Senyum Tangis Sendu |
- Keputusan Perlawanan Liga Super dan Kedudukan Liga
- Chegubard keluar PKR sertai DAP
- Pandangan Main Badminton Pakai Seluar Dalam
- Bioadata Eskay Menunjukkan Dia Bukan Islam
- Kronologi Osama Sudah 5 Kali Mati Sebenarnya
- Kerajaan Mahu Tengok Seluar Dalam Pemain Badminton
- Imej Lelaki Korban Komando AS diperoleh
- Bunuh Bayi Kekasih
- Lagi Gempa Kuat Landa Jepun
Keputusan Perlawanan Liga Super dan Kedudukan Liga Posted: 06 May 2011 08:01 AM PDT |
Chegubard keluar PKR sertai DAP Posted: 06 May 2011 03:06 AM PDT Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang. Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP. Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu. Antaranya kata beliau, "DAP tidak anti-Melayu" tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina. |
Pandangan Main Badminton Pakai Seluar Dalam Posted: 06 May 2011 01:30 AM PDT Apa kata jika permainan badminton ditukar lagi dari memakai skirt kepada pakai seluar dalam sahaja? Mungkin ia lebih menarik minat penonton dan juga sokongan terhadap syarikat pengeluar seluar dalam boleh ditingkatkan. Kalau tidak mahu seluar dalam sahaja ditonjolkan, apa kata biarkan mereka tidak berbaju kecuali berbaju dalam sahaja. Itu lagi menarik dan paling menarik biar ditelanjangkan sahaj pemain-pemain badminton wanita dan lagi menampakan sukan porno. Najib mesti suka benda-benda macam ini. Di bawah ini ada pandangan mereka mengapa tidak sesuai jika memamakia skirt tetapi aku cadang pakai seluar dalam sahaja lagi senang dan mudah. Mereka sepatutnya menghormati hak wanita, yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton. Sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran gelanggang. Dalam kenyataan semalam, BWF menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi. Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton. BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini. |
Bioadata Eskay Menunjukkan Dia Bukan Islam Posted: 06 May 2011 12:15 AM PDT Shazryl Eskay Abdullah adalah nama beliau setelah memeluk Islam. Tetapi siapakah beliau sebelum memeluk Islam? Nama sebenarnya ialah SK Sentil Kumar dan sebab itu ia lebih popular dengan panggilan nama SK (Eskay) berbanding Shazryl. Siapakah ibu dan bapanya? Bapanya pula adalah keturunan India manakala ibunya adalah dari keturunan Siam. Eskay memeluk Islam dan sebelum ini bekerja di negara Thai. Adakah di dalam rumahnya sekarang ini mempunyai patung sebagai tempat pemujaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat Hindu dan untuk apakah beliau melaksanakan sumpah laknat? Betapa beraninya beliau melakukan sumpah laknat dan mengotorkan kesucian agama Islam. Beliau juga dikatakan memeluk Islam utnuk status bumiputera semata-mata untuk mendapat projek dari pihak UMNO dan terbukti dengan adanya status bumiputera. Antara projek yang dapat kepadanya adalah berkaitan jambatan bengkok yang telah ditolak oleh mahkamah bernilai RM20juta. Semakin hari semakin nampak kesan bahawa beliau telah dilaknat dengan sumpah sendiri. Paling beliau takut adalah berkaitan Qazaf dan sebab itu cepat-cepat dia melaknat sumpahnya. |
Kronologi Osama Sudah 5 Kali Mati Sebenarnya Posted: 05 May 2011 11:00 PM PDT Setahu aku manusia hanya hidup 2 kali dan mati sekali sahaja. Hidup di dunia dan hidup setelah mati untuk hari perbicaraan di Padang Mahsyar. Tetapi dalam dunia ini boleh mati seberapa banyak asalakan hidup semula selepas mati. Mati tiap-tiap tahun. 2007: Mati kerana sakit buah pinggang. 2008: Mati buat kali kedua setelah terkena serangan udara 2009: Mati buat kali ketiga setelah kerana terkena meriam 2010: Terpaksa mati lagi setelah kena tembak 2011: Mungkin ini betul-betul mati tapi kemungkinan hidup lagi pada tahun 2012 |
Kerajaan Mahu Tengok Seluar Dalam Pemain Badminton Posted: 05 May 2011 09:30 PM PDT Kerajaan mahu pemain wanita untuk acara badminton memakai skirt supaya mereka boleh melihat siapa yang pakai seluar dalam atau tidak. Jika ada yang tidak memakai seluar dalam, kerajaan boleh jadikan dia lauk untuk adegan video seks bagi siri fitnah yang berlaku hari ini. Betapa bodohnya BAM jika menukarkan syarat tersebut. Seronoklah mereka yang melihat seluar dalam pemain wanita dan itu jika mereka pakai dan jika tidak maka terbanglah burung-burung orang yang melaksanakan ini hinggap di sana nanti. Bodoh, bangan, bangsat dan dangkal. |
Imej Lelaki Korban Komando AS diperoleh Posted: 05 May 2011 08:30 PM PDT ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah. Mereka bagaimanapun tidak bersenjata. Gambar itu yang dirakam pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki kediaman itu selepas serangan berkenaan menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisional Pakistan dan seorang berpakaian kemeja-T dengan darah mengalir di telinga, hidung dan mulut masing-masing. DARAH mengalir dari hidung, telinga dan mulut seorang lagi mangsa. LELAKI berpakaian kemeja-T yang turut terbunuh. Pegawai itu yang enggan dikenali menjual gambar itu kepada Reuters. Tidak seorang pun daripada mereka kelihatan seperti Osama. Presiden Barack Obama enggan mendedahkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda itu kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan dijadikan alat propaganda al-Qaeda. Berdasarkan masa yang tertera, gambar yang dirakam paling awal ialah pada 2 Mei, 2.30 pagi, kira-kira sejam selepas serangan yang membunuh Osama berakhir. Gambar lain dirakam antara jam 5.21 pagi dan 6.43 pagi. Reuters yakin kesahihan gambar yang dibelinya itu kerana maklumat dalam gambar berkenaan menunjukkan rangka helikopter, sama dengan butir daripada gambar yang diperoleh sebelum ini. Tentera Amerika Syarikat kehilangan sebuah helikopter dalam serangan itu akibat masalah mekanikal. Ia kemudian dimusnahkan. Reuters |
Posted: 05 May 2011 08:00 PM PDT AMPANG: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian anak teman wanitanya yang berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkan bayi lelaki itu di dalam kereta selama beberapa jam, bulan lalu. Tertuduh, Hooi Wai Char, 35, yang memakai baju kemeja dan seluar coklat mengangguk faham ketika pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman. Gambar hiasan Mengikut pertuduhan, Hooi berasal dari Pandan Indah itu didakwa membunuh Low Hong Jun di dalam sebuah kereta Proton Satria di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang antara jam 2 pagi hingga 12.30 tengah hari, 21 April lalu. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes. Dalam prosiding sama, ibu kanak-kanak berkenaan, Miss Metta, 24, yang juga seorang rakyat Thailand dipenjara tujuh bulan dari tarikh ditangkap, iaitu 21 April oleh mahkamah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menetap di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan. Miss Metta, yang menangis teresak-esak itu didakwa mengikut Seksyen 15(a) Akta Imigresen yang boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan. Turut menerima nasib sama, pembantu rumah kepada pasangan itu, rakyat Indonesia dikenali Noraini dipenjara enam bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 24 April lalu terhadap pertuduhan yang sama. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Nazatul Shima Ab Wahab. |
Posted: 05 May 2011 07:36 PM PDT TOKYO: Satu gempa bumi kuat melanda timur laut Jepun semalam, kawasan yang telah pun musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 6.1 skala Richter itu berlaku pada pukul 12.58 pagi (10.58 waktu Malaysia), 276 kilometer ke timur Sendai, Pulau Honshu. Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau kematian dibuat. Amaran tsunami turut tidak dikeluarkan. AFP |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan