PERAKITE |
- Seramai 24 orang termasuk anak yatim dikhuatiri tertimbus; Lima disahkan mauh
- Kenyataan berniat jahat dan tidak bertanggungjawab mengenai TG Presiden
- Ada kopitiam di Pulau Pinang guna DNA babi ?
- Rakyat akan terbeban tanggung kenaikan harga makanan 30 peratus
- Kerajaan negeri salurkan bantuan mangsa banjir
Seramai 24 orang termasuk anak yatim dikhuatiri tertimbus; Lima disahkan mauh Posted: 21 May 2011 06:24 AM PDT |
Kenyataan berniat jahat dan tidak bertanggungjawab mengenai TG Presiden Posted: 20 May 2011 10:13 PM PDT Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan kononnya pengekalan Datuk Seri TG Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan mendekatkan parti itu kepada kerajaan perpaduan, sebagai pandangan nakal dan tidak bertanggungjawab. Naib Presiden PAS itu berkata, pandangan itu tersangat dangkal, cetek dan boleh disifatkan sekadar bermotif untuk menimbulkan ketakutan dan keresahan di kalangan ahli PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat. Semalam, Bernama melaporkan persoalan, apakah pengekalan Hadi sebagai pemimpin tertinggi PAS pada penggal akan datang, akan mendekatkan PAS dengan kerajaan perpaduan ? "Kenyataan ini jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba menyuntik satu tanggapan buruk terhadap Presiden Pas," katanya. BERNAMA dalam editorialnya menyatakan Hadi dipilih untuk kekal sebagai presiden berikutan direstui ramai ahli yang menyokongnya untuk bekerjasama dengan UMNO BN menerusi kerajaan perpaduan. Salahuddin menambah, kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini sengaja dimainkan demi mewujudkan suasana tidak sihat menjelang Muktamar Pas yang bakal berlangsung Jun ini. Muktamar Pas ke- 57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini di Taman Melewar Kuala Lumpur. Setakat ini, TG Hadi dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi mengekalkan jawatan masing- masing tanpa ditandingi. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Haji Salleh Man turut menyifatkan bahawa media arus perdana senantiasa berusaha mengeruhkan kerjasama yang terbina dalam Pakatan Rakyat. Media arus Perdana sememangnya telah diagendakan untuk berterusan membangkitkan keraguan dan kegoyahan hati rakyat terhadap PAS di kalangan DAP dan PKR, katanya. Ia satu perbuatan yang sememangnya cuba diterapkan dalam minda rakyat bahawa PAS kononnya memang mempunyai agenda tersembunyi dan tidak jujur dalam persahabatannya dalam Pakatan Rakyat, tegas Salleh yang juga Adun Permatang Pasir. |
Ada kopitiam di Pulau Pinang guna DNA babi ? Posted: 20 May 2011 08:19 PM PDT Pengguna beragama Islam di Pulau Pinang dinasihati berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini. Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya. Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti. |
Rakyat akan terbeban tanggung kenaikan harga makanan 30 peratus Posted: 20 May 2011 07:52 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersalahkan tindakan kerajaan persekutuan yang menarik subsidi sebagai punca harga makanan melambung naik. Dengan berbekalkan perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), katanya, peningkatan harga makanan di Malaysia adalah dua kali lebih tinggi daripada purata dunia. "Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011. "Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Menurut Anwar, kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu. Ketua pembangkang itu berkata sekiranya kerajaan Umno-BN gagal mengawal kenaikan harga barangan, Malaysia sekali lagi akan mengalami harga makanan tertinggi sejak tahun 2008. "Sepanjang enam tahun lalu, harga makanan naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini hanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," katanya. Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menyatakan dasar Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah penyelesaian berkesan efektif untuk membanteras kenaikan kos hidup yang melambung tinggi. Ini termasuk menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada golongan elit serta syarikat yang bersekongkol dengan Umno-BN termasuk syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Anwar menegaskan penarikan subsisi untuk barangan keperluan juga berpunca dari kegagalan Perdana Menteri Najib Razak mengekang rasuah yang menjadi faktor utama kerajaan persekutuan mengalami kerugian sekitar RM28 bilion setahun sejak 2008. Angka itu disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara. Menurutnya ketirisan yang semakin serius dalam pengurusan memaksa Najib memotong subsidi rakyat dengan alasan mengurangkan beban difisit negara. |
Kerajaan negeri salurkan bantuan mangsa banjir Posted: 20 May 2011 07:42 PM PDT Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman menyampaikan bantuan kewangan kerajaan negeri kepada 68 mangsa banjir kilat di Dun Pinang Tunggal yang terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut Mansor, sumbangan yang diberikan adalah hasil kumpulan dana dari Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, bahagian penyelaras Dun Pinang Tunggal serta dari pejabatnya sendiri. "Sebenarnya tiada terma bantuan langsung berkenaan bencana banjir kilat tetapi atas musibah yang melanda kita pada 3 April lalu di sini mendorong JKKK kita dengan kerjasama kerajaan negeri tunaikan tanggungjawab mereka membela rakyat. "Memang kita (kerajaan negeri) nak bantu dan terima kasih kepada seluruh rakyat di sini kerana bersama-sama kita (kerajaan negeri Pulau Pinang) membangunkan kawasan pertanian di sini. "Kerajaan negeri yang mahu terus mesra rakyat ini mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terbabit membuat laporan kerosakan sehingga bantuan bencana ini boleh disalurkan," ujarnya di Dewan Saga, di sini. Dalam perkembangan yang lain, Mansor yang juga Adun Penanti mengajak rakyat khususnya warga emas supaya mendaftarkan diri sebagai penama untuk menerima bantuan daripada kerajaan negeri. "InsyaAllah kerajaan negeri, sebelum Hari Raya Puasa akan sekali lagi menyalurkan sumbangan kepada warga emas yang mendaftar. "Di (Dun) Pinang Tunggal ini, bilangan warga emas yang berdaftar masih kecil dan saya berharap pendaftaran lebih agresif untuk mengurangkan beban hidup rakyat, termasuk orang Melayu sendiri," ujarnya. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinang Tunggal, Mohamad Akhir bin Che Mat pula berkata, 36 penerima sumbangan terbabit adalah mangsa banjir ekoran projek mega landasan keretapi berkembar oleh kerajaan pusat, di sini. "Kita melihat 36 keluarga ini layak menerima kerana banjir kilat di rumah mereka yang kebetulan di sekitar kawasan landasan kereta api berkembar. Walau sumbangan ini tidak besar tapi dengan keprihatian kerajaan negeri turun padang dan lihat rakyat sudah cukup mengubati rakyat," beliau menambah. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan