Selasa, 31 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : Mixed feelings as Lynas panel wraps up meetings

Posted: 31 May 2011 06:28 PM PDT

Video : PKR files for court order to bar deregistration

Posted: 31 May 2011 06:28 PM PDT

Muktamar: Tiada arahan bukan Islam perlu bertudung

Posted: 31 May 2011 06:24 PM PDT

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 02PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lalu oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.
Read More / Baca Lagi >>

BBCC: UDA sudah pilih pemaju utama, serah MoF minggu ini

Posted: 31 May 2011 06:12 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Jun — UDA Holdings Bhd akan mengemukakan nama syarikat rakan kongsi (JV) pilihannya untuk memajukan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini kepada Kementerian Kewangan minggu ini untuk pemilihan akhir, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed malam tadi. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama syarikat atau bilangan calon yang telah dipertimbangkan, tetapi menekankan keputusan sebulat suara lembaga yang dibuat petang semalam adalah berdasarkan pertimbangan komersial.
Read More / Baca Lagi >>

Bank Islam tolak tawaran gabung Bank Muamalat

Posted: 31 May 2011 06:11 PM PDT

11 KUALA LUMPUR, 1 Jun — Lembaga Bank Islam Malaysia Bhd telah menolak tawaran penggabungannya dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd, yang dimiliki tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, atas alasan mereka tidak melihat adanya nilai hasil langkah itu. The Malaysian Insider difahamkan pengarah-pengarah bank Islam pertama negara itu pada awalnya khuatir yang mereka perlu menerima tawaran penggabungan yang diketengahkan memandangkan Syed Mokhtar dilihat sebagai ahli perniagaan rapat dengan pentadbiran Najib ekoran siri peluang bisnes diperolehnya sejak kebelakangan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Salah Satu Punca Taarif Elektrik di naikkan,,,,,

Posted: 31 May 2011 06:08 PM PDT


Terpegun anak yassin tu kepada bangunan atau kepada orang yang menerangkan struktur bangunan tu.... ish..ish persepsi jahat tu....

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tertarik dengan keunikan replika bangunan berlian Suruhanjaya Tenaga selepas merasmikan bangunan itu di sini, hari ini. - BERNAMA
May 31, 2011 4:49 pm
Rakyat Marhaen kena cekik dengan kenaikan harga taarif baru elektrik tak mengapa, yang penting pembangunan negara mesti diadakan... hebat pemimpin UMNO....,

Pemimpin PAS: Hanya khabar angin, Nasharudin tidak tarik diri

Posted: 31 May 2011 05:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Jun — Nasharudin Mat Isa masih dalam persaingan mahu mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS, kata beberapa pemimpin parti sambil menegaskan, khabar angin sengaja disebarkan kononnya beliau sudah pun menarik diri.
Khabar angin itu bertiup kencang sejak dua hari lalu. Pemilihan diadakan 5 Jun ini sempena muktamar kali ke-57.
Desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan.
Pada pemilihan kali ini selain Nasharudin, jawatan nombor dua parti Islam itu turut ditandingi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Nasharudin tidak tarik diri, beliau tetap bertanding dan saya sudah sahkan sendiri dengan beliau melalui panggilan telefon.
Read More / Baca Lagi >>

Bersama polis tentang Lynas, nadir bumi dan nyawa rakyat Malaysia

Posted: 31 May 2011 05:14 PM PDT

oleh Thing Siew Shuen

Setibanya kami di pejabat DAP Kuantan pagi itu, kelibat polis telah kelihatan. Lori lokap polis juga telah bersedia menunggu di situ. Jam 11 pagi, ramai orang termasuk warga emas dan kanak- kanak yang berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap projek Lynas tersebut. Keadaan menjadi sedikit tegang apabila pihak polis mula campur tangan.
Kami bukan degil dan enggan bersurai. Bukan juga untuk berlagak wira. Cuma sedikit diplomasi ditagih. Sebenarnya kami bersedia untuk bersurai jika diberi sedikit kebebasan bersuara. Sebaik sahaja kami berempat mempamerkan kain rentang yang berlogo radiasi lalu berbaring di atasnya untuk membuat  satu symbol "X" yang bermaksud bantahan, dalam masa 10 saat polis mengeluarkan arahan dengan berkata: "Angkat empat orang ini". Kami dibawa naik ke dalam lori lokap.   Semasa tiba di balai polis Kuantan, tangan kami digari.
Read More / Baca Lagi >>

Allahyarham Fadzil Noor dan keterbukaan politik Islam

Posted: 31 May 2011 05:12 PM PDT


1 JUN: Dekad rerfomasi menampilkan ramai wira; selain protagonisnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak kurang penting peranannya lebih sedekad yang lalu adalah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Presiden PAS.
Pada 2 September 1998, negara terkejut dan keliru. Menyusuri tahun-tahun 1990-an dengan igauan memalukan seperti seorang menteri besar membawa wang tunai sebegitu banyak ke Australia, seorang menteri dituduh mencabul perempuan di bawah umur, dan tentunya pemecatan, pembataian, pemenjaraan tanpa bicara, penghadapan ke mahkamah dan pemenjaraan Anwar.
Dalam keadaan negara terkejut dan keliru melihat seorang bakal perdana menteri dihina sebegitu rupa oleh pucuk pimpinan negara, ramai ayng bersimpati dengan Anwar termasuk Fadzil yang terkenal dengan geralan Ustaz Fadzil.
Fadzil dan Anwar mempunyai tali persahabatan panjang sejak hari-hari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sekitar tahun 1970-an sehingga nama anak perempuan sulung Anwar, iaitu Nurul Izzah, diberikan oleh pemimpin PAS itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Majlis Syura wajar buat endorsement pemilihan parti'

Posted: 31 May 2011 05:09 PM PDT

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berpendapat Majlis Syura Ulama parti wajar membuat perakuan (endorsement) calon jawatan-jawatan tertinggi parti untuk dijadikan panduan oleh ahli dalam membuat pilihan.

Menurutnya, pemerkasaan Majlis Syura untuk menjalankan fungsi ini perlu supaya ahli-ahli parti mempunyai panduan untuk memilih pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

"Majlis Syura mesti diperkasakan untuk menjadi pemandu kepada parti. Majlis Syura boleh menunjuk calon-calon yang dilihat layak untuk jawatan-jawatan tersebut supaya ahli mempunyai panduan siapa hendak dipilih," kata Subky kepada SiasahDaily.

Bekas pemimpin PAS Wilayah Persekutuan ini menjelaskan, sekiranya soal pemilihan calon untuk pilihan raya perlu melalui penilaian Majlis Syura, tidak ada sebab pemilihan kepimpinan parti tidak boleh mendapat perakuan majlis itu.Read More / Baca Lagi >>

Najib dan kekalahan Manchester United

Posted: 31 May 2011 05:08 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Perhimpunan sejuta belia di Putrajaya semalam memberi tanda-tanda kegemilangan pada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Program di seberang lain oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan diatur dengan tergesa-gesa, dengan kehadiran belia yang terhad, dan dengan tajuk generik "sesi ramah mesra."

PAS pula beberapa bulan lalu hanya dapat mengumpul 30,000 pemuda di Kedah. Najib menurut laporan media pro-Umno dapat mengumpulkan sejuta belia.Read More / Baca Lagi >>

Zamil... sekali lompat makan tak habis, ahli UMNO jugak yg merana

Posted: 31 May 2011 05:04 PM PDT



Bekas Ketua Pemuda PKR yang melompat ke dalam UMNO, kemudian menyertai parti KITA Zamil Ibrahim rupanya mampu memiliki sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III berharga USD$220,700.


Menurut sumber risikan, Zamil juga dikatakan mampu memiliki banglo mewah, melancong ke serata pelusuk dunia hasil wang lompatan yang diterimanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rahim Tamby Chik lebih Bijak Dari Allah?

Posted: 31 May 2011 05:02 PM PDT


SALAH seorang yang mengaku terlibat menayangkan video lucah yang `tulen' itu di Seri Carcosa yang lalu iaitu Rahim Thamby Chik telah menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu video seks yang ditayangkan oleh geng Rahim.


Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini menasihati mereka yang melakukan fitnah ke atas DS Anwar yang kununnya dikaitkan dengan video seks berkenaan agar bertaubat dan memohon maaf kepada Ketua Umum PKR itu. Apabila nasihat ini diberi, maka panaslah mereka yang terlibat kerana sememangnya mereka ini tidak beriman dengan ajaran Al-Quran. Seperti biasa, media pencacai pun menyiarkan komen mereka terhadap nasihat Mursyidul Am PAS itu.
Read More / Baca Lagi >>

Guna Toilet pun kena penjara 3 bulan

Posted: 31 May 2011 04:55 PM PDT

Oleh Saiful Bahri
Pemerintah yang zalim akan membawa kepada semua pegawai dan pengawal mereka turut bertindak zalim. Seorang teman rapat Tun Mahathir yang masih lagi berkuasa sehingga kini meskipun menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa amat dikenali sebagai tokoh rejim yang ganas.
Meskipun politik menjadi huru-hara, ekonomi merudum bahkan Zimbabwe dipulau oleh dunia luar tetapi beliau enggan menyerahkan kuasa bahkan terus bertakhta menggunakan tipu muslihat beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Barang naik: Najib tak puas-puas buat dajal kat kita, rakyat

Posted: 31 May 2011 04:54 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN - barang naik) yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak tak puas-puas buat dajal kat kita. Itu fakta sahih. Bagi tau semua orang. Nampak sangat kerajaan Umno Najib yang bongok memerintah negara dah sampai ke peringkat gila dan gian sangat serta lazat sangat nak buat dajal kat kita, rakyat.


Dajal terkini yang kerajaan Umno Najib buat kat kita bermula dengan "Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan". Dah dasar ketagih dan gian mendajalkan rakyat. Dajal yang dengan sedap dibuat oleh Najib kat kita tu menular-nular bila pakar ekonomi kata harga makanan akan turut naik.Read More / Baca Lagi >>

Magnet 3P uji kewibawaan calon PRU

Posted: 31 May 2011 04:53 PM PDT

Oleh ONG TEE KIAT
Rakyat berbilang kaum semakin muak dengan amalan politik sesetengah parti yang kurang membina, khususnya kata-kata yang memporak-perandakan masyarakat demi kepentingan politik peribadi atau sesebuah parti itu.
Selama ini, amalan 'cakap tak serupa bikin' cukup sinonim dengan tingkah laku orang politik kerana ia satu-satunya perangai yang terserlah dalam persada politik. Beraneka janji sentiasa dijustifikasikan dengan pelbagai alasan apabila gagal dikotakan.
Read More / Baca Lagi >>

Rasionalisasikan dasar pro-Korporat besar sebelum pemotongan subsidi rakyat

Posted: 31 May 2011 04:52 PM PDT

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektirk secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak.  Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan.  Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut.  Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.
Read More / Baca Lagi >>

Osama yang lain

Posted: 31 May 2011 04:49 PM PDT

Hishamuddin Rais
september 11 2001 wtc attack 911Ketika bangunan World Trade Center (WTC) di New York dilanggar kapal terbang, aku dalam satu sel dengan Tian Chua di kem tahanan Kamunting. Kami dikawal daripada mengetahui apa yang sedang berlaku di luar penjara.

Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi setelah enam bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku di luar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.
Read More / Baca Lagi >>

Berita Yang Di Tutup Media Kroni : Malaysia Naikkan Harga, Indonesia Turunkan Harga Minyak!!

Posted: 31 May 2011 04:47 PM PDT

Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak RON97 kepada RM2.90 seliter, ingin dan bernafsu menaikkan petrol RON95 tetapi takut nasib yang menimpa Dolah Badawi menimpa Najib maka nafsu itu dikendurkan seketika. Kini menaikkan tarif lektrik kerana gas semakin mahal, kata mereka. Pelarasan konon, lebih enak didengar!! Lihat pula tajuk akhbar Kompas 31Mei 2011-Pertamax Turun Rp350 (RM0.12) Shell Turun Rp550 (RM0.19)
Read More / Baca Lagi >>

DALAM GELAP PUN ADA YANG TIPU

Posted: 31 May 2011 04:44 PM PDT

GELAP GELAP GELAP



nota:
semua gelap
nak cari susu ibu pun susah
kena bekerja dengan keras
untung untung dapat laba






MENTERI : KERAJAAN TIADA KUASA DEDAH KONTRAK IPP
- mkini

Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.Read More / Baca Lagi >>

Rupanya Adik Bongsu MB Pahang Sendiri Adalah Bekas Chairman IAEA,

Posted: 31 May 2011 04:42 PM PDT

Apakah Kita Boleh Terima Keputusan Kajian Pakar Agensi Terbabit!

KUANTAN, 1 Jun - Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto). Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010. Tiada apa lagi yang boleh kita perketakan dengan pendedahan ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kita boleh rungkaikan ialah bagaimana kumpulan pakar IAEA yang berada di sini sekarang mahu membuat laporan negatif terhadap projek tersebut jika bekas boss mereka adalah adik kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri?. Bukankah, ini membuktikan kepada kita memang ada permainan "adik beradik" dalam meluluskan atau pun membawa projek berisiko ini ke Malaysia. 
Read More / Baca Lagi >>

Kita ajar mereka!! Ajar mereka!!

Posted: 31 May 2011 04:35 PM PDT


PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad, sebelum disalur terus kepada pengguna.
"TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Perempuan Ini Memotong Kemaluan Jirannya Kerana Cubaan Merogol Atau Kerana Dendam?

Posted: 31 May 2011 04:33 PM PDT


Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.

Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.Read More / Baca Lagi >>

Katak Gilerr al-Bangang

Posted: 31 May 2011 04:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai. [Lagi di sini]
Read More / Baca Lagi >>

Hapuskan Barisan Nasional... Rakyat Selamat...

Posted: 31 May 2011 04:30 PM PDT

Sehari dua nih kecoh giler dengan isu harga minyak, harga gula dan terbaru tariff eletrik..., memekak.. memekik terlolong buat sakit tekak jer...., hinggakan stesyen2 radio pun cuba turut merasionalisasikan kenaikkan harga benda2 tersebut... hahaha...Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: