Senyum Tangis Sendu |
- Gambar: Gereja Terbesar Dunia Terletak Di Malaysia?
- Gelombang Hijau
- Apa Motif Anuar Musa?
- Syarikat Insurans Hadiah Pelacur Kepada Pekerja Cemerlang
- Filem Seram Lucah
Gambar: Gereja Terbesar Dunia Terletak Di Malaysia? Posted: 21 May 2011 04:20 AM PDT Tahukah anda gereja terbesar di dunia di bina di mana? Gereja tersebut terletak berdekatan dengan stadium Nasional Bukit Jalil apabila siap nanti. Gereja tersebut merupakan gereja terbesar, termoden serta tercanggih dalam dunia yang terletak dalam negara Malaysia. Puak-puak songkok tinggi heboh memperkatakan tentang Malaysia negara Islam tetapi gambar ini membuktikan segala-galanya tindakan sebenar kerajaan songkok tinggi. Gereja itu tidak dapat ditandingi oleh masjid-masjid yang dibina oleh puak-puak songkok tinggi seperti Masjid Kristal, di Terengganu. Gereja ini diberikan nama CCC atau Calvary Convention Centre. Gereja ini masih dalam proses pembinaan dan siap dengan billboard bertulis dengan perkataan 'AND THERE IS HOPE'. Apakah tujuan sebenar pembinaan Pusat Konvesyen Kalvari tersebut? Kos membina bangunana ini dianggarkan berjumlah RM100 juta dan tidak termasuk dengan harga kos tanah yang bernilai RM35 juta. Gereja ini juga mempunyai 6 (enam) tingkat apabila siap nanti. Ia merangkumi kegiatan termasuk sebagai hos konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional, jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan anak muda bangsa kita, orang-orang dari segenap usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna. Rupa-rupanya ia juga mempunyai ciri-ciri FREEMASON seperti gambarajah di bawah ini. Klik imej bagi pembesaran The Calvary Convention Centre The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities. These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia. The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements. The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility. Klik gambar untuk ke website ini Klik gambar untuk ke website ini Terjemahan (Indonesia) Pusat Konvensyen Kalvari Para Kalvari Convention Centre (CCC) adalah sebuah pusat konvensyen yang unik yang didedikasikan untuk mengejar kegiatan holistik. Kegiatan ini termasuk hosting dari antarabangsa, serantau dan nasional konvensyen, Jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, dan pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan muda bangsa kita, dan orang-orang dari segala usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna dan teladan Malaysia. CCC, saat selesai, akan menjadi multiplex 6 lantai, terdiri daripada sebuah auditorium 5.000 kerusi dan sebuah lampiran pendidikan dan latihan, dengan jumlah dibina luas sekitar 600.000 sq ft ini akan mempunyai kemudahan yang unik dan didedikasikan untuk meningkatkan konvensyen dan keperluan pendidikan. CCC adalah projek non-profit yang sedang dibangunkan oleh Gereja Kalvari selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu untuk menanamkan nilai-nilai spiritual, moral yang benar, perilaku yang baik, sosial dan tanggung jawab awam. |
Posted: 21 May 2011 01:42 AM PDT Gelombang hijau malam tadi mewarai padang perdana tempat berlangsung Himpunan 10,000 anak muda. Ia ternyata menenggelamkan gelombang merah dilancarkan Umno tahun lepas. Anak muda lelaki dan perempuan tanpa mengira usia berbondong-bondong melangkah menuju ke tempat perhimpunan tersebut yang bermula jam 4 petang semalam. Tanpa ada upah dan kerahan membabitkan penjawat awam seperti gelombang merah, anak-anak muda berbaju hijau dan berketayap putih bersemangat. Laungan takbir bergema berulang kali di atas padang. Tanpa menghiraukan pancaran terik matahari di ambang sore pemuda memenuhi khemah tempat pendaftaran sebelum bersila di atas tikar. Ada juga anak-anak muda berjubah putih memenuhi sebahagian padang. Mereka hadir memberi sokongan bagi mempertahankan ketuanan Islam. Tema perhimpunan tersebut 'Tolak Umno Islam Selamat' ternyata memberi suntikan baru selepas gelombang merah Umno kelihatan berada penghujungnya. Program bermula dengan solat Asar berjemaah, diikuti celoteh Bob Lokman, anak tempatan yang kini menjadi ikon remaja apabila berubah daripada seorang seniman kepada pejuang Islam. Persembahan dikir barat oleh Kumpulan Sri Halaqat menghiburkan anak-anak muda dengan dendangan lagu-lagu dikir berunsur nasihat. Hampir seluruh padang dipenuhi anak-anak muda. Ikut sama pada program tersebut Nisa' di kalangan muslimat muda. Tempat parkir di sekitar Stadium Sultan Mohamad Ke-IV penuh sesak, begitu juga di Bazar Tok Guru. Laluan Jalan Mahmood sesak dengan kenderaan bertali arus. Sepanjang Jalan Hospital di kiri kanan jalan pula berderetan bas disewa pemuda kawasan dari seluruh Kelantan. Himpunan tersebut merupakan kali kedua selepas himpunan serupa pernah diadakan menjelang pilihan raya umum lalu. |
Posted: 20 May 2011 11:10 PM PDT Satu majlis pelancaran rasmi ARMY akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad pada 18 Jun depan. Ketua Jajahan juga akan berperanan sebagai pembimbing kepada setiap pusat latihan tersebut. - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa. Sikap Anuar Musa yang menjemput Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad bagi merasmikan Akademi Bola Sepak Alhamra Red Warrrior (ARMY) pada 18 Jun depan memperlihatkan ia berunsur politik. Ini kerana Mustapa Mohamad tidak ada kaitan langsung dengan bidang bola sepak dan beliau hanyalah seorang menteri dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta bukan dari Kementerian Belia dan Sukan seperti yang dipegang oleh Sabri Chik. Munasabah juga jika Sabri Chik yang dijemput kerana ia berkaitan dengan portfolio sukan tetapi ini berkaitan industri yang dijemput oleh Anuar Musa. Walaupun Anuar Musa tidak mahu menjemput exco kerajaan Kelantan yang memegang portfolio sukan, ia tidak patut berbuat demikian. Lihat Topi Mustapha Mohamad Ketika Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 30 Oktober 2010, Anuar Musa dan Mustapha Mohamad telah mempergunakan bidang bola sepak dengan berkempen di pilihanraya N.45 Galas pada 4 November pada tahun yang sama. (Seperti dalam gambar di atas) Tindakan Anuar Musa dan Mustapha Mohamad yang membawa Piala Malaysia ke tempat pilihanraya Galas tersebut untuk membuktikan bahawa UMNO telah menarik golongan penyokong bola sepak Kelantan walhal penyokong yang datang untuk melihat Piala Malaysia dan pemain The Red Warriors serta bukannya melihat UMNO berkempen. Penyokong tetap bersatu walau berbeza fahaman politik Tindakan yang sama juga akan berlaku pada 18 Jun ini. Apa guna adanya exco sukan dalam negeri Kelantan jika tidak diundang sedangkan ada 2 orang yang hebat dalam bola sepak Kelantan iaitu Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan Dato' Haji Takiyuddin Hassan, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM). Gelombang The Red Warriors Adakah Anuar Musa tidak mengetahui bahawa Dato' Haji Takiyuddin Hassan adalah Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang berasal dari Kelantan? Habis, siapa yang melantik Dato' Haji Takiyuddin Hassan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM)? Anuar Musa pernah berkata bahawa penyokong tidak dibenarkan membawa bendera-bendera parti politik tetapi beliau sendiri mempolitkkan bola sepak tersebut. Siapakah yang berpolitik? Penyokong atau Anuar Musa yang lebih ke arah politik? Penyokong Kelantan dan Bendera PAS Penyokong Kelantan dan Bendera Barisan Nasional Bagi penyokong Kelantan, mereka tidak ada masalah dalam politik tetapi yang mereka mahukan ialah semangat kesukanan dari penyokong Kelantan yang bergabung tidak kira fahaman politik tetapi Anuar Musa terlalu mainkan sentimen politik. Sumber: Surat Kiriman dari Peminat Setia The Red Warriors |
Syarikat Insurans Hadiah Pelacur Kepada Pekerja Cemerlang Posted: 20 May 2011 09:00 PM PDT Gambar hiasan BUDAPEST: Sebuah firma insurans utama menghargai kakitangannya yang cemerlang dengan menghadiahkan mereka pelacur, lapor media semalam. Menurut laporan akhbar, syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik. Munich Re adalah syarikat penanggung insurans bagi syarikat insurans lain dan berpangkalan di Munich, Jerman. Media melaporkan, pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti pada 2007 itu. Selepas melayan mana-mana jurujual, lengan pelacur itu akan dicop bagi membolehkan tetamu mengetahui kekerapan mereka dilanggan. Sumber berkata, pelacur terbabit rela melakukan "apa saja yang diminta" sepanjang pesta berkenaan berlangsung. "Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas," katanya. TS |
Posted: 20 May 2011 07:58 PM PDT IPOH: Pelbagai filem seram berunsur lucah dari negara jiran, Indonesia dikesan mula membanjiri pasaran tempatan dengan kebanyakannya menggunakan gambar model wanita pelakon lucah sebagai tarikan utama. Difahamkan, filem dalam bentuk cakera padat digital (DVD) cetak rompak itu menggunakan khidmat pelakon lucah dari Amerika seperti Tera Patrick selain pelakon porno Jepun terkenal, Miyabi. Unsur erotik yang diketengahkan itu jelas dilihat pada kulit luar DVD cetak rompak itu apabila memaparkan pelakon separuh bogel dengan aksi mengghairahkan sebagai tarikan utama kepada pembeli. Seorang peniaga yang dikenali sebagai Leong, 20-an, berkata, sambutan memberangsangkan terhadap filem seram atau hantu dari Indonesia itu menyebabkan anggota sindiket berlumba-lumba mendapatkan salinan dari negara berkenaan. Menurutnya, setakat ini, terdapat 30 judul filem seram dari negara jiran dengan 80 peratus mempunyai unsur seks selain memaparkan gadis seksi sebagai tarikan utama. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan