Khamis, 19 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Saya tahu siapa pelakon Video lucah itu - Anwar

Posted: 19 May 2011 06:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha," katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T".


Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, "Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?"

Dalam responsnya, Anwar (gambar) berkata, "contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?"

Anwar juga diajukan satu soalan langsung oleh seorang pengunjung yang bertanya sama ada beliau adalah lelaki dalam video itu.

Anwar membalas dengan berkata, beliau dengan keras telah menafikan dan membuat laporan polis mengenainya.

"Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya merestui politik pornografi ini. Dan, bagi mereka bercakap mengenai moral adalah hipokrit."

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Dalam ulasan hari ini, Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa "Datuk T" ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran "Dr MiM" bertanya, "DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda."

Anwar menjawab, "apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?"

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata "tiada sebab" beliau harus dipenjarakan.

"Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!" jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita patut mengatasinya," janji Anwar.


The Malaysian Insider

Wayang Kulit Umno-Perkasa Yang Menjolok Mata

Posted: 19 May 2011 06:22 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna

Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim Ali pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian.

"Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

" Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini.


"Nik Aziz ini tuan-tuan dan puan-puan, PAS ini mereka bukan tahu apa pun. Betul lah dia alim. Bangun pagi dia mengajar kuliah subuh. Saya tahu. Saya pernah solat dengan dia, saya tahu. Memang selepas sembahyang Zuhur pukul 1 mengajar bab agama, tapi dia tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini. Sekitar alam ini dia tidak tahu apa yang berlaku. Video pun dia tidak tahu apa itu. Dia tidak tahu apa. Dia hanya dengar orang bercakap." Kata Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz pula berkata, ucapan Ibrahim itu lumrah pada masa sekarang dan tidak perlu di ambil tindakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim Ali.

Kenapa Ibrahim membuat ugutan perang salib atau jihad itu? Kerana Utusan Malaysia menyiarkan laporan kononnya ada konspirasi oleh paderi dan DAP untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri Kristian.

Malah Ibrahim membuat kenyataan "jihad" itu kerana, menurut beliau, Hishamuddin sendiri mengesahkan laporan Utusan itu mempunyai asas.

Kenapa Hishamudin berkata demikian? Ini kerana beliau perlu mencari alasan bagi menghalalkan tindakannya tidak mengenakan hukuman lebih keras terhadap Utusan selain daripada mengeluarkan surat teguran.

Segala perkembangan ini menjadi contoh begitu jelas bagaimana Umno, Perkasa dan Utusan Malaysia bersekongkol untuk terus menanam bibit-bibit benci dalam sanubari orang Melayu terhadap kaum lain, khususnya Cina.

Mengikut sifir Umno, "kebencian" itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke -13.

Justeru dengan perlindungan penuh KDN yang dipimpin oleh Naib Presiden Umno Hishamuddin, Utusan dan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali bebas untuk membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah.

Natijahnya ialah, rakyat dicengkam dengan keresahan dan kecurigaan mengenai kestabilan politik dan tahap toleransi kaum di negara ini.

Hakikatnya pula ialah, ketegangan kaum semakin membiak di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, ia menjadi fenomena yang mewarnai sepanjang pemerintahannya sejak 2009.

Kenapakah isu-isu perkauman ini begitu menyerlah di bawah pemerintahan Najib walhal beliau yang memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia dan membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat untuk mempromosikan slogan itu.

Jawapannya berpaksi kepada keikhlasan.

Najib tidak boleh mencanang 1Malaysia dan pada masa sama, secara berselindung, merestui segala tindak-tanduk Perkasa dan Utusan Malaysia.

Beliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia untuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain.

Ibrahim sendiri mendedahkan pada ceramahnya di Gombak bagaimana Najib terpaksa bermuka-muka untuk menawan sokongan pengundi bukan Melayu demi jangka hayat Umno sendiri.

Berikut petikan ceramah itu:

"Sebab apa, Datuk Najib pun sudah panggil saya, berbahas saya dengan Datuk Najib. Betul juga dia cakap pada saya, kuat pun kuat, saya tidak ada bertolak ansur, Dia kata saya faham,saya pun lebih kurang sama kamu, juga Melayu, tapi saya pimpin parti politik. Saya Perdana Menteri. Baru ni Barisan kalah. Kalau tidak dapat undi Cina, kalau tak banyak pun 30 peratus, tak dapat tarik balik, Selangor kita tak menang. Sebab kerusinya 60 40, 70 30, You Kelantan tak apalah. Di Terengganu tak apalah, di Selangor,di Negeri Sembilan, di Perak tak dapat 20, 30 peratus undi Cina, gabung dengan undi Melayu, jangan berpecah, kita boleh menang. Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar."

Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim Ali kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno.

Sebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan.

Beliau adalah pemimpin yang menentukan siapa menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Justeru beliau tidak boleh memberi alasan kononnya beliau tidak ada kena mengena dengan desakan Utusan mahukan gagasan 1Melayu 1 Bumi untuk kononnya bersaing penyatuan orang Cina di bawah DAP.

Gagasan sebegitu, seperti Perkasa adalah cara licik untuk menebalkan sentimen perkauman dan memastikan mereka bernaung di bawah Umno.

Justeru selagi Najib tidak ikhlas terhadap konsep 1Malaysia yang dicanangnya sendiri, selagi itu rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu akan disajikan dengan ugutan-ugutan jihad, konspirasi negara Kristian dan apa sahaja yang mengisi agenda sempit politik perkauman Umno.

Utusan dan Perkasa tidak perlu bimbang terhadap sebarang tindakan – selagi Kementerian Dalam Negeri di pimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein.


TVS News

Mana Sekolah Kami Muhyiddin?.. kami ditipu kah?

Posted: 19 May 2011 04:55 AM PDT

Semasa kempen Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, Muhyiddin dan beberapa orang lagi pemimpin MIC tempatan telah menjanjikan kepada Masyarakat India dikawasan tersebut bahawa Kerajaan UMNO/BN akan membina bangunan baru diatas tanah seluas lima ekar bagi menggantikan sekolah lama yang telah didirikan diatas tanah persendirian lebih dari 20 tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah merasmikan kerja pecah tanah pada 14 Feb. beberapa hari sebelum PRK Merlimau untuk mendapatkan undi dari masyarakat India di situ..


Kini pilihanraya telah lama berlalu… Masyarakat India dikawasan tersebut tertanya-tanya adakah cadangan pembinaan sekolah tersebut memang benar mahu dilaksanakan atau sekadar janji pilihanraya?

Hmm.. kesian kat depa.. kena tipu hidup-hidup dengan si Muhyiddin.. tak apa.. lain kali percayalah lagi..


New school an empty election promise

Petaling Jaya: The Indian community in Merlimau, Malacca want to know if the intention to build a new Tamil school for them was just another election promise.

The deputy prime minister Muhyiddin Yassin even went to the extend of officiating the ground breaking ceremony on Feb 14 just before the Merlimau by-election.

G Rajendran, Malacca PKR vice president said after the by-election, which the BN won, there is no sign of any brick or mortar.

Rajendran said that during the by-election, Muhyiddin and local MIC leaders promised the Indian community that the government will build a new building on a five acre land to replace the old school which has been squatting on someone else's land for more than 20 years.

"Now, it is already three months. Where is the new building?" he asked.

As an example he cited the Hulu Selangor by-election last year , where BN gave RM 3million to a Chinese school in Rasah, Hulu Selangor just two days after BN won the election.

"So, it is clear that the Education Ministry deliberately delayed this project and has sidelined the Indian community," he said.

He added, it is learnt that Merlimau Tamil school projects fall under 10th Malaysia Plan(10MP) and the government intends to build all the Tamil schools which fall under 10MP after 2013.

"Obviously, the BN government will use the the same method upcoming general-election," he said . He said during the by-election the Merlimau Tamil school was a key factor BN used to win over the Indian voters .

"I am sure, MIC once again will force the Merlimau Indians to vote for BN. They will 'threaten' the voters, by saying vote BN otherwise the government will not build the new school ," he added.

Rajendran said he will send a letter to Education ministry and Public Works Department(JKR) asking to clarify the current situation of the school.

He also said that the current structure was not safe as the school in a poor state of repair.

Despite numerous attempt, Malacca MIC chief G Perumal could not be reached for comment.


Free Malaysia Today

Sabotaj kereta : Cerita Bodoh Anwar - Armand X-PERKASA

Posted: 19 May 2011 04:27 AM PDT

Arman Azha Abu Hanifah yang kononnya pernah menerima pelawaan berbagai parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat setelah melepaskan jawatannay sebagai Ketua Wira Perkasa hari ini sekali lagi mempamirkan kebodohannya..

Kata Armand "Kita dikejutkan dengan mainan Anwar yang mengatakan ada orang sabotaj kenderaan Mercedes Benz S350 beliau. Sedangkan kereta baru mesti ada sensor yang akan keluar lampu amaran bila berlaku kemalangan. Ini hanya penipuan bodoh yang dibuat oleh Anwar.


Setahu aku lah.. tak ada pulak sebarang kereta bauk mewah atau tidak mewah mempunyai features "keluar lampu amaran bila berlaku kemalangan".. S Class punya features sila lihat di SINI

Setakat itu sajalah kemampuan berfikir.. aku rasa bukan Armand sorang saja.. tapi kebanyakkan Ketua Penerangan UMNO..

Kebodohannya dulu amat terserlah bilamana beliau telah membuat laporan Polis kerana mendapat maklumat yang entah dari mana.. mungkin dari mimpi bahawa DS Anwar Ibrahim akan bertindak melarikan diri dari Malaysia samada ke Australia ke UK atau ke USA jikalau didapati bersalah dalam perbicaraan yang sedang berlangsunu ini. – Video tersebut sila lihat di SINI


Isu sabotaj kereta rekaan Anwar, dakwa Armand

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah dikaitkan atas perancangan mendapatkan suaka politik luar negara bagi melarikan diri dari pertuduhan kes liwat seperti didakwa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), kini memberi gambaran seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku.

Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.

Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk

Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.

Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Merujuk kepada laporan polis di IPD Dang Wangi itu, Armand yang kini Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya mendakwa terdapat percubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui kemalangan jalan raya yang melibatkan Anwar.

'Drama kemalangan' itu, dakwa Armand, dibincangkan secara tertutup di Ibu Pejabat PKR 2 Februari lalu.

"Kita dikejutkan dengan mainan Anwar yang mengatakan ada orang sabotaj kenderaan Mercedes Benz S350 beliau. Sedangkan kereta baru mesti ada sensor yang akan keluar lampu amaran bila berlaku kemalangan. Ini hanya penipuan bodoh yang dibuat oleh Anwar.

"Jika masih ingat saya pernah membuat laporan polis kerana mendapat maklumat Anwar merancang untuk meraih simpati rakyat dan salah satunya dengan mencipta berlakunya satu kemalangan jalan raya dan pihak yang akan dipersalahkan ialah kerajaan atas kejadian itu.

Alih pandangan rakyat

Sedangkan isu pokoknya ialah beliau (Anwar) mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu mahkamah yang masih goyang," terang beliau.

"Saya rasa masih ramai yang ingat kejadian di mana salah seorang Exco saya hilang dokumen tentang rancangan itu dan membuatkan ramai yang tidak percaya tentang perkara ini.

"Alhamdulillah, Allah telah membuka dan membuktikan apa yang saya kata dan laporkan tentang lakonan Anwar," katanya kepada FMT.

Katanya sama ada perancangan Anwar mahupun ugutan terhadap cucunya (anak Nurul Izzah), namun yang pasti ia satu lagi cubaan ketua pembangkang itu bagi meraih simpati rakyat dan membuat provokasi terhadap perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Pada 13 Mei lalu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengancam keselamatan dua anak beliau.

Izzah yang merupakan puteri sulung Anwar dan Azizah kemudian membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut.

Armand turut mengulangi pendiriannya agar Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.


Free Malaysia Today

Tak boleh naik harga minyak, Tarif elektrik pula dinaikkan..

Posted: 19 May 2011 02:26 AM PDT


Sesuai dengan motto 1Malaysia "Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan".. takut rakyat marah kerana naikkan harga RON95.. naikkan kadar tariff elektrik..

Rakyat tetap diutamakan untuk disusahkan, pencapaian keuntungan para Kroni didahulukan..

'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.


Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.


Malaysiakini

112,000 Ahli UMNO belum berdaftar sebagai Pengundi?

Posted: 19 May 2011 12:25 AM PDT

PUTRAJAYA, 19 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendaftar 112,000 ahlinya yang belum mendaftar sebagai pemilih dalam tempoh dua bulan ini.

Khairy berkata Pemuda Umno sedang mengenal pasti 112,000 anggotanya yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Justeru, dipetik Bernama Online, Khairy (gambar) berkata, pergerakan itu menetapkan masa dua bulan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Khairy juga berkata terdapat anggota Umno yang mendedahkan dalam media sosial perkara-perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat tertutup parti dan perbuatan ini harus dihalang.


Katanya, walaupun Umno mengamalkan konsep keterbukaan dan ketelusan, budaya kerahsian perlu dihormati dan dipatuhi demi kebaikan dan kepentingan parti.

Khairy berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu depan.

"Kita ada pengalaman... lepas mesyuarat bukan sahaja dedahkan melalui facebook dan twitter tetapi terus SMS," katanya.

Laporan itu berkata, Khairy mahu perkara itu diberi perhatian kerana Umno perlu mempunyai tata etika yang menyatakan secara spesifik bahawa apa sahaja perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tertutup, tidak boleh didedahkan dalam media sosial.

The Malaysian Insider

Haramkan PKR, apa kata Anwar?

Posted: 19 May 2011 12:09 AM PDT

Kata Pengarah Komunikasi PKR Permatang Pauh tentang isu kemungkinan pengharaman PKR oleh ROS ini.. " Tindakan ini adalah satu lagi percubaan oleh UMNO/BN yang menguasai pentadbiran bagi menghalang kemaraan PR ke Putrajaya, jelas menunjukkan kepada kita betapa terdesaknya pihak mereka untuk mempertahankan kuasa.."

Apa pula kata Anwar selaku Ketua Umum PKR..

KUALA LUMPUR 19 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cubaan mengharamkan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah usaha terbaru yang didalangi UMNO untuk terus mendera rakyat.


"Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time' anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi.

Dalam wawancara itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan Perkasa untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

Anwar juga berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk membawa pembahruan politik yang didahagakan oleh rakyat.

Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu.

Bagaimanapun Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan ROS menghantar notis itu berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa dan maklumat salah.

ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR.

Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin".

Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Yang dipecat adalah A.Rajagopal yang disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.

Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan.

Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO.

"Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar.

Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara.

Malah menjawab pertanyaan, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri.

"Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau.


"Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa.

"(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar.

Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia

"Sahabat setia dan saya terharu. Teman-teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang menuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan kepada sahabat-sahabat setia," kata Anwar.


TVS News

ROS berniat jahat

Posted: 18 May 2011 11:49 PM PDT

PETALING JAYA: Alasan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa KEADILAN melanggar salah satu fasal perlembagaan parti itu adalah aneh kerana ia tidak pernah wujud, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, dalam surat tunjuk sebab yang dialamatkan kepada Presiden KEADILAN, ROS memberi alasan parti itu melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan Rajagopal a/l Andaikalam pada 1 dan 27 April 2009.

"Fasal 32.2.1 tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN. Perkara aneh ini, mencerminkan niat jahat dan 'mala fide' ROS. Apakah ROS tidak membuat semakan perlembagaan KEADILAN yang diluluskan oleh mereka sendiri?," soal Saifuddin ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.


Menurut Saifuddin, sekiranya alasan pemecatan ahli tanpa melalui lembaga disipin digunakan, ROS sepatutnya sudah lama mengharamkan Umno.

"Sebelum ini Umno memecat saya tanpa dihadapkan ke lembaga disiplin parti. Mengapa ROS tidak menggunakan alasan yang sama untuk mengharamkan Umno?," katanya merujuk pemecatannya pada 20 September 1998 oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu.

Tambah beliau, nama Rajagopal seperti yang tertera dalam surat berkenaan juga adalah salah kerana nama sebenarnya Jayagopal a/l Andaikalam.

Saifuddin berkata, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat bertarikh 26 April 2009 kerana bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau sebagai calon bebas.

"Fakta ini diketahui umum dan boleh didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia tidak boleh dinafikan. Justeru, adalah amat jelas dalam kes ini, penama tidak perlu dirujuk atas apa jua siasatan.

"Mana-mana parti politik tidak akan menerima keadaan di mana seorang anggotanya bertanding menentang parti sendiri," kata Saifuddin sambil menambah, notis jawapan akan dihantar kepada ROS petang ini.

Sementara itu, Ahli Biro Politik KEAIDILAN, Sivarasa Rasiah berkata perkara pemecatan yang dibangkitkan tidak ada kena mengena dengan ROS memandangkan ia adalah isu dalaman parti.

"Inilah pertama kalinya dalam sejarah, apabila kita dengar isu pemecatan ahli dijadikan alasan untuk membatalkan pendaftaran parti. Saya yakin ada tangan Umno dan Barisan Nasional di belakang tindakan ini.

"Perkara ini cukup remeh dan bodoh yang cuba dilakukan untuk memberikan implikasi serius kepada KEADILAN. Tambahan dalam keadaan kita menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat," ujar Siva.


http://www.keadilandaily.com/?p=13668

PKR hadapi risiko diharam.

Posted: 18 May 2011 08:24 PM PDT

Kalau diharamkan pun.. fikir dan cari apa salah kita.. jangan asyik menyalahkan orang lain..

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

"Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber.


Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

"Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

Dalam pada itu, satu lagi sumber berkata, RoS mengeluarkan surat amaran itu pada 9 Mei lalu dengan merujuk kepada satu kes pemecatan membabitkan bekas ahlinya yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah awal 2009.

Difahamkan RoS bertindak atas aduan berkaitan dengan pemecatan A. Rajagopal di mana PKR didakwa telah melanggar Fasal 32.2.1 perlembagaannya.

Aduan itu mendakwa Rajagopal dipecat tanpa siasatan yang sewajarnya.

Penganalisis dan pemerharti melihat tindakan ini sesuatu mengejutkan kerana diambil ketika desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu diperintah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Selain itu beliau juga kini berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks yang dibawa "Datuk T" Mac lalu.

Bagaimanapun Anwar telah menafikan dengan keras dakwaan menerusi pendedahan itu.


The Malaysian Insider

Angkara 'Madey kutty', 'pandy kutty' dan Big Dog

Posted: 18 May 2011 09:23 AM PDT

Mohd Rashidi Hassan, Harakahdaily

SEHARI dua ini negara Malaysia semakin dipopularkan dengan pelbagai istilah baru yang berkaitan dengan keburukan orang-orang politik dan juga beberapa gelaran yang sengaja dijadikan nama pena para bloggers tertentu.

Perihal gelar menggelar orang politik dengan nama-nama tertentu bukannya baru dalam politik Malaysia. Seingat penulis, gelaran yang ketara dibuat orang-orang politik kepada lawan politiknya, ialah pada era Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Gelar mengelar ahli politik dengan pelbagai nama yang buruk ini sebenarnya dimulakan oleh orang-orang Umno dan bekas orang-orang Umno.


Jika kita imbau kembali apa yang berlaku pada zaman 1980-an. Antara yang terbabit memaki hamun Dr Mahathir adalah di kalangan ahli politik parti haram Umno (diharam pada tahun 1988). Jika hendak dicatatkan di sini cukup ramai. Juga termasuk dengan bekas-bekas pemimpin muda KeADILan yang sudah mendapat laba yang besar dalam Umno.

Apa gelaran yang mereka tidak sebutkan sewaktu memaki hamun Dr Mahathir? Ada yang kata 'Madey Kutty' ada yang kata 'Mamak Tongkang' dan sebagainya.

Tercatat dalam sejarah PAS pernah bersama dengan pemimpin-pemimpin Parti Melayu Semangat 46 (1989-1995), sewaktu di dalam ceramah, mereka menggunakan bahasa yang kasar lagi kesat terhadap pemimpin Umno, khususnya Dr Mahathir.

Begitu juga sewaktu era reformasi sehingga 2003, di mana ramai pemimpin muda KeADILan, yang bersama PAS di atas pentas ceramah, menggunakan bahasa yang teramat kesat, yang tidak sanggup diulang dalam ruangan ini.

Sebahagian besar 'kaki hamput' Umno ini 'sudah menjilat ludah mereka sendiri'. Mereka kini menjadi pengampu Umno nombor wahid, bagi menjilat segala dosa yang mereka lakukan terhadap Umno.

Sewaktu era Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM juga berlaku gelar-menggelar. Bekas PM, Dr Mahathir digelar 'beruk yang menggoncangkan pokok' oleh menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Lebih teruk lagi apabila Umno Terengganu dengan sikap yang amat kurang ajar menggelar Sultan mereka sebagai 'binatang'. Ini fakta berfoto yang dirakam dalam demonstrasi penyokong Dato' Seri Idris Jusoh di hadapan Istana Terengganu di Kuala Terengganu.

Jika ditanya balik kepada semua penceramah dan pendemonstrasi yang kurang ajar ini, mengapa mereka mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan kurang ajar ini? Bukankah kerana amarah yang sudah tidak terbendung? Bukankah kerana tekanan hebat yang diterima?

Justeru apa yang dihairankan jika terkeluar kali ini istilah 'pandy kutty' daripada mulut Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau anak-beranak dikecam, dimaki hamun dan dicerca dengan begitu menjijikkan oleh pemimpin Umno, media tali barut Umno dan macam-macam lagi.

Walaupun KeADILan menafikan Anwar menggunakan perkataan 'pandy kutty' kepada Dato' Seri Najib Razak pada satu majlis di Klang, tetapi hakikatnya ia terkeluar akibat daripada tekanan yang melampau dikenakan Umno-BN ke atas beliau.

Kata Naib Presiden KeADILan, N Surendran,"Perkataan ini (pandy kutty) bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib.

"Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional," kata beliau yang juga seorang peguam.

Kata Surendran, "kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera."

Jadi soal gelaran anak babi ini benda kecil sahaja. Orang-orang Melayu, kadang-kadang kalau marah akan terpacul perkataan babi kepada orang yang dimarahi. Malah ada istilah dalam kamus Melayu disebut 'jahat macam setan (syaitan)'. Apa beza gelaran anak babi dengan syaitan jika diungkapkan kepada golongan yang jahat?

Penulis masih ingat sewaktu berada di sekolah menengah. Guru disiplin menangkap empat orang budak-budak nakal. Budak-budak yang nakalnya terlampau ini dibawa ke hadapan perhimpunan untuk dirotan.

Sebelum merotan budak-budak nakal ini, penulis mendengar dengan jelas celoteh guru disiplin terhadap mereka. Antara lainnya beliau mengatakan, "Kau orang ini, kalau syaitan jumpa kamu, mesti dia tabik kat kamu. Sebab kejahatan yang kamu lakukan, syaitan pun tak tergamak nak buat."

"Hahaha," gelak besar semua murid dan guru dalam perhimpunan tersebut.

Berbalik soal politik Malaysia, di sebalik gelaran-gelaran yang melampau ini, mutakhir ini tercetus pula polemik dalam negara apabila seorang blogger Zakhir Mohamed atau terkenal dengan gelaran Big Dog yang mencetuskan kontroversi isu negara Kristian baru-baru ini.

Zakhir menerusi blognya bigdogdotcom.wordpress.com mendedahkan, kononnya terdapat ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini.

Posting yang dibuat oleh Big Dog disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, sekali gus boleh mencetuskan ketegangan agama di antara umat Islam dengan golongan Kristian.

Oleh kerana akhbar Utusan Malaysia dijadikan pegangan akidah sebahagian besar ahli-ahli Umno dan golongan pelampau Melayu, apa sahaja yang dipaparkan, walaupun ianya berita bohong dan jijik, akan ditelan bulat-bulat mereka.

Akibat daripada akidah yang diciptakan Utusan Malaysia, maka golongan pelampau yang jahat ini, dengan api yang bersemarak di hati mereka, mula membuat pelbagai ancaman dan kecaman kepada golongan Kristian dan kaum bukan Melayu.

Selain daripada penegasan pemimpin Pakatan Rakyat, menolak agenda jahat Utusan Malaysia dan Big Dog ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, terus menyerang Zakhir dalam satu posting di laman sosial Twitter.

Khairy selaku Ketua Pemuda Umno tidak dapat menyembunyikan kemarahan beliau terhadap blogger Big Dog.

Penulis mendapat khabar, di sebalik serangan Khairy terhadap Zakhir, difahamkan, pertikaian antara kedua mereka sudah lama berlaku.

Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.

Dalam satu posting di Twitter 12 Mei lepas, Khairy mengulas saranan pihak tertentu supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.

Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.

"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap-tiap hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!

"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy dengan nada yang agak keras.

Dalam reaksi kepada laporan Utusan Malaysia, Dr Mahathir mendakwa desakan daripada ekstrimis agama meningkat kerana Kerajaan Persekutuan (Umno-Barisan Nasional) berada dalam keadaan yang lemah.

"Semasa saya menjadi PM perkara ini tidak berlaku, saya mendapat sokongan daripada semua Kristian, Hindu, Buddha, tiada apa-apa desakan," kata beliau.

Bagaimanapun Dr Mahathir enggan mengulas lanjut kerana dakwaan paderi mahukan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia, tidak ada bukti.

Apa pun jika kita fahami kata-kata mantan PM ini, jelas pada beliau, kerajaan yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Razak sekarang ini berada dalam keadaan yang lemah.

Akibat kelemahan Najib, diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi dan polemik agama dan perkauman.

Ada andaian Umno-BN sengaja menciptakan polemik ini, untuk menarik perhatian rakyat, kononnya dengan kembali menyokong Umno-BN sahaja, polemik ini akan dapat diselesaikan.

Masalah besar yang dihadapi Umno bukannya polemik yang dicetuskan oleh pihak luar kerajaan, sama ada daripada golongan Kristian, Hindraf, DAP dan sebagainya.

Hakikat sebenar yang cuba diselindungkan adalah kepercayaan komponen BN terhadap Umno selaku ketua mereka sudah tidak ada. Komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC sering berpolemik dengan Umno dalam banyak isu berkait hak kaum dan agama.

Umno tidak boleh menyelesaikan perkara ini. Apabila Umno gagal, ia cuba mencetus polemik lain di luar kerangka BN, untuk menarik sokongan rakyat pula.

Sebaliknya Umno tidak sedar bahawa cara politik mereka sudah tidak boleh diterima rakyat. Politik 'menyembunyikan pekung' sudah tidak wujud kerana rakyat sudah menghidu bau kebusukan daripada pemimpin Umno.

Justeru, untuk menghilangkan kebusukan ini, kita tiada cara lain, selain menumbangkan Umno-BN dalam PRU yang akan datang.

Tiada ulasan: