Ahad, 29 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perkasa defends Ibrahim Ali, calls Anwar ‘worst politician’

Posted: 29 May 2011 08:41 PM PDT


KUALA LUMPUR, May 30 — Perkasa defended Datuk Ibrahim Ali today as a man of integrity who has earned both the trust and confidence of professionals as well as politicians.
Syed Hassan Syed Ali, the group's secretary-general, also launched a broadside against Datuk Seri Anwar Ibrahim for calling Ibrahim the worst example of Malaysian politics.
"Even when Ibrahim Ali (picture) was in Semangat 46... the government then could not find one fault against him because Ibrahim is well known to be a man of integrity, he would not do what is not right and he would cause trouble for those in the wrong even though they were his close friends," Syed Hassan said in a statement today.
Read More / Baca Lagi >>

Nasharudin: ‘Prinsip saya jangan sesekali bayangi kuasa ketua’

Posted: 29 May 2011 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Nasharudin Mat Isa yang bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS hujung minggu ini menegaskan, pemilihan kali ini bukan "persaingan menyukat populariti", dan beliau juga berpegang pada prinsip "jangan sesekali membayangi kuasa ketua."
Sehubungan itu kata Nasharudin, beliau yakin perwakilan parti berkenaan akan meneruskan kematangan membuat pilihan apabila menentukan kepemimpinan parti 4 Jun ini.
"Mereka perlu menyedari barisan yang bakal dipilih kabinet prapilihan raya umum PAS. Ini bukan persaingan menyukat populariti, sebaliknya menentukan gandingan terbaik yang boleh bekerjasama dalam semua bidang, termasuk merangka strategi terbaik untuk turun ke gelanggang pilihan raya umum ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

IC haram menidakkan kuasa rakyat

Posted: 29 May 2011 08:39 PM PDT

Saya segera bersetuju dengan kenyataan Mohamad Sabu (Harakah 27-29 Mei 2011)  bahawa sindrom pemberian kad pengenalan (IC) segera kepada rakyat asing untuk dimasukkan ke kawasan tenat BN adalah suatu tindakan menggadai negara. Malah ia merupakan suatu pengkhianatan tanahair yang tidak wajar diampunkan oleh rakyat yang sedar.
Sama ada rakyat Malaysia sedar atau tidak, membaca atau tidak, jahil atau pandai, mereka perlu diberikan penerangan berkenaan konsep pilihanraya yang menjamin pengekalan maruah tanah nusa bangsa. Memenangkan parti tertentu denganmenggunakan sokongan pihak luar seperti rakyat negara lain sebagai penentu politik dan siasah masa depan negara adalah agenda yang cukup bejat.
Read More / Baca Lagi >>

Semangat cikgu pencen

Posted: 29 May 2011 08:38 PM PDT

Nilai-nilai seorang guru yang cemerlang memang terpancar pada pertuturan dan air wajahnya. Kata-katanya lembut dan berhemah bukti pengalaman mengajarnya selama 41 tahun.

Asnah Mansor, 58, adalah antara tokoh pendidik cemerlang dan wajar dicontohi. Walaupun tahun ini sambutan hari guru tidak lagi diraikan di sekolah, namun, semangat guru tetap sebati dalam jiwanya biarpun baru sebulan bergelar 'cikgu pencen'.

Bagi Asnah, mengenang kembali sambutan hari persaraan beliau di sekolah terakhir beliau berkhidmat, Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 tentu sahaja satu kenangan manis dalam kerjaya perguruannya.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Hanya Tetamu Di Putrajaya, Tiada Hak Untuk Kekal Di Situ

Posted: 29 May 2011 08:31 PM PDT


Tiada parti politik berhak pertahan Putrajaya

Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.

Adalah sesuatu yang membimbangkan apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak berulang kali menyeru supaya mempertahankan Putrajaya. Terbaru, ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Belia Sedunia di Putrajaya semalam.Read More / Baca Lagi >>

BN menang, barang naik

Posted: 29 May 2011 08:30 PM PDT

Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas  menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai  seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
Realiti kesusahan rakyat
Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.
Baru-baru ini di negeri Pahang  minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.
Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak  55%.  Pada  Jan 2010 harga gula hanya  RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan januari 20 sen, julai 25 sen dan 4 disember 20 sen, sehingga mencecah  RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.
Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS bakal lonjak semangat jihad

Posted: 29 May 2011 08:27 PM PDT

PARIT BUNTAR, 30 Mei: Muktamar Tahunan PAS ke-57 yang berlangsung pada 2 hingga 5 Jun ini akan melonjakkan semangat jihad semua petugas parti untuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Justeru, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) ingin menarik perhatian mengenai beberapa persiapan yang sebaiknya dilakukan oleh perwakilan PAS seluruh negara sebelum mereka melangkah ke muktamar PAS tahun ini sebagai perwakilan bagi memenuhi amanah yang ditetapkan oleh kawasan masing-masing.
"Mungkin saya tidak selayaknya untuk memberi pandangan seperti di bawah namun paling kurang ianya memberi ingatan kepada diri saya sendiri," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Dr Asri : La Tahzan (Jangan Bersedih)

Posted: 29 May 2011 08:26 PM PDT

Lynas: Penduduk cuba serbu panel penyelidikan

Posted: 29 May 2011 08:26 PM PDT

NONERatusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel penyelidkannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.

Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.

Sambil melaungkan "Stop Lynas" (hentikan Lynas) dan"Lynas go back Australia" (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.

Pemilihan PAS paling bersih, harmoni

Posted: 29 May 2011 08:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding.
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, ini kerana  pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

AMK perkemas jentera hadapi pilihan raya umum

Posted: 29 May 2011 08:24 PM PDT

PETALING JAYA: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kini dalam proses memperkemaskan jentera bagi bersiap sedia  menghadapi pilihan raya umum, kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, jentera pilihan raya AMK akan memberikan tumpuan khusus di kawasan yang ditandingi KEADILAN.
"Jentera AMK akan digerakkan di kawasan yang menjadi fokus pimpinan pusat.
"Pertama, kita akan fokus di kawasan-kawasan yang ditandingi KEADILAN. Kemudian kita kembangkan ke kawasan yang ditandingi AMK secara khusus," kata Shamsul selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Pusat di Petaling Jaya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

AMK Jamin Bersih 2.0 Capai Sasaran

Posted: 29 May 2011 08:23 PM PDT


PETALING JAYA 30 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama-sama 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan fahaman pada 9 Julai ini dalam perhimpunan Bersih 2.0 sebagai menyatakan sokongan kepada objektif perhimpunan itu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin yakin, perhimpunan itu nanti bakal mengumpulkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang mendokong sepenuhnya demokrasi tulen supaya pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih, adil dan telus.
Read More / Baca Lagi >>

Hakim beri plaintif, defendan tiga bulan runding kes tanah wakaf Chenderong

Posted: 29 May 2011 07:40 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 Mei — Mahkamah Tinggi Syariah memberi tiga bulan dan menasihatkan plaintif dan defendan mengadakan rundingan bagi mencari penyelesaian kes tuntutan mencabar status konsesi tanah wakaf Chenderong lebih 25,000 hektar — keluasannya hampir sama dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang.
The Malaysian Insider difahamkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Datuk Ismail Yahya mahu melihat kedua-dua pihak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dan mengemukakan cadangan penyelesaian jika ada untuk dilaksanakan di bawah penyeliaan mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Saingan amat sengit tapi perwakilan jangan emosional, nasihat Pengerusi Tetap PAS

Posted: 29 May 2011 06:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Mei — Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi "secara emosional" dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini. Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.
"Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.
Read More / Baca Lagi >>

Video -Mat Sabu: Memerintah Yang Paling Penting Ialah Amanah

Posted: 29 May 2011 05:55 PM PDT

Video - Mat sabu: UMNO, We Know You, Not We Love You

Posted: 29 May 2011 05:54 PM PDT

Video - Mat sabu: Komunis Di Jadikan "Punching Bag", Sasaran

Posted: 29 May 2011 05:54 PM PDT

Video : Kita Kenal Kerja, Tawan & Mobilisir

Posted: 29 May 2011 05:53 PM PDT

Video : Siapa Profesor Kangkung UMNO?

Posted: 29 May 2011 05:50 PM PDT

Video : Berani kekalkan Kebenaran, Berani Tuntut Perubahan

Posted: 29 May 2011 05:49 PM PDT

Video : Hakim Korup Akan Disingkir

Posted: 29 May 2011 07:38 AM PDT

Senarai pemimpin UMNO yang terlibat dengan perniagaan judi

Posted: 29 May 2011 07:31 AM PDT

Anda nak tahu siapa pemimpin UMNO yang bergelumang dengan hasil JUDI. Ikuti paparan ini.


A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Read More / Baca Lagi >>

Isu IPP perlu sepanas isu video seks

Posted: 29 May 2011 07:03 AM PDT

Oleh: merong

"Isu IPP perlu dipanaskan di pentas politik sepertimana panasnya isu video seks kerana inilah isu yang menjadi tautan kepada pelbagai masaalah rakyat yg lain contohnya:
1. beban kenaikkan harga petrol

2. beban kenaikkan harga barang

3. inflasi kepada pengguna

Read More / Baca Lagi >>

Amat benar firaun dijadikan ikutan

Posted: 29 May 2011 07:01 AM PDT

Oleh Abdullah Ngah
Jumaat lepas Di Kota Baharu,Datuk Nik Abdul Aziz Niik Mat menteri besar Kelantan berkata, di Malaysia ada lima mazhab.

Saya setuju dengan kata kata itu, kerana Nampak dengan jelas sudah ramai rakyat Malaysia mengikut mazhab selain dari mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali.

Bermkna sah ada mazhab lain yang dijadikan ikutan rakyat Malaysia kini.

Apakah mazhab itu?
Jawap Datuk Nik Abdul Aziz, mazhab itu tak lain dan tak bukan ialah mazhab "jahiliah".Alangkah benar kata kata Nik Aziz itu.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Muhyiddin sedar atau pura2 tak sedar.

Posted: 29 May 2011 07:00 AM PDT

Oleh: bashery

"Sistem pendidikan dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan telah berjaya melahirkan ramai pelajar2 yg cemerlang. Malah pencapaian murid2 Maahad Muhammadi, seperti Nik Nur Madihah yg mendapat 20A pada tahun 2009 adalah merupakan rekod pencapaian terbaik, tetapi tidak mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan. Pencapaian cemerlang dalam keputusan2 peperiksaan SPM setiap tahun menenggelamkan glamour sekolah2 elite jabatan pendidikan, seperti

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: