Senyum Tangis Sendu |
- Kenyataan Bodoh Muhyidin
- Punca PKR Kena Bubar
- Munajat Anak Kelantan Himpun 10,000 Pemuda
- Selepas Ini Rakyat Malaysia Makan Habuk Kayu Ganti Gula
- Dalang Disebalik Bank Muamalat Kena Bergabung
- PRU-13 Julai 2011
- Letrik Pula Akan Naik Harga
- Menteri Malaysia Bodoh, Bangan dan Jakun
- PERKASA vs AMK di Pejabat Utusan
- Zakat Alam Ghaib
- PKR Akan diharamkan dan dibatalkan Pertubuhannya
- Tembikai Meletup
- Geng 'Polis' dicekup
| Posted: 19 May 2011 07:30 AM PDT ... kerana dasar Islam Barisan Nasional adalah untuk memberi layanan adil kepada semua. Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu lagi meragui usaha UMNO untuk membangunkan negara Islam kerana Malaysia memang sudah negara Islam. - Muhyiddin Pelik betul Islam Barisan Nasional. Tidak pernah ku dengar. Dulu Islam Hadhari tapi sekarang Islam Barisan Nasional. Patutlah jahil mereka-mereka ini. Banyak sangat 'Islam' yang mereka anuti. Mamat di atas ini ialah hero UMNO Pulau Pinang. Dia sangat benci dengan DAP Pulau Pinang. Kebenciannya itu turut melibatkan 'Umar Abdul Aziz'. Inilah Islam Barisan Nasional seperti yang diperkatan oleh Muhyiddin seperti dalam ayat yang di petik dari UMNO Online. Muhyiddin mahu Islam Barisan Nasional tetapi mamat di atas tidak kenal dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Macam mana penerapan Islam Barisan Nasional kepada mamat di atas? Tadi mamat di atas keluar dalam RTM1 mengatakan kerajaan Pulau Pinang abaikan nelayan. Jaguh UMNO yang bodoh tentang agama cuba menyindir Lim guang Eng dan menyamakan dengan Khalifah Abdul Aziz menujukkan Islam Barisan Nasional Muhyiddin gagal sepenuhnya |
| Posted: 19 May 2011 06:15 AM PDT Komplot untuk mebatalkan status pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS) dilihat mempunyai unsur-unsur politik yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu kerana tidak senang dengan parti komponen Pakatan Rakyat itu. Berikut ialah ketidaksenangan UMNO/BN terhadap PKR: 1. PKR telah mendedahkan berlaku unsur pertambahan undi di Selangor dan ini menyebabkan BN panas dengan isu tersebut. 2. Tidak mahu PKR wujud dan cuba mematikan Ketua Pembangkang untuk Pakatan Rakyat, Dato seri anwar Ibrahim. 3. Bimbang takut PKR menang besar pada PRU-13 kerana rakyat mungkin bersimpati dengan Anwar Ibrahim. 4. Jika mereka penjarakan Anwar, rakyat boleh bangkit memberikan undi untuk PKR. Jadi, untuk memastikan semua sudah 'mati', maka pendaftaran PKR dibatalkan. 5. Bimbang mereka akan disumbat ke penjara sekiranya PR berjaya tawan Putrajaya. Bagi memastikan PR tidak merealisasikan hasrat mereka, watak PKR akan dimatikan. 6. Jika PKR dimatikan, watak PAS dan DAP akan dilaga-lagakan dengan tajuk cerita "PAS bersekongkol dengan DAP". Itulah tajuk selalu laga-lagakan. 7. Polis gagal buktikan siapa pelakon dalam adegan video seks dan berkeras tidak akan dedahkan siapa pelakon itu. Ini membuktikan kes ini diada-adakan. Jika betul dalam video itu Anwar, sudah lama ia dedahkan. 8. Jika tidak dibatalkan pendaftaran, maka isu ini akan berlanjutan serta akan memberi masalah kepada UMNO/BN yang tidak senang duduk dengan PKR yang mendedahkan salah laku perbuatan mereka. |
| Munajat Anak Kelantan Himpun 10,000 Pemuda Posted: 19 May 2011 05:00 AM PDT KOTA BHARU - Seramai 10,000 golongan pemuda bakal menyertai himpunan Munajat Anak Kelantan di Padang Perdana, di sini, esok, sebagai sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertahankan Kelantan dan memohon keberkatan Allah. Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, program yang bermula jam 3 petang hingga 11 malam itu akan menghimpunkan golongan pemuda Kelantan seluruh negeri untuk bermunajat. "Pada malamnya diadakan solat hajat memohon keberkatan Allah supaya memberkati masyarakat negeri ini dan memohon supaya pihak berkenaan mengembalikan hak royalti minyak. "Seterusnya disertai dengan bacaan al-Quran dengan khatam 100 kali. Ia diadakan sebagai tanda sokongan golongan muda dan belia terhadap Kerajaan Negeri," katanya kepada :Sinar Harian, s:emalam. Menurutnya, aktiviti solat hajat dimulai jam 6.30 petang sehingga solat Isyak dan diakhiri dengan penyampaian amanat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya, program itu diadakan bagi memohon terus kepada Allah berhubung segala masalah yang dihadapi rakyat Kelantan kerana Allah sebaik-baik tempat pergantungan dan tempat memohon segala pertolongan. "Diharapkan golongan pemuda di negeri ini dapat hadir pada program berkenaan dan turut memberikan sokongan padu kepada perjuangan Kerajaan Negeri selama ini. "Ini kerana isu royalti minyak adalah hak bersama rakyat Kelantan dan diharapkan ia dapat dikembalikan segera seperti yang diterima rakyat Terengganu," katanya. Abdul Latiff berkata, Terengganu menerima pembayaran wang royalti yang berjumlah RM670 juta pada Mac lalu sebelum diikuti RM150 juta dan bakinya RM118 juta dijangka diterima bulan depan. |
| Selepas Ini Rakyat Malaysia Makan Habuk Kayu Ganti Gula Posted: 19 May 2011 02:11 AM PDT SELAMA ini kita hanya mengetahui gula dihasilkan daripada tebu. Kemudian beberapa tahun lalu, penemuan daun stevia sebagai alternatif gula turut menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, apabila seorang penyelidik muda dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim berjaya menghasilkan gula ringkas daripada habuk kayu, penemuan itu bukan sahaja melonjakkan namanya, bahkan membolehkan beliau bakal membuka sebuah kilang tidak lama lagi. PENGHASILAN gula ringkas menggunakan habuk kayu mengelakkan sisa industri tersebut dibuang begitu sahaja sekali gus mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih. Dengan teknologi hijau farmentasi katanya, ia dimanfaat bagi mengurangkan kos pengeluaran berbanding kaedah hidrogen yang digunakan secara meluas dalam penghasilan gula itu ketika ini. Gula yang dihasilkan menerusi projek ini bukan saja boleh digunakan sebagai pemanis makanan bahkan, untuk pelbagai industri lain seperti kosmetik. Penggunaan habuk kayu sebagai sumber penghasilan gula ini sekali gus mengatasi masalah pembuangan sisa industri itu yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia. |
| Dalang Disebalik Bank Muamalat Kena Bergabung Posted: 19 May 2011 01:15 AM PDT CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC) dan Datuk Nazir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB. Bank Muamalat pula ialah bank yang hampir mengalami kerugian dan gagal untuk diselamatkan memandangkan Bank Muamalat di bawah CIMB. Keadaan Bank Muamalat seperti biawak hidup cuba diselamatkan dengan mencadangkan Bank Islam membelinya untuk pergabunggang adalah tindakan menyelamatkan kroni milik Datuk Nazir tersebut. Jika Bank Islam membelinya, maka berapa banyak aliran tunai duit rakyat akan mengalir? BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd. BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB. Kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi. |
| Posted: 19 May 2011 12:30 AM PDT Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) agar tidak mengambil kesempatan untuk membatalkan pendaftaran PKR tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh. PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran dan telah menerima surat tunjuk sebab daripada RoS. Tegas Salahuddin, RoS harus memperincikan segala masalah teknikal yang wujud sebelum membuat sebarang keputusan. Jelas beliau, RoS tidak harus mengamalkan sikap "double standard" dan mengambil kesempatan atas masalah teknikal yang berlaku. "Ia (bukti) harus diperincikan, janganlah RoS amalkan double standard dan ambil kesempatan untuk haramkan parti dalam Pakatan Rakyat. "Semua parti ada masalah-masalah teknikal tapi jangan ambil kesempatan untuk haramkan PKR di saat-saat kita mahu menghadapi pilihan raya umum, perkara kecil seperti itu boleh diselesaikan, tidak perlu untuk diharamkan," katanya pada sidang media di sini. Pada sidang media tengah hari tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. Bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini. |
| Posted: 18 May 2011 11:53 PM PDT Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau. Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu. Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat. |
| Menteri Malaysia Bodoh, Bangan dan Jakun Posted: 18 May 2011 09:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Australia Barat, Lynn MacLaren menggesa Parlimen Australia Barat menghentikan rancangan projek melibatkan proses nadir bumi yang menghasilkan thorium oleh syarikat Lynas di Malaysia. "Ini jauh lebih bahaya daripada mengangkut bijih besi yang diumumkan Menteri baru-baru ini sehingga memutuskan operasinya dibawa keluar daripada kota pelabuhan Australia. "Berdasarkan cadangan awal, bahan yang mengandungi radioaktif, thorium akan dilakukan penghantarannya melalui Fremantle yang akan diproses di Malaysia. "Sebuah panel pakar akan ditubuhkan di bawah Badan Tenaga Atom Antarabangsa bagi menyiasat projek Lynas di Malaysia kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan akibat radiasi," kata Maclaren dalam kenyataannya semalam. Kata beliau, Lynas dicadangkan untuk beroperasi di Mount Weld berdekatan Laverton, Australia untuk memproses nadir bumi yang menghasilkan sisa radioaktif berupa thorium. "Lynas dicadangkan beroperasi di Mount Weld yang memproses bahan radioaktif mencecah 1500 juta perbahagian. Kandungan bahan tersebut kemudian akan dihantar ke Malaysia serta sisa thorium yang dihasilkan oleh nadir bumi juga akan dibuang di sana. "Ini merupakan bahan eksport yang berbahaya di bawah radar kawalan persekitaran," katanya. Sementara itu, jurucakap isu nuklear, Robin Chapple turut mengutuk rancangan Lynas untuk menghapuskan dan membuang bahan radioaktif di kawasan nelayan di Pahang. "Saya terpanggil apabila melihat sekumpulan rakyat Malaysia dan beberapa akhbar negaranya yang tidak mahu melihat toksik Australia Barat dibuang di kawasan penempatan setempat. Ahli Parlimen Kuantan menyeru supaya torium tersebut dikembalikan kepada Australia. "Saya bertemu dengan Lynas dan menunggu kelulusan penghantaran berdasarkan rancangan asal. Kerajaan Barnett pasti tidak mahu terlibat dengan penghantaran bahan radioaktif melalui Framantle kerana beliau berkali-kali menegaskan tidak mahu lihat bahan-bahan itu dieksport dari pelabuhan Australia Barat," kata Chapple. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut menyeru supaya sisa radioaktif, thorium daripada Lynas Corporation dikembalikan kepada negara asalnya kerana kerajaan Australia Barat, Norman Moore tidak menyokong import dan menyimpan sisa radioaktif ke negara lain. "Saya berharap bahawa beliau tidak terlibat dalam pembuangan radioaktif di negara-negara lain. Kerajaan harus mengambil tindakan untuk memaksa Lynas supaya tidak ada sisa-sisa torium di Mount Weld ada di tempat kami," kata beliau. P/s: Ahli politik Australia bantah pembinaan projek Lynas tapi menteri Malaysia bodoh, bangang dan jakun tetap mahu membina projek tersebut. Tidak fikir kesengsaraan langsung yang akan ditanggung rakyat kelak. |
| PERKASA vs AMK di Pejabat Utusan Posted: 18 May 2011 09:00 PM PDT Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gentar, sebaliknya akan meneruskan rancangan mengadakan himpunan di depan pejabat Utusan Malaysia di sini Jumaat ini meskipun Perkasa juga memutuskan mahu mengadakan perhimpunan balas menyokong akhbar Umno itu. "Kami tak gentar jika Perkasa mahu datang ke perhimpunan itu kerana mahu membela Utusan," kata timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Asip kepada pemberita di sini hari ini. Rozan berkata, tujuan himpunan tersebut bukan mengenai kebebasan media, sebaliknya ia berkaitan isu penyalahgunaan media seperti dipraktikkan Utusan Malaysia. "Kami bukan datang untuk buat huru-hara di sana. Kami datang sebagai simbol protes terhadap Utusan," jelasnya. Menurut Rozan lagi, ketika himpunan tersebut, AMK akan mengedar 'Suara Keadilan' secara percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan dan mahu menyampaikan surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak. "Bagaimanapun kami akan mengkaji kesesuaian suasana himpunan kerana kami tidak ingin lakukan huru-hara pada hari tersebut," katanya. Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, Perkasa juga akan berhimpun di hadapan ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin di sini bagi mempertahankan syarikat itu, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo, jika AMK tetap dengan rancangan mengadakan bantahan Jumaat ini. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menganggap tindakan AMK itu biadab dan tidak menghormati kebebasan bersuara. "Kalau mereka mahu mengganyang Utusan Malaysia, Perkasa berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan akhbar itu," katanya lagi. Akhbar itu juga membawa laporan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya AMK yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, 'tukang-tukang' kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan kes liwat Anwar. Justeru, AMK hari ini menasihatkan Perkasa terutama Ibrahim agar berhenti dari mencari publisiti murahan dengan memperlihatkan sokongan kepada BN dan Utusan Malaysia. Rozan berkata, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sepatutnya berasa malu dengan tindakannya yang dilihat menyokong kerajaan BN dan Utusan Malaysia. "Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas, agak memalukan kerana beliau seperti mewakili Ahli Parlimen BN. Jadi kami harap, ahli politik seperti dia berhentilah dari mencari publisiti murahan," katanya. Dalam pada itu, Rozan berkata, beliau turut berasa dukacita terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap bertindak menjadi wadah oleh pihak tertentu yang pro-BN. "Utusan dilihat semakin hari semakin hilang integriti mereka... seperti hari ini mereka dilihat menyerang AMK," katanya. |
| Posted: 18 May 2011 08:30 PM PDT JOHOR BAHRU: Terpedaya dengan muslihat seorang bomoh yang mendakwa mampu mengembalikan harta arwah nenek moyang mereka yang dikatakan bernilai RM2.8 juta, lapan beradik kerugian RM62,285 yang dibayar kononnya sebagai zakat dan kos upacara meraikan 'mahaguru.' Mangsa, Nazri Mohd Noor, 40, berkata, bomoh berusia 37 tahun itu licik menipu dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain termasuk mengadakan satu 'demonstrasi' khas kemampuannya mengembalikan sebahagian daripada harta bernilai RM2.8 juta itu dalam bentuk wang tunai. "Kami berkenalan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada 27 Mac lalu dan tertarik dengan keistimewaannya, antaranya mampu melihat dan berkomunikasi dengan pemegang amanah alam ghaib. "Lelaki yang tinggal di Masai itu memberitahu sudah tiba masanya keluarga kami memiliki kekayaan nenek moyang kami yang keseluruhannya bernilai RM2.8 juta dan dia mampu menukar harta itu dalam bentuk wang tunai untuk kami. "Bagaimanapun, kami terlebih dulu perlu membayar wang 'zakat' RM53,000. Selepas berbincang, kami adik-beradik setuju membenarkan lelaki itu mengadakan upacara menzahirkan duit berkenaan di kampung kami di Kelantan, pertengahan April lalu," katanya |
| PKR Akan diharamkan dan dibatalkan Pertubuhannya Posted: 18 May 2011 07:57 PM PDT Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu. PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini. RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini. PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999. PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini. "Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi. PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian. Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan. Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu. Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti. |
| Posted: 18 May 2011 07:31 PM PDT Gambar hiasan BEIJING: Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini. Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu. "Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100," kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam. Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu. "Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung," tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah. Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini. AFP |
| Posted: 18 May 2011 06:28 PM PDT MELAKA - Kegiatan jahat lima lelaki bergelar Geng Sham Botak yang menyamar sebagai polis untuk menyamun warga asing tidak ke mana apabila kesemua mereka ditahan dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Hilir, Banda Hilir di sini baru-baru ini. Suspek-suspek berusia di antara 26 dan 41 tahun tersebut ditahan pada 12 Mei lalu selepas polis melancarkan operasi sebaik menerima laporan dari satu pasangan warga asing yang kerugian RM10,000 disamun di Taman Melaka Raya. Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye berkata, kejadian pukul 2.10 pagi pada 11 Mei itu berlaku apabila tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja telah menahan pasangan tersebut di sebuah premis di situ dan memperkenalkan diri sebagai polis. Katanya, suspek yang bersenjatakan parang dan vest polis telah mengikat dan menyamun mangsa. "Salah seorang suspek turut mencabul mangsa wanita itu dan mengacukan senjata tajam di kemaluannya sebelum melarikan diri. "Sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) kemudian telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Hilir pada pukul 1 pagi keesokan harinya dan menahan ketua kumpulan tersebut yang berusia 41 tahun," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan