Selasa, 31 Mei 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Ustaz Azhar Idrus - Apakah Benar Kita Tidak Boleh Menentang Pemimpin Yg Zalim?

Posted: 31 May 2011 02:53 AM PDT

Sudahkah manifesto Pakatan Rakyat terlaksana di Selangor??

Posted: 31 May 2011 01:56 AM PDT

Aku ditanya oleh Anas pasal benda ni semalam. Ini semua gara2 kerja mencula yang dijalankan oleh beliau bersama 100 petugas PAS hujung minggu yang lalu di sekitar DUN Lembah Jaya. Agaknya inilah pertanyaan2 yang diutarakan oleh pengundi.

Jadi di bawah ini ialah menifesto PR semasa PRU12 yang lalu.

Sendiri kena tengok ya samada janji-janji telah terlaksana??

Kalau ditanya pendapat aku, sebahagian besar telah dilaksanakan. Cumanya informasinya sampai ke golongan sasar atau tidak, itulah persoalannya. Mana2 yang belum terlaksana, cepat2lah ditunaikan.

Air Selangor Free...Hehe!!

Posted: 30 May 2011 09:33 PM PDT

Nak tergelak aku baca komen seseorang di fb Yob Tualang Sakah...

Azwan Osman: nak tido tutup lampu yop.. lepaih tu naik atas katil..macam2 boleh buat dalam gelap yop.. tapi nanti bil ayor naik la pulak..kah kah kah

Dan aku menjawab...

Air di Selangor free....hehe!!

Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?
Kuek Ser Kuang Keng and S Pathmawathy

Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya.

Tiada ulasan: