Selasa, 24 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


UMNO Tidak Jadi Kahwin Dengan DAP - Muhyiddin

Posted: 24 May 2011 05:32 AM PDT


Semalam dalam posting Ban Jir [klik] ada menyentuh mengenai BN mahu kahwin dengan DAP tetapi hari ini tiba-tiba anak kepada BN iaitu UMNO tidak mahu BN kahwin dengan DAP atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Mungkin kerana UMNO telah berputus asa kerana sebelum ini UMNO mahu kahwin dengan PAS kerana mahu melihat melayu bersatu tetapi PAS tidak mahu dengan sifat munafik UMNO yang hanya cakap kosong.

Semalam ada orang UMNO kata DAP mempunyai ciri-ciri yang sama dan idea yang selari. Berikut ialah kata-kata beliau sebelum Muhyiddin keluarkan kenyataan tidak jadi kahwin dengan DAP.
Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa. -  Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Tiba-tiba kedengaran suara yang kurang enak dari kem Muhyiddin yang tidak mahu kawin dengan DAP. Mugkin UMNO takut DAP jadikan Malaysia seperti negara Cina sedangkan MCA dan Gerakan itu adalah parti bangsa Arab dan Siam?
Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis.

Dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik. - Muhyiddin Yassin

Demonstrasi Menuntut Royalti Mulai 31 Mei 2011

Posted: 24 May 2011 12:27 AM PDT


Aktiviti GEGAR dan ROYALTI terdekat yang akan dianjurkan ialah

1. Menyerahkan Memorandum kepada Perdana Menteri pada 31 Mei 2011.

2. Demonstrasi Aman setiap minggu di perkarangan Menara PETRONAS, KLCC.

3. Munajat Royalti pada 4 Jun 2011 di Masjid Bandar Baru, Sg Buloh.

4. Bersama Gomo Kelate Gomo di Stadium Bukit Jalil pada 11 Jun 2011 sempena Final Piala FA antara Kelantan lawan Terengganu. 

5. Cabaran Debat terbuka Menuntut Hak Royalti Kelantan.

6. Menghantar memorandum ke International Court of Justice (ICJ), The Hageg. 

7. Menghantar memorandum ke PBB, New York. 

8. Menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Thailand.


Sahabat-sahabat nak GEGARkan DUNIA? Ayuh sertai kami di GEGAR dan ROYALTI

FAM ditegur Oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Posted: 23 May 2011 09:23 PM PDT


LAMPU hijau bagi penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil sudah diperoleh, namun persoalan pihak mana yang perlu menanggung kos penalti akibat penangguhan kerja membaiki trek masih belum dipastikan, apa lagi dengan sikap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang seolah-olah 'lepas tangan' dalam soal itu.

Bukan sedikit perlu ditanggung. Kos penalti berjumlah RM500,000 dan FAM yang memohon menggunakan stadium itu berkata kos dikenakan tiada kaitan dengan badan induk itu, sebaliknya perlu diselesaikan antara Perbadanan Stadium Malaysia dengan kontraktor terbabit.
Perkara itu akan dibincangkan semula memandangkan kerja pembaikan di stadium itu ditangguhkan semata-mata memberi laluan kepada FAM.
Kita akan runding lagi dengan semua pihak yang terbabit sebab kita tidak mahu membebankan duit rakyat. Kalau FAM nak tampung kos itu, ia adalah satu perkara yang wajar. - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Sebelum ini, FAM meminta Stadium Nasional digunakan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa skuad negara menentang tiga kelab Inggeris - Chelsea, Liverpool dan Arsenal, perlawanan kelayakan Piala Dunia serta final Piala FA yang akan berlangsung pada Jun dan Julai ini.

Ahmad Shabery juga mengingatkan FAM supaya memberi jadual program mereka lebih awal pada masa hadapan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi memandangkan kerja membaik pulih trek di stadium itu sudah ditangguhkan beberapa kali.

Kerajaan Bekukan/Mansuhkan Jawatan Dalam Kerajaan

Posted: 23 May 2011 06:29 PM PDT


Seperti posting Ban Jir yang bertajuk BN Akan Naikkan Gaji Bulan Jun, PRU Bulan Julai yang bertarikh Khamis, 14 April 2011 dan juga Tanda-tanda Pilihan Raya Umum ke-13 Bulan Julai yang bertarikh Ahad, 27 March 2011 berkaitan dengan jawatan dalam kerajaan.

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri. [Klik]

Bagi menentukan ini adalah sahih dan bukan rekaan Ban Jir sebelum ini sila tengok pada link yang Ban Jir tunjukkan ini bagi rujukan kita bersama. [Klik]

Maka bersiap sedialah dengan peluang kerja yang bakal dihidangkan oleh kerajaan kerana yang kerja dalam kerajaan pun cukup-cukup untuk makan kalau tidak percaya cuba baca kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya. Kerajaan pula yang kena sediakan 'duit' lain untuk mereka. [Klik]

Tiada ulasan: