran aku tadi hanyalah mimpi di siang hari. Mereka sebenarnya mahu pergi kelas agama untuk mempelajari ilmu berkaitan kematian dan cara-cara menghadapinya ketika di dalam kubur.

 Van jenazah dah dekat tu. Tak takut mati ke?

Terkejut bila melihat wanita itu berjalan ke arah van jenazah. Aku fikir wanita itu mahu meminjam van jenzah itu untuk ronda-ronda kawasan kampung untuk melihat orang Melayu UMNO tengah buat apa disiang hari. 

Aku sangka mereka mahu pergi menuntut ilmu mengenai kematian dan maklumlah masih jahil tentang agama Islam. Cuma Pak Menteri sahaja yang bercakap Malaysia sebuah Negara Islam tetapi rakyat seperti dalam gambar itu tidak pasti Islam mana yang dianutinya.

Barangkali Islam Hadhari atau Islam Barisan Nasional seperti yang diperkatakan oleh Muhyiddin Yassin seperti dalam posting aku sebelum ini. Mau baca posting berkaitan ini ke? Kamu boleh sahaja singgah untuk baca berkaitan Islam Barisan Nasional. [klik]

Tetapi pemimpin UMNO itu kata bukan setakat Islam Barisan Nasional tetapi Islam ini ada banyak versi. Pulak dah. Patut la wanita-wanita itu seperti kejahilan ilmu agama rupa-rupanya Islam UMNO ini banyak rupanya. Mau baca artikel mengenai Islam banyak versi? Cuba baca kat sini. [klik]


Oh! Baru ku tahu mereka mahu pergi kubur. Buat apa pergi sana? Minta nombor ekor ke? Mereka ke tanah perkuburan Batu 13 di Hulu Langat untuk menempah lubang kubur sebelum tanah perkuburan itu penuh. Kau faham-faham la mana mereka mau pergi tu. 

Ala yang berlaku sehari dua kat Hulu Langat tu. Tidak senonoh betul. Nak pergi melawat tanah perkuburan biarlah sopan. Macam mahu pergi buat culaan. Mana Islam yang UMNO julang tu?

Hati-hati Dengan Pekerja TNB

Posted: 25 May 2011 11:11 PM PDT


SUNGAI PETANI: "Saya begitu terkejut apabila tiba-tiba kakitangan 'TNB' (Tenaga Nasional Berhad) itu bertindak memegang dan mencekik leher lalu merentap rantai emas sebelum melepaskan dua tumbukan kuat pada mata kanan serta muka menyebabkan saya rebah".

Begitu kata Zaela Yaakob, 52, Ketua Jururawat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, apabila mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai lehernya disamun seorang lelaki dalam kejadian di Taman Semarak, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, mangsa mendakwa dikunjungi seorang lelaki memakai pakaian seragam TNB tertera nama 'Yaacob' berpura-pura mahu melihat dan membuat pemeriksaan pada meter serta bil elektrik rumahnya.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an terbabit bertindak mencekik dan terus meragut rantai emas pada leher wanita terbabit sebelum menumbuk muka dan mata kanannya serta menolaknya hingga jatuh sebelum melarikan diri bersama rakannya menggunakan motosikal Yamaha 135LC.

Zaela berkata, ketika kejadian dia menunggu suaminya untuk dihantar ke tempat kerja di HSAH sebelum muncul seorang lelaki memakai pakaian seragam TNB yang berdiri di depan pintu rumah selepas membuka pintu pagar tanpa kebenaran.

Curi Coli Dengan Teman Lelaki

Posted: 25 May 2011 10:17 PM PDT


KUANTAN: Seorang jurujual wanita selamba menjawab tiada duit ketika ditanya Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengapa dia mencuri sehelai coli berharga RM12.99 bersama teman lelakinya dari pasar raya 22 Mei lalu.

Tertuduh, Noraazma Che Mohd Zin, 26, dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Puteri, Rompin, didakwa mencuri coli berkenaan, minyak wangi, gel rambut dan jus minuman dengan nilai kira-kira RM75 di Pasaraya Giant, Tanah Putih, di sini, kira-kira jam 4.45 petang.

Teman lelakinya yang juga juruservis dandang, Mohamad Faizal Rasidi, 28, dari Balok Baru, di sini, pula didakwa mencuri minyak wangi dan pewangi ketiak bernilai RM49 pada tempat dan waktu sama.

Kedua-duanya ditahan pengawal keselamatan yang ternampak perbuatan mereka mengambil barangan berkenaan daripada rak pameran dan memasukkannya ke dalam beg sebelum keluar melalui lorong tanpa pembelian.

Pemeriksaan lanjut mendapati barang berkenaan dibawa keluar dari pasar raya tanpa sebarang resit pembelian sebelum kedua-duanya diserahkan kepada polis.

Kes disebut di depan Majistret Nurunaim, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin.

Tarik Pelanggan Guna Coli dan Seluar Dalam

Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hanya bercoli dan berseluar dalam, itulah taktik digunakan wanita warga China yang menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah hotel murah di Jalan Pudu.

Bagi mengaut keuntungan berganda, pelacur terbabit dikatakan turut menjalankan kegiatan pada siang hari kerana ia dikatakan mendapat banyak permintaan di kalangan lelaki kemaruk seks.

Difahamkan, pelacur terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan terutamanya warga emas tempatan dan warga asing di sekitar medan selera hotel berkenaan dengan bayaran serendah RM10 hingga RM150 untuk sekali perkhidmatan.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang menyerbu kawasan itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, 40 wanita dipercayai pelacur ditahan ketika sedang menunggu pelanggan.

Polis Tahu Pengedaran VCD Lucah, Tapi Tidak Bertindak

Posted: 25 May 2011 08:11 PM PDT


VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis. Video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan  aktiviti yang memalukan.

Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya.

Polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional. Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol.

Ada reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka. Tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah.

Umno semakin gelisah dengan program 'Jelajah Selangor Tawan Malaysia' yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di  Selangor. Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan.

Tiada ulasan: