Selasa, 24 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tak kira siapa asalkan bukan......

Posted: 24 May 2011 07:15 AM PDT


Setakat ini.... tiga orang telah mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Mereka ialah Mat Sabu, Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Isa.

Aku favour Mat Sabu. Istiqamah dalam perjuangan dan berani serta teruji. Bukan aku tak suka Tuan Ibrahim, tetapi..... for a change, aku ingin melihat PAS dipimpin oleh gandingan ulamak dan bukan-ulamak pulak. Aku ingin melihat PAS menjadi sebuah parti yang 'happening'..... Aha, dinamik gitu.

Ya.... satu transformasi positif bagi mengubah sedikit imej PAS untuk mengharungi arus politik yang amat mencabar, bersesuaian dengan iklim masyarakat Malaysia hari ini. Aha... perubahan tanpa menjejaskan dasar perjuangan yang berlandaskan agama Islam. Dasar perjuangan tetap sama, tidak berubah, tetapi.... gandingan tersebut boleh menjadi satu strategi untuk menjadikan PAS lebih vibrant dan mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat.

Kita mahu PAS bergerak ke depan dengan lebih yakin dan gah lagi. Biar 'musuh' kita gentar....

Well, apa-apa pun... terpulanglah kepada kehendak para jemaah PAS yang akan membuat pemilihan dalam Muktamar yang akan diadakan nanti. Buatlah pilihan yang bijaksana dan yang tidak akan merugikan PAS dan perjuangannya.

At the end of the day... kita akan terima tak kira siapa sebagai menjadi Timbalan Presiden PAS.... asalkan BUKAN Nasaruddin Mat Isa.

Dia bolehlah dianggap calon yang di-reject, kerana bermain asmara dengan UMporNO suatu ketika, tak lama dahulu.

Aku suka Mat Sabu tetapi aku tak menolak ulamak seperti Tuan Ibrahim. Yang aku tak mahu ialah ular ber'bisa' dan berbahaya di dalam semak.

Maaf.... jika ada pihak yang rasa tak seronok hati dengan kenyataan ini. Sorry sekali lagi, dan assalamu'alaikum.

[sumber]

Kerajaan 1Malaysia bernafsu buas

Posted: 24 May 2011 04:54 AM PDT


Kerajaan 1Malaysia Najib kini ibarat orang yang dah kena penyakit 'Aids' yang kronik. Malangnyer, mereka masih bernafsu... Weh, kuat pulak nafsunyer tu!! Bahaya.... bahaya....

Dalam keadaannyer yang dah kronik tu pun, mereka masih mahu merayu untuk bercumbu dengan PAS dan kini cuba pulak nak seduce DAP. Yeeerrrkkkk!! Aku dengor pun jijik dan nak termuntah. Geliiiiiiiiiiiiiiiiiii......

PAS dan DAP yang sudah tahu akan penyakit mereka, pasti terus menolak pujuk rayu mereka. Weh.... sorry la. Tak hingin kami, kata mereka.

Tetapi.... yang paling malang ialah rakyat di negara 1Malaysia. Puak-puak berpenyakit 'Aids' ini terus bernafsu dan mengganas. Eeiiyaa.... buas dan tak puas-puas. Mereka.... naik dan terus naik. Mereka terus-terusan memperkosa rakyat hingga rakyat menderita dan hidup sengsara.

Kenaikan demi kenaikan harga minyak terus mencengkam kehidupan rakyat. Kenaikan harga minyak diikuti pulak dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lelainnya. Mereka seolah-olah sudah hilang kawalan ke atas kenaikan demi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. [sini dan sini]

Yang lebih menyedih dan meyakitkan hati adalah apabila Najib kata rakyat ketagih 'candu'. Amboi... sedapnya mulut. Weh... rakyat tidak perlukan candu jika gaji atau upah dinaikkan setimpal dengan kadar kenaikan harga minyak dan barang lain.

Oooo.... rakyat ketagih 'candu', ek?? Tapi.... yang hangpa dok bagi candu pada pengeluar tenaga bebas atau IPP tuuu... tak per pulak?? Hampeehh!! [sini]

Sampai bila kita nak berdiam diri daripada siri perkosaan kerajaan ber'Aids' 1Malaysia pimpinan Najib ini?? Something must be done. They've to be stopped!!! Ya... kita mesti lakukan sesuatu sebelum kehidupan kita lebih teruk dilanyak kerajaan berpenyakit ini.

Jangan kita terus-terusan membiarkan diri kita di'perkosa', disiksa dan menderita. Kita 'mati'kan kuasa mereka dan kita kuburkan mereka dalam-dalam, dalam PRU13 nanti

[Ilham N3 dari sini]

Ayam jantan berkokok

Posted: 23 May 2011 08:41 PM PDT


Ayam jantan tak ber'telor' berkokok....

Kok kok kok koooookkkkk!!!
Kok kok kok koooookkkkk!!!

Aaaikk...
Dulu, bunyi nyer lain.
Sekarang, lain pulak bunyi nyer.

Aha.. bersandiwara, ek??
Cuba perdaya rakyat, ek??

Hampeehhh!!!

[Ceritanya di sini]

Berebut janji

Posted: 23 May 2011 06:41 PM PDT


Kalau cakap tak serupa bikin.... inilah jadinya. Masa bercakap ikut syok mulut, tabur janji untuk menyedapkan hati dan memberi harapan. Tetapi, akhirnya janji yang diberi tak ditetapi. Maka, banyaklah hati yang kecewa dan frust gilerr.

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, mengetuai protes dengan pada minggu lalu mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ telah gagal memperoleh biasiswa meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang merekodkan 8A+ dan ke atas akan menerima biasiswa JPA.

Penelitian The Malaysian Insider menunjukkan kenyataan Najib tahun lalu mendedahkan bahawa perdana menteri ada menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar memperoleh 9A+ untuk belajar di universiti dalam dan luar negara. - MI

Setiap kali keputusan SPM keluar, inilah masalah yang dihadapi. Perasaan tak puas hati timbul kerana agihan biasiswa JPA untuk para pelajar cemerlang ini belajar keluar negara dikatakan tidak adil. Bagi yang tak dapat biasiswa JPA, mereka mendakwa kononnyer ada pilih kasih ler... ada hanky-panky ler... tak adil ler.... dan, macam-macam lagi ler.

Kali ini, Najib dikatakan telah tidak menepati janjinnya. Tak mampu dia nak tepati kerana dia buat janji di luar had kemampuan atau kuota yang ada. Itu namanya janji bercampur dengan auta. Janji ABC... janji, 'ais batu campur'. Menggiorkan, kan???


Eleh... bukan komer tak tahu, puak-puak malaon tu bercakap, tentu ada motif politik. Ele.... nak dapat sokongan rakyat. Kononnyer, mereka sentiasa prihatin akan nasib masa depan para pelajar kita. Cakap... bukan main besor tetapi habuk belaka!!

Dan biasaler.... apabila Najib buat taik, yang jadi tukang cucinya ialah Nazri. Ele... si Nazri, anak arwah Pak Aziz tu. Nazri yang suka melalak dan menyalak tu... Nazri yang berkepala botak tu...

Apa-apa pun lantak komer ler. Wee... orang BN dan Nazri pun orang BN. Emmm.... gaduh komer.... gaduh!! Gaduh jangan tak gaduh. Gaduh.. bior sampai BN roboh!!

Mampuh...!! Mampuh...!! Mampuh BN!!

Tiada ulasan: