Khamis, 26 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Pakatan Rakyat Selangor haprak!!

Posted: 25 May 2011 06:58 PM PDT


Uisy.... haprak betoi Pakatan Rakyat Selangor. Tak pandai langsung mentadbir negeri. Kalau macam ini.... senang jer ler UMporNO Selangor dengan rampas balik kuasa.

Kah kah kah kah.....

Kenyataan di atas tu saja nak bagi UMporNO Selangor syok sendiri. Ha... ha... ha... strategi nak melekakan mereka agar terus dibuai mimpi Mat Jenin. Bior jatuh lagi... gedebub!! Gedebub!!

Terbukti Pakatan Rakyat Selangor tak pandai mengurus tadbir ekonomi negeri sebab tu FDI mereka terus naik.

Kah kah kah kah.....


Realitinya....

Negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih diyakini oleh para pelabur untuk melaburkan suit mereka. Aha... Desatinasi pelaburan yang mantap!!! Syabas!!


SHAH ALAM: Selangor terus mencapai jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri lain dalam tempoh Januari hingga Mac 2011 dengan jumlah pelaburan RM2.5 bilion, kata Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa kok.

Menurutnya, dari jumlah itu 40 peratus atau bersamaan RM1 billion merupakan pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Selangor, maka mereka sudi melabur di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, angka itu berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang turut menunjukkan Selangor mencapai jumlah pelaburan asing tertinggi iaitu sebanyak RM 1.5 billion.

"Angka ini merupakan dua kali ganda negeri berbanding di tempat kedua iaitu Johor sebanyak RM766 juta dan Sarawak di tempat ketiga sebanyak RM656 juta," katanya.

[Lagi di sini]

Tiada ulasan: