Ahad, 15 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Kerajaan Mahu Belia Terlibat Politik, AUKU Tu Menatang Apa?

Posted: 15 May 2011 05:49 AM PDT


Kerajaan hari ini telah mengadakan Hari Belia kepada mereka yang berumur dari 15 tahun hingga 40 tahun dan memerlukan Belia Parlimen yang berumur bawah 25 tahun selaras meniru seperti yang dilakukan di negara-negara maju.

Kerajaan mahukan belia terlibat politik pada umur yang muda dan di bawah umur 25 tahun tetapi ke mana perginya akal dan otak mereka. Sedar atau tidak bahawa semua belia yang berumur di bawah 25 tahun masih menuntut di kampus.

Apa peraturan yang ada di kampus? Lupakah kerajaan bahawa di kampus, kamulah yang menyediakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghalang pelajar untuk berpolitik dan jika berpolitik maka pelajar tersebut akan dikenakan tindakan AUKU.

Cuba kita fikir kalau kerajaan kata mahukan belia yang berumur bawah 25 tahun dan perlu terlibat politik dan pada masa sama julat umur tersebut telah disekat oleh AUKU seperti di bawah ini. Adakah kerajaan mahu belia lepasan SPM atau yang lepasan PMR untuk menduduki Parlimen?

Golongan ini tidak dikenakan Akta Sekolah dan tidak menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi kecuali mereka yang menyambung pengajian di universiti yang akan dikenakan AUKU. Betapa bodohnya hujah kerajaan.

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain:

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Jika kerajaan mahukan belia yang berkualiti terlibat dalam politik, kerajaan harus menghapuskan akta ini supaya pelajar di kampus tidak dungu seperti lembu dicucuk hidung. Hanya jadi 'Pak Turut' dan tidak tahu apa itu politik.

Di  bawah ialah petikan dari Najib yang menyeru belia menjadi pemacu untuk negara. Tetapi peluang pekerjaan untuk mereka tidak ada. Apa gunanya universiti mewujudkan pelbagai kursus tetapi kursus yang ditawarkan tidak mempunyai pekerjaan.
Golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM), bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020, memerlukan sumbangan pro-aktif golongan belia. - Najib

Keluarga Perompak

Posted: 15 May 2011 02:00 AM PDT


JOHOR BAHARU - Seorang pemandu teksi dan kesemua enam anggota keluarganya ditahan polis berhubung kes kejadian tetak, membawa senjata berbahaya di tempat awam dan merompak stesen minyak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada kira-kira 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri.

Bunuh Nenek

Posted: 15 May 2011 01:20 AM PDT


ALOR SETAR 15 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun kerana membunuh neneknya, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati Ridzuan Taib bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Che Basah Ahmad, 75, di Taman Berlian, Jitra dekat sini, antara 9 pagi dan 3.15 petang, 11 Mei 2008.

Dalam penghakimannya, Mohamad Azman berkata peguam Sharif Mat yang mewakili tertuduh, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan hujah pembelaan juga adalah penafian semata-mata.

"Pihak pembelaan hanya meletakkan kesalahan kepada bekas kekasih tertuduh.

Pembelaan ini tidak dicadangkan di peringkat pendakwaan," katanya.

Ridzuan, yang berasal dari Kampung Pulau Pak Ubin, Padang Perahu, dilihat menangis ketika mahkamah membacakan penghakimannya.

Ibrahim Ali Ajak Jihad Katak

Posted: 15 May 2011 12:42 AM PDT


Ketika isu hampir dingin tiba-tiba Panglima Katak Malaysia (PERKASA) mahu mengajak untuk berjihad bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Panglima ini sanggup mati katak jika diserang. Siapakah yang mahu menyerang? Panglima ini sebenarnya tidak menyedari bahawa isu ini telah seminggu orang perkatakan tetapi beliau seakan-akan ketinggalan dalam isu yang berlaku ini.
Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.
Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah.
Hebat betul panglima katak ini ketika berbicara di hadapan 150 orang. Sedar atau tidak sang panglima ini? Mungkin beliau tidak menonton TV3, beliau ketinggalan berkaitan isu ini. Namun, teruskan perjuangan katakmu itu.

Bayi Tercampak Dari Kereta

Posted: 14 May 2011 08:32 PM PDT

IPOH: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan memeranjatkan anggota bomba dan penyelamat apabila didapati masih selamat dan hanya luka ringan selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki sejurus kenderaan itu terbabas ke bahu lebuh raya.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, bayi terbabit, Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli ditemui menangis di atas jalan raya sebelum diangkat dan segera dihantar ke hospital. 


Ketika kejadian, ibu mangsa, Suriani Abdul Latif, 31, cedera parah dan tidak sedarkan diri manakala adik Suriani, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang memandu kereta maut di tempat kejadian. 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Abdul Fatah gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang tepi lebuh raya berhampiran Kilometer 290, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Simpang Pulai, di sini.

SURIANI... tidak sedar bayi tercampak daripada dakapan.

Suriani ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, dia tidak sedar apa berlaku kerana tidur sambil mendakap bayinya di tempat duduk depan.

Menurutnya, Fatah yang bekerja sebagai kerani di Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim sebelum itu mengambilnya di rumah di Bukit Sri Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor untuk pulang bersama-sama di kampung mereka di Manong, Kuala Kangsar. 

"Saya hanya tersedar pagi ini di katil hospital dengan kulit kepala terkoyak dan mulut pecah. 

"Apa yang saya fikirkan hanya keadaan bayi dan seorang lagi anak saya, Nik Fawas Iskandar Mohd Fazli, 5, yang ketika itu di tempat duduk belakang," kata surirumah berkenaan. 

Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu berikutan adiknya sebelum itu sempat berbual dan menyatakan hasrat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya tidak lama lagi. 

Sementara itu, suami mangsa, Nik Mohd Fadhli Nik Mohd Hasnuddin, 33, yang ditemui di hospital itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kemalangan itu oleh anggota polis trafik Ipoh, kira-kira jam 10 malam kelmarin. 

Dia yang bertugas sebagai pegawai Rela di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mendakwa ketika itu menjalani kursus dua minggu di Kem Sungai Udang Melaka. 

"Akibat terlalu terkejut, saya pitam beberapa minit sebelum dihantar menaiki kereta oleh rakan setugas ke hospital di Ipoh bagi melawat isteri dan dua anak. 

"Paling merunsingkan saya ketika itu adalah keadaan bayi perempuan saya. Saya dimaklumkan dia melambung keluar dari kereta itu sebelum jatuh ke atas jalan raya," katanya. 

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana bayinya terselamat dan hanya mengalami keretakan kecil di belakang kepala selain luka ringan di dahi. 

"Namun saya diberitahu doktor bahawa seorang lagi anak saya, Nik Fawas patah kaki kiri selain retak pada belakang tempurung kepala, menyebabkan pendarahan dalaman," katanya. 

Menurutnya, sebelum itu dia rasa tidak sedap hati dan tidak membenarkan isteri dan anaknya pulang ke kampung, namun isterinya tetap mahu meneruskan hasrat itu. 

Dua lagi anaknya, Nik Nur Farah Aliya , 4, dan Nik Nur Farahana, 2, berada di kampung ketika kejadian. 

Sementara itu, jenazah Abdul Fatah dituntut ahli keluarga di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun jam 1 pagi semalam untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Tiada ulasan: