Ahad, 22 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Jawapan Shahrizat Yang Bangang

Posted: 22 May 2011 04:32 AM PDT


Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.
Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana.
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu. - Shahrizat Jalil
P/s: Woi minah mamak, kalau nak tunggu agensi mana Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat yang didaftarkan, mati dululah anak yatim itu. Bangang punya pemimpin. ada ke patut dipertikaikan daftar ke tidak. Sekarang engkau hulurlah bantuan bukannya duk pertikai berdaftar dengan agensi mana atau pun tidak.

Jualan Buku Khas Beli 1 Percuma 1 (Edisi TGNA)

Posted: 21 May 2011 10:55 PM PDT


Sila dapatkan buku-buku karangan Al fadhil Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari, untuk tempahan, boleh hubungi 014-836 3144.

Dapatkan buku koleksi mutiara kata Tuan Guru Menteri Besar kelantan. Kata-kata ini disertakan maklumat dimana ucapan itu dikeluarkan, sangat baik sebagai rujukan kita bersama. Sangat bagus untuk panduan kita bersama. Diselitkan gambar-gambar Tuan Guru MB Kelantan terbaru!! 

Dapatkan segera...!PERCUMA BUKU REVOLUSI MESIR 2011.

BUKU PERCUMA SAH UNTUK PEMBELIAN HARI INI (22 Mei 2011) SAHAJA..STOK TERHAD.

Suami Bertukar 'Syaitan'

Posted: 21 May 2011 09:35 PM PDT

 Gambar hiasan

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang cemburu melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain 'naik hantu' apabila membelasah wanita itu separuh mati termasuk menetak hingga putus jari hantu tangan kiri mangsa sebelum membunuh diri dalam kejadian di Kampung Gentoung Rosok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, Dua Tulis, 46, parah di kepala selain patah tangan kiri selepas suaminya, Sibin Tetobok, 46, membelasahnya menggunakan parang dan kayu.

Difahamkan, suami mangsa dikatakan berang melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain di sawah padi kampung berkenaan lalu mengamuk, termasuk mengeliling kampung dan menjerit akan membunuh isterinya.

Beberapa penduduk yang menyedari perkara itu menghubungi polis berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Selain itu, jiran mangsa mendakwa terdengar pertelingkahan antara pasangan berkenaan sebelum anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa dalam keadaan parah manakala suaminya menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superintendan Mohan Nadasen mengesahkan perkara itu dan memberitahu, mangsa kini dirawat di Hospital Kota Belud akibat cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis menuju ke rumah pasangan berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam rumah terbabit.

"Polis turut menemui parang dan kayu dengan kesan darah, dipercayai digunakan suspek untuk menetak dan memukul isterinya," katanya.

Mohan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui jari hantu mangsa dan dihantar ke hospital untuk disambung semula, namun doktor mendakwa sudah terlambat.

"Polis kemudian menjejaki suspek sebelum dimaklumkan penduduk bahawa lelaki itu berada di sebuah pondok di sawah padi.

"Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis meminum sejenis cecair dipercayai racun sebelum rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.

Katanya, suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat suspek untuk mengetahui punca kematiannya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Maksiat Ikut Kadar Jam

Posted: 21 May 2011 07:45 PM PDT





GEORGETOWN: Hanyut dengan godaan asmara, tindakan sepasang kekasih menyewa bilik sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, mengikut kadar jam tanpa mendaftar masuk bagi mengelak perbuatan mereka dikesan, terbongkar apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat, semalam.

Pasangan itu ditahan dalam operasi cegah maksiat jam 3 pagi oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.

Pemeriksaan mendapati mereka berusia 30-an dan lelaki itu warga tempatan serta berkahwin manakala pasangannya warga Indonesia.

Khairul Azman berkata, pasangan itu dipercayai menyewa bilik hotel untuk melakukan maksiat tanpa mendaftar. Menurutnya, pasangan itu kemudian dimaklumkan mengenai kesalahan mereka dan ditahan bagi siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: