Ahad, 29 Mei 2011

dollah yankee

dollah yankee


Bodek yang melampau lampau !

Posted: 29 May 2011 06:13 PM PDT

Gurkah-gurkah politik di'port' pagi-pagi buta dah kata yang orang-orang melayu ni semua memang gila! Kalau tidak tak kan lah TukarTiub sanggup nak kata yang melayu ni ada macam-macam punya gila, kalau tak betul.

Kelmarin orang-orang melayu di Bandar Bayan Baru buat gila lagi. Mana tak gila, Mahyuddin Yassin @ Mat Sembab ada datang nak merasmikan mesyuarat perwakilan umno bahagian. Okey laa datang rasmikan mesyuarat, itu biasa, tapi yang buat gurkah-gurkah di'port' panas hati ialah pasal sikap gila nak bodek yang melampau-lampau.

Kawan tu (Mat Sembab) punya tarikh hari lahir kalau ikut surat beranak dia, ada lagi 2 minggu. Tapi akibat sikap gila nak bodek sanggup beli kek untuk kawan tu sambut awal, 'in advance celebration' kata orang putih.

Boleh mamposss.. kalau semua bahagian umno ada ketua macam ni..

dollah yankee -
Cuba ushar-ushar tengok..mana la tau kot-kot kek tu di buat daripada tepung kek yang ada adunan dna babi.. tak ke naya??!!

Perampok Bank yang seksi

Posted: 29 May 2011 05:36 AM PDT

Hari itu ada lah hari yang macam hari-hari yang biasa bagi wartawan dan pemberita dari meja jenayah akbar masing-masing, yang sedang mengintai untuk mendapatkan cerita-cerita terbaru tentang kejadian-kejadian jenayah dari pejabat ketua penyiasat jenayah ibu pejabat polis indonesia di Jakarta.


Semasa masing-masing sedang berbual dan berbicara sementara menunggu masa berlalu, seorang wanita di lihat sedang turun dari sebuah kereta dan mereka begitu teruja sekali dan nyata wanita cantik lagi seksi ini benar-benar telah menarik perhatian mereka.


Semua mata tertumpu kepada wanita cantik ini, ada juga yang memerhatinya dengan penuh bernafsu semasa dia berjalan melintasi kumpulan wartawan,pemberita dan juru gambar akhbar yang sedang berkumpul itu dan terus memasuki pejabat unit detektif ibu pejabat polis itu.


"Wanita itu cukup cantik, seksi dan menawan sekali. Dia memakai 'white top', jaket jeans yang sepadan dengan jeans yang di pakainya," kata salah seorang pemberita yang ada disana semasa bercerita ketika mengingati saat itu.


"Semua mata kami tertumpu kepada wanita cantik dan seksi ini sambil lidah kami kelu tidak dapat berkata-kata, tetapi kami langsung tidak ada 'clue' siapa wanita cantik lagi seksi ini," tambah pemberita ini lagi.

Keesokan harinya baru lah tersebar berita panas tentang wanita yang cantik lagi seksi itu.

Wanita yang di soal-siasat olih polis indonesia itu ialah Inong Malinda alias Malinda Dee, seorang pengurus perhubungan kanan untuk Citibank Indonesia yang mengendalikan akaun pelanggan yang bernilai tinggi untuk bank itu.

Wanita berusia 48 tahun itu telah di tahan dan di soal-siasat kerana telah meng'songlap' 17 billion rupiah daripada akaun pelanggan-pelanggannya.

Apabila dia muncul semula di ibu pejabat polis pada keesokan harinya, lebih ramai pemberita dan wartawan mula berkumpul dan menyerbu eksekutif bank ini.

Kes itu telah mendapat liputan luar biasa dan publisiti yang besar di Indonesia. Begitu juga lah dengan kecantikan Malinda dan kehidupan peribadinya, juga telah mendapat liputan yang besar.

Gambar-gambar Malinda yang cantik dengan pos-pos yang seksi tersebar dengan cepat dalam ruang siber, akhbar-akhbar harian indonesia, tabloid dan majalah-majalah disana.

Penahanan Malinda bersama-sama dengan 4 buah kereta-kereta mewah dari jenis Ferrari, Merc dan Hummer telah menyebabkan dia mendapat perhatian yang sangat tidak di kehendakinya kerana sekian lama Malinda begitu 'low-profile' dalam kehidupan peribadinya.

Penahanan Malinda ini juga telah menyebabkan dia menjadi glamour dalam hanya sekelip mata. Dia yang mula bekerja di bank itu sejak tahun 1989 hanya lah sebagai staff biasa, dan telah berjaya mendaki kedudukan sehingga menjadi seorang pengurus yang paling kanan...

Kalau mahu mengikuti kes wanita cantik yang seksi ini boleh lah terus melayarinya disini.....
 http://www.tribunnews.com/

dollah yankee -
cewek nya grand banget !

Tiada ulasan: