Senyum Tangis Sendu |
- Gambar: Kemalangan Maut
- UMNO Gila Meroyan Lagi Mahu MCA dan Gerakan Keluar BN
- NGO Lebih Cerdik Dari Jabatan Kerajaan
- Kerja Kerajaan Tidak Jamin Masa Depan - Adnan Mansor
- Siapakah Gadis Yang Berbogel Ini?
- UMNO Tumbang Dengan Psikologi
| Posted: 23 May 2011 07:32 AM PDT Kemalangan ini berlaku di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Pasar Borong Selayang pada 23 Mei 2011 jam 8 pagi tadi yang meragut kakitangan Hospital Selayang. Kemalangan ini berlaku apabila lori telah memberhentikan dilaluan paling kanan yang dikatakan laluan paling sibuk di Kuala Lumpur ini dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana semata-mata untuk menggantung banting jualan murah di tiang lampu pembahagi jalan. Lori ini memberhentikan dilaluan tersebut tanpa meletakkan apa-apa tanda sebaliknya motosikal yang ditunggangi mangsa tidak menyedari bahawa lori tersebut tidak bergerak lalu mangsa merempuh bahagian belakang lori sehinggakan mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di muka. Kejadian itu berlaku kira-kira 2 kilometer dari tempat mangsa bekerja di Hospital Selayang. Mangsa berulang alik dari Kuarters Hospital Serdang ke Hospital Selayang setiap hari dan bertugas di Bahagian Makmal Jabatan Pathologi, Hospital Selayang. Mangsa, Mohd Syahril Che Mohd Dom, 29 telah meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung anak pertama selepas beberapa bulan mereka berkahwin. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat Kesan jari mangsa pada lori Sumber: ondscene |
| UMNO Gila Meroyan Lagi Mahu MCA dan Gerakan Keluar BN Posted: 23 May 2011 05:00 AM PDT Setelah gagal memujuk PAS untuk menyertai BN, kali ini parti seks itu pula cuba memujuk DAP untuk menyertai BN tetapi mereka tidak berani untuk 'berkahwin' dengan PKR kerana mereka bimbang segala skandal UMNO akan ditelanjangkan oleh PKR. Memang sah bahawa UMNO sekarang tidak lagi kuat kerana sudah menunjukkan gila meroyannya untuk kahwin dengan DAP dan sebelum ini dengan PAS. Bukankah UMNO sebelum ini tuduh DAP itu parti yang akan membinasakan negara tiba-tiba mahu 'berkahwin'. Melalui tulisan (Utusan) yang disiarkan Jumaat 20 Mei itu, Nordin Kardi memberikan hujah-hujahnya kenapa Umno perlu menerima DAP sebagai rakannya selepas MCA dan Gerakan membuat pelbagai perangai. Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak laporan itu dengan berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan mustahil DAP meninggalkan Pakatan Rakyat buat masa sekarang. Dalam tulisannya di Utusan, Nordin Kardi berhujah, ideologi DAP lebih dekat dengan Umno berbanding dengan MCA dan Gerakan yang ada sekarang. Tambahan pula dengan karenah kedua-dua parti itu sehingga Umno perlu menyebut kepadanya, "take of leave it". Tiba-tiba UMNO memuji PAPdan DAP dan mengatakan DAP merupakan parti yang paling dekat dengan Melayu. Bodoh punya UMNO. Bawah ini petikan dari Utushit yang lalu. Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis. Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi Umno yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri. Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan Umno menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri. Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa. - Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Bukan itu sahaja, dalam tulisan Nordin ini juga tiba-tiba konsep yang dibawa oleh DAP lebih kurang sama dengan konsep yang dibawa oleh Najib dan sesuai diamalkan di Malaysia ini. Lagi bangang punya pemimpin UMNO seperti di bawah ini. Tuntutan "Malaysian Malaysia" DAP sebelum ini adalah selaras dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib sekarang iaitu 1 Malaysia. Pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN - tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan "Malaysian Malaysia" sudah terangkum dalam "Satu Malaysia", dasar semuanya inklusif — mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN. Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN. Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN. Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak? - Nordin. Nampak gayanya UMNO/BN sudah nak mampus dalam muka bumi politik ini. Sudah tidak yakin dengan kawan-kawan komponen yang lain. UMNO/BN jangan ingat PR ini pelacur untuk dilanggan sesuka hati. Biarlah BN sahaja yang jadi parti seks dan pelanggan pelacur. Usah babitkan parti lain lain. Sumber lain boleh didapati seperti di bawah |
| NGO Lebih Cerdik Dari Jabatan Kerajaan Posted: 23 May 2011 02:55 AM PDT Badan pencinta alam sekitar mempertikaikan kepantasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi loji pemprosesan nadir bumi RM700 juta di Gebeng dekat Kuantan awal tahun ini. Loji itu yang kini berhadapan dengan kontroversi dijangka beroperasi suku ketiga tahun ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menekankan, kelulusan JAS Pahang terhadap EIA Awalan (PEIA), yang diberi dalam beberapa minggu sahaja, menimbulkan persoalan serius berhubung autoriti jabatan itu dalam melindungi alam sekitar. "Projek Lynas telah dipercepatkan untuk kelulusan oleh JAS negeri Pahang. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diber kelulusan awal Februari (tahun yang sama). "Bagi projek yang kompleks (macam ini), yang melibatkan bahaya radiasi dengan satu cadangan pengurusan sisa buangan yang besar, (kemudahan) simpanan dan pembuangan, kelulusan yang cepat menimbulkan persoalan-persoalan serius," kata Presiden SAM S. M. Mohamed Idris. Syarikat Australia Lynas Corp kini berhadapan dengan bangkangan penduduk tempatan dan pencinta alam sekitar yang khuatir bahawa jika diteruskan akan menyebabkan insiden Bukit Merah, Ipoh dua dekad lalu, akan berulang. SAM juga mempersoalkan bagaimana PEIA boleh diluluskan tanpa pertimbangan radiasi dan kesihatan diselesaikan terlebih dahulu. "Apabila PEIA dikemukakan dan diluluskan, RIA (penilaian impak radiasi) masih dalam proses disediakan oleh MNA (Agensi Nuklear Malaysia) untuk dikemukakan kepada AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom). "Bagaimana PEIA boleh mengesyorkan Opsyen Membina apabila isu-isu keselamatan radiasi belum dipertimbangkan lagi? "Bagaimana JAS negeri boleh meluluskan PEIA dalam keadaan tergesa-gesa?" soal Mohamed Idris. AELB, yang bertanggungjawab ke atas urusan pelesenan sebarang aktiviti yang dianggap sebagai sumber bagi pencemaran radioaktif, menekankan bahawa ia setakat ini belum memberi kelulusan kepada Lynas untuk memulakan operasi. Kerajaan juga telah dipaksa menangguhkan projek itu bulan lalu sementara menanti hasil laporan sebuah panel bebas pakar. Terma PEIA kelihatan mengelirukan memandangkan tiada laporan susulan diperlukan. Projek itu terangkum dalam di luar lingkungan kerja-kerja yang memerlukan EIA terperinci, yang turut tertakluk kepada pandangan awam. Mohamed Idris menambah, kelulusan RIA bebas EIA akan menyediakan satu contoh yang bahaya dalam jangka panjang. "Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS merupakan pihak berkuasa menyelaraskan isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan impaknya ke atas orang awam. "MNA dan AELB adalah pihak yang menggalakkan teknologi nuklear dan ini kemungkinan mengakibatkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah konsultan menyediakan RIA bagi Lynas," katanya. "Adakah JAS akan menyerahkan peranannya kepada AELB dalam urusan-urusan berkaitan nuklear dan isu-isu berkaitan dengan radiasi dan impaknya?" soal beliau lagi. Kata beliau, sementara PEIA boleh diperoleh di laman JAS, proses RIA kekal tidak diketahui kedudukannya. Meskipun kerajaan sedang mengkaji projek itu, Lynas menjangkakan tiada kelewatan dalam operasinya yang dijangka bermula September ini. |
| Kerja Kerajaan Tidak Jamin Masa Depan - Adnan Mansor Posted: 22 May 2011 10:40 PM PDT Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan. Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing. UMNO Putrajaya akan bekerjasama dengan TEKUN Nasional (TEKUN) bagi membolehkan kakitangan sokongan kerajaan terbabit memohon pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sekali gus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan masing-masing setiap bulan. - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. P/s: Aku selalu dengar orang UMNO duk bercakap keje kerajaan jamin masa depan. Tapi hari ini Ahli Parliemn Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bahawa ramai yang keje kerajaan miskin pendapatan. Apa kejadah ni? Kata kerajaan tolong rakyat. Mana yang engkau tolong? Tolong bebankan rakyat ada la. |
| Siapakah Gadis Yang Berbogel Ini? Posted: 22 May 2011 06:31 PM PDT ![]() Sila Sahin BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam. Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy. "Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam. "Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu. Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian. "Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam. Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu. Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim. Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu. "Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila. Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. - Agensi |
| Posted: 22 May 2011 09:54 AM PDT
P/s: Macam tu saja mahu mampuskan UMNO. Takut betul mereka dengan Pakatan Rakyat. Mereka tahu sebenarnya rakyat dan orang muda mahu menolak mereka. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






























Tiada ulasan:
Catat Ulasan