BRIGED MP SEGAMBUT |
apa!!UMNO TUKANG EDAR VIDEO LUCAH? BETULKAH? Posted: 14 May 2011 07:20 PM PDT SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah' bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi. Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor. "Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir. Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – 'Antara Syariat dan Adat' yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin. Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri. Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan. Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syiria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN. Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain. "Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum? "Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula. "Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin. Kerja Umno edar VCD, tak selesai masalah rakyat Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah meluahkan kekecawaan terhadap penyebaran VCD itu. "Satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya, apabila malam ni masyarakat tak ada kerja lain, diedarkan pulak VCD yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim. "Ini saya anggap satu kerja bodoh dalam negeri yang kaya," katanya. Beliau berkata, Umno BN terlalu 'sibuk' menabur fitnah dan meracuni fikiran rakyat sehingga tidak ada masa memikirkan soal ekonomi dan pembangunan negeri itu. "Petang tadi saya pergi ke Kuala Selangor ada projek terbengkalai yang mana 6,000 mereka yang membeli rumah sudah lebih 15 tahun tak dapat dan kontraktornya lari. "Saya pergi dan selesaikan dengan pemaju dan pembeli. Ini lebih baik daripada edar VCD ini. "Umno di Selangor tak boleh selesaikan masalah penduduk, yang boleh buat hanyalah edar VCD bongok ini," katanya disambut gelak tawa hadirin. Deklarasi Anti-Fitnah turut dibacakan dengan dipimpin oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abd Hamid. Deklarasi daripada 60 NGO tersebut menurut Azmi akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan pihak-pihak tertinggi yang lain. Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. |
Nyawa keluarga saya terancam, kata Anwar Posted: 14 May 2011 05:16 PM PDT Nyawa keluarga saya terancam, kata Anwar May 15, 2011 KUALA LUMPUR, 15 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nyawa beliau dan keluarganya terancam ekoran beberapa siri insiden termasuk yang terbaru melibatkan anaknya, Nurul Izzah yang menerima SMS berbaur ugutan. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menegaskan, insiden yang melibatkan kereta Mercedes Benz juga membuktikan lagi dakwaan tersebut.Awal minggu lalu pemandu Anwar mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu. Abdullah Sani Said, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350. Ekoran insiden itu, Abdullah Sani telah membuat laporan polis. Tegas Anwar, mekanik yang memeriksa kenderaan itu memberitahu sistem brek yang diusik adalah satu perbuatan sabotaj. "Saya tidak mahu buat laporan polis sehingga mekanik itu membuat satu keputusan hitam putih dan dia memberitahu saya ia adalah satu perbuatan sabotaj. "Bila sudah dapat laporan itu baru kita buat laporan polis, nyawa (isteri saya Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) terancam... mungkin tujuan itu pada saya, tapi isteri saya (jadi mangsa)," katanya pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam tadi. Dr Wan Azizah merupakan Presiden PKR. Insiden terbaru, kata Anwar melibatkan anak sulungnya Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menerima mesej SMS, yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Anwar. Kata Nurul Izzah, individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu. Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui. Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri karier politik ayahnya. "Kelmarin Nurul Izzah buat laporan polis kerana terima mesej ugutan yang mengatakan kalau beri sokongan kepada saya, anaknya akan diculik... cucu saya akan diculik seperti Sharlinie. "Ini mesej politik... bolehkah politik seperti ini? Saya, Wan Azizah dan Nurul Izzah diugut... pada mula Nurul Izzah tidak peduli bila ada orang hubungi tapi bila dapat mesej baru dia buat laporan polis," tegas Anwar. Nurul Izzah telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi kelmarin. Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan