Isnin, 23 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


WikiLeaks dedahkan Eskay punya hubungan dengan Pemisah Selatan Thai..

Posted: 23 May 2011 06:30 AM PDT

Satu kabel dari Kedutaan Besar AS pada 2006 yang telah dibocorkan oleh Wikileaks telah mendedahkan pengaruh dan pengetahuan yang dimiliki oleh Shazryl Eskay Abdullah atau Datuk 'T' dalam berurusan dengan pemisah Melayu Thailand yang kini masih terlibat dalam perang dengan kerajaan Thailand.

Eskay, yang ketika itu konsul kehormat Thailand di Langkawi, telah berkongsi pengetahuannya tentang gerakan pemisah dan aktiviti mereka dengan pegawai kedutaan AS berpangkat tinggi dalam pertemuan on Feb 5 Januari 2006.

Keterangan dari pertemuan tersebut telah dihantar melalui satu kabel rahsia oleh kaunselor politik Mark D Clark kepada Jabatan Luar Negeri AS di Washington.


Maklumat tentang kabel itu telah dibocorkan oleh Wikileaks kepada Raja Petra Kamarudin yang telah menyiarkan kabel tersebut di website-nya Malaysia Today ini hari ini.


WikiLeaks: Eskay had dealings with insurgents

KUALA LUMPUR: A leaked confidential US embassy cable from 2006 has revealed the extent of influence wielded by businessman Shazryl Eskay Abdullah in dealing with Thai Malay separatists who are still involved in a war with the Thai government.

Eskay, who was then the honorary Thai consul in Langkawi, had shared his indepth knowledge of the separatist movement and their activities with the US embassy high-ranking officers in a meeting on Feb 5, 2006.

Details of the meeting were sent in a confidential cable by political counsellor Mark D Clark to the US State Department in Washington.

Details of the cable were leaked by WikiLeaks to popular blogger Raja Petra Kamarudin who had published the leaked cable in his Malaysia Today website today.

Clark, in the cable, had revealed some of Eskay's insight and knowledge of the separatist movement and their acts, including:

~the use of Malaysia as a safe haven;

~the role played by older generation insurgency leaders in providing support to the younger leaders;

~identifying one veteran insurgent as actively ordering attacks;

~the insurgents receiving financial assistance via Singapore from unknown sources;

~younger generation separatists entering Malaysia, particularly when the situation became "too hot"; and

~young insurgents given jobs at Thai restaurants and on rubber estates.

Clark noted that Eskay's information on the insurgents were the most detailed the US team had received.

"Eskay credibly appeared to have contacts with a large pool of old guard leaders, insurgents, and sympathisers from Thailand's Malay south.

"His views on the insurgency were the most detailed we heard during five days of travel in northern Malaysia and tracked well in many respects with information and opinions from others," Clark said in the cable.

The cable added that Eskay had described his significant "mediator" role in the 2005-2006 dialogue with Thai Malay insurgents and his frequent interaction with separatists on both sides of the border.

"Eskay said he carried out his work on the Thai insurgency largely independent of the Thai and

Malaysian governments, and maintained direct links with most known Malay separatist leaders resident in Malaysia.

"To bolster his credentials, he showed video footage he had recorded of various meetings with men he described as elder separatist leaders and younger operators," added Clark's cable.

Clark, however, warned that Eskay's belief in the usefulness of engaging the old guard contradicted the opinion of Malaysian politicians, officials and police who generally dismissed the old-timers as irrelevant.

He also said that several Malaysians volunteered they were suspicious of Eskay's contacts with

Malay separatists and alleged Eskay had been involved in controversial business deals in the past.

Clark also pointed out in his cable that the identity of Eskay is protected throughout.

The old guard

The cable said that Eskay had informed the US officials that most of the older generation of

Malay separatist leaders lived in Malaysia with the Malaysian government's knowledge and acquiescence.

"Eskay confirmed that younger generation separatists, including those involved in recent attacks in southern Thailand, frequently entered Malaysia, particularly when the situation became 'too hot' and they required safe haven," the cable said, adding that the Malaysian government was not always aware of the identity and travel of younger separatists.

The cable said that the older leaders, with well-established networks in Malaysia, constituted the support service for the insurgents, providing shelter and transportat, and arranging jobs, including in Thai restaurants and on rubber estates.

Clark also said that Eskay named one veteran insurgent, Abdullah Idris, the vice-president of National Revolutionary Front, as responsible for ordering some of the ongoing attacks in southern Thailand.

However, Eskay believed that the Malay separatists accounted for only 30% of attacks in the south with Thai army, policy and intelligence agency factions, along with criminal gangs, responsible for the balance.

"Eskay relayed that many insurgent leaders believed deposed Prime Minister Thaksin (Shinawatra) and Thai Rak Thai party adviser General Chavalit (Yongchaiyudh) were funding much of the recent violence."

The cable also said that Eskay admitted arranging meetings between Malaysian intelligence and various insurgents operating in Thailand, meetings which included an understanding of safe passage within Malaysia.

However, he had said that even on Malaysian soil, Thai Malay militants did not feel safe from possible assassination or kidnapping.

"On at least one occasion, a Thai bounty hunter had bribed local Malaysian police to abduct a separatist who was in Malaysia.

"Eskay had intervened to release the target, whom the Malaysian police officer had locked in the trunk of his police car," added the cable.

Foreign funding and international links

The cable also noted that Eskay had revealed that some insurgents received funds from a bank in Singapore, which passed through money changers in the border town of Padang Besar, in Perlis.

Eskay had also informed the US officials that he saw no evidence the Malay separatists had linked up with external terrorist groups such as Al-Qaeda or Jemaah Islamiyah.

"Eskay did not know the origin of the funds… though there was in his view a clear potential for a link-up with terrorist groups," said the cable.

Eskay commented that Malaysian intelligence did not pay adequate attention to this risk and he encouraged the US to keep a close watch on developments.

The US officials' meeting with Eskay took place just days before a visit to Thailand by the then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to offer a Malaysian "facilitator" role for future informal talks between Malay separatists and Thai government intelligence.

Eskay, however, felt that the Malaysian mediation role would not make progress.

"Instead, Eskay anticipated continued violence," said the US cable, which also stated that Eskay had shared with the US officials a 12-page "confidential" paper on the insurgency and Thai Malay views, resulting from his interviews with numerous separatist leaders.

More than 4,500 people, both Muslims and Buddhists, have died since shadowy insurgents launched an uprising in Thailand's southernmost region bordering Malaysia in early 2004.

The three southern provinces have been under emergency rule since 2005, giving the military broad powers of arrest.

Eskay is back in the news again in March this year after releasing a sex video which he claimed showed Opposition Leader Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute.

Anwar has denied it was him in the video but Eskay is adamant that he is right, claiming that he was in the video together with Anwar.- Free Malaysia Today

Also read:

The cable as published in Malaysia Today.

Insflasi : Khir Toyo bidas Najib.

Posted: 23 May 2011 05:14 AM PDT

Kata Khir Toyo "Misalnya kita kata petrol dan gula kita murah berbanding negara jiran. Tapi di negara jiran kita pula harga beras, ikan dan sayur-sayuran jauh lebih murah dari negara ini. Kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kenalah juga hapuskan dasar mengawal harga untuk barangan lain yang boleh didapati murah dari negara jiran."

Tambah Khir lagi "Kerajaan kata mahu kawal inflasi. Tapi dalam mahu kawal inflasi kerajaan mahu kurangkan subsidi petrol. Kalau ikut logiknya, pengurangan subsidi petrol ini akan tingkatkan harga petrol dan barangan sekaligus tingkatkan inflasi."

Itu kata Khir Toyo seorang Ahli UMNO dan juga bekas MB Selangor yang terkenal dengan Istana Ala Bali nya yang mencecah RM24Juta..


Biarpun beliau terbukti memang Kaya tetapi beliau juga mempersoalkan apakah rasionalnya kenaikkan harga RON95... tapi pencacai UMNO yang cukup-cukup makan saja tu bagaimana?


Inflasi: Kerajaan buat rakyat pening lalat — Dr Mohd Khir Toyo

23 MEI — Seperti yang dijangkakan Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan ini sekaligus menaikan kadar pinjaman asas. Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat yang membeli rumah dengan cara pinjaman.

Beberapa hari kemudian Gabenor Bank Negara menyatakan kenaikan inflasi adalah akibat kenaikan harga kos pembuatan terutamanya kenaikan harga minyak. Jadi ramai rakyat biasa di bawah jadi pening lalat mengapa Bank Negara perlu naikkan OPR dan BLR jika inflasi berlaku bukan disebabkan lebihan permintaan dan lebihan wang dalam pasaran.

Rakyat biasa yang bukan pakar ekonomi tertanya-tanya bagaimana kenaikan OPR dan BLR boleh membantu mengurangkan kos pembuatan terutamanya kos bahan api atau kos tenaga sekaligus mengurangkan inflasi.

KDNK Malaysia suku tahun pertama yang diumumkan hanya berkembang pada kadar4.6 peratus. Ini di bawah sasaran tahun ini pada sekitar 5.5 - 6 peratus. Maknanya inflasi bukan disebabkan pertumbuhan ekonomi yang terlalu cepat.

Malangnya, Bank Negara masih menggunakan cara lama untuk mengawal inflasi. Mungkin ada sebab Bank Negara naikkan kadar faedah, tapi majoriti rakyat tidak faham. Yang saya khuatir tindakan Bank Negara berterusan menaikkan kadar faedah bukan sahaja akan gagal mengawal inflasi malah mungkin akan menyebabkan kemelesetan pertumbuhan ekonomi.

Kalau baca akhbar The Star beberapa minggu lalu banyak kritikan terhadap tindakan Bank Negara ini dan hampir kesemuanya bersetuju tindakan Bank Negara menaikkan OPR dan BLR adalah tindakan tidak masuk akal. Mungkin semua yang menentang salah kerana kami tidak pandai ekonomi macam Gabenor Bank Negara. Kalau ada penjelasan logik cubalah berikan kepada rakyat, janganlah buat bodoh sahaja.

Rentetan masalah inflasi ini juga, beberapa Menteri mengakui inflasi di Malaysia agak serius. Mereka juga mengakui inflasi sekarang ini disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Yang anehnya mereka juga menyatakan kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol RON95 bagi mengurangi subsidi kerajaan.

Jadi kita yang dibawah ini bertambah keliru. Kerajaan kata inflasi berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan kata mahu kawal inflasi. Tapi dalam mahu kawal inflasi kerajaan mahu kurangkan subsidi petrol. Kalau ikut logiknya, pengurangan subsidi petrol ini akan tingkatkan harga petrol dan barangan sekaligus tingkatkan inflasi.

Baru-baru ini juga Makmal Rasionalisasi Subsidi umumkan pengurangan subsidi gula. Harga gula pun naik. Kalau sudah harga gula naik, susah juga nak halang pengusaha jangan naikkan harga minuman mereka. Kerajaan kata pengusaha jangan cari untung lebih dengan naikkan harga minuman.

Kita pun setujulah dengan pandangan kerajaan kalau kenaikan tersebut kecil. Namun jika telah dua kali harga gula naik (sebanyak 40 sen secara keseluruhannya) kerajaan masih tidak benarkan pengusaha naikan harga minuman susah juga. Kalau pengusaha kedai minuman mungkin boleh lagi, tapi kalau pengusaha Industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar susahlah mereka. Kenaikan sedikit sahaja sudah boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kenaikan kos gula mereka.

Pengusaha pun rakyat juga. Mereka pun pening juga. Kerajaan tidak benarkan mereka naikkan harga tapi kerajaan sendiri tak mahu rugi, sebab itu kurangkan subsidi. Jadi pengusaha jangan buat untung, kerajaan pula yang hendak buat untung?

Dulu saya cadangkan supaya ditutup sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana yang dibuat bukannya rasional sangat kepada rakyat. Makmal ini harus melihat isu subsidi secara keseluruhan bukannya secara berasingan.

Misalnya kita kata petrol dan gula kita murah berbanding negara jiran. Tapi di negara jiran kita pula harga beras, ikan dan sayur-sayuran jauh lebih murah dari negara ini. Kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kenalah juga hapuskan dasar mengawal harga untuk barangan lain yang boleh didapati murah dari negara jiran.

Tidak bolehlah satu keadaan kita hendak kurangkan subsidi hingga menyebabkan barangan jadi mahal, tapi ada barangan kita boleh dapat dengan murah dari luar, kerajaan pula kawal. Memang benar kerajaan perlu lindungi industri tempatan.

Rakyat boleh faham jika hak mereka juga dilindungi melalui skim subsidi sedia ada. Yang rakyat tidak faham ialah kerajaan tidak mahu beri subsidi untuk barang mahal tapi kawal barang murah sehingga jadi mahal.

Sepatutnya makmal rasionalisasi subsidi buat polisi mengurangkan subsidi yang rasional kepada rakyat. Tapi yang terjadi hari ini ialah makmal ini buat pengurangan subsidi ikut rasional mereka sahaja.

Namun yang paling tidak rasional ialah apabila kerajaan cakap nak turunkan inflasi tapi tindakan kerajaan hanya meningkatkan inflasi sahaja. Ini yang benar-benar buat rakyat pening lalat.


drkhir.com

Singapura potong gaji Menteri, Malaysia potong Subsidi..

Posted: 23 May 2011 03:18 AM PDT

SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Beliau memberitahu Channel NewsAsia hari ini formula gaji sebelum ini menjadikan menteri-menteri sebagai jutawan menyebabkan ramai pengundi marah sehingga mempengaruhi majoriti undi Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum negara ini, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dilapor telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula skim gaji menteri-menteri Kabinet yang menerima pendapatan antara S$1.57 juta (RM3.8 juta) hingga S$3.04 juta (RM7.4 juta) pada 2009.


Gerard Ee yang dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa itu berkata, langkah itu akan mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinet jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

"Formula yang digunakan sekarang untuk mengira gaji menteri-menteri Kabinet akan dimansuhkan," katanya selepas Kabinet baru republik ini mengangkat sumpah, semalam.

Hsien Loong dan 15 menteri Kabinet barunya mengangkat sumpah di hadapan Presiden S.R.Nathan di Istana Presiden, semalam.

Kabinet baru dengan hanya 15 menteri berbanding 21 sebelum ini menyaksikan beberapa muka baru selepas sembilan menteri termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong bersara.

Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi

Harga Gula membuktikan Najib mengutamakan Kroni

Posted: 23 May 2011 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pentadbiran Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.

Soal pemotongan subsidi juga menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan bulan depan.

Justeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.


"Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

"Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.

"Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia," kata Lim.

Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.

MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.

Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.

Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.

Lim merujuk kepada kenyataan ketua setiausaha kementerian kepenggunaan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

"Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

"Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia," katanya.

Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

"Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM," katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.

"Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

"(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil," katanya. - The Malaysian Insider


Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 23 Mei 2011 di Kuala Lumpur.

Kerajaan sepatutnya membantu rakyat bukan membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya sebanyak RM232 juta pada tahun 2010 dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 ke RM2.30 sekilogram.

DAP kesal terhadap Kerajaan BN yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta pada tahun 2010 berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. Keuntungan yang diperolehi oleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd.

Untuk pertama kalinya, Felda Land Development Authority (Felda) yang ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan badan berkanun yang bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di antara masyarakat Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya. Ini diikuti dengan pengambilalihan pada tahun 2010 oleh adik- beradik Kuok - dikuasai oleh PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd ( kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds (M) Bhd.

Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM di dalam Bursa Saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia.

Tawaran umum yang dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham. MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. MSM menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai lebih kurang MYR 2.3 bilion. Pada tahun 2010, MSM memperolehi keuntungan sebanyak RM 232 juta.

Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.


Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu? Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM11.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ianya dimiliki oleh Felda. Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi 'coprorate- centric' yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM.

BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa. Dasar sosial-ekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil. Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan Barang Naik manakala PR (Price Reduction).


LIM GUAN ENG

Melawat Anak tu.. kira Lawatan Kerja ke?

Posted: 22 May 2011 11:57 PM PDT

WASHINGTON 22 Mei — Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak mereka memperoleh segulung ijazah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali.

Najib yang berada di Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas untuk lawatan kerja seminggu ke New York dan Washington, meluangkan masa lebih tiga jam berada di Universiti Georgetown dan duduk bersama beratus-ratus ibu bapa dan kaum keluarga masing-masing pada Majlis Konvokesyen anaknya di universiti itu pada Sabtu.


Anak perempuan mereka, Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

"Saya bersyukur bahawa anak saya dapat kelulusan ijazah pertama daripada Georgetown School of Foreign Service. Sebagai bapa tentu saya rasa tanggungjawab saya sudah saya lunaskan dan anak saya berjaya mendapat pendidikan dalam lapangan yang beliau minati," katanya selepas majlis konvokesyen di Healy Lawn universiti itu.

Turut hadir anak lelaki mereka Nor Ashman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Kata Najib, dengan pengalaman bersifat global di sini, kurikulum yang berkualiti dan menyegarkan, ia dapat menyediakan anak beliau untuk menjalani kehidupan di dunia dengan menghadapi segala cabaran dengan jayanya.

"Saya dapati kurikulum School of Foreign Service sesuai dalam era globalisasi. Sebab antaranya terpaksa pelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun," kata beliau yang merujuk kepada Bahasa Arab yang diambil Nooryana semasa pengajian di sini.

Ditanya rancangan masa depan Nooryana, Najib berkata, anaknya mahu mencari pengalaman kerja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Rosmah turut melahirkan rasa syukur anak perempuan beliau berjaya menamatkan pengajian di salah satu universiti terkemuka di dunia itu.

"Sebagai ibu apa yang saya telah berkorban, saya dapat merasai hasil daripada kerja kuat beliau dan segala pengorbanan sebagai ibu. Saya sentiasa berhubung, sentiasa memantau perkembangan pelajaran beliau dalam masa di antara tanggungjawab sebagai isteri kepada pemimpin negara," katanya.

Rosmah berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai program dan tanggungjawab sebagai presiden atau penaung pelbagai badan bukan kerajaan dan kebajikan, beliau memastikan dapat meluangkan masa memantau perkembangan pelajaran anak-anaknya.

"Seharusnya dapat bahagikan masa...jika nak nasihat (orang lain), seharusnya saya harus amalkan. Harap ibu-ibu pantau pelajaran anak-anak mereka berjaya dan berguna kepada bangsa dan negara kita," tambah beliau.


BERNAMA

Cepatnya balasan Allah..

Posted: 22 May 2011 09:18 PM PDT

PUTRAJAYA 23 Mei - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.

Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan.


Lidah Rasmi UMNO

Tanah Runtuh : Najib akan melawat esok tapi Anwar akan melawat hari ini!

Posted: 22 May 2011 08:20 PM PDT

Dua berita dibawah ini menunjukkan lebih jelas kepada kita rakyat Malaysia (yang masih mampu berfikir) apakah yang dimaksudkan dengan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'..

Najib yang kini sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas tidak memendekkan lawatannya kerana baginya pencapaian lebih diutamakan..

Anwar Ibrahim pula menunjukkan kepada kita apa yang dikatakan 'Rakyat didahulukan'..

Bernama melaporkan..


PM Dan Isteri Akan Bakal Tiba Selasa Ini Untuk Ke Lokasi Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat sejurus tiba dari lawatan luar negara Selasa ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Ahad, Najib dan isteri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah.

Najib kini berada di Washington untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas dan dijadual pulang ke tanah air Selasa ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang semalam, 16 mangsa terkorban manakala sembilan yang lain cedera.


Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Bilik Gerakan Tragedi Rumah Anak Yatim Al Hidayah

Dato Seri Anwar Ibrahim akan ke bilik gerakan penyelamat Kerajaan Negeri Selangor Di Hulu Langat pada jam 6.45 petang bersamaan 23 Mac 2011 (hari ini).Beliau akan diiringi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah butiran lawatan:

Lokasi: Bilik Gerakan Tragedi Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al Taqwa,Lembah Azwan Resort,Jalan Felcra Sungai Semungkis,Batu 14,Hulu Langat.

UMNO Pengecut!

Posted: 22 May 2011 06:47 PM PDT

JOHOR BAHRU 22 Mei - Pas menyifatkan tindakan UMNO yang masih tidak memberitahu tarikh sebenar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai tindakan pengecut dan tidak adil.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, taktik UMNO yang sering mengumumkan secara mengejut tarikh pilihan raya umum ternyata berat sebelah dan hanya mementingkan diri.

"Mereka bertindak demikian berikutan rasa selamat dengan cara begitu. Ini tidak adil. Mereka bersikap negatif kerana takut kedudukan mereka terancam sekiranya tidak bertindak sebegitu.

"(Bagaimanapun) jentera pakatan rakyat dan Pas sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menghadapi PRU," katanya pada sidang akhbar selepas majlis jamuan rakyat bersama Pas Kawasan Pulai di Markas Pas Taman Dahlia, di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas persediaan Pas dalam menghadapi PRU berikutan disebut-sebut akan diadakan dalam masa terdekat seperti yang dibayangkan Perdana Menteri.

Abdul Hadi berkata, sudah sampai masanya rakyat di bandar atau luar bandar membuat perubahan dengan menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah lebih 50 tahun.

Dakwanya, 'kesilapan' rakyat itu perlu diperbetulkan dan pakatan rakyat mengamalkan demokrasi yang berbeza daripada segi dan prinsipnya.


Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: